Khamis, 15 Ogos 2013

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kaherah bermandikan darah

Posted: 15 Aug 2013 10:52 AM PDT

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

Ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong Mohamed Mursi berkeliaran menyelamatkan diri daripada peluru getah dan gas pemedih mata yang ditembak oleh polis rusuhan ketika pertempuran di jambatan menuju ke Dataran Rabba el Adwia, Kaherah 14 Ogos lalu. - REUTERS

Kaherah sudah diisytiharkan darurat sedangkan masih ramai penuntut Malaysia yang tidak pulang berhari raya atas sebab-sebab tertentu kini diselubungi rasa cemas. Sampai bilakah pelajar kita mampu bertahan dengan bekalan makanan yang ada dan perlu berwaspada kerana penunjuk perasaan yang marahkan tentera merampas kuasa, tetap tidak mahu berganjak.

Setelah gagal mengehadkan penyokong-penyokong bekas presiden yang digulingkan menerusi campur tangan tentera, Mesir terus menerus menerima tekanan daripada kumpulan penyokong Dr. Mohammed Mursi yang hanya sempat memerintah selama setahun lima hari sejak memenangi pilihan raya demokratik pertama selepas berundurnya bekas presiden selama tiga dekad, Hosni Mubarak pada awal tahun 2011.

Menurut laporan media, lebih dua ribu orang terbunuh dalam usaha pihak polis dan tentera menghapuskan penyokong-penyokong Mursi di beberapa buah bandar sekitar Kaherah setelah mereka mula mendesak kerajaan sementara mengembalikan kuasa selepas dirampas pada 3 Julai lalu.

Para penyokong Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhawanul Muslimin berikrar akan terus mempertahankan kemenangan yang mereka peroleh dalam pilihan raya presiden yang diadakan pertengahan Jun 2012 - hingga ke titisan darah terakhir dan sanggup berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan termasuk penghapusan beramai-ramai.

Dalam kejadian yang berlaku selepas waktu subuh ketika suasana Aidilfitri 1434 masih hangat disambut oleh umat Islam yang memasuki hari kelima (13 Ogos 2013), pihak tentera dan polis telah menggunakan pelbagai kaedah termasuk keganasan (melakukan tembakan peluru) dan jengkaut untuk merobohkan khemah-khemah yang dihuni oleh penyokong Mursi.

Penyokong presiden yang digulingkan itu menuntut pengembalian kuasa awam sejak rampasan kuasa di Dataran Rabiah al-Adawiyah dan an-Nahda di Kaherah kini menyebabkan krisis di Mesir memasuki fasa baharu, iaitu menghampiri perang saudara dan hampir menyamai dengan apa yang sedang berlaku di Syria.

Jika di Syria kumpulan penentang Bashar al-Assad telah dibunuh menggunakan pelbagai jenis senjata berat termasuk kimia, kemungkinan yang sama akan berlaku di Mesir. Ini kerana penyokong Ikhwanul Muslimin semakin kental semangat juangnya dan pengalaman sedemikian sebenarnya sudah lama mereka alami, iaitu sejak pertubuhan yang diasaskan oleh Hasan al-Banna dilihat sebagai ancaman besar terhadap kepimpinan sekular yang dibayangi oleh kepentingan Barat.

Apabila pihak tentera merampas kuasa setelah beberapa rusuhan yang berlaku sejak bulan Jun lalu oleh kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Tamarod gagal ditangani oleh Dr. Mursi, Mesir terus menerima kecaman pemimpin antarabangsa kerana cuba menamatkan semangat revolusi rakyat" yang lahir daripada kegelisahan awam terhadap pemerintah yang mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam kebangkitan semula penyokong Mursi yang berlaku selepas rampasan kuasa tentera, pihak tentera tidak bertindak dengan cara yang sama, sebaliknya menggunakan kekerasan bagi mengekang bantahan penyokong Ikhwanul Muslimin. Berdasarkan situasi itu, ramai pemerhati memberikan reaksi - sepatutnya pihak tentera dan polis tidak melakukan kekerasan, kerana masih banyak cara untuk menyelesaikan bantahan.

Akibat penggunaan kekerasan itu, Dr. Mohamad el-Baradei yang dilantik sebagai Naib Presiden dalam kabinet sementara yang dipengaruhi oleh tentera telah meletakkan jawatan dan mengecam keputusan Jeneral al-Tutsi sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh semangat revolusi" menerusi kekerasan.

Keadaan ini, walaupun membawa kepada pengisytiharan darurat dijangka bakal menyukarkan lagi rundingan dengan penyokong Ikhwanul Muslimin meskipun beberapa hari sebelumnya, seorang tokoh al-Azhar bercadang untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik.

Pihak tentera juga dikatakan turut terkorban setelah penyokong-penyokong bangkit membantah kekejaman penggunaan jentera berat ketika meruntuhkan khemah-khemah manakala tiga orang wartawan yang hadir membuat liputan menjadikan angka kematian bertambah ramai. Jangkaan pihak Ikhwanul Muslimin, ia sudah mencapai lebih 2,500 orang sejak Mursi digulingkan manakala puluhan ribu orang lagi cedera terkena tembakan, gas pemedih mati dan dipukul oleh angkatan bersenjata.

Kemungkinan itu memperlihatkan Mesir sedang menuju konflik yang lebih besar dan lama, kerana tekad penyokong Ikhwanul Muslimin tetap mahukan Mursi diberikan semula tampok pemerintahan, kerana ia adalah pilihan rakyat dan mendapat sokongan 51.7 peratus pengundi.

Seharusnya pihak tentera tidak begitu cepat melakukan rampasan kuasa, dan memberikan kerjasama penuh kepada Mursi untuk menentukan masa hadapan Mesir kerana di awal kemenangannya, sudah ada percubaan untuk menafikan pilihan rakyat. Mursi berhadapan dengan kelengahan kerajaan sementara" yang dibentuk oleh tentera manakala ekonomi Mesir sedang berada dalam keadaan parah akibat kelumpuhan setelah kemasukan pelancong belum pulih akibat revolusi, dan sumber kewangan yang ditinggalkan oleh Hosni hampir negatif.

Percubaan kelompok sekular yang masih membayangi Hosni Mubarak inilah sepatutnya ditentang oleh pihak tentera memandangkan Jeneral al-Tutsi yang dilantik oleh Mursi menganggotai kabinet perlu bertindak sebagai pengimbang yang setia kepada prinsip demokrasi. Jeneral al-Tutsi tidak wajar memberikan sokongan kepada kelompok yang ingin menjatuhkan Mursi, kerana kelompok tersebut sebenarnya terlalu rapat hubungannya dengan kehendak Barat, termasuk mereka yang pernah membolot kekayaan ketika Hosni berkuasa.

Puak yang menaja kebangkitan revolusi kedua yang dilancarkan oleh golongan muda itu sebenarnya mempunyai hubungan langsung dengan Israel, kerana mereka sedang dibayangi oleh cerita-cerita buruk mengenai Mursi sejak beliau berusaha mengeluarkan Dikri Presiden pada bulan November 2012, bagi menjamin keputusan Presiden tidak dipertikaikan, dan menentukan Perlembagaan Mesir yang sedang dirangka tidak dicabuli dengan mudah.

Nasib malang yang menimpa Mursi telah melemahkan posisi politik yang menjadikan Islam sebagai ideologi, dan ini telah diakui oleh penganalisis politik Barat, dengan tersungkurnya Mursi, maka politik Islam telah kehilangan ideologi. Kehendak politik sekular walaupun penuh kekurangan, kecaman dan lumpuh tahap keinsanannya akan tetap mendominasi sistem pemerintahan sepanjang sejarah moden, dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh protocol yang telah digubal oleh tokoh Yahudi, Theodor Herzyl sejak berjaya mencipta ilusi kekejaman Hitler dalam tragedi Holocaust dan pembersihan etnik pada era pemerintahan Nazi di Jerman.

Bagaimanapun, dalam kekalutan rakyat Mesir meneruskan hidup, sebagai seorang bapa yang mempunyai dua orang anak yang masih berada di Kaherah, Muhammad Qassim dan Abdullah kerana menyambung pelajaran setelah tergendala akibat kemelut politik di Syria, penulis amat mengharapkan ketegangan yang berlaku segera dapat dipulihkan.

Harapan itu bukan merupakan harapan saya seorang, kerana lebih 500 orang pelajar Malaysia masih berada di Kaherah manakala lebih 10,000 orang lagi bakal kembali ke Mesir pada bulan September ini bagi meneruskan pengajian masing-masing setelah pulang di tanah air selepas bercuti selama tiga bulan.

Tentunya, jika memikirkan keselamatan, tidak ada ibu bapa yang tidak resah dan gelisah, kerana anak-anak itulah harapan yang disandarkan untuk masa depan, dan menerusi pendidikanlah bakal mengubah segala-galanya.

Semoga keadaan pelajar Malaysia selamat, begitulah juga dua orang anak penulis. Semoga Allah SWT jauhkan Mesir daripada kancah perang saudara dan segera reda.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan

Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Singapura maju kerana Malaysia

Posted: 15 Aug 2013 10:52 AM PDT

PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ialah penganalisis sosio politik

SAYA begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013.

Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent (bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya.

Asyik-asyik salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati. Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlah kepada Malaysia.

Sejak dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadi isu hak istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia. Pada beliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju seperti Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak. Apa yang berlaku di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia.

Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.

Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama-nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.

Lagi soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur.

Itupun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu telah dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura?

Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.

Bakat-bakat Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidak diberikan tempat?

Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim) yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana.

Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.

Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama).

Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.

Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?

Jika Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai talent tersebut.

Kita mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara. Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.

Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?

Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir usia ini.

Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.

Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.

Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.

Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew.

Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah berterima kasih kepada kita?

Apa sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.

Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kongsi kemeriahan Syawal

Posted: 14 Aug 2013 10:04 PM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

Amalan bergotong-royong yang diadakan sekali gus mengekalkan tradisi turun temurun dan menyuntik roh sambutan Hari Raya Aidilfitri agar dirasakan dengan lebih bermakna.

BERPELUANG mengikuti sambutan Aidilfitri di Kampung Jeneri, Sik, Kedah melakar sebuah memori yang sukar untuk dilupakan.

Bergenang air mata menzahirkan kesayuan melihat pelbagai ragam dan rupa fizikal kira-kira 100 orang kurang upaya (OKU) yang turut serta bagi menyambut hari kemenangan umat Islam tersebut.

Dalam keadaan serba kekurangan, diusahakan sedaya upaya oleh golongan istimewa itu untuk turut hadir memeriahkan sambutan yang diadakan dengan tanpa mengira tenaga bergotong-royong menyiapkan persiapan raya sejak dari awal pagi.

Namun, apa yang membanggakan, bagaikan tiada sebarang jurang ditunjukkan oleh penduduk setempat, malah sedia bersama menghulurkan bantuan bagi meraikan sambutan Aidilfitri golongan OKU itu.

Begitulah kemeriahan sambutan Syawal yang kian menjadi tradisi bagi golongan OKU di perkampungan Daerah Sik, Kedah tersebut.

Segala keperitan hidup yang dialami dilupakan sementara waktu walaupun pada hakikatnya tiada penghujung pada hari sambutan kebesaran seluruh umat Islam itu.

Sebaliknya mereka turut mengambil peluang meneruskan pelbagai amalan tradisi saling berkunjung dan 2bergotong-royong seperti asyarakat normal lain.

Yang jelas terpancar keceriaan di wajah mereka sepanjang sambutan raya tersebut berlangsung. Ia dianggap sangat bermakna dan merupakan kemuncak kepada kesatuan antara penduduk dengan golongan OKU.

Bagi seorang OKU, Sidek Ahmad, 50, kehadiran Aidilfitri lazimnya hanya akan berlalu dan pergi begitu sahaja saban tahun tanpa dirasai sebarang kenikmatan jika tiada aktiviti setempat dianjurkan.

Malah, Sidek yang mengidap sakit kulit sejak lahir itu mengakui, lebih gemar menghabiskan hari raya di rumah selepas selesai solat sunat Aidilfitri dan berkunjung ke rumah adik-beradik berhampiran kawasan rumahnya.

"Tiada beza sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti hari-hari lain kerana ia telah menjadi rutin tahunan. Bagi saya, bezanya adalah pada hari itu umat Islam disunatkan ke masjid pada awal pagi untuk menunaikan solat sunat raya serta tidak perlu lagi menahan lapar.

"Oleh itu, saya lebih gemar duduk di rumah dan jika ada hanya menziarahi jiran dan adik-beradik berdekatan rumah sahaja menyambut hari raya sebelum-sebelum ini.

"Tetapi dengan adanya majlis sambutan Aidilfitri buat OKU yang diadakan secara bergotong-royong ini, saya rasa gembira dapat bertemu rakan daripada golongan senasib untuk sama-sama meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Di samping itu, anak kedua daripada empat adik-beradik itu berkata, dengan adanya sambutan raya secara bergotong-royong bersama penduduk kampung itu juga secara tidak langsung dapat menghilangkan rasa tersisih yang sering membelenggu kebanyakan golongan OKU.

"Dengan bantuan penduduk kampung ini yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan kepada kami golongan OKU, saya rasa gembira. Ini juga menunjukkan bawa masyarakat prihatin terhadap golongan istimewa seperti kami," katanya.

Majlis sambutan Aidilfitri OKU selama sehari anjuran Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (AIM) dan Takaful Ikhlas itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan OKU Daerah Sik (Pokus).

Ia merupakan usaha dalam membantu golongan kurang berkemampuan dengan memfokuskan kepada golongan OKU dalam menikmati kemeriahan Syawal seperti masyarakat normal yang lain.

Pada majlis itu, Takaful Ikhlas turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa keperluan harian dan wang tunai kepada OKU yang berdaftar di daerah tersebut.

Sementara itu, bagi Muhammad Khusairi Kudin, 30, Aidilfitri disambut ala kadar berikutan pendapatannya yang tidak menentu untuk berbelanja lebih pada setiap tahun.

Beliau yang mengalami kecacatan pada anggota tangan dan muka berkata, pernah mengharapkan bantuan daripada pihak kebajikan untuk menampung perbelanjaan raya.

"Pastinya semua orang akan merasa seronok untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, apatah lagi disambut dengan sanak saudara dan juga berpkaian serba baharu. Tetapi dengan nasib sebegini, saya hanya menyambut apa yang termampu.

"Dengan pendapatan saya yang tidak menentu sebagai pembantu penjual air, raya bagi saya tidaklah semeriah seperti orang lain.

"Mujur ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300, boleh juga digunakan untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan raya saya. Jika tidak, raya tiada makna bagi saya," luah anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.

Bagaimanapun, sambutan raya OKU yang diadakan di kampung tersebut memberi peluang kepada Khusairi yang merupakan satu-satunya dalam ahli keluarganya untu merasakan kegembiraan seperti masyarakat normal lain.

"Saya reda dengan keadaan yang menimpa saya ini, malah bersyukur kerana turut diraikan dalam sambutan raya OKU yang diadakan secara beramai-ramai ini," ujarnya.

Jadikan acara tradisi

Mengulas lanjut, Pengerusi Pokus, Md Amin Salleh, 53, berkata, memperkukuh penyatuan dalam kalangan OKU, pihaknya merancang untuk menjadikan sambutan raya OKU tersebut tradisi di kampung tersebut.

Beliau berkata, sambutan raya yang telah diadakan sejak beberapa tahun lalu itu turut memberi ruang bagi OKU untuk menikmati kemeriahan Syawal seperti masyarakat normal yang lain.

"Terdapat lebih 1,000 OKU yang berdaftar dengan Pokus di daerah Sik ini. Manakala di dalam Kampung Jeneri ini sahaja terdapat hampir 100 OKU yang mana kita melihat mempunyai pelbagai kekangan masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Justeru, Pokus mengambil pendekatan menganjurkan majlis sambutan hari raya OKU ini dengan mengumpulkan semua OKU berdaftar di daerah Sik untuk meraikan sambutan raya secara beramai-ramai.

"Pada masa sama, majlis ini juga dapat menjadi ruang kepada masyarakat OKU berhimpun dan membolehkan ahli Pokus mengetahui masalah yang dihadapi oleh ahli. Dan kita akan menjadikan sambutan ini sebagai tradisi di kampung ini," kata Md Amin.

Beliau yang mengalami kecacatan kekal pada anggota kaki dan tangan akibat kemalangan berkata, bersesuaian dengan penubuhan Pokus yang berperanan menjaga kebajikan ahli, pihaknya komited memikirkan cara bagi membantu golongan senasib mengikut kemampuan

"Selain memberikan bantuan segera berbentuk barangan seperti kerusi roda dan sumbangan wang tunai, Pokus juga bertindak sebagai penghubung golongan OKU dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyuarakan permintaan mereka.

"Malah, Pokus juga merancang ingin membina pusat jahitan dan bengkel membaik pulih bagi menjana ekonomi golongan OKU yang tidak mempunyai pendapatan tetap menyara hidup mereka," katanya.

Syawal sendirian

Posted: 14 Aug 2013 10:04 PM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar Mohd. Azim Abd Rahman

Rakan-rakan dianggap seperti keluarga bagi penghuni Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor.

APALAH erti kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri jika disambut tanpa riang ketawa dan kunjungan mesra daripada sanak saudara.

Namun, siapa meminta dan mampu mengubah takdir jika telah ditentukan oleh yang masa kuasa untuk hidup dengan keadaan sedemikian rupa atau sebatang kara.

Lebih menyedihkan, apabila terpaksa melalui dugaan tersebut pada usia tua yang pastinya sudah tidak lagi berdaya untuk bekerja apatah lagi mencari kebahagiaan hari raya sendiri seperti golongan muda.

Begitulah dilema sama turut dilalui oleh golongan warga emas yang ditempatkan di pusat penjagaan orang tua-tua.

Jauh di sudut hati mereka menginginkan kebahagiaan sambutan hari raya seperti insan bernasib baik yang lain, namun setiap hari-hari mendatang terutama di musim perayaan terpaksa dilalui dengan tabah dan memujuk hati untuk menyembunyikan kesedihan tersebut.

Pusat jagaan itulah dianggap rumah mereka dan rakan-rakan penghuni pula diibarat seperti ahli keluarga buat mereka untuk berkongsi perasaan dan juga kasih sayang.

Bagi seorang penghuni Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Shikh Kharidun Shikh Shaharuddin, 66, tidak menafikan perasaan sebak kerana tidak berpeluang menikmati sambutan Aidilfitri seperti insan lain, tetapi beliau tetap bersyukur masih mendapat penjagaan yang sempurna di rumah tersebut.

Beliau yang tidak berkahwin dan hidup sendirian tanpa anak dan isteri bagaimanapun reda dengan ketetapan ilahi dan berusaha mengetepikan perasaan sedih kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Sebelum ini saya tinggal bersama anak buah yang berada di Kajang, Selangor. Saya juga mempunyai adik-beradik, tetapi saya tidak mahu menyusahkan mereka. Bisik hati kecil sering memikirkan sampai bila ingin mengharap dan menyusahkan mereka, lalu saya mengambil keputusan lebih baik tinggal di sini.

"Oleh kerana tiada tempat tinggal sendiri, biarlah tinggal di sini membuatkan saya merasa lebih gembira dapat berkongsi perasaan suka duka bersama rakan penghuni dengan melakukan pelbagai aktiviti di rumah ini.

"Menjelang musim perayaan pula, jika tiada siapa yang menjemput, saya akan tinggal di sini sahaja, dan tiada sebarang masalah buat saya," katanya ketika ditemui di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor, baru-baru ini.

Beliau yang merupakan bekas pengawal keselamatan itu berkata, ada hikmah ditempatkan di rumah tersebut kerana dalam masa sama dapat mempelajari ilmu agama yang disediakan oleh pihak rumah kebajikan di samping meluangkan masa melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam di sekeliling rumah Warisan Kaseh.

Sementara itu, bagi Mohd. Yunus Che Mat, 74, berkata, dia yang mengalami penyakit tua termasuk penyakit kencing tidak lawas mengakui hidup semakin tidak terurus sejak kematian isterinya.

Oleh itu, bapa kepada empat orang anak itu mengambil keputusan untuk tinggal di rumah warga emas untuk hidup lebih terjaga selain mengisi masa tua dengan ilmu agama.

"Saya memilih untuk tinggal di sini kerana bosan hidup sendirian di rumah. Tambahan pula selepas kematian isteri, saya tinggal dengan menumpang di rumah salah seorang anak perempuan saya yang kini berada di Sentul.

"Sewaktu anak tiada di rumah atau bekerja, saya hanya keseorangan di rumah membuatkan saya tidak tahu membuat apa-apa. Namun saya harap dengan masuk ke rumah kebajikan ini membolehkan saya menghabiskan sisa hidup dengan mempelajari ilmu agama," katanya yang berasal dari Alor Star, Kedah.

Yunus yang merupakan bekas anggota tentera itu berkata, seperti kebiasaan anak-anaknya akan membawa pulang daripada rumah tersebut pada musim perayaan untuk disambut bersama.

Namun, beliau mengakui lebih gembira tinggal di rumah warga tua tersebut dan ingin tinggal sehingga dibenarkan menetap di rumah kebajikan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Risiko berlaku kemalangan

Posted: 15 Aug 2013 10:52 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Pemilik kenderaaan membuat pusingan U secara haram dan tidak menghiraukan kon batu yang diletakkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) berhampiran susur masuk Kundang, Rawang, Selangor.

RAWANG 15 Ogos- Tindakan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (Latar) membuat pusingan U dan menjadikan laluan sehala kepada dua hala dari arah Kuala Lumpur dan Selayang ke susur masuk Kundang ternyata mengundang bahaya kepada mereka.

Ini berikutan laluan di situ didapati sempit dan sukar untuk melihat kenderaan yang datang dari arah hadapan.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati, biarpun penghadang batu diletakkan di laluan tersebut pengguna jalan raya tetap berdegil dan terus menggunakan laluan tersebut.

Mereka seolah-olah tidak menghiraukan kenderaan yang datang dari arah bertentangan dan walaupun jelas terpampang papan tanda Dilarang Masuk di hadapan. Tanpa rasa bersalah mereka dilihat tetap membuat pusingan` U haram.

Penulis turut dimaklumkan kawasan tersebut sering berlaku kemalangan terutama membabitkan penunggang motosikal.

Difahamkan, tindakan pengguna membuat pusingan U di kawasan tersebut dengan alasan melecehkan dan terlalu jauh.

Seorang pengguna, Ahmad Kamsani Muhammad, 35, berkata, jika tidak membuat pusingan U di situ dia terpaksa melalui laluan yang terlalu jauh untuk pulang dari tempat kerja.

Menurutnya, dia tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa melalui tol Rawang atau melalui Bandar Bukit Rahman Putra.

Sementara menunggu jalan susur keluar ke Kundang siap, saya cadangkan pihak pengurusan Latar membenarkan pengguna membuat pusingan U," katanya.

Sementara itu, Noriah Kasbi, 45 pula berkata, pemasangan penghadang batu yang pada asalnya bertujuan memudahkan pemandu menjadi sebaliknya.

Katanya, tindakan pemandu kenderaan membuat pusingan U di situ mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Sebelum ini, pemandu akan memasuki persimpangan rehat dan rawat (R&R) Kundang terlebih dahulu sebelum membuat pusingan ke susur masuk ke Kundang, tetapi setelah separuh jalan ditutup telah menyukarkan kenderaan membuat pusingan.

Keadaan ini menyebabkan kami perlu lebih berhati-hati kerana perlu melihat kenderaan dari arah susur masuk selain memberi laluan kepada pengguna lebuh raya yang lain," katanya.

Dia turut mencadangkan agar pihak pengurusan Latar mengkaji semula larangan atas faktor darurat dan jika perlu memasang kon di pembahagi jalan atau mengawal lalu lintas pada waktu puncak.

Laluan kontra tidak selamat - Latar

Posted: 15 Aug 2013 10:52 AM PDT

RAWANG 15 Ogos- Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) diingatkan agar tidak membuat pusingan U berhampiran susur keluar tol Kundang di sini bagi mengelakkan risiko berlakunya kemalangan.

Wakil pengurusan Latar, Surati Sujor berkata, selain meletakkan diri mereka serta pengguna lain dalam keadaan bahaya, tindakan itu juga adalah salah di sisi undang-undang.

Menurutnya, pihak Latar menerima banyak cadangan daripada pengguna untuk mewujudkan laluan kontra di susur masuk ke Lebuhraya Latar, bagaimana pun ia tidak selamat bagi pengguna.

"Jalan susur masuk sedia ada telah direkabentuk dan dibina untuk keperluan jalan masuk sahaja ke Latar daripada Jalan Setia, Kundang untuk semua jenis kenderaan dari kelas 1 hingga kelas 5 termasuk kereta, van, lori, treler dan bas.

"Ia mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri dan telah diluluskan Bahagian Audit Keselamatan Jalan sebelum diwarta dan dibuka untuk kegunaan orang awam sebelum diluluskan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)," katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkembangan projek pembinaan susur keluar bertol di Kilometer 17.6 Latar, katanya, kontraktor bagi membina susur keluar baharu di kedua-dua arah di Persimpangan Kundang juga telah dilantik.

"Kerja-kerja awalan dan kerja-kerja tanah telah pun dimulakan dan projek dijangka dapat disiapkan pada pertengahan tahun 2014.

"Orang awam akan dimaklumkan mengenai perkembangan serta kemajuan projek dari semasa ke semasa,"katanya.

Kibaran Jalur Gemilang semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan

Posted: 15 Aug 2013 10:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ke -56, pelbagai acara diatur bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara termasuk kibaran Jalur Gemilang.

Lebih penting semangat tersebut perlu dipupuk kepada generasi muda Malaysia supaya kecintaan mereka kepada negara semakin kental.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu negara hari ini mendapati, walaupun warga kota masih berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri, tanggungjawab mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, di pejabat serta bangunan-bangunan yang menjadi mercu tanda sekitar ibu negara tidak dilupakan.

Seorang pesara, Ismail Muhammad, 52, berkata, sudah tiba masanya rakyat negara ini mengenali sejarah agar keamanan negara dapat dipertahankan.

Menurutnya, mengibarkan Jalur Gemilang merupakan salah satu daripada cara memupuk rasa cinta dan sayang kepada negara.

"Jika semangat ini terhakis , sudah tentu negara kita mudah diceroboh musuh dari luar," katanya.

Menurut Ismail, bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu 'Malaysiaku, Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku', jika diteliti ia membawa maksud menyemai sifat perpaduan, menanam sikap patriotisme dan perpaduan antara kaum.

Pendapat Ismail turut dipersetujui, penjawat awam, Rodhiah Khalid, 48,.

Dia berkata, hanya dengan rasa cinta dan sayang kepada negara sendiri, perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa dapat dikekalkan.

"Jika kita sering berbalah kerana hanya berlainan fahaman politik tidak mustahil negara kita akan jatuh ke tangan musuh.

"Apa yang paling semua perlu bersatu demi mempertahankan negara tercinta,"katanya.

Siti Nur Farahiyah Ahmad, 20 pula berkata, tidak hanya dengan mengibarkan Jalur Gemilang, pelbagai cara lain boleh dilakukan bagi menunjukkan rasa sayang kepada negara.

Katanya, dia sendiri secara sukarela menyertai kelab tarian bagi memperkenalkan keistimewaan dan keunikan budaya yang ada di negara ini terutamanya, kepada pelancong asing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Empower ECERDC sasar Mersing

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU 14 Ogos - Projek pembangunan modal insan yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang dikenali sebagai Program Empower, memilih Mersing sebagai kawasan sasaran terbaharunya.

Perasmian Program Empower ECERDC dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hujung bulan ini.

Pengurus Besar Bahagian Sosialnya, Zulkifli Yaacob berkata, langkah tersebut diambil ekoran kejayaan dicapai program berkenaan di tempat lain sebelum ini antaranya di Bentong, Pahang, di Kemaman, Terengganu dan Jeli di Kelantan.

Menurutnya, program yang dilancarkan dua tahun lalu terbukti berjaya mengubah dan meningkatkan taraf hidup isi rumah keluarga miskin dan pendidikan bagi pelajar dianggap lemah dalam akademik mendapat manfaat menerusi program tersebut.

"Di Mersing dianggarkan seramai 400 orang pelajar daripada enam buah sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bakal menyertai program yang turut menekankan konsep penyertaan berbilang kaum.

"Bagi program kemahiran pula, kita sedang rancak memilih peserta yang mahu meningkatkan kemahiran menerusi latihan diberikan seperti memasak, refleksologi, gunting rambut dan membuat kek," katanya di sini.

Beliau berkata, program yang dijalankan itu diharap dapat memberikan kesan positif kepada peserta terlibat seperti peningkatan pelajaran menerusi keputusan peperiksaan dan berjaya menambah pendapatan seperti golongan ibu tunggal.

Tambahnya, sebagai contoh, program perintis di Bentong berjaya mencapai peningkatan pencapaian keputusan peperiksaan sebanyak 30 peratus melibatkan 500 pelajar daripada 12 buah sekolah menengah dan rendah.

"Bagi program latihan kemahiran dan usahawan pula, kita mempunyai seramai 500 peserta dan 80 peratus telah berjaya menambah pendapatan melebihi RM800 sebulan. Kita juga memberikan sijil kepada yang terlibat," katanya.

Sehubunga itu Zulkifli berharap, program yang dibuat di Mersing juga dapat memperoleh kejayaan sama dalam usaha ECERDC memainkan peranan melahirkan masyarakat seimbang dari segi kemahiran serta pendidikan dan tidak tumpu pada pembangunan sahaja.

Anak yatim Rohingya bakal dapat asrama baharu

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Rokiah Omar menyampaikan sumbangan hari raya kepada seorang penerima sambil diperhatikan Shahrir Samad (kiri) di PPR Sri Stulang, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 14 Ogos - Yayasan Lace Motor berhasrat membina bangunan tambahan untuk dijadikan asrama bagi menempatkan kira-kira 39 anak-anak yatim pelarian Rohingya.

Pengerusi Kumpulan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar berkata, idea untuk membina bangunan tambahan rumah tersebut timbul apabila beliau melawat rumah kediaman anak-anak yatim Rohingya di Taman Orkid yang sempit dan memerlukan penambahbaikan.

"Insya-Allah, jika diberikan kesempatan anak-anak yatim Rohingya itu akan dijadikan 'anak angkat' kepada yayasan," katanya sempena majlis sumbangan raya di Projek Perumahan Rakyat Sri Stulang di sini baru-baru ini. Turut hadir Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Menurutnya, yayasan tersebut memperuntukkan sebanyak RM80,000 bagi membina bangunan tambahan yang akan dijadikan asrama tersebut.

Katanya, Lace Motor juga akan menyediakan keperluan lain untuk kumpulan anak yatim pelarian tersebut seperti alat bantuan belajar.

"Tempat mereka tinggal sekarang ini sempit namun asrama baharu nanti membolehkan mereka tidur dengan selesa. Yayasan juga dalam perancangan membantu mereka mengikuti pembelajaran untuk menjadi tahfiz," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bangunkan rakyat

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 14 Ogos - Empat teras pembangunan menjadi tumpuan kerajaan negeri bagi meningkatkan taraf hidup dan keselesaan penduduk di kawasan luar bandar selaras dengan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, tumpuan itu melibatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas, modal insan, ekonomi serta institusi.

Katanya, perancangan pembangunan itu akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun sehingga 2018 melibatkan semua 12 daerah di Kedah.

"Saya akan turun padang bertemu penduduk bagi mendapatkan pandangan selain memantau perkembangan projek yang dirancang itu sehingga siap," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Tajuddin, pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas antaranya melibatkan perhubungan jalan raya, bekalan air dan elektrik, tadika, rumah ibadat, sekolah, klinik kesihatan serta pelancongan.

Kata beliau, pembangunan modal insan berkaitan dengan aspek penerapan pelbagai latihan kemahiran kepada penduduk di luar bandar manakala pembangunan ekonomi bagi mempertingkatkan pendapatan isi rumah menerusi pelbagai projek pertanian, ternakan dan industri kecil.

"Pembangunan institusi pula adalah seperti penubuhan lebih banyak Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi kemudahan penduduk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung," katanya.

Tambahnya, projek pembangunan itu memerlukan kerjasama rapat semua pihak seperti Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta agensi kerajaan negeri termasuk pejabat daerah, Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, penghulu serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung selain Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik berkata, pihaknya turut mengalukan penglibatan sektor swasta yang mahu menunaikan tanggungjawab sosial mereka seperti Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Pesakit saraf tabah bekerja menyara keluarga

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

MOHAMAD Saud (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Yusof Said di Kampung Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

KEPALA BATAS 14 Ogos - Demi menyara keluarga, Yusof Said, 63, yang mengalami masalah saraf dari Kampung Kuala Muda, Penaga di sini terpaksa bekerja mengambil upah sebagai penjaga kubur.

Biarpun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa namun demi meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri Hasnah Salim, 60, dan seorang anak bongsu perempuan berusia 17 tahun, Yusof tidak mempunyai pilihan lain.

Sebelum ini, bapa kepada lapan anak itu bekerja sebagai nelayan namun kehidupannya berubah sejak 2007 apabila dia diserang penyakit angin ahmar mengakibatkan saraf di beberapa bahagian badannya terganggu.

"Sejak itu bahagian leher dan tangan saya menjadi keras dan tidak boleh digerakkan hingga membataskan pergerakan termasuk tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.

"Memandangkan saya perlu mencari pendapatan menyara keluarga, maka hanya tugas sebagai penjaga kubur yang sesuai saya lakukan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, biarpun pendapatan sebagai penjaga kubur tidak menentu kerana hanya bergantung kepada belas ihsan ahli kariah kampung dan saudara si mati yang mengunjungi kubur, namun beliau terpaksa melakukan kerja itu.

Yusof berkata, walaupun mempunyai anak, namun dia tidak pernah mengharapkan bantuan mereka kerana semua anaknya sudah berkeluarga dengan berpendapatan rendah selain masing-masing tanggungan sendiri.

Katanya, rumah yang didiami sekarang pun dibina hasil sumbangan orang ramai di atas tanah milik seorang penduduk yang prihatin dengan nasibnya di kampung itu.

Bagaimanapun penderitaan keluarga malang itu mendapat perhatian ahli Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pulau Pinang yang melakukan kunjungan ke rumah keluarga itu semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai kesusahan yang dihadapi Yusof sekeluarga.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi MAYC Pulau Pinang, Mohamad Saud itu telah menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan dalam usaha meringankan beban keluarga malang berkenaan.

Dalam lawatan itu, Mohamad turut berjanji akan cuba menguruskan proses dokumentasi bagi memastikan Yusof mendapat bantuan bulanan melalui agensi kerajaan kerana dia dikategorikan layak untuk dibantu.

Selain MAYC, Yusof juga menerima sumbangan segera dari Abdullah Mohd Nor, seorang aktivis masyarakat daerah ini yang terpanggil untuk turut membantu meringankan bebannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penjawat awam belasah isteri boleh dikenakan tindakan tatatertib

Posted: 15 Aug 2013 03:09 AM PDT

SEPANG 15 Ogos - Penjawat awam yang dilapor membelasah isterinya dalam lif seperti yang tersebar di laman web sosial akan dikenakan tindakan tatatertib jika terbukti bersalah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Selepas polis membuat siasatan, kami akan ambil tindakan sewajarnya. Jika terbukti bersalah akan melalui hukuman yang dikenakan melalui mahkamah.

"Seterusnya tindakan mengikut peraturan yang sedia ada dalam perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Ketua Setiausaha Negara bersama masyarakat Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan di Kampung Orang Asli Sungai Melut di sini hari ini.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun. - BERNAMA

Tiga beradik hilang di Ipoh di temui di Lembah Klang

Posted: 15 Aug 2013 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Ogos -Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah ibu mereka di Ipoh Selasa lepas ditemui selamat di Lembah Klang malam tadi dan telah dituntut bapa mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Khoo Leng Huat berkata, Sharafuddin Syazwan, 11; Syahir Syafi, 8; dan Syauratul Syafiyah, 6, diserahkan kepada bapa mereka Rizauddin Md. Zain, 38, kira-kira 7.50 pagi ini.

"Bapanya juga sudah membuat laporan polis mengenai penemuan semula anaknya itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kehilangan tiga beradik itu disedari selepas ibu mereka, Syafarila Azwa Ishak, 36, pulang ke rumah dari tempat kerja dan mendapati anak-anaknya tidak ada di rumah.

"Kami akan menyerahkan kes tersebut kepada rakan sejawat di Ipoh dan mereka akan mengambil keterangan daripada mangsa dan tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas itu," kata Khoo. - BERNAMA

Pelajar Mara diminta berhubung pegawai di Mesir

Posted: 15 Aug 2013 03:05 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 15 Ogos - Seramai 1,481 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang kini sedang bercuti dinasihatkan berhubung terlebih dahulu dengan pegawai-pegawai Mara di negara itu untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai keadaan di sana sebelum kembali meneruskan pengajian.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berkata, pelajar-pelajar di negara ini perlu perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa di Mesir sebelum boleh kembali pulang.

Beliau berkata, pegawai Mara di Mesir akan sentiasa memantau keadaan di negara itu dan sekiranya perjalanan ke negara itu didapati tidak menimbulkan sebarang bahaya kepada pelajar-pelajar ini, mereka boleh kembali.

"Pelajar-pelajar tajaan kita berada di sana masih lagi tidak ramai iaitu hanya sekitar 192 orang kerana masing-masing masih bercuti. Sebelum mereka (pelajar) ini kembali ke Mesir, dapatkan nasihat terlebih dahulu sama ada keadaan di sana selamat ataupun tidak.

"Saya juga telah mengarah Ketua Pengarah Mara di Mesir memberikan laporan dari masa ke semasa mengenai keadaan di negara itu kerana kita hendak pastikan semua pelajar tajaan kita tidak terlibat dengan apa jua keadaan yang tidak diingini," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga kerja Mara negeri ini di Kompleks Mara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Melaka tumpuan pelancong sempena cuti sekolah, raya

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Ahmad Nasrudin Hussein menyusun barangan perniagaannya berhampiran bangunan Stadhuys, Bandar Hilir Melaka, semalam.

MELAKA 14 Ogos - Cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri sejak seminggu lalu tidak menghalang para pelancong dari dalam dan luar negara untuk terus membanjiri negeri yang sarat dengan sejarahnya yang tersendiri ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Bandar Hilir di sini hari ini mendapati kawasan tumpuan pelancong terutama sekitar bangunan Stadhuys dan Kota A Famosa mula dibanjiri pelancong sejak awal pagi lagi.

Kunjungan yang tidak pernah surut malah semakin bertambah sejak minggu lalu memberi manfaat kepada golongan peniaga.

Bagi mereka, cuti persekolahan dan hari raya bagaikan membuka ruang rezeki buat mereka apabila barangan kraf tangan yang dijual membuahkan pendapatan berganda.

Seorang peniaga, Ahmad Nasrudin Hussein, 54, berkata, sejak enam tahun berniaga di kawasan bangunan Stadhuys, setiap kali cuti persekolahan dan hari raya pasti bilangan pelancong turut bertambah.

"Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada malah, berganda setiap kali cuti persekolahan dan hari raya.

"Kunjungan pelancong ke Melaka pada waktu cuti ini ternyata membawa banyak manfaat kepada kami para peniaga.

"Syukur setakat ini kami tiada masalah berniaga di sini malah, gembira menerima kunjungan yang ramai ini," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi peniaga, Fadil Yahya, 30, yang menjual pelbagai kemeja T berkata, sejak lapan tahun berniaga di kawasan yang sama, dia tidak berdepan dengan sebarang masalah dari segi jualan.

Katanya, cuti persekolahan dan hari raya serentak membolehkan orang ramai terutamanya pelancong domestik berkunjung ke negeri ini.

"Fenomena ini sudah biasa buat kami para peniaga dan sudah menjadi lumrah untuk kami menerima ramai pembeli pada waktu cuti begini.

"Alhamdulillah bukan hanya dari segi kunjungan pembeli bertambah malah pendapatan kami juga bertambah," katanya.

Segera bersih tempat pelancongan

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh NOOR HANIS HARUN
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 14 Ogos - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini bertegas mahu semua kawasan pelancongan diselia dengan baik, dibersihkan dan kemudahan awam diperbaiki agar ia tidak memberi imej buruk kepada negeri ini.

Katanya, masa untuk melihat semua lokasi pelancongan tidak diurus dengan baik sudah tamat dan sekarang adalah masa untuk memastikan ia dijaga dengan sempurna.

''Soal sampah sarap dan kebersihan adalah keutamaan di kawasan pelancongan ini. Kemudahan awam hendaklah boleh berfungsi dengan baik, dibersihkan dan tidak kotor.

''Kita maklum, memang ada pemikiran rakyat yang gemar membuang sampah merata tempat dan jika di hujung minggu kita ke Port Dickson, sampah sarap akan bertaburan di tepi pantai. Kita perlu pastikan sikap itu diubah dan sama-sama menjaga persekitaran ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, melihatkan tumpuan utama pelancong adalah di pantai peranginan negara di Port Dickson, maka perlu ada strategi memastikan semua kawasan dan laluan ke situ dibersihkan.

''Satu pasukan penyelenggaran sampah sarap yang diletakkan di bawah syarikat SWM Environment Sdn. Bhd. telah kita wujudkan untuk memastikan kebersihan di kawasan pantai dan hutan simpan dalam negeri ini dibersihkan sepanjang masa.

''Saya tidak mahu lihat ada lagi tempat yang tidak diurus dengan baik, terbiar tanpa dipedulikan," katanya.

Pada masa yang sama juga, Mohamad meminta Jabatan Perhutanan negeri serta semua Majlis Daerah dan pihak berkuasa tempatan lainnya bersama-sama mengambil bahagian dalam urusan menjaga kebersihan ini.

''Di Ulu Bendul, Kuala Pilah umpamanya, keadaan di situ perlu diuruskan dengan baik kerana ia juga menjadi pusat hentian pengunjung yang berulang alik menggunakan jalan baharu Bukit Putus," katanya.

Mohamad yang juga kesal kerana masih didapati wujud fenomena no man's land atau kawasan yang tidak pedulikan sehingga menyakitkan mata.

''Kita dapati, lokasi berkenaan dibuat oleh agensi kerajaan lain dan tidak diserahkan kepada agensi bertanggungjawab. Akibatnya ia tidak diselenggara sehingga ada tandas terbiar. Tengoklah sama-sama, jangan sampai menyusahkan rakyat," katanya.

Sisa kertas bertaburan menyakitkan mata pengguna jalan

Posted: 14 Aug 2013 11:00 AM PDT

Chong Ah Yaw menunjukkan keadaan bahu jalan yang kotor akibat sampah kertas bertaburan dekat Kampung Baru Cina Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.

JEMPOL 14 Ogos - Pengguna jalan raya pastinya akan terkejut apabila melihat timbunan kertas bertaburan di bahu jalan utama dari Kampung Baru Cina Sungai Lui dekat sini menghala ke Kemayan dekat Pahang.

Timbunan kertas itu bukan sahaja membuatkan pengguna jalan raya kurang selesa malah nama Kampung Baru Cina Sungai Lui juga mungkin tercemar apabila kawasan mereka dikatakan tidak bersih.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut, Chong Ah Yaw, 73, memberitahu, kawasan tersebut pada awalnya merupakan laluan yang bersih.

''Enam hari lalu berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori treler yang membawa muatan kertas untuk dikitar semula. Treler tersebut terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan dan mengakibatkan muatan kertas bertaburan.

''Memang ada orang ramai datang mengutip kertas yang bertaburan namun masih terdapat sisa-sisa kertas di kawasan tersebut. Ini menyebabkan laluan ini mula dipenuhi kertas dan pastinya pengguna jalan raya ternyata-tanya kenapa laluan ini tidak dibersihkan,'' katanya, semalam.

Katanya, pihaknya juga bimbang kerana kemalangan kerap berlaku di kawasan itu berikutan laluannya yang berliku dan gelap.

''Laluan ini bahaya, sudahlah selekohnya tajam, tiada kemudahan lampu jalan. Ini merupakan antara laluan yang kerap berlaku kemalangan terutama ketika musim perayaan.

''Penduduk di sini tahu keadaan jalan di sini jadi mereka akan lebih berhati-hati dan biasanya kemalangan akan melibatkan pengguna jalan raya dari luar negeri ini,'' katanya.

Sementara itu, pengguna jalan raya, Ahmad Tarmizi Mohd. Azman 43, dari Sungai Lui memberitahu, dia kerap menggunakan laluan tersebut untuk ke Kemayan.

''Biasanya saya akan ke Kemayan jika mahu membeli barang dan menghantar anak ke sekolah. Walaupun saya duduk di Jempol tetapi Kemayan lebih dekat. Malu rasanya apabila melihat kawasan kita kotor.

''Penduduk di sini sentiasa menjaga kebersihan dan masalah ini berlaku hanya disebabkan kemalangan. Saya amat berharap pihak berkuasa tempatan dapat membantu membersihkan kawasan ini,'' jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved