Isnin, 26 Disember 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


KL City Walk tarikan terbaru

Posted:

KL City Walk tarikan terbaru

KL City Walk tarikan terbaru

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Ahmad Fuad Ismail (tiga dari kiri) menunjukkan papan tanda KL City Walk selepas merasmikan destinasi beli-belah terbaharu di Kuala Lumpur. Turut kelihatan, Salleh Yusup (kiri), Pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia, Datuk Victor Wee (kanan) dan Ronnie Chong. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 26 Dis. - KL City Walk bukan sahaja menjadi tarikan terbaru di ibu negara, malah ia dijangka menambahkan lagi populariti Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli-belah yang unggul.

Apatah lagi KL City Walk membawakan konsep yang berlainan daripada destinasi beli-belah sedia ada kerana ia menawarkan kawasan beli-belah terbuka berkonsepkan laluan pejalan kaki dan gerai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, lokasinya juga strategik kerana dikelilingi pejabat, hotel dan kediaman selain mempunyai jejantas yang menghubungkannya dengan pusat beli-belah Pavilion serta Kuala Lumpur City Centre (KLCC), antara kawasan tumpuan pelancong .

Menurutnya, kepelbagaian produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan kraf tangan yang dijual pada harga berpatutan turut memberi kelebihan kepada KL City Walk.

"Ini merupakan projek penswastaan dengan usahasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kesediaan KL CityWalk Enterprise Sdn. Bhd. untuk bersama-sama merealisasikan hasrat pengindahan bandar seiring dengan misi menuju ke arah bandar raya bertaraf dunia amat dialu-alukan,'' katanya selepas melancarkan KL City Walk di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup, Pengarah Urusan City Walk Enterprise Sdn. Bhd., Ronnie Choong.

Ahmad Fuad memberitahu, pemasangan 95 buah kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu akan meningkatkan lagi keyakinan pengunjung terhadap keselamatan di kawasan berkenaan.

KL City Wall sepanjang setengah kilometer itu terletak berhampiran Jalan P.Ramlee bersebelahan Rohas Perkasa hingga Jalan Pinang berhadapan Wisma UOA.

Ia menempatkan kira-kira 54 gerai dan kios yang menjual pelbagai produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan kraf tangan dalam usaha mempromosikan keunikan yang ada di Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Flat Taman Mulia ceria

Posted:

Flat Taman Mulia ceria

Flat Taman Mulia ceria


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menandatangani plak sebagai tanda penyempurnaan kerja-kerja mengecat dan membaiki beberapa kemudahan di bawah Tabung Penyenggaraan 1Malaysia di flat Taman Mulia, Bandar Tun Razak, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Penghuni flat Taman Mulia, Bandar Tun Razak di sini gembira dan lega apabila kerja-kerja penyelenggaraan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1M) telah disempurnakan baru-baru ini.

Berikutan itu, suasana ceria dan indah kini dapat dinikmati oleh kira-kira 960 penghuni flat yang mempunyai 240 unit itu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A, B dan C, Idris Dahari, 66, yang mewakili penghuni di situ turut berterima kasih kepada kerajaan kerana membawa kembali keceriaan ke kawasan itu.

Menurutnya, di samping kerja-kerja mengecat, turut dilaksanakan ialah kerja-kerja pembaikan jeriji di kaki lima dan pintu serta saluran tong sampah dan memasang palung pada bumbung.

"Keprihatinan kerajaan ini telah meniup semangat kepada penghuni di sini untuk bersama-sama menjaga kemudahan awam di sini," katanya selepas mengiringi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melawat sekitar flat itu baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) kementerian itu, Datuk Mohd. Jamal Mahussin dan Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, kerja-kerja penyenggaraan di Flat Taman Mulia itu merupakan salah satu daripada enam projek TP-1Malaysia yang telah siap dilaksanakan.

Katanya, sehingga kini, sejumlah 51 permohonan melibatkan 34 projek perumahan kos rendah swasta dan 17 projek perumahan kos sederhana rendah swasta sudah diluluskan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kubur Datuk Keramat membanggakan

Posted:

Kubur Datuk Keramat membanggakan

Kubur Datuk Keramat membanggakan


Hamid Mat Isa (kanan) dan Yunus Mat Som sentiasa memastikan Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat berada dalam keadaan bersih dan ceria.


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebut sahaja mengenai tanah perkuburan, ia pasti mengundang pelbagai persepsi di kalangan masyarakat dan kebiasaannya kawasan itu digambarkan sebagai kawasan yang menakutkan.

Namun, persepsi tersebut pasti berubah sekiranya mereka mengunjungi Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

Walaupun hanya batu-batu nisan yang memutih memenuhi kawasan itu tetapi tanah perkuburan tersebut kelihatan cantik, kemas tersusun dan lengkap dengan kemudahan asas.

Atas daya usaha kariah kawasan itu mengindahkan tanah perkuburan tersebut, ia telah terpilih untuk memenangi Anugerah Khas Maal Hijrah 1433 bagi kategori Tanah Perkuburan Islam Terbaik baru-baru ini.

Urus Setia Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Hamid Mat Isa berkata, tanah perkuburan itu dibuka pada 1990 dan ia diuruskan oleh Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat.

Katanya, dalam memastikan tanah perkuburan itu sentiasa kelihatan sempurna, bersih dan cantik, pihaknya sentiasa mengambil berat soal penyenggaraan.

"Setiap hari saya akan memantau kawasan perkuburan ini. Setiap pusara juga dilengkapi nama dan sering dibersihkan bagi memudahkan waris menziarahinya," katanya.

Beliau berkata, anugerah yang diterima itu telah menjadikan jawatankuasa masjid dan anggota kariah di situ semakin bersemangat untuk menjaga kebersihan tanah perkuburan tersebut.

Sementara itu, Yunus Mat Som yang bertugas sebagai penjaga dan penggali kubur di situ sejak tanah perkuburan itu dibuka berkata, pelbagai pengalaman indah serta buruk pernah dihadapinya sepanjang 21 tahun menjaga kubur itu.

"Kubur ini sudah sebati dengan saya. Walaupun tiada kematian, saya akan datang ke kubur ini untuk membersihkannya supaya kelihatan cantik sepanjang masa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bersiap awal hadapi banjir

Posted:

Bersiap awal hadapi banjir

Bersiap awal hadapi banjir

Oleh MOHAMED SA'ARI
utusanjohor@utusan.com.my


ANTARA premis perniagaan yang meletakkan guni pasir sebagai penebat arus ketika banjir di Jalan Genuang, Segamat, Johor, semalam. - UTUSAN/MOHAMED SA'ARI


SEGAMAT 26 Dis. - Kebanyakan premis perniagaan di Jalan Genuang, di sini terutama syarikat kewangan membuat persiapan awal menghadapi banjir dengan meletakkan guni berisi pasir di dinding luar bangunan masing-masing.

Guni pasir itu disusun bertingkat bagi menahan arus deras dan rempuhan objek yang dibawa arus seandainya bencana banjir melanda kawasan berkenaan.

Perkembangan itu bukan sahaja situasi 'baru' bagi penduduk setempat, tetapi turut menjadi rezeki 'tambahan' beberapa pihak terutamanya pembekal barang binaan yang menjual guni berisi pasir dengan harga RM4 setiap satu.

Ketika banjir melanda daerah ini pada 2006 dan awal tahun lalu, ramai peniaga mengalami kerugian kerana cermin bangunan mereka pecah akibat rempuhan objek yang dibawa arus deras banjir.

Seorang kontraktor, Mohamad Alwi, 58, berkata, kaedah susunan guni pasir itu telah lama digunakan di beberapa negara Eropah seperti Belanda, Itali dan Sepanyol ketika menghadapi banjir tetapi di negara ini agak baru diperkenalkan.

"Sebenarnya guni pasir tersebut bukan bertujuan untuk menahan air masuk ke dalam bangunan seperti sangkaan orang ramai, sebaliknya berfungsi sebagai penebat kepada arus dan tekanan air terhadap dinding terutama bahagian yang diperbuat daripada bahan mudah pecah seperti kaca," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Justeru, dia juga bercadang menggunakan kaedah sama untuk melindungi kediaman keluarganya sekiranya banjir melanda pada masa akan datang.

Mohamad tidak bercadang berbuat demikian pada masa ini kerana menjangkakan keadaan banjir yang berlaku sekarang tidak sebesar 2006 dan awal tahun ini.

Seorang pemilik kedai buku, Hisyam Kunchimin, 40, turut tidak bercadang meletakkan guni pasir di kedainya kerana berpendapat banjir yang berlaku kini tidak besar dan menjejaskan premis perniagaannya.

"Saya terpaksa tidur dalam kedai yang tiada bekalan elektrik ketika banjir awal tahun lalu bagi mengelakkan kecurian akibat cermin yang pecah dilanda arus deras," katanya yang telah menjalankan perniagaan sejak enam tahun lalu.

Bagi Mohd. Zin Ali, 66, tindakan sebahagian peniaga yang meletakkan guni pasir di premis masing-masing menimbulkan persepsi akan berlaku banjir besar di kawasan tersebut.

"Tidak kurang juga ada yang berasa hairan dengan keadaan sekarang kerana ia sesuatu yang baru dilihat oleh mereka. Biasalah benda baru sememangnya akan menarik perhatian orang ramai," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pindah lokasi kenduri tahlil akibat banjir

Posted:

Pindah lokasi kenduri tahlil akibat banjir

Pindah lokasi kenduri tahlil akibat banjir

BATU PAHAT 26 Dis. - Akibat banjir, seorang warga emas terpaksa memindahkan lokasi kenduri tahlil sempena 40 hari kematian isterinya yang sepatutnya diadakan di rumah mereka ke kediaman jiran yang lebih tinggi.

Menurut Mohd. Sarman Ahmad, 60, rumahnya dimasuki air sejak pagi semalam menyebabkan keluarganya sepakat menerima tawaran jiran untuk memindahkan lokasi kenduri itu.

"Arwah isteri, Mariamah Abu, 58, meninggalkan saya dan anak-anak akibat menderita sakit buah pinggang.

"Saya reda dengan ujian ini dan berterima kasih kepada jiran-jiran yang memahami dan sanggup membantu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Panchor, di sini hari ini.

Mohd. Sarman berkata, dia telah tinggal di kampung itu sejak 30 tahun lalu dan banyak kali menempuh bencana banjir.

"Kampung ini dekat dengan sungai dan apabila air pasang bertembung pula dengan hujan menyebabkan banjir.

"Biasanya banjir lambat surut atau apa yang dipanggil orang di sini sebagai banjir termenung," katanya.

Warga emas yang tabah itu yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan tidak kesal dengan kejadian itu.

Katanya, peristiwa yang berlaku malam tadi merapatkan lagi hubungan antara saudara mara dan jiran-jiran selain meningkatkan semangat tolong-menolong.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penganut Kristian rai bersama keluarga, rakan

Posted:

Penganut Kristian rai bersama keluarga, rakan

Penganut Kristian rai bersama keluarga, rakan

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Walaupun perayaan Krismas di Malaysia disambut tanpa kehadiran salji, namun penganut agama Kristian warga negara ini dan warganegara lain tetap menyambut perayaan itu dengan meriah.

Sambutan itu diraikan dengan mengunjungi gereja untuk upacara keagamaan dan tradisi saling memberi hadiah serta majlis makan istimewa dengan anggota keluarga dan rakan taulan.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum turut memberikan ucapan 'Selamat Menyambut Krismas' kepada rakan mereka yang beragama Kristian menerusi Facebook dan Twitter selain panggilan telefon.

Kebanyakan gereja di ibu negara ini menjadi tumpuan penganut agama itu termasuk warga asing untuk mengikuti upacara keagamaan Hari Krismas.

Keadaan di ibu negara agak lengang tanpa kesesakan trafik berikutan kebanyakan warga kota pulang ke kampung untuk menyambut Krismas dan juga sempena cuti umum esok.

Rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan dijadual diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang di Jalan Semenyih, Kajang, Selangor, esok.

Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka Krismas anjuran masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir.

Ketibaan beliau pada 12 tengah hari disambut ketua perkampungan itu, Peter Thomas Gomes yang mengetuai masyarakat di situ mengadakan sambutan Krismas secara sederhana tetapi meriah sejak malam tadi, yang turut menarik perhatian pelancong.

Perkampungan seluas 11.2 hektar dengan 118 buah rumah itu dihuni kira-kira 1,200 orang keturunan Portugis yang mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan bagi mengeratkan hubungan sempena perayaan itu.

Di SARAWAK, Hari Krismas turut disambut secara sederhana namun meriah oleh penganut Kristian dengan tradisi mengadakan rumah terbuka untuk sama-sama diraikan oleh masyarakat agama lain.

Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikom yang mengadakan majlis rumah terbuka di Kuching, berkata hubungan baik sesama rakyat berbilang agama dan bangsa di Sarawak digambarkan pada setiap sambutan sesuatu perayaan.

"Di Sarawak, tahap toleransi rakyat berbilang kaum dan agama begitu tinggi sekali. Kita tidak ada masalah untuk bersama rakan-rakan lain bagi memeriahkan sambutan perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan perayaan lain," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, rakyat Sarawak pastinya amat beruntung kerana masalah perkauman tidak berbangkit di negeri itu.

Perpaduan yang kukuh membolehkan kerajaan Sarawak memberi lebih banyak tumpuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di setiap pelosok negeri tanpa mengira agama dan bangsa, katanya.

Di PERLIS, sambutan Krismas berlangsung dalam cuaca cerah tanpa sebarang majlis rumah terbuka kerana tidak ramai penganut Kristian di negeri ini.

Orang ramai dilihat membanjiri Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat sempena cuti Krismas bagi menyaksikan Karnival Kucing Comel 2011 yang berlangsung di situ.

Karnival dua hari bermula semalam itu dipenuhi pelbagai acara termasuk pertandingan kucing comel, pakaian beragam kucing, karaoke serta pertunjukan menjinakkan ular berbisa. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

30 chalet diancam hakisan

Posted:

30 chalet diancam hakisan

30 chalet diancam hakisan


BANGUNAN Chalet Tanjung Chat Beach Resort menunggu masa untuk roboh selepas diancam hakisan kesan ombak besar di pesisiran pantai Bachok, semalam. Gambar kecil, Normah Mohd. Nor.


BACHOK 25 Dis. - Lebih 30 calet dan pusat peranginan yang diusahakan oleh penduduk tempatan di pesisir Pantai Irama hingga ke Pantai Kandis, dekat sini diancam hakisan berikutan angin kencang dan ombak besar sejak tiga hari lalu.

Keadaan itu membimbangkan pemilik dan pengusaha pelancongan yang berhadapan dengan kerugian jika keadaan air pasang besar yang berlaku pada setiap malam itu menghakis dan meroboh sebahagian daripada calet terbabit.

Penyelia Tanjung Chat Beach Resort, Normah Mohd. Nor, 49, berkata, sebanyak lima calet yang dibina sejak 2006 menunggu masa untuk roboh jika ombak besar berlaku secara berterusan kerana sebahagian daripada tebing pantai tersebut sudah terhakis.

Menurutnya, dalam kejadian terbaru malam tadi air laut melimpah ke daratan sejauh 60 meter menyebabkan pihak pengurusan resort terpaksa mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk menyelamat dan memindahkan barang dalam calet terbabit.

"Kita juga terpaksa memanggil Tenaga Nasional (TNB) untuk memotong segera bekalan elektrik bagi mengelak sebarang kemungkinan.

"Lebih 20 penduduk berdekatan membantu mengangkat tilam, katil dan almari malam tadi dalam keadaan kawasan resort yang digenangi air dan dihempas ombak," katanya ketika ditemui di Tanjung Chat Beach Resort, di sini, hari ini.

Normah berkata, ombak besar mula berlaku pada pukul 8.15 malam tadi di mana pada peringkat awal ia memusnahkan keseluruhan pagar, pendawaian elektrik dan lampu hiasan yang berhadapan dengan laut hanya dalam tempoh 45 minit sahaja.

"Calet ini akan runtuh pada bila-bila masa jika ombak besar terus melanda sebagaimana yang berlaku pada malam tadi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Belia disaran manfaat peruntukan kerajaan

Posted:

Belia disaran manfaat peruntukan kerajaan

Belia disaran manfaat peruntukan kerajaan

IPOH 25 Dis - Para belia disaran supaya memanfaatkan dana berjumlah RM400 juta yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2012 untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, separuh daripada peruntukan itu adalah bagi meningkatkan kemahiran mereka sementara separuh lagi disalurkan kepada syarikat modal teroka milik kerajaan MyCreative Venture Capital.

"Melalui MyCreative Venture Capital, golongan belia yang ingin menceburi bidang inovasi dan kreatif boleh mendapatkan dana bagi memulakan perniagaan," katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, selain peruntukan tersebut, golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawan boleh mendapat dana permulaan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Beliau seterusnya memberitahu, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) turut menyediakan dana sebanyak RM300 juta kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menambah, selaras dengan sasaran kerajaan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan jati diri golongan belia mesti diberi keutamaan. - Bernama

Jelasnya, belia perlu dipersiapkan sepenuhnya bagi menggalas cabaran membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain peruntukan tersebut, tambahnya, golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawan boleh mendapat dana permulaan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM2.1 bilion.

Ahmad Husni juga berkata, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) turut menyediakan dana sebanyak RM300 juta kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Restoran curi air diserbu

Posted:

Restoran curi air diserbu

Restoran curi air diserbu

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Kakitangan Sains memotong saluran paip air haram yang dipercayai dicuri dalam operasi di sebuah restoran di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 25 Dis. - Seorang pengusaha restoran terkedu apabila premisnya diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) selepas didapati menjalankan kegiatan mencuri air melalui penyambungan haram dalam operasi di sekitar bandar ini baru-baru ini.

Serbuan terhadap premis tiga tingkat itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kira-kira pukul 11 pagi.

Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, operasi tersebut diadakan hasil daripada maklumat orang awam dan risikan pihaknya.

''Ketika serbuan, kami mendapati terdapat beberapa penyambungan secara tidak sah dilakukan di premis terbabit menggunakan paip mudah lentur bersaiz 12 milimeter (mm).

''Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis terbabit telah menjalankan penyambungan haram untuk kegunaan restoran di tingkat bawah, stor di tingkat satu dan tempat tinggal pekerja di tingkat dua," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Azlan, pihaknya bertindak menyita paip berkenaan untuk dijadikan bahan bukti dan hasil ujian klorin turut mendapati bekalan air yang digunakan merupakan air terawat milik Sains.

''Berikutan itu, Ketua Operasi dari Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan SPAN, Mohadir Hid mengeluarkan tiga notis makluman kesalahan terhadap pemilik premis," ujarnya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 123 (1) dan Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006.

''Jika disabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan denda yang diperuntukkan di bawah Seksyen 123 (1) sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

''Denda di bawah Seksyen 89 (9) pula adalah sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,'' tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Melaka sesak sempena cuti umum

Posted:

Melaka sesak sempena cuti umum

Melaka sesak sempena cuti umum


PENGUNJUNG sesak beratur menaiki tram untuk melawat kawasan sekitar Zoo Melaka sempena cuti Krismas dan musim cuti sekolah di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 25 Dis - Cuti umum sempena sambutan Hari Krismas hari ini memberi kesempatan kepada orang ramai termasuk pelancong dari luar negara mengunjungi beberapa tempat menarik di sekitar bandar raya ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, beberapa tempat menjadi tumpuan pelancong khususnya di Bandar Hilir yang menempatkan pelbagai produk pelancongan.

Tempat yang menjadi tumpuan ialah Kota A'Famosa, bangunan Stadthuys, kapal Flor De Lamar, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, kuil Hoong Teng, kampung Morten, makam Hang Tuah, makam Hang Jebat dan Jonker Walk.

Turut menjadi tumpuan ialah Menara Taming Sari, bot Melaka River Cruise, Zoo Melaka, Taman Botanikal, beca, Duck Tours, Taman Tema Melaka Wonderland dan Pulau Besar.

Kebanjiran orang ramai di bandar raya ini bermula sejak Jumaat lalu hingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku di Plaza Tol Ayer Keroh dan Plaza Tol Simpang Ampat di Alor Gajah.

Keadaan paling teruk berlaku semalam di Plaza Tol Ayer Keroh apabila kenderaan bersesak-sesak sepanjang 4 kilometer di laluan masuk ke bandar raya ini.

Berikutan itu, aliran trafik menuju ke bandar raya ini berlaku kesesakan teruk sejak dari petang semalam hingga ke malam khususnya di sekitar Banda Hilir terutama di Dataran Pahlawan.

Turut sesak ialah perkampungan Portugis di Ujong Pasir apabila masyarakat beragama Kristian menyambut Krismas dengan pelbagai aktiviti dan pertunjukkan bunga api.

Berikutan kehadiran orang ramai yang luar biasa itu menyebabkan semua hotel bertaraf lima bintang hingga ke hotel bajet habis di tempah.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri, Abd. Kadir Md. Idris berkata, hampir kesemua hotel di sekitar bandar raya ini habis di tempah sejak awal hingga hujung bulan ini.

''Walaupun ada hotel-hotel baru dibuka tetapi malangnya ia tidak mencukupi untuk menampung kebanjiran orang ramai ke negeri ini," ujarnya.

Menurut beliau, selain hotel, turut habis ditempah ialah inap desa.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang ingin datang ke negeri ini untuk membuat tempahan hotel dua atau tiba bulan lebih awal.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk rayu turap jalan Kg. Parit Pendekar

Posted:

Penduduk rayu turap jalan Kg. Parit Pendekar

Penduduk rayu turap jalan Kg. Parit Pendekar


Jalan utama ke Kampung Parit Pendekar Sg. Rambai masih belum dinaik taraf.


JASIN 25 Dis. _ Kira-kira 70 keluarga di Kampung Parit Pendekar, Sungai Rambai, dekat sini, merayu agar projek menaik taraf jalan sepanjang 200 meter di kampung itu yang dipohon sejak setahun lalu segera dilaksanakan.

Penduduk mendakwa mereka sudah tidak sanggup lagi meredah laluan tanah merah yang tidak rata dan berkerikil setiap hari untuk keluar masuk ke jalan utama ditambah dengan keadaan jalan berhabuk ketika cuaca panas dan laluan bertukar becak pula apabila musim hujan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan tersebut bukan dilalui penunggang motosikal malah kenderaan lain seperti kereta dan lori tiga tan untuk ke jalan utama Sungai Rambai.

Seorang penduduk, Idris Md. Yusoh, 43, berkata, laluan tanah merah di situ yang tidak rata menyebabkan berlaku kemalangan sehingga mencederakan penduduk kampung.

Katanya, penduduk terpaksa bergantung kepada laluan di situ memandangkan ia satu-satunya jalan penghubung untuk ke jalan utama selain digunakan penduduk untuk ke Surau Parit Pendekar dan Madrasah Al-Amaniah.

''Sebelum ini, pihak berkuasa ada memaklumkan bahawa jalan ini akan dinaik taraf Jun lalu dan kemudiannya pula September lalu namun sehingga kini, masalah tetap sama berlaku," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kata Idris, masalah tersebut lebih ketara berlaku sewaktu musim perayaan apabila lebih banyak kenderaan memasuki laluan tersebut untuk menziarahi keluarga mereka di kampung itu.

Bagi Marul Md. Sah, 27, selain keadaan jalan yang tidak rata, laluan itu juga amat gelap pada waktu malam ekoran kedudukannya yang dikelilingi hutan dan semak samun selain ketiadaan lampu jalan.

''Pada awal pagi, wanita dan kanak-kanak sering melalui laluan ini untuk ke sekolah dan tempat kerja dan keadaan ketika itu amat gelap.

''Oleh kerana terpaksa juga melalui jalan di situ, mereka terpaksa meredah sahaja jalan walaupun sedar risiko keselamatan mereka,'' katanya sambil mendakwa pernah bertembung dengan ular dan biawak dari hutan berhampiran.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Dua ditahan dalam Ops Krismas

Posted:

Dua ditahan dalam Ops Krismas

Dua ditahan dalam Ops Krismas

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

PULAU PINANG 25 Dis. - Dua lelaki disyaki pengedar dadah ditahan selepas polis menemui beberapa peralatan antaranya alat penimbang, peket plastik kosong dan buku nota kecil dalam kereta Proton Satria yang mereka naiki di Jalan Sultan Azlan Shah di sini malam tadi.

Tangkapan dibuat selepas polis turut menemui sejumlah wang tunai bernilai lebih RM3,000 yang diikat dengan getah serta disorok di dalam sampul surat dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah.

Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 50-an dan berasal dari Kedah ditahan dalam Operasi Krismas dan Cegah Jenayah berhampiran pintu masuk Universiti Sains Malaysia di Batu Uban.

Operasi bermula pukul 10.30 malam dan berakhir pukul 4 pagi ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya menjelang sambutan Hari Krismas serta cuti panjang hujung minggu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob yang mengetuai operasi itu berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas motosikal dan kereta bagi memastikan pemandu dan penunggang mematuhi peraturan lalu lintas.

Menurutnya, di sebalik perasaan teruja menyambut Krismas dan cuti, ramai pemandu dan penunggang yang mengabaikan keselamatan di jalan raya boleh mengundang kecelakaan.

"Seramai 100 anggota polis dan dibantu 20 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertugas malam ini bagi memeriksa kenderaan.

"Selain di laluan ini, polis turut mengadakan operasi serupa di Straits Quay dan Padang Kota Lama di bahagian Pulau serta Juru Autocity dan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth di Seberang Perai," katanya.

Selain itu, jelas Ayub, pihak polis juga memantau beberapa lokasi tumpuan pada malam Krismas seperti Gurney Drive dan Queensbay bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sebanyak 86 saman dikeluarkan oleh polis trafik selain 10 motosikal disita manakala JPJ pula mengeluarkan 67 saman ke atas pemandu dengan pelbagai kesalahan.

Full content generated by Get Full RSS.

200 murid terima bantuan sekolah RM100

Posted:

200 murid terima bantuan sekolah RM100

200 murid terima bantuan sekolah RM100


IDRIS Hashim (kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar miskin sempena sambutan Hari Krismas di Teluk Intan, kelmarin.


TELUK INTAN 25 Dis. - Seramai 2,000 murid miskin di sini menerima sumbangan wang tunai RM100 setiap seorang daripada Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (Mayang) bagi perbelanjaan musim persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Mayang, Datuk Idris Hashim pada satu majlis di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini, semalam.

Menurut Idris, wang itu diberikan kepada murid sekolah berusia 12 tahun di kawasan ini dengan harapan ia dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

''Rakyat harus bersyukur di atas kejayaan yang dinikmati negara sejak di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak bantuan telah diberikan seperti bantuan RM500 kepada ketua rumah dan sebagainya.

''Sumbangan ini menunjukkan keperihatinan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan berkebajikan," katanya pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN di kawasan Parlimen Teluk Intan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tindakan tegas jika guna laluan kereta

Posted:

Tindakan tegas jika guna laluan kereta

Tindakan tegas jika guna laluan kereta

PULAU PINANG 25 Dis. - Polis akan mengenakan kompaun maksimum kepada penunggang motosikal yang ditahan sekiranya menggunakan laluan kereta di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, penguatkuasaan ke atas penggunaan lorong motosikal itu akan dijalankan sepenuhnya mulai tahun hadapan selepas banyak kempen dan khidmat nasihat diberi selama ini namun gagal dipatuhi penunggang motosikal.

"Kita sebelum ini banyak memberi nasihat kepada penunggang agar tidak menggunakan laluan kereta namun ia dilihat kurang berkesan. Polis akan menguatkuasakan peraturan dan kompaun maksimum kepada mereka mulai tahun depan.

"Sebuah pasukan tindakan khas juga telah ditubuhkan bagi memantau perkara ini termasuk di Jambatan Pulau Pinang serta laluan ke Bayan Lepas," katanya ketika mengulas tindakan penunggang motosikal yang sering menggunakan laluan kereta sehingga membahayakan nyawa mereka.

Ayub ditemui ketika mengetuai operasi Krismas dan Cegah Jenayah di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran pintu masuk ke Universiti Sains Malaysia di Batu Uban, malam tadi.

Menurutnya, polis kini menyasarkan tahun 2012 sebagai Rempit Sifar bagi menjadikan Pulau Pinang bebas daripada golongan mat rempit dan pelumba jalanan.

"Perkara itu sedang diberi penekanan serius oleh pasukan trafik yang telah menyediakan draf sasaran kerja berkaitan masalah rempit ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM15 juta bina, baiki masjid

Posted:

RM15 juta bina, baiki masjid

RM15 juta bina, baiki masjid

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Mustapa Mohamed menjamu selera bersama orang ramai di Masjid Mukim Pulau Lima, di Pasir Puteh, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 25 Dis. - Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan lebih RM15 juta untuk projek pembinaan baru dan kerja membaik pulih masjid di seluruh Kelantan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu termasuk membina masjid baharu di kawasan Parlimen Machang, Ketereh dan Gua Musang.

"Kita masih menerima banyak permohonan bagi tujuan berkenaan dan ia akan diambil perhatian serius dalam usaha menyediakan prasarana rumah ibadat yang lengkap dan selesa untuk ahli kariah membangunkan syiar Islam secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM500,000 kepada Masjid Mukim Pulau Lima di sini kelmarin.

Sumbangan bagi membesarkan ruang ibadat masjid berkenaan telah disampaikan kepada Imam Tua Masjid Mukim Pulau Lima, Abdul Ghafar Awang. Ia sebagai menunaikan janji yang dibuat oleh Perdana Menteri sewaktu melakukan lawatan ke masjid berkenaan 2 Julai lalu.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, masjid perlu berada dalam keadaan sempurna kerana ia melambangkan kekuatan dan keutuhan umat Islam.

"Fungsi masjid perlu ditingkatkan dengan turut berperanan sebagai medan perpaduan. Golongan muda juga perlu didekatkan dengan masjid melalui program tarbiah Islamiah dan pendidikan.

"Langkah ini perlu supaya mereka mempunyai jati diri dan tidak mudah dipengaruhi oleh pihak lain yang sentiasa mencari peluang merosakkan adat resam, budaya dan pengamalan ajaran Islam sebenar. Ini sahaja langkah berkesan untuk menangani kes murtad yang dilaporkan berlaku baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata, peruntukan itu akan dibelanjakan untuk membesarkan masjid berkenaan bagi menampung 300 hingga 600 jemaah.

Full content generated by Get Full RSS.

PETMAL, TATiUC kerjasama latih belia Nigeria

Posted:

PETMAL, TATiUC kerjasama latih belia Nigeria

PETMAL, TATiUC kerjasama latih belia Nigeria


Ahmad Said (dua dari kiri) bersama (dari kiri), Long Mohd, Noor Affendi Long Ibrahim; Dr. Mohd. Rozailan Mamat dan Kamarudin Hussin pada Majlis Menandatangani Perjanjian di antara PETMAL, TATiUC, UniMAP di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 25 Dis. - Kepakaran Kolej Universiti TATI (TATiUC) semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila diberi kepercayaan untuk melatih belia-belia dari Nigeria dalam pelbagai bidang kejuruteraan.

Kepercayaan itu terjalin melalui kerjasama di antara PETMAL Oil Sdn. Bhd. dengan TATiUC dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani, di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, PETMAL diwakili Pengerusinya, Datuk Paduka Long Mohd. Noor Affendi Long Ibrahim manakala TATiUC diwakili Rektornya, Dr. Mohd. Rozailan Mamat@Ibrahim dan UniMAP oleh Naib Canselornya, Brigedier Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin sambil disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berkata, untuk peringkat awal seramai 50 belia Nigeria mengikuti kursus Teknologi Kimpalan Arca di kolej tersebut yang akan mengambil masa selama enam bulan.

Katanya, sepanjang kursus tersebut diadakan, PETMAL dipertanggungjawab untuk menguruskan kemasukan pelajar dan juga dari segi kewangan mereka.

"PETMAL merupakan syarikat yang dilantik kerajaan Nigeria melalui satu badan yang diberi nama Program Perkembangan Belia (YDP) untuk menguruskan latihan belia-belia Nigeria di negara ini.

"Bagi pengurusan kewangan pula, segala perbelanjaan pelajar-pelajar ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Nigeria," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan, di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau difahamkan pada tahun depan jumlah pelajar yang bakal mengikuti kursus di TATiUC dan UniMAP akan bertambah selain penambahan dalam kursus yang ditawarkan.

Jelasnya, seramai 500 orang lagi belia Nigeria akan dihantar di dua buah institusi pendidikan itu tahun depan untuk mengikuti pelbagai latihan kemahiran seperti bidang Pendawaian Elektrik, Pemesinan, Automotif dan juga Teknologi Kimpalan Arca.

"Dengan kemudahan pembelajaran yang selesa dan bertaraf dunia dalam bidang kejuruteraan di kolej ini, saya yakin pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi melalui penyertaan dalam kursus yang diadakan ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk gotong-royong masak bubur asyura

Posted:

Penduduk gotong-royong masak bubur asyura

Penduduk gotong-royong masak bubur asyura


Sebahagian daripada peneroka yang menyertai program masak bubur asyura sempena sambutan Maal Hijrah di Felda Kemahang Dua, Tanah Merah, semalam.


TANAH MERAH 25 Dis. - Memasak sebanyak 37 kawah bubur asyura dengan peruntukan hampir RM15,000 hasil kerjasama penduduk kampung merupakan contoh terbaik dalam menerapkan semangat gotong-royong dan perpaduan di kalangan masyarakat Felda di negara ini.

Merealisasikan hasrat tersebut di samping mendekatkan hubungan antara jiran, penduduk di Felda Kemahang 2 di sini mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah dengan memasak bubur berkenaan baru-baru ini, menggunakan peruntukan peserta di kawasan tersebut .

Timbalan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad berkata, penglibatan lebih 400 ahli keluarga daripada 16 blok Felda terbabit antara contoh terbaik dalam membantu menerapkan nilai-nilai murni iaitu mewujudkan persefahaman dan sekali gus meraikan 37 tahun Felda Kemahang 2 mula diteroka.

''Apa yang menarik, kerja-kerja penyediaan bahan mentah dam basah, memasak dan mengacau bubur disertai bukan sahaja oleh golongan lelaki tetapi semua peringkat usia termasuk kanak-kanak dan wanita dewasa. Ini adalah lambang semangat gotong-royong yang menjadi amalan dalam masyarakat Melayu sejak lama dahulu.

''Aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di kalangan masyarakat di sini kerana generasi muda dapat berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan golongan lebih berusia iaitu di kalangan peneroka terawal di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Besar Wilayah Gua Musang, Nor Zuki Mustafa, Pengurus Felda Kemahang 2, Zainal Ismail dan Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail.

Faizoull menambah, usaha yang dilakukan oleh masyarakat Felda di kawasan terbabit wajar dicontohi kerana akhir-akhir ini semangat bergotong-royong semakin terhakis di kalangan jiran tetangga.

''Memasak bubur asyura secara kerjasama dan bergilir-gilir mampu menerapkan kembali semangat saling memerlukan antara satu sama lain dan diharap budaya ini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Sanggup habis RM2,000 sebulan

Posted:

Sanggup habis RM2,000 sebulan

Sanggup habis RM2,000 sebulan


SITI NURHALIZA



WANITA dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Rentetan itu membuatkan wanita di seluruh negara taksub untuk mencari alternatif bagi memastikan diri tampil jelita.

Justeru, tidak hairanlah berikutan obses kepada kecantikan, produk kosmetik menjadi tumpuan utama.

Persoalannya, sejauh mana wanita Malaysia sanggup berbelanja besar bagi tujuan itu dan apa pandangan mereka terhadap produk kosmetik.

Ikuti laporan wartawan Utusan Malaysia, FAZRINA AYU RADUIAN dan jurugambar, MUHAMAD IQBAL ROSLI mengenai isu produk kosmetik berkenaan.

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Demi untuk tampil cantik, wanita Malaysia dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.

Jika tidak, masakan rakyat negara ini diunjur sanggup berbelanja sehingga AS$1.1 bilion (RM3.42 bilion) tahun lalu hanya untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang ditemui, pasti memakai produk kosmetik sekurang-kurangnya bahan asas seperti bedak kompak, gincu, pembayang mata atau pemerah pipi.

Perbelanjaan ini tidak mencakupi perbelanjaan lain seperti pakaian, produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan kesihatan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Raih RM4.73b pelaburan asing

Posted:

Raih RM4.73b pelaburan asing

Raih RM4.73b pelaburan asing

Oleh AINSAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama ahli-ahli Jawatankuasa Gerak Kerja Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-13 pada pelancaran jentera itu bagi peringkat Parlimen Bagan Datoh, semalam.


HUTAN MELINTANG 25 Dis. – Pusat industri pertahanan pertama negara yang akan dibangunkan di Sungkai dekat Tanjung Malim pada suku pertama tahun depan berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM4.73 bilion bagi pembangunan infrastruktur dan modal awal setakat ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaburan itu diterima daripada 25 syarikat pertahanan yang terdiri daripada 15 syarikat dari Eropah, lapan dari Amerika Syarikat dan Amerika Utara serta dua dari Korea Selatan.

Beliau berkata, pihak kementerian turut menerima tawaran daripada beberapa buah syarikat dari China dan India yang berminat melabur dalam projek tersebut.

''Di antaranya, tiga buah syarikat dari China. Ada juga syarikat dari India yang berminat melabur dalam industri hiliran untuk aeroangkasa," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan Jentera Gerak Kerja Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-13 di Peringkat Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam.

Beliau mengulas perkembangan terkini industri pertahanan pertama negara yang bakal dibangunkan di Sungkai pada tahun depan.

Kerajaan sebelum ini yakin pusat industri pertahanan itu mampu meraih pelaburan bernilai RM15.3 bilion dalam masa lima tahun selepas ia mula beroperasi pada 2014.

Ahmad Zahid juga menyeru syarikat tempatan tidak melepaskan peluang untuk menyertai projek pusat industri pertahanan negara itu.

''Kerajaan membuka peluang kepada mana-mana syarikat tempatan yang berminat menyertai projek tersebut. Mereka boleh mendaftar dengan Kementerian Pertahanan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Posted:

Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

"Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu," katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

"Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved