Isnin, 19 Mei 2014

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


'Syurga kami di bawah jambatan'

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Oleh AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
kota@utusangroup.com.my

JULIANA Jamil (kanan) bersama empat anaknya terpaksa tidur beralaskan plastik kanvas dan diterangi cahaya lilin di bawah jambatan di Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur, sejak Jun tahun lalu. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Jambatan konkrit di Lebuh Pasar Besar berhampiran Pasar Seni di sini, menjadi saksi kedaifan hidup sebuah keluarga gelandangan di tengah-tengah kemajuan ibu negara.

Kawasan itulah menjadi rumah buat Juliana Jamil, 38, bersama suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Bob Komando dan empat anak mereka berusia antara empat hingga 10 tahun berteduh sejak tahun lalu.

Ketika kanak-kanak lain berpeluang ke sekolah, anak-anak mereka iaitu Nor Azman, 10, yang juga kurang upaya, Nur Hidayati, 9, Nor Haikal, 5, dan Nur Fatehah, 4, hanya menghabiskan kehidupan seharian dengan merayau-rayau di sekitar kawasan itu.

Lebih menyayat hati apabila melihat anak-anak pasangan ini, terpaksa mandi menggunakan air longkang yang entah dari mana sumbernya.

Bagi mereka bersih atau tidak air itu bukan isu utama kerana yang paling penting dapat menyegarkan tubuh masing-masing.

Dengan pendapatan keluarga ini hanya kira-kira RM7 sehari daripada hasil menjual barangan lusuh yang dikutip di tempat awam dan tong sampah, sudah tentu mengisi perut menjadi keutamaan pasangan ini daripada memberi pendidikan kepada anak-anak.

Menurut Juliana, mereka yang berasal dari Johor terpaksa hidup merempat sejak Jun tahun lalu ekoran tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa rumah.

"Suami saya hanya mengutip tin dan botol kosong dengan meraih pendapatan yang tidak seberapa untuk menyara keluarga.

"Anak-anak tidak bersekolah dan hanya bermain di sekitar kawasan ini. Kadangkala mereka cuma meraih simpati orang ramai untuk mendapat sedikit makanan dan wang," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu juga mendapati longgokan barangan lusuh yang menimbulkan bau kurang menyenangkan menjadi teman keluarga ini.

Mereka juga menggantung pakaian di tembok di bawah jambatan itu manakala pakaian yang baru dicuci dibiarkan di atas lantai untuk dikeringkan oleh cahaya matahari.

Menurut Juliana, pada waktu malam mereka biasanya tidur di bawah jambatan itu dengan beralaskan kotak dan plastik kanvas.

Ujarnya, kadangkala mereka melelapkan mata berhampiran kaki lima kedai di kawasan berhampiran.

"Memanglah tidak selesa kerana bunyi bising enjin kenderaan yang lalu lalang di atas jambatan ini. Tetapi kami tiada pilihan. Tidak ada sesiapa yang mahu hidup seperti ini tetapi buat masa ini kami terpaksa menempuhnya juga," katanya.

Musim hujan sejak kebelakangan ini di sekitar ibu kota, benar-benar mencabar ketabahan mereka sekeluarga.

"Pada waktu malam suhu sangat sejuk, saya bimbang anak-anak demam atau selesema," kata Juliana.

Dalam nada hiba, Juliana berkata, dia tidak pernah sekalipun membayangkan akan menempuh hidup bergelandangan apatah lagi derita itu terpaksa ditempuh bersama anak-anak yang masih kecil.

"Pada waktu malam saya menangis kerana kami terpaksa hidup begini. Mungkin saya dan suami boleh menempuh kesusahan hidup, tetapi sudah tentu kami tidak mahu anak-anak hidup dalam keadaan daif selama-lamanya.

"Bagaimanapun, saya terharu kerana anak-anak kami faham dengan kesusahan yang terpaksa dilalui ketika ini, mereka memang anak yang baik," katanya.

Hanya satu harapan Juliana, iaitu mendiami sebuah rumah yang sempurna dan selesa sekali gus dapat meninggalkan terus syurga di bawah jambatan di tepi Sungai Klang itu.

44 motosikal disita, 257 pemilik kenderaan disaman

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Beberapa anggota polis trafik dan JPJ menahan penunggang motosikal ketika operasi bersepadu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

KUALA LUMPUR 18 Mei - Sebanyak 44 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi bersepadu di empat lokasi sekitar ibu negara di sini malam tadi.

Operasi selama empat jam bermula pukul 9 malam itu turut mengeluarkan saman terhadap 257 pengguna kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya, antaranya mengguna cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya juga telah menahan dua individu yang didapati positif ujian alkohol.

"Seramai 11 individu yang mempunyai waran tangkap dikesan dalam operasi ini manakala seorang ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menggunakan plat pendaftaran palsu.

"Selain itu, saman dikeluarkan terhadap lapan pengguna jalan raya yang kenderaan mereka mengeluarkan bunyi bising dan dua saman atas kesalahan asap kenderaan mengandungi gas berlebihan," katanya ketika ditemui dalam operasi itu di Dataran Merdeka di sini.

Menurut Wan Abdul Bari, operasi yang disertai 123 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu turut menyasarkan pemandu mabuk, penggunaan dadah serta kesalahan lain.

Ujar beliau, JPJ turut mengeluarkan 26 saman bagi kesalahan penggunaan cermin gelap, 124 notis untuk pemeriksaan lanjut di JPJ serta lapan saman pengubahsuaian kenderaan.

Menurut Wan Abdul Bari, sebanyak 994 buah kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut.

Sekolah Sultan Alam Shah juara Pertandingan Bicara Berirama

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Para pelajar dari Sekolah Sultan Alam Shah meraikan kejayaan mereka menjuarai pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di Putrajaya, kelmarin. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 18 Mei - Penyertaan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) buat kali pertama dalam Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Menengah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Putrajaya ternyata berbaloi apabila menjadi juara dalam pertandingan tersebut di sini semalam.

Kejayaan itu secara tidak langsung melayakkan sekolah berasrama penuh (SBP) tersebut membawa pulang wang tunai RM2,000, piala, dan sijil penghargaan.

Persembahan yang disampaikan oleh 33 pelajar SAS itu berjaya menambat perhatian juri untuk menewaskan Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Putrajaya 16 (1) yang terpaksa berpuas hati berada di tempat kedua.

Tempat ketiga dalam pertandingan yang disertai oleh enam buah sekolah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu pula menjadi milik SMK Putrajaya Presint 8 (1).

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan.

Sementara itu, jurulatih SAS, Aminah Mohd. Noor berkata, beliau tidak menyangka penyertaan kali pertama ke pertandingan tersebut membuahkan hasil.

Jelasnya, ini kerana masa yang diambil untuk melatih pelajarnya hanya selama dua minggu.

"Biarpun begitu, pelajar kami berazam untuk melakukan sebaik mungkin dalam pertandingan ini dan mereka mempunyai motivasi yang tinggi.

"Tema pertandingan yang berkisar mengenai Putrajaya kami terapkan dengan fakta dan gaya penyampaian menarik untuk memikat hati juri," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau menambah, kejayaan tersebut dapat meningkatkan motivasi pelajar SAS untuk menyertai pertandingan seumpama itu pada masa hadapan termasuklah di peringkat kebangsaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bank Islam peruntuk RM527,000 bina, baiki 22 rumah asnaf

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Mohd. Nazri Chik ( tiga dari kiri ) bersama pegawai kanan BIMB dan LKIM di atas Anjung Sri Pantai yang dibaik pulih di Pontian, kelmarin.

PONTIAN 18 Mei - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) memperuntukkan sebanyak RM527,000 bagi membina dan membaik pulih 22 rumah golongan asnaf di negeri ini tahun ini.

Ketua Bahagian Syariahnya, Mohd. Nazri Chik berkata, daripada jumlah tersebut, lapan buah rumah merupakan kediaman baharu manakala selebihnya dibaik pulih berdasarkan kerosakan dan projek tersebut yang turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

Beliau berkata, program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat pihaknya yang dimulakan pada 2008 dan kini telah membina dan membaik pulih 151 buah rumah dengan kos RM4 juta.

"Antara negeri yang telah terlibat dengan program ini adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Perak serta Sarawak dan akan diperluaskan ke negeri lain pada tahun depan," katanya sempena program Bank Islam-Bernama Treasure Hunt 2014 bersama komuniti nelayan di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian di Pontian Besar, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar Perancangan Strategik Bank Islam, Hizamuddin Jamalluddin; Pengurus Cawangan Bank Islam Pontian, Ikhawan Saidul Abidin dan Pengurus Besar PNK Pontian, Alias Salam.

Program bertemakan Menjejaki Penghujung Benua Asia itu disertai 160 wakil media daripada pelbagai agensi termasuk Utusan Malaysia dan Kosmo! yang melibatkan 40 buah kenderaan.

Mohd. Nazri berkata, program membina dan membaik pulih rumah itu diharap dapat meringankan beban golongan yang kurang bernasib supaya mereka mendapat kediaman yang selesa dan selamat.

Sempena program bersama komuniti nelayan itu, BIMB juga memperuntukkan RM5,000 bagi membaik pulih dan mengubah wajah Anjung Sri Pantai bagi kegunaan para nelayan di kawasan berkenaan serta memberi sumbangan barangan keperluan harian beras, gula dan minyak masak bernilai RM30,000 kepada penduduk di Pontian Besar.

Bagi memeriahkan program, pelbagai aktiviti turut dianjurkan seperti senamrobik, sukaneka, bengkel kraf tangan, pertandingan mewarna, projek biodiesel, ceramah agama dan bengkel kitar semula.

Mengenai program mencari harta karun berkenaan, Mohd. Nazri menyifatkannya sebagai tanda menghargai sumbangan serta peranan wakil media yang selama ini membantu menjayakan program anjuran pihaknya.

Wakil media turut menyertai acara seperti menyirat pukat, membungkus otak-otak dan berakit menggunakan batang buluh bersama komuniti nelayan di kawasan berkenaan.

City Square lubuk rezeki pengemis

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

PENGEMIS warga asing duduk menagih simpati orang ramai di laluan pejalan kaki kompleks beli-belah City Square, Johor Bahru. - utusan/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 18 Mei - Kompleks beli-belah City Square di sini terus menjadi 'lubuk rezeki' kepada pengemis dipercayai warga asing untuk menagih simpati daripada orang ramai.

Kelibat beberapa pengemis termasuk seorang wanita bersama bayinya mudah dilihat di laluan pejalan kaki di luar kompleks berkenaan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini turut mendapati seorang wanita dipercayai ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hanya memerhati anaknya itu mengemis dari jauh.

Seorang kakitangan swasta, Siti Aisyah Kadir, 23, berkata, tanpa memikirkan keadaan cuaca sama ada hujan atau panas, kehadiran pengemis itu boleh dilihat di kawasan berkenaan dari pagi hingga ke petang terutama pada hujung minggu.

"Isu pengemis ini seolah-olah bermusim kerana sekejap ada sekejap tiada, namun jika dibiarkan begitu sahaja pasti akan menjejaskan imej bandar raya ini terutama kepada pelancong luar.

"Apa yang dikhuatiri adalah ada sindiket yang berselindung di sebalik pengemis ini dan wanita dan kanak-kanak yang mengemis itu yang menjadi mangsanya," katanya.

Menurut Siti Aisyah, selain kompleks berkenaan, lokasi lain yang turut menjadi pilihan para pengemis adalah di pekarangan tokong Cina bersebelahan Menara Ansar di sini.

Katanya, pihak berkuasa khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta menangani masalah pengemis tersebut bagi mengelaknya daripada berlarutan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


80 hektar tanah untuk bina rumah mampu milik di Johor

Posted: 19 May 2014 03:56 AM PDT

TANGKAK 19 Mei - Kerajaan Johor hari ini mengumumkan tanah seluas 80 hektar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir sebagai tapak projek perumahan mampu milik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek itu akan dilaksana secepat mungkin bagi memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah yang semakin mendesak.

"Pada masa ini, sebanyak 2,500 unit rumah mampu milik sedang dibina oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan tetapi tertumpu di bandar Tangkak sahaja.

"Kita perlu menyediakan rumah di kawasan seperti pekan Sagil dan lain-lain tempat di DUN Gambir untuk memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah," katanya semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Bantuan Rumah dan Pelancaran Inap Desa di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil, di sini hari ini.

Beliau juga mengumumkan kerajaan negeri bersetuju membina kompleks pejabat daerah dan pejabat tanah daerah Ledang yang baharu. - BERNAMA

Pelajar Poly-Tech Mara dan rakan maut dalam nahas

Posted: 19 May 2014 03:34 AM PDT

GUA MUSANG 19 Mei - Seorang pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Baharu dan rakannya terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Km 20, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini pagi tadi.

Kejadian 3.50 pagi itu mengorbankan Hasnanie Hassan, 20, dari Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh dan Muhammad Aizuddin Mohd Noor@Ab Aziz, 20, dari Kampung Kubang Badak, Pasir Mas yang memandu kereta itu.

Pemandu lori berkenaan Wan Alias Wan Mamat, 44, dari Kampung Lundang, Kota Baharu dan rakannya Mohammad Yusoff, 55, dari Kampung Pantai Kundur, Kota Baharu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Gua Musang manakala lori itu datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Kerajaan perlu kaji dasar pemberian subsidi diesel

Posted: 19 May 2014 01:50 AM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA 19 Mei - Kerajaan diminta mengkaji semula dasar pemberian subsidi diesel untuk mengekang kes penyelewengan yang terus meningkat sejak 2010.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, sebanyak lebih 90 tangkapan telah dibuat berhubung kes penyelewengen tersebut sejak 2010.

Beliau berkata, jumlah kerugian yang direkodkan pada tahun tersebut lebih RM50 juta terus dan terus meningkat dari tahun ke tahun.

"Kalau dibiarkan kerajaan akan mengalami kerugian besar dan rakyat tidak dapat terima hak yang sepatutnya," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Mentaliti kelas pertama

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mengurniakan Darjah Seri Sirajuddin Perlis kepada Penolong Editor Meja Rencana Bernama, Adnan Jahaya di Istana Arau, Perlis, kelmarin.

ARAU 18 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat Perlis fokus kepada perubahan sikap dan budaya kerja dengan menerapkan mentaliti kelas pertama untuk memajukan negeri seiring Wawasan 2020.

Baginda bertitah, cita-cita kerajaan negeri agar Perlis maju seiring dengan Wawasan Perlis Maju 2015 dan negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tidak akan menjadi kenyataan tanpa komitmen rakyat.

"Beta menyeru rakyat Perlis agar leibh fokus terhadap sikap, budaya kerja dan pemikiran. Janganlah menolak pembangunan kerana takut kehilangan rezeki secupak. Lihatlah implikasi baik pembangunan tersebut," titah baginda pada sambutan ulang tahun ke-71 keputeraan baginda di Istana Arau di sini, semalam.

Baginda berkenan menganugerah darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis kepada 243 orang.

Daripada jumlah itu, 30 orang menerima anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balai Rong Seri Istana Arau hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin turut mengenang tragedi Malaysia Airlines MH370 dan meminta rakyat menerimanya sebagai pengajaran supaya lebih memahami erti kehilangan, kesabaran, kekuatan mental dan fizikal serta perpaduan.

"Tragedi ini tidak sekadar memperlihatkan kekuatan dalam negara malahan bantuan negara luar yang turut bersatu merungkai misteri tragedi tersebut.

"Di kesempatan ini beta menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga para penumpang dan anak-anak kapal pesawat. Marilah kita terus berdoa agar segala persoalan terjawab. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, Perlis sanggup menggalas cabaran sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dari 24 Mei hingga 4 Jun ini walaupun Perlis cuma negeri kecil.

"Pencapaian 41 daripada 53 indikator atau 77.36 peratus Wawasan Perlis Maju 2015 menggambarkan usaha bersungguh-sungguh kerajaan kerana 53 indikator itu merangkumi tujuh elemen pembangunan holistik. Kini tinggal satu sahaja elemen pelengkap untuk memenuhi wawasan yang merupakan pencapaian membanggakan," titah baginda.

Baginda turut berpesan supaya agensi kerajaan beroperasi dengan efisien, meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan sumber manakala rakyat memperkukuhkan perpaduan dan menunaikan tanggungjawab dengan mematuhi undang-undang, membayar cukai serta zakat kepada pihak berwajib.

- BERNAMA

Tasik Pedu destinasi ekopelancongan

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

PADANG TERAP 18 Mei - Kerajaan negeri akan merangka satu pelan induk pelancongan Tasik Pedu bagi memastikan kawasan itu dibangunkan tanpa menjejaskan keistimewaan alam semula jadi di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kawasan Tasik Pedu merupakan satu aset berharga untuk negeri ini dan pelan pembangunannya mesti dirancang secara teliti.

"Kerajaan negeri tidak mahu membangunkan kawasan ini secara ad-hoc yang kemudiannya mengakibatkan kita tidak mengoptimumkan potensi yang ada di Tasik Pedu.

"Ini mungkin akan menjejaskan keistimewaan alam di Tasik Pedu yang merupakan satu aset berharga untuk negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Padang Terap di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, banyak pihak menunjukkan minat untuk membangunkan kawasan Tasik Pedu jika kerajaan negeri bersiap sedia untuk memberi laluan kepada mereka.

"Kita tidak mahu gelojoh dalam membangunkan Tasik Pedu, disebabkan itu kita buat satu pelan induk pelancongan terlebih dahulu sebelum benarkan mana-mana pihak bangunkan.

"Saya rasa aktiviti ekopelancongan sesuai dijalankan di Tasik Pedu kerana di situ ada tasik garam yang menjadi tumpuan haiwan liar seperti gajah. Kerajaan negeri akan pastikan pembangunan di situ tidak akan merosakkan semua ini," jelasnya.

Tegas beliau, pembangunan pelancongan di Tasik Pedu juga tidak akan melibatkan sebarang aktiviti pembalakan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tadahan air.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu 890 orang penduduk di kawasan Padang Terap yang menghadapi masalah pertikaian hak milik tanah dengan Tradewind Sdn. Bhd.

"Masalah ini sudah berlanjutan lama, mungkin ada cara untuk kita mengadakan rundingan bersama dan mencari jalan penyelesaian yang bersifat menang-menang bagi semua pihak," jelasnya.

Econsave Bukit Mertajam bantu pesakit

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

PULAU PINANG 18 Mei- Pasar raya Econsave Bukit Mertajam prihatin apabila memberikan bantuan barangan makanan bernilai RM1,000 kepada pesakit kanser di Hospital Pulau Pinang (HPP), baru-baru ini.

Bantuan itu bagi meringankan beban Thum Mei Sun, 36, yang menderita ketumbuhan kanser di bahagian tangan kirinya.

Menurut Pengurus Cawangan berkenaan, Kuan Yit Wah, wanita itu menghidap ketumbuhan sejak dua tahun lalu.

Katanya, pihaknya simpati dengan penderitaan yang dialami pesakit ini kerana keluarganya juga mengalami kesulitan kewangan.

"Dia memerlukan RM36,000 untuk menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu pada 20 Mei ini," katanya ketika melawat pesakit itu di HPP baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengurus Operasi Econsave cawangan utara, Zamzuri Mansor.

Yit Wah berkata, pihaknya menyediakan bantuan barangan seperti tisu basah, lampin, susu tepung, minuman Milo dan oat bagi meringankan beban pesakit berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pelihara nilai tradisi, adat - Tuanku Muhriz

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

KUALA PILAH 18 Mei - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah supaya nilai tradisi dan adat dipelihara demi nama baik institusi Beraja dan Beradat yang telah diwarisi sejak turun temurun.

Titah baginda, pendedahan dan pemahaman yang sewajarnya mengenai adat itu juga hendaklah terus diberi perhatian serius khususnya kepada generasi muda agar tak lapuk dek hujan, tak lokang dek paneh'.

"Tradisi Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Menghadap ini merupakan tradisi yang telah dilaksanakan melalui kesepakatan pada 29 April 1898 oleh Penghulu-Penghulu Luak yang bernaung di bawah payung Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

"Istiadat ini mencerminkan keluhuran taat setia rakyat kepada Raja dan kedaulatan Raja sebagai payung pemerintahan yang bersesuaian dengan perbilangan adat, Alam Yang Beraja dan Luak Yang Berpenghulu," titah baginda selepas menerima menghadap Penghulu-Penghulu Luak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, barisan Putera Yang Empat, kerabat-kerabat kanan, Anak Raja Bergelar, pembesar Istana dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri.

Tuanku Muhriz bertitah, terdapat juga iktibar yang boleh diambil dan dimanfaatkan oleh masyarakat secara keseluruhannya melalui amalan tradisi turun temurun ini.

"Jalinan silaturahim di antara Luak-luak yang ada dengan Istana Beta dapat dieratkan lagi yang sekali gus memperkukuh perspektif Raja dan Rakyat Berpisah Tiada," titah baginda.

Namun begitu Tuanku Muhriz bertitah, dalam istiadat ini terdapat pandangan serta pendapat yang berbeza dalam kalangan sesetengah luak berkenaan, keperluan untuk hadir menghadap menyembah taat setia kepada baginda serta cara perlaksanaannya.

"Beta yakin hal demikian tidak sepatutnya berlaku jika aturan adat terdahulu terus dipatuhi. Beta mahu agar suatu titik persefahaman dicari supaya kesinambungan Istiadat ini diteruskan mengikut ketetapan yang ada bagi memastikannya tidak luput ditelan zaman dan dapat berjalan dengan lebih baik serta teratur," titah baginda.

Pada masa yang sama, Tuanku Muhriz mahu dalam melaksanakan perjalanan adat di setiap luak, pendekatan yang baik seperti konsep bermusyawarah dalam menyelesaikan sesuatu isu di peringkat anak-anak buah akan terus diamalkan.

"Bagi memastikan pentadbiran adat di peringkat luak berfungsi dengan lebih efektif dan perjalanan serta aturan adat menjadi lebih kemas, Beta menyeru agar langkah sewajarnya diambil untuk mengisi kekosongan jawatan Penyandang Pusaka Adat.

"Berbincang dan bermuafakatlah dengan suci hati bagi memilih calon terbaik untuk jawatan-jawatan tersebut sesuai dengan perbilangan adat, Bulat air dek pombotung, Bulat kato dek muafakat," titah Tuanku Muhriz.

Pada istiadat berkenaan seramai empat Dato Penghulu Luak Tanah Mengandung menghadap dan melafazkan ikrar taat setia, mereka ialah Penghulu Luak Ulu Muar, Dato Bendahara Setia Maharaja Setia Maharajalela Pahlawan, Mansor Yusof; Penghulu Luak Gunung Pasir, Dato Orang Kaya Mempasir Setiawan, Hanizam Harun; Penghulu Luak Inas, Dato Pahlawan Lela Perkasa Walad Kuala Dioh, Mohammad Ariff Sidek dan Penghulu Luak Terachi, Dato Anjah Pahlawan, Mohamad Nasir Nordin.

Sementara itu, istiadat menghadap Penghulu Luak Jempol disempurnakan oleh pemangkunya, Dato Paduka Lela Putra Setiawan, Alias Abdul Karim dan diikuti dua Dato' Penghulu Luak-Luak Kecil, Penghulu Luak Gemencheh, Dato Orang Kaya Setiawan, Badarudin Dahlan serta Penghulu Luak Air Kuning, Dato Orang Kaya Setiawan (Penghulu Pesaka), Mohd. Ghazali Abdul Jalil.

Penyertaan belia bentuk dasar diutamakan

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

TELOK KEMANG 18 Mei - Penyertaan belia dalam pembentukan dasar diberikan keutamaan bagi memastikan hala tujunya benar-benar memberi kesan dan impak positif untuk tempoh jangka masa panjang

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, jika dilihat kepada senario terkini di negeri ini, hampir 50 peratus penduduk di negeri ini yang rata-ratanya mempunyai pandangan tentang sesebuah polisi yang ingin dilakukan.

Justeru katanya, kerajaan sentiasa memberi ruang dan platform sebaiknya kepada belia kerana sedar perlunya kombinasi jitu bagi memastikan segala usaha yang dilakukan memberikan impak berkesan.

"Kita sebenarnya telah pun memberikan ruang kepada belia menerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia negeri yang melibatkan pelbagai profesion agar segala idea dikemukakan dapat digarap seterusnya dijadikan dasar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Belia Negeri Sembilan 2014 di Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini semalam yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris

Kata Mohamad, kerajaan sedia menjadi pemudah cara bagi sebarang bentuk program ataupun pembentukan dasar yang bersesuaian oleh belia agar akhirnya nanti akan memberikan manfaat besar kepada mereka.

Jelas Mohamad, kerajaan juga menerusi jabatan tidak mahu mengarahkan mereka untuk melakukan sebarang aktiviti, sebaliknya akan diberi peluang untuk merancang apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk dilakukan.

"Mereka perlu bersama-sama dalam memberikan pandangan dan idea. Dari situ nanti dapat kita gubal satu dasar yang lebih mesra dan disukai oleh belia itu sendiri.

"Nampaknya konsep ini amat baik sekali kerana cara seperti ini adalah kaedah terbaik dalam mendekati belia. Malah, maklum balas yang diterima daripada belia amat baik kerana mereka dilihat dihargai oleh kerajaan,'' katanya.

Asmah Tokoh Ibu Melaka 2014

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

MELAKA 18 Mei - Isteri bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam iaitu Datin Seri Asmah Ab. Rahman dipilih menerima anugerah Tokoh Ibu Negeri Melaka 2014 sempena Sambutan Hari Ibu peringkat negeri semalam.

Asmah, 59, dipilih menerima anugerah berkenaan hasil penglibatan aktifnya dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan pembangunan wanita di negeri ini, di samping memikul tanggungjawab berat sebagai isteri kepada pemimpin negeri.

Beliau ketika ditemui berkata, anugerah tersebut sememangnya sesuatu yang tidak diduganya, namun merupakan penghargaan baginya yang telah banyak berkorban demi keluarga dan masyarakat.

Menurutnya, cabaran menjadi isteri dan membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi bergelar pasangan kepada pemimpin utama negeri.

"Namun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang amat penyayang walaupun sentiasa sibuk dengan tugas sehariannya.

"Tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi keutamaan saya mengurangkan beban ditanggung suami berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Anugerah itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang turut merasmikan majlis sambutan tersebut di Stadium Mini Bistari, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Latipah Omar.

Asmah yang juga Pengerusi Pertubuhan Berkumpulan Perempuan Melaka mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ali pada 1985 dan dikurniakan dua anak lelaki serta seorang perempuan.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya memberitahu, peranan dimainkan wanita telah berubah berbanding dahulu yang hanya berperanan sebagai isteri dan ibu.

Katanya, tanggungjawab seseorang wanita kini telah bertambah dan semakin mencabar, malah sebahagian besar daripada mereka turut bekerja bagi menampung keluarga.

Justeru tegasnya, peranan dimainkan insan bernama ibu amatlah besar dan perlu dihargai oleh setiap insan serta tidak mengabaikan mereka apabila sudah tua dan uzur.

"Bahkan, jika ibu sudah meninggal dunia sekalipun, kita sebagai anak perlu terus mendoakan kesejahteraannya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman," ujarnya.

Pada majlis sama, enam individu turut dipilih sebagai Tokoh Ibu peringkat Parlimen iaitu Datuk Ramlah Abas (Jasin), Jamaliah Kassim (Masjid Tanah), Datuk Hazizah Mohd. Sultan (Bukit Katil), Che Jah Samsudin (Tangga Batu), Fatimah Abu (Kota Melaka) dan Khalimah Ali (Alor Gajah).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


UAE hadiah kompleks masjid

Posted: 18 May 2014 12:35 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Malaysia-UAE meterai perjanjian penting

Posted: 18 May 2014 12:35 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Hasan minta SPRM siasat

Posted: 18 May 2014 12:41 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Nicol rangkul gelaran terbuka Britain kali kelima

Posted: 18 May 2014 10:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mei - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David merangkul gelaran Terbuka Britain untuk kali kelima selepas membalas dendam terhadap juara bertahan Laura Massaro pada final.

Pada pertarungan di Sports Arena, Universiti Hull, England, Nicol, selaku pilihan utama, bagaimanapun kalah set pembukaan sebelum bangkit untuk menewaskan pemain England itu dengan keputusan 8-11, 11-5, 11-7 dan 11-8.

Nicol, pemain nombor satu dunia, memenangi gelaran itu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2012.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran kedua tahun ini buat pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu selepas Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat, Februari lepas.-BERNAMA

Malaysia belum selamat

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Oleh Norzie Mohd. Khasbi

Lee Chong Wei memberikan mata pertama skuad negara setelah menumpaskan K. Srikanth 21-19, 21-12 semalam.

NEW DELHI - Pasukan negara melepasi ujian sulung dan dianggap sebelah kaki melangkah ke suku akhir Piala Thomas selepas membenam cabaran India 4-1 dalam aksi pembukaan di Stadium Tertutup Siri Fort, semalam.

Kemenangan tersebut meredakan sedikit tekanan Malaysia kerana mereka sedar, sebarang kekalahan hanya akan menyempitkan peluang untuk muncul dua pasukan terbaik dalam Kumpulan C.

Namun bagi perseorangan kedua negara yang menghadiahkan mata kemenangan, Chong Wei Feng kejayaan menumpaskan India belum mengurangkan keresahannya kerana lawan yang bakal ditemui hari ini, Jerman mampu melakar kejutan setelah mereka hanya tewas tipis 2-3 kepada Korea Selatan semalam.

Malah, kekalahan mengejut Liew Daren kepada R.M.V Gurusaidutt serta aksi kurang meyakinkan daripada beregu eskperimen, Goh V Shem-Tan Wee Kiong belum menjamin laluan mudah bakal diterima pasukan negara.

Menurut Wei Feng, kekalahan mudah 12-21, 13-21 kepada perseorangan kedua Jerman, Dieter Domke dalam satu-satunya pertemuan mereka di Terbuka Bitburger 2012 meletakkan dia dalam keadaan berwaspada apabila menentang pemain tinggi lampai itu sekali lagi.

Malah, Jerman juga dilihat berkeyakinan tinggi selepas perseorangan utama mereka, Marc Zwibler mengejutkan perseorangan utama Korea Selatan, Son Wan Ho 21-18, 21-17 dan Domke menumpaskan Lee Dong Keun 21-17, 21-16.

Michael Fuchs-Johannes Schoettler juga nyaris mengejutkan beregu utama Korea, Yoo Yeon Seong-Lee Yong Dae sebelum kalah tipis 11-21, 21-8, 19-21.

"Kami kena menang hari ini untuk mengurangkan tekanan, namun kemenangan belum meletakkan kita sebelah kaki memasuki suku akhir.

"Saya akui, Malaysia punya kelebihan apabila bertemu Jerman tetapi secara peribadi, saya sedikit resah kerana pemain yang akan saya tentang pernah mengalahkan saya dalam satu-satunya pertemuan kami dua tahun lalu.

"Dia pemain yang tinggi lampai, sangat bagus dan mampu menghadirkan kejutan. Apa pun, saya janji akan memberikan yang terbaik untuk mencari kemenangan dan saya benar-benar bersedia," kata Wei Feng.

Dalam perlawanan semalam, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membolehkan Malaysia memulakan kempen dengan langkah kanan apabila hanya memerlukan 35 minit untuk menumpaskan K. Srikanth 21-19, 21-12, sebelum gandingan senior, Tan Boon Heong-Hoon Thien How mengutip mata kedua dengan menundukkan B. Sumeeth Reddy-Manu Atri 21-14, 21-11.

Wei Feng melebarkan rekod pertemuan ke atas Kashyap Parupalli kepada 4-0 dengan menang 21-13, 21-6, sekali gus mengesahkan kemenangan Malaysia.

Biarpun kemenangan sudah sah milik Malaysia, namun V Shem-Wee Kiong gagal menunjukkan ketenangan ketika berdepan Akshay Dewalkar-Pranaav Jerry Chopra apabila berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 21-17, 14-21, 21-14. Daren pula diheret dalam pertarungan 64 minit ketika tewas 21-18, 13-21, 19-21 di tangan Gurusaidutt.

Sementara itu keresahan Wei Feng menjelang pertemuan dengan Jerman ada asasnya kerana pasukan dari Eropah itu nyata berada dalam keyakinan yang tinggi, terutama pemain-pemain perseorangan mereka biarpun gagal mencatat kemenangan.

"Semangat kami berada di tahap tertinggi ketika ini dan perseorangan kami dipersiapkan dengan bagus sejak enam bulan lalu untuk menghadapi kejohanan. Kami menikmati perlawanan dan bersedia melakukan kejutan dalam dua perlawanan seterusnya.

"Saya kalahkan Wei Feng dua tahun lalu, tetapi dia nampak bagus kali ini. Dia menewaskan Kashyap dengan cukup meyakinkan tetapi saya sudah bersedia untuk berdepan dengannya esok.

"Apa yang boleh saya katakan, semangat Jerman berada di tahap tertinggi ketika ini. Kami memiliki pasukan yang bagus, sentiasa bersemangat dan itu yang menyebabkan Jerman mampu mencatat keputusan baik," kata Domke.

Bagi Daren, dia enggan terlalu terbawa-bawa dengan kekalahan kepada Gurusaidutt, malah berjanji akan bangkit dengan aksi lebih baik sekiranya diturunkan untuk bertemu Jerman hari ini.

"Saya sedar permainan saya tidak bagus hari ini dan terlalu terikut-ikut rentak lawan. Tahap kecergasan saya berada dalam keadaan baik, begitu juga fizikal, cuma saya masih belum dapat menyesuaikan dengan keadaan di gelanggang pertandingan.

"Tanggungjawab sebagai kapten bukan tekanan tambahan kepada saya. Kalau jurulatih mengizinkan saya beraksi lagi esok, saya yakin akan tampil dengan permainan lebih baik. Kalau saya turun dalam perlawanan penentuan, saya yakin untuk menghadiahkan mata," kata Daren.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved