Sabtu, 15 Oktober 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


438 maut nahas motosikal

Posted:

438 maut nahas motosikal

438 maut nahas motosikal

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Jens Reisch (kanan) bersama Noormazura Mat Nawi memakaikan topi keledar yang diberikan secara percuma kepada salah seorang penunggang di Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Okt. - Sebanyak 438 kematian melibatkan motosikal direkodkan di negeri ini dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 433 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Noormazura Mat Nawi berkata, jumlah kematian yang membabitkan penunggang atau pembonceng motosikal itu meningkat 1.2 peratus.

"Kematian melibatkan motosikal ini konsisten dan menyumbang 60 peratus kadar kematian akibat kemalangan penunggang atau pembonceng kenderaan ini.

"Sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, keseluruhan kematian kemalangan adalah 717 kes dan lebih separuh daripada membabitkan motosikal," katanya pada Majlis Pembukaan Cawangan Allianz Johor Bahru Synergy di sini semalam.

Pada majlis itu, Allianz Malaysia Berhad (AMB) mengedarkan 50 topi keledar secara percuma kepada penunggang motosikal yang melalui Jalan Serampang, lokasi cawangan ke-19 syarikat tersebut. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Jens Reisch.

Noormazura turut memuji inisiatif syarikat itu yang merupakan syarikat insurans pertama menandatangani memorandum persefahaman dengan pihaknya dalam langkah mengurangkan kadar kemalangan sejak 18 Julai lalu.

Beliau berkata, kebanyakan kematian yang melibatkan motosikal akibat kecederaan parah di kepala.

"Kesedaran mengenai pemakaian topi keledar yang menepati piawaian SIRIM dan memakainya dengan betul perlu diberi penekanan.

"Penunggang dan pembonceng motosikal terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi dan dengan perlindungan dan langkah-langkah pencegahan seperti pemasangan pelekat bercahaya, pemakaian topi keledar dapat mengurangkan kadar kemalangan sekali gus kematian," katanya.

Menurut Noormazura, di Johor Bahru seramai 10,000 orang menggunakan motosikal setiap hari.

Full content generated by Get Full RSS.

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat

Posted:

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat


Goh Chee Kiat melambaikan tangan kepada para pelajar selepas majlis meraikan persaraannya di SMK Dato' Jaafar, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 14 Okt. - Kejayaan mengurus sekolah yang mempunyai 736 pelajar dengan cemerlang dan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan memberi kepuasan kepada Pengetua Sekolah Menengah Dato' Jaafar (SMKDJ), Goh Chee Kiat.

Chee Kiat, 56, berkata, bukan semudah yang disangkakan untuk mengurus sekolah yang mempunyai pelajar tingkatan satu hingga enam kerana ia menuntut kesabaran dan ketabahan.

"Ia memerlukan kesabaran, ketahanan fizikal dan mental untuk menangani apa jua permasalahan yang dihadapi serta harus bijak merencana untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

"Selain itu, kejayaan juga tidak akan dicapai tanpa kerjasama guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan kumpulan sokongan," katanya semasa berucap pada majlis meraikan persaraannya di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Johor, Abdul Aziz Ridzuan dan Penolong Kanan Satu SMKDJ, Arbain Miswan serta guru-guru dan pelajar sekolah tersebut.

Chee Kiat memberitahu, selepas persaraan, beliau akan melibatkan diri secara serius dalam bidang pendidikan sektor swasta.

"Jiwa saya dalam bidang pendidikan sudah sebati. Jadi, apabila bersara saya tidak boleh lari daripada bidang ini demi mencari kepuasan di samping melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam pendidikan," kata anak kelahiran Melaka yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 33 tahun.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia terima keputusan Australia - Hishammuddin

Posted:

Malaysia terima keputusan Australia - Hishammuddin

Malaysia terima keputusan Australia - Hishammuddin

PUTRAJAYA 14 Okt. - Malaysia menerima dan mengambil sikap terbuka berhubung keputusan Australia membatalkan perjanjian pertukaran pelarian dan pemohon suaka antara kedua-dua negara yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun usaha itu gagal dilaksanakan seperti dipersetujui, usaha gigih kedua-dua pihak telah berjaya menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

"Kerajaan Malaysia telah membuat pelbagai perancangan rapi bagi melaksanakan aturan tersebut dengan menjadikan nilai kemanusiaan sebagai asas rujukan utama.

"Pendekatan yang kita ambil termasuk menyediakan kemudahan pusat memproses dan perbincangan serta tindakan yang rapi membuktikan kita bersedia meneroka satu kaedah penyelesaian baru dalam menangani isu tersebut pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ini secara tidak langsung menunjukkan kemampuan Malaysia untuk membuat keputusan yang boleh memberi impak besar kepada isu berkenaan.

Hishammuddin berkata, sebahagian besar matlamat yang ingin dicapai sebenarnya telah dikecapi apabila masyarakat antarabangsa mula memberi perhatian dan maklum balas berhubung aturan pertukaran tersebut.

"Matlamat asasnya adalah mengenai nasib pelarian dan pencari suaka serta pentingnya kita terlibat secara langsung membanteras pelbagai kegiatan negatif berkaitan perkara ini," katanya.

Beliau yakin keputusan kerajaan Australia itu bukan penamat kepada usaha mencari penyelesaian dalam soal pelarian dan pencari suaka.

Ini kerana katanya, kerajaan mengakui hakikat bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang berada di tengah-tengah laluan perjalanan pencari suaka dan pihak berkuasa akan melipatgandakan usaha menangani permasalahan itu.

Menurutnya lagi, Malaysia akan memanfaatkan sepenuhnya Mesyuarat Tahunan Kumpulan Kerja Australia-Malaysia Keempat di Sydney bulan depan untuk memperhalusi perkara itu.

Negara tegas beliau, akan terus mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu itu termasuk mengadakan perbincangan dua hala dengan negara-negara lain khususnya negara transit dan destinasi kepada jenayah pemerdagangan manusia.

Full content generated by Get Full RSS.

KDN nafi wujud Unit Risikan Khas

Posted:

KDN nafi wujud Unit Risikan Khas

KDN nafi wujud Unit Risikan Khas

PUTRAJAYA 14 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan kewujudan Unit Risikan Khas Bahagian Keselamatan Negara yang memberikan kuasa kepada anggotanya untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan termasuk mengutip wang.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kegiatan itu terbongkar selepas polis menangkap dua lelaki dan merampas kad kuasa palsu yang digunakan atas nama unit tersebut, baru-baru ini.

"Kedua-dua mereka ditahan apabila memperkenalkan diri sebagai Penolong Pegawai Risikan dari Ibu Pejabat Risikan Khas, KDN Putrajaya.

"Pihak polis kemudian merujuk kepada KDN untuk mengesahkan kewujudan unit tersebut dan saya ingin menegaskan di sini, kita tidak pernah ada unit sedemikian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata, kedua-dua suspek yang menyamar itu menunjukkan kad kuasa jabatan berkenaan lengkap dengan nombor kad pengenalan dan ditandatangan oleh Ketua Pegawai Unit Risikan KDN yang ternyata palsu.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan lengah urusan mohon pemutihan

Posted:

Jangan lengah urusan mohon pemutihan

Jangan lengah urusan mohon pemutihan

PUTRAJAYA 14 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak melengahkan urusan permohonan pemutihan bagi mengelakkan ia tertunggak atau lewat diproses.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata, amalan menunggu sehingga saat akhir perlu dielakkan kerana konsep siapa cepat dia dapat akan digunakan dalam meluluskan pemutihan PATI berdasarkan jumlah kekosongan kerja yang ada.

"Sejumlah 1,469 majikan telah hadir ke pusat pemutihan program 6P di Jabatan Imigresen di sini bagi menguruskan permohonan pemutihan 13,369 PATI dari 10 Oktober hingga hari ini.

"Sejumlah 18,761 PATI yang terlibat dalam proses pengampunan di bawah program 6P pula dikesan telah keluar dari negara ini atau kembali ke negara asal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lebih dua juta pendatang asing dilaporkan telah berdaftar di bawah program 6P dengan kira-kira sejuta adalah pendatang yang sah manakala 1.3 juta adalah PATI.

Proses pemutihan Program 6P melibatkan PATI bermula Isnin lalu dan majikan yang degil akan dikenakan tindakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Remaja rela berhenti sekolah

Posted:

Remaja rela berhenti sekolah

Remaja rela berhenti sekolah

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


LATT Shariman Abdullah (kiri) melawat keluarga Ahmad Nazri Abu Bakar (empat dari kiri) bersama Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) serta Nor Hidayu dan Nor Erdiyana di Kampung Peremba, Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 14 Okt. - Dalam usia 14 tahun, Ahmad Nazri Abu Bakar terpaksa melupakan alam persekolahan untuk membantu nenek dan dua adiknya yang masih kecil meneruskan kehidupan walaupun terpaksa memperjudikan masa depan sendiri.

Remaja dari Kampung Peremba di sini terpaksa melupakan hasrat untuk bersekolah seperti remaja lain kerana kesempitan hidup.

Menurut Ahmad Nazri, sejak di sekolah rendah lagi dia sudah mula membantu neneknya, Fatimah Abdullah, 59, dengan bekerja sambilan menyusun bata di sebuah kawasan pembinaan.

"Saya kasihan tengok tok (nenek) kerja seorang sebab masa itu mak sakit. Ayah pula dah meninggal dunia beberapa tahun lepas.

"Bila habis darjah enam saya nekad tidak mahu sambung belajar, nak tolong tok cari duit sebab hidup kami susah," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurut Ahmad Nazri, pesanan ibunya supaya jangan nakal dan menjaga adik-adik sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 11 September lalu membuatkannya tekad membantu neneknya menyara keluarga dengan melakukan pelbagai kerja.

"Saya pernah kerja basuh ayam di Pasar Besar Alor Setar dan terpaksa berhenti kerana tidak cukup umur. Sekarang saya ikut tok kerja dengan katering dan dibayar gaji antara RM10 hingga RM15 sehari.

"Saya terpaksa bantu tok kerana dia bukan menyara kami adik-beradik sahaja tetapi juga pak cik kami yang sakit kencing manis," katanya.

Menurutnya, pesan arwah ibu, Nor Aishah Daud sentiasa diingati menjadikan dia nekad berhenti sekolah walaupun tidak dipersetujui oleh neneknya.

"Arwah ibu pun tentu tidak suka tetapi saya terpaksa lakukan perkara ini, jika tidak siapa yang akan bantu kami. Biarlah saya bekerja dan adik-adik sahaja bersekolah," katanya.

Tambah remaja itu lagi, dengan sedikit upah sekurang-kurangnya dia dapat membantu adiknya, Nor Hidayu, 13, dan Nor Erdiyana, 8, membeli kelengkapan sekolah.

Dalam pada itu, kesempitan hidup keluarga Ahmad Nazri mendapat perhatian daripada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah dan Pejabat Zakat Daerah Kota Setar yang melawat keluarga itu semalam.

Latt berkata, pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memasukkan semula Ahmad Nazri ke sekolah.

Beliau berkata, selain itu bantuan membaiki rumah yang didiami oleh Ahmad Nazri juga akan diteliti bagi memberi keselesaan tempat tinggal kepada mereka.

"Sepatutnya Ahmad Nazri bersekolah, namun dia terpaksa berhenti semata-mata untuk mencari pendapatan untuk keluarganya dan perbincangan dengan PPD akan dilakukan untuk membantu Ahmad Nazri bersekolah semula," katanya.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Logman Husien pula berkata, pihaknya akan memberi bantuan bulanan sebanyak RM400 bermula bulan depan kepada keluarga Ahmad Nazri.

Beliau berkata, bantuan keperluan dapur turut diserahkan sewaktu lawatan diadakan dan berharap agar sumbangan yang disampaikan itu meringankan beban mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Fatimah 012-5231692 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0210041000067475 (Nor Hidayu Abu Bakar).

Full content generated by Get Full RSS.

Nur Jannati baca 300 novel muncul Tokoh Nilam Perak

Posted:

Nur Jannati baca 300 novel muncul Tokoh Nilam Perak

Nur Jannati baca 300 novel muncul Tokoh Nilam Perak


Nur Jannati Syakirin Ramli bersama piala setelah diumumkan Tokoh Nilam Negeri Perak di Ipoh, kelmarin.


IPOH 14 Okt. - Minat mendalam terhadap karya-karya agung hasil nukilan para sasterawan negara membawa tuah kepada Nur Jannati Syakirin Ramli sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak kategori sekolah rendah.

Ketika rakan-rakan seusianya lebih gemar membaca buku bacaan ringan, Nur Jannati Syakirin Ramli, 11, pula mengakui 'jatuh cinta' dengan novel-novel berat karya penulis tersohor dari dalam dan luar negara.

Percaya atau tidak, anak seorang penternak lembu di Felda Trolak Selatan itu sudah membaca lebih 300 novel tempatan termasuk yang berbahasa Inggeris.

Tidak hairanlah, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan itu turut dipilih memenangi Anugerah Nilam bagi kategori sekolah luar bandar sekali gus melayakkannya membawa pulang trofi, wang tunai bernilai RM900 dan sijil penyertaan.

"Saya amat meminati karya- karya besar seperti Detik-Detik Diri di Daerah Daif yang ditulis oleh Shahnon Ahmad dan Debu Hiroshima karya Othman Puteh.

"Meskipun ia mungkin agak 'berat' untuk dibaca, saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripadanya dengan menyingkap pengalaman yang dicoretkan penulis," katanya selepas Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang dan Anugerah Nilam 2011 Peringkat Negeri Perak, di sini semalam.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, Abd. Majid Yusof yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri.

Sementara itu, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Taman Tasik, Taiping, Anand Phraseart Ma Noon, 16, pula muncul sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak bagi kategori sekolah menengah.

Anak kepada pasangan berketurunan Siam, Sormon Nai Liew dan Ma Noon Ta Oo itu juga meminati karya penulisan sasterawan negara seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad dan Hujan Pagi hasil nukilan A. Samad Said.

"Bagi saya, elemen sastera sangat berkait dengan kehidupan dan ia mampu menterjemahkan ideologi yang didukung oleh seseorang penulis.

"Novel sebegini dapat mengajar kita bagaimana menjalani liku-liku kehidupan dan seterusnya berjaya mengharungi kesulitan dalam hidup," katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu, dia sering mengambil peluang membaca pada waktu lapang di sekolah meskipun sibuk mengikuti pelajaran dalam aliran sains tulen.

Full content generated by Get Full RSS.

Lokasi pelancongan dinaik taraf

Posted:

Lokasi pelancongan dinaik taraf

Lokasi pelancongan dinaik taraf


Hamidah Osman bersama Zahir Khalid mendukung anak singa Afrika ketika melawat Zoo Taiping, kelmarin.


TAIPING 14 Okt. - Kerajaan negeri sedang giat menjalankan kerja-kerja menaik taraf beberapa destinasi pelancongan bagi menyediakan kemudahan terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara menjelang kempen Tahun Melawat Perak tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, usaha penambahbaikan destinasi pelancongan terbabit juga merupakan antara strategi bagi memberi nafas baharu dalam industri tersebut di negeri ini.

''Saya melihat negeri Perak mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik yang berpotensi dikembangkan secara terancang untuk dijadikan tarikan baru pelancong dalam dan luar negara.

"Setakat ini, beberapa kawasan pelancongan sudah dikenal pasti untuk dinaik taraf bagi menyediakan suasana yang kondusif bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan galeri pelancongan dan kerja-kerja menaiktaraf Zoo di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Zahir Khalid.

Pembinaan galeri dan menaik taraf zoo berkenaan menelan kos RM3.8 juta merupakan inisiatif terbaru kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan itu sebagai pusat informasi pelancongan terbaharu di negeri ini.

Hamidah memberitahu, antara kawasan lokasi pelancongan lain yang akan dinaik taraf adalah Dataran Stesen Kereta Api, Hutan Lipur Lata Kijang, Kellie's Castle dan Pesisiran Sayong Kuala Kangsar.

Beliau memberitahu, kerja-kerja menaik taraf lokasi terbabit akan dilakukan secara sistematik bagi memastikan ia masih boleh dilawati pengunjung walaupun pengubahsuaian sedang dijalankan.

''Kita mahu pastikan perancangan tersusun dibuat bagi memastikan sebarang kerja-kerja naik taraf ini tidak mengganggu aktiviti pelancongan di lokasi berkenaan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Wanita maut jatuh flat

Posted:

Wanita maut jatuh flat

Wanita maut jatuh flat

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRIutusanN9@utusan.com.my


Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita yang maut selepas terjatuh dari tingkat 12 di Flat Tun Dr. Ismail di Lobak, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 14 Okt. - Seorang wanita yang baru sehari keluar dari wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12, flat Tun Dr. Ismail, Lobak di sini, semalam.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah di sebuah tempat pembuangan sampah di flat berkenaan, kira-kira pukul 4.10 petang.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, memberitahu, dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi benda terjatuh berhampiran tempat pembuangan sampah itu.

"Apabila saya menjenguk ke luar tingkap saya terkejut selepas melihat tubuh seorang wanita terbaring berhampiran tempat itu.

"Saya memaklumkan perkara itu kepada jiran sebelum mereka menghubungi pihak polis," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Yusoff Awang memberitahu, mangsa yang berasal dari Senawang dipercayai datang ke flat berkenaan dengan sebuah kereta sebelum mayatnya ditemui terjatuh di flat tersebut.

"Berdasarkan siasatan awal, kita dapati mangsa baru keluar dari wad sakit jiwa HTJ sehari sebelum mayatnya dijumpai terjatuh di flat terbabit.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan buat masa ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke HTJ untuk bedah siasat sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarganya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mohon bantuan dinaikkan

Posted:

Mohon bantuan dinaikkan

Mohon bantuan dinaikkan


ZULKARNAIN Abu Bakar (duduk dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada bekas tentera kurang upaya yang cedera sewaktu berkhidmat pada majlis Hari ATM Ke-78 Peringkat 1 Briged di Kem Rasah, Seremban, semalam.


SEREMBAN 14 Okt. - Bekas tentera kurang upaya yang menerima sumbangan pada majlis meraikan anggota cedera sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-78 Peringkat 1 Briged di Markas 1 Briged Kem Rasah di sini menyuarakan rasa syukur di atas bantuan yang diterima oleh mereka hari ini.

Menurut mereka, sumbangan tersebut membuktikan kerajaan sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat untuk negara.

Seorang daripada mereka, Sulaiman Maarof, 60, memberitahu, beliau cedera selepas terkena jerangkap samar di Gerik, Perak pada 1977.

"Ketika itu saya berasakan masa depan amat gelap kerana masih perlu menanggung sembilan anak yang masih bersekolah.

"Namun, berkat kesabaran dan ketabahan, saya berjaya membesarkan kesemua anak termasuk ada yang menjadi pensyarah dan guru.

"Seorang daripada anak saya turut mewarisi darah tentera dan kini menjadi pegawai berpangkat kapten di Kuala Lumpur," ujarnya.

Sementara itu, Jumaat Zul Ceh Tak, 54, pula memberitahu, dia mula berkhidmat sebagai anggota tentera pada 1980 dan kini hanya berehat di rumah selepas pencen.

"Memang saya mendapat pencen bulanan tetapi ia tidak mencukupi untuk menyara kami sekeluarga," jelasnya.

Sehubungan itu, Jumaat berkata, dia dan rakan-rakan yang lain turut mengharapkan wang kebajikan yang diberikan oleh kerajaan dinaikkan.

Hamid Katik, 56, pula berkata, dia terkena jerangkap samar pada 1978 semasa bertempur dengan pengganas komunis.

"Saya memang tidak dapat bekerja selepas cedera dan kerana itu sangat berharap agar jumlah bantuan ini dinaikkan bagi menampung keperluan hidup dan perubatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

33 bekas tentera kurang upaya terima bantuan

Posted:

33 bekas tentera kurang upaya terima bantuan

33 bekas tentera kurang upaya terima bantuan

SEREMBAN 14 Okt. - Seramai 33 bekas tentera dalam kategori kurang upaya menerima sumbangan pada majlis meraikan anggota yang cedera sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-78 Peringkat 1 Briged di Markas 1 Briged, Kem Rasah hari ini.

Program itu diadakan bagi mengingati dan menghargai jasa pahlawan yang cedera ketika dalam perkhidmatan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka, Norasbi Said berkata, sejak penubuhan jabatan itu, terdapat penambahbaikan pengurusan anggota veteran dalam menghulurkan bantuan kebajikan.

"Kami menyasarkan seramai 500 anggota veteran bagi pendaftaran baru setiap tahun. Kami sendiri akan turun padang bagi menyalurkan sumbangan kepada anggota veteran berkenaan.

"Bantuan akan diberikan mengikut taraf hidup dan juga jumlah tanggungan," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis tersebut.

Turut hadir, Komander Markas Garison Gemas, Kolonel Zulkarnain Abu Bakar yang mewakili Panglima 1 Briged.

Orang ramai atau ahli keluarga yang mempunyai anggota veteran yang cedera atau kurang upaya boleh menghubungi jabatan berkenaan di talian 06-2345931 atau 06-2345932 atau laman web www.jhev.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Peserta Kenya kuasai larian Berembun

Posted:

Peserta Kenya kuasai larian Berembun

Peserta Kenya kuasai larian Berembun


PARA peserta memulakan larian dari Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun, Terengganu.


Menurut Muhamad Rafi Kori dari Kembara Outdoor Centre yang juga ahli Persatuan Kembara Negara (PKN), antara objektif perlumbaan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu itu adalah bagi memenuhi kalendar pelancongan negerit, sekali gus memperkenalkan destinasi menarik di negeri berkenaan kepada pengunjung dalam dan luar negara.

Beliau berkata, misi itu mencapai sasaran apabila perlumbaan yang diadakan itu berjaya menarik penyertaan peserta dari luar negara.

Katanya, sebanyak 15 peserta dari negara Kenya menyertai larian yang menjadikan laluan ke puncak Gunung Berembun yang terletak pada ketinggian 1,108 meter dari paras laut (dpl) itu sebagai trek perlumbaan.

"Perlumbaan ini juga diadakan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

"Selain itu, ia turut mengajak remaja dan belia mengisi aktiviti yang berfaedah dan sihat yang boleh mencegah mereka daripada terjebak dalam gejala sosial," katanya kepada S3.

Dinamakan Mount Berembun Green Challenge 2011, acara sukan lasak itu berjaya menghimpunkan seramai 274 peserta dari dalam dan luar negara.

Kesemua mereka begitu bersemangat untuk menyahut cabaran perlumbaan ke puncak Gunung Berembun yang kaya dengan khazanah flora dan fauna, selain memiliki air terjun yang cantik.

Kesemua keindahan itu boleh dilihat sepanjang laluan mendaki ke puncak gunung yang menjadi tumpuan para pendaki dari seluruh negara pada hujung minggu itu.

Dalam perlumbaan lasak ini, Muhamad Rafi menjelaskan, para peserta diletakkan dalam kategori berbeza iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, tertutup lelaki, tertutup wanita dan veteran.

Mereka berlumba untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM22,700 termasuk hamper dan sijil.

Para peserta dari negara Kenya nampaknya menguasai perlumbaan apabila membolot kesemua hadiah utama bagi kategori terbuka lelaki. Manakala dua peserta wanita dari negara itu pula membawa pulang hadiah kedua dan ketiga bagi kategori terbuka wanita.

Rakan penaja bagi acara perlumbaan ini adalah 100 Plus, Powerbar, Nestle, Fitness, Corezone, Mumtaz Murad Ali, Oplex Communication, WTA Travel, Hotel Primula, Mayang Sari Resort, Nor Arfa Batik dan TADC.

Mengulas lanjut, katanya, bagi memeriahkan acara larian gunung itu, beberapa program sampingan diadakan seperti pameran oleh Jabatan Perhutanan, Ketengah, AADK, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Belia dan Sukan.

"Antara aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna lukisan & tong sampah sempena Kempen 1MG 1MC dan gotong royong membersih hutan lipur," tambahnya.

Majlis perasmian perlumbaan telah disempurnakan oleh Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, manakala majlis penutup dilakukan oleh ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam.

Full content generated by Get Full RSS.

Berehat di puncak gunung Tok Wan

Posted:

Berehat di puncak gunung Tok Wan

Berehat di puncak gunung Tok Wan


KAWASAN puncak Gunung Tok Wan dikelilingi pokok-pokok menyebabkan tiada pemandangan menarik dapat dilihat dari puncak.


Biasanya lokasi berdekatan tempat tinggal menjadi tumpuan. Bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan sekitarnya, mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan mungkin menjadi pilihan.

Terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu kota, kawasan perbukitan itu menjadi tumpuan orang ramai yang kadangkala jumlahnya mencecah ratusan orang pada satu-satu masa.

Bagi yang tidak gemarkan kesesakan orang ramai yang memenuhi keempat-empat puncak Bukit Broga, apa kata lajak sedikit langkah anda menuju ke puncak Gunung Tok Wan.

Namun untuk sampai ke gunung berketinggian 675 meter (2,214 kaki) dari paras laut (dpl) itu, kita perlu tiba dahulu di puncak Bukit Broga pada ketinggian 400 meter (1,312 kaki) dpl.

Bersama Zaki Zakaria, 44, yang menjadi jurupandu arah, penulis meredah hutan belantara bagi menjejaki puncak Gunung Tok Wan baru-baru ini.

Pendakian kami bermula pada pukul 7.00 pagi dan satu jam kemudian, kami tiba di puncak Bukit Broga. Kami berehat seketika sebelum memasuki sempadan hutan. Trek yang ditempuh agak lembap, manakala suasana sekitar sedikit suram kerana peratusan cahaya matahari yang sampai ke lantai hutan agak sedikit.

Keadaan itu membuatkan persekitaran redup. Dalam pendakian ini, kami menemui sepohon pokok besar yang memiliki akar berselirat. Namun, di kebanyakan kawasan, tiada pemandangan menarik dapat dilihat.

Selepas menuruni beberapa puncak bukit termasuk di kawasan cerun yang disediakan kemudahan tali, kami kemudiannya tiba di satu kawasan berbatu yang diselimuti lumut.

Di situ, kami terdengar bunyi aliran air. Kami tidak mempunyai masa untuk mencari punca aliran air kerana bimbang terlewat tiba di puncak.

Kelihatan di hadapan kami adalah satu cerun yang agak menegak. Kami mengambil giliran untuk melepasi cerun tersebut. Perjalanan diteruskan dan kami tiba di puncak sekitar pukul 9.45 pagi. Kelihatan sekumpulan anak muda sedang duduk berehat di bangku kayu. Tiada pemandangan menarik dapat dilihat, sekadar belantara menghijau.

Kami bertegur sapa dan berbual mesra, sambil menikmati bekalan makanan dan minuman yang dibawa dari rumah. Selesai bergambar bersama mereka, kami menyusun langkah menuruni gunung sekitar pukul 10.15 pagi. Dalam perjalanan menuruni gunung, kami kerap berhenti untuk merakamkan keindahan bunga-bunga liar yang cantik.

Kami tiba semula di puncak Bukit Broga tepat pukul 12.00 tengah hari kala matahari terpacak di langit. Walaupun dipanah sang mentari, kami tetap meluangkan masa untuk merakamkan gambar kawasan perbukitan yang dilitupi lalang yang menghijau.

Selesai bergambar, kami meredah terik mentari menuruni bukit yang lengang. Hanya ada dua tiga orang pendaki masih berada di puncak bukit untuk bergambar.

Dek kerana panas mentari, kami berlari-lari anak menuruni cerun bukit menuju kawasan hutan. Teduhan daripada pokok menyejukkan semula kulit kami yang 'hampir' terbakar tadi.

Sebaik sahaja tiba di kawasan ladang sawit iaitu tempat permulaan mendaki Bukit Broga, kami terus menuju ke gerai milik Ezuan Che Yem, 31. Di gerainya, kami membasahkan tekak dengan air kelapa yang sejuk. Beliau hanya membuka gerai pada cuti hujung minggu dan gerainya turut dikunjungi pendaki pelbagai kaum. Ini kerana selain menjual minuman sejuk, beliau juga menyajikan menu ringkas seperti sandwic.

Memandangkan Bukit Broga semakin banyak menerima kunjungan ramai, maka setiap pendaki perlu menjaga kebersihan di bukit tersebut.

Ini kerana terdapat pendaki yang tidak bertanggungjawab membuang plastik pembungkus makanan dan botol mineral di merata tempat. Sikap itu hendaklah dihentikan kerana jika tidak, kawasan perbukitan yang indah itu akan menjadi tempat longgokan sampah sarap!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


27 nelayan Vietnam ditahan

Posted:

27 nelayan Vietnam ditahan

27 nelayan Vietnam ditahan

Oleh SAPEE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my


Adam Aziz (kiri) bersama 19 awak-awak warga Vietnam berumur antara 17 hingga 41 tahun yang ditahan di perairan Kemaman, semalam.


KEMAMAN 14 Okt. - Dua bot nelayan Vietnam yang mengibarkan bendera Kelantan bagi mengaburi pihak berkuasa ketika menceroboh perairan negara ini ditahan kira-kira 114 batu nautika dari Pantai Kuala Kemaman pagi semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut menahan 27 nelayan asing dan merampas 20 tan metrik hasil tangkapan bernilai kira-kira RM20,000 serta peralatan penangkapan ikan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kemaman, Kapten Maritim Adam Aziz memberitahu, kejayaan itu hasil maklumat yang diterima oleh pihaknya.

"Sehubungan itu, Kapal Maritim Malaysia KM Segantang dengan pegawai memerintah kapal, Leftenan Maritim Mohd. Marmizi Md. Nor bersama 20 anak kapal menemui sebuah bot nelayan Vietnam yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda.

"Bot berkenaan cuba beredar namun berjaya dikejar pada jarak tiga batu nautika dan tembakan amaran dilepaskan sebelum bot itu ditahan," ujarnya di sini hari ini.

Kata beliau, bot itu membawa 19 nelayan warga Vietnam berumur antara 17 dan 41 tahun tanpa pengenalan diri dan permit yang sah di samping muatan 10 tan metrik ikan dan sotong bernilai lebih RM10,000.

Adam memberitahu, pihaknya turut mengesan sebuah lagi bot nelayan Vietnam yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan berhampiran kawasan tersebut.

"Bot itu berjaya ditahan selepas mengejar selama 10 minit. Ia membawa bersama tujuh nelayan berumur antara 20 hingga 45 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kami turut merampas lebih 10 tan metrik pelbagai jenis ikan serta 100 kilogram sotong dari bot berkenaan," ujarnya.

Menurut Adam lagi, bot yang bernilai lebih RM3 juta setiap sebuah itu dibawa masuk ke pangkalan maritim di sini untuk disita sebelum dilelong bersama semua hasil tangkapan.

"Bot berkenaan bersama tekong serta awak-awak ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

"Sabit kesalahan tekong bot boleh didenda RM1 juta manakala awak-awak didenda RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

23 penghuni tinggal sehelai sepinggang

Posted:

23 penghuni tinggal sehelai sepinggang

23 penghuni tinggal sehelai sepinggang


Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah rumah yang dihuni seramai 23 ahli keluarga di Bandar Ceneh Baru, kelmarin. - UTUSN/Sapee Mat Junus


KEMAMAN 14 Okt. - Sebuah keluarga besar seramai 23 orang, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di kawasan perumahan Ketengah, Bandar Ceneh Baru, dekat sini semalam.

Rumah milik pasangan Umar Ben Sik, 56, dan Aminah Che Ming, didiami bersama empat anak mereka dengan tiga daripadanya telah berkeluarga di samping menantu dan cucu-cucu.

Kebakaran itu disedari oleh salah seorang anak pasangan terbabit, Nazma Hatulisma Dagang, 35, pukul 6 petang sebelum mengarahkan semua penghuninya keluar untuk menyelamatkan diri.

"Ketika kejadian, ayah tiada di rumah. Saya lalu membawa keluar semua anak dan beberapa anak saudara keluar dari rumah berkenaan.

"Selepas itu saya memanggil emak yang berada di rumah agar dapat bersama menyelamatkan barangan berharga.

"Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati kami sekeluarga apabila melihat rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini musnah dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui hari ini.

Selain segala dokumen penting, turut musnah adalah sebuah van yang diletakkan berhampiran.

Buat masa ini keluarga itu yang bergantung kepada pekerjaan di ladang menumpang di tadika Kancil Emas berhampiran.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Ceneh Baru, Azhar Noh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut daripada jiran mangsa.

Katanya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke beberapa buah rumah lain yang berdekatan.

"Seramai 11 anggota dan sebuah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan sejurus tiba kira-kira 90 peratus rumah mangsa telah hangus," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Diselubungi keresahan rumah digenangi air

Posted:

Diselubungi keresahan rumah digenangi air

Diselubungi keresahan rumah digenangi air


Seorang penduduk, Mohammad Deraman menunjukkan perkakasan rumahnya yang ditenggelami di Kampung Binjai, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 14 Okt. - Lebih 20 keluarga di Kampung Binjai dekat sini diselubungi keresahan apabila rumah mereka ditenggelami air bertakung sejak dua minggu lalu ekoran hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Penduduk mendakwa masalah tersebut timbul berikutan pembinaan sebuah rumah banglo yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka.

Seorang penduduk, Hasnah Hanafi, 47, memberitahu, sebelum ini kawasan kediaman mereka tidak pernah menakung air lebih daripada dua jam kerana air akan dialirkan ke sebuah paya berhampiran dan kejadian ini merupakan yang pertama sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, selepas pembinaan rumah berkenaan, pemiliknya telah menutup laluan air tersebut dengan menambak kawasan tersebut untuk dijadikan jalan tanpa memasang kolong air bagi menyalirkan air ke paya berhampiran.

"Jangan kata musim tengkujuh, hujan beberapa jam pun rumah kami akan terus dinaiki air. Dulu, lepas dua jam air akan surut tetapi sekarang ini dah masuk dua minggu, tetapi air tetap tidak surut.

"Bahagian dapur memang habis tenggelam, sudah dua minggu dapur kami tak berasap, terpaksa makan nasi bungkus. Bilik air dan tandas juga tidak dapat digunakan langsung," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambah Hasnah, dia semakin runsing apabila memikirkan majlis perkahwinan anaknya pada 28 November nanti pasti akan berdepan dengan kesulitan berdasarkan situasi ketika ini.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Deraman, 48, berkata, masalah tersebut sebelum ini pernah dirujuk kepada pihak Pejabat Tanah Daerah Kota Bharu, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Katanya, dia dan beberapa penduduk kampung sebelum ini pernah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tempatan termasuk menemui pemilik banglo tersebut namun maklum balas yang diterima amat mendukacitakan mereka.

"Dia tidak mahu membuat saliran air tersebut dan tidak membenarkan kami untuk membuatnya. Kami penduduk kampung sanggup mengeluarkan duit untuk membeli kolong air dan mengupah orang untuk memasangnya, cuma memerlukan kebenaran daripada tuan tanah.

"Air yang bertakung di kawasan rumah kotor bercampur najis dan sebagainya. Lambat-laun ia akan menjejaskan kesihatan penduduk di sini. Sehubungan itu, kami minta jasa baik pihak berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


TNI nafi Malaysia ceroboh wilayah

Posted:

TNI nafi Malaysia ceroboh wilayah

TNI nafi Malaysia ceroboh wilayah


Salah satu tanda sempadan yang merupakan sebatang kayu antara Kampung Telok Melano (kiri) dan Desa Temajuk di sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang didapati sama sekali tidak diusik ketika tinjauan dilakukan semalam.


JAKARTA 14 Okt. – Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Agus Suhartono (gambar) hari ini menegaskan di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bahawa tiada wilayah negara itu di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat diambil oleh Malaysia seperti yang didakwa baru-baru ini.

Menurutnya, perbatasan Kalimantan Barat dikawal oleh anggota TNI seperti mana perjanjian yang dicapai antara Indonesia dengan Malaysia dan kesemua pos penjagaan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

Beliau memberitahu, anggota TNI sering mengadakan rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di wilayah perbatasan itu.

"Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya," katanya pada sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I, DPR di sini.

Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Suhartono berkata, sebelum ini Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Mejar Jeneral, Geerhan Lantara telah melakukan tinjauan ke kawasan yang didakwa berlaku pencerobohan dan hasilnya didapati perkara itu tidak berlaku.

Pemimpin TNI itu seterusnya menempelak laporan media tempatan berhubung isu sempadan wilayah itu yang dikatakan memberi kesan psikologi kepada anggota TNI.

Menurut beliau, laporan media cetak dan elektronik tempatan seperti menafikan peranan dan tanggungjawab pasukan keselamatan yang mengawal wilayah perbatasan itu.

"Laporan media (tempatan) seolah-olah mengecilkan tugas dan menidakkan peranan perajurit TNI di kedua-dua kawasan itu. Perajurit tentunya dapat merasakan mereka seperti tidak menjalankan tugas dengan baik berdasarkan laporan media," jelas Suhartono. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

4 juta penguat kuasa digerak

Posted:

4 juta penguat kuasa digerak

4 juta penguat kuasa digerak

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Okt. – Lebih empat juta anggota penguat kuasa akan digerakkan secara bersepadu di seluruh negara apabila operasi besar-besaran dilaksanakan terhadap majikan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingkar terhadap Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Operasi membabitkan lokasi di darat, laut, dan sempadan darat itu bakal diketuai Jabatan Imigresen dan disokong hampir tiga juta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), 125,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 110,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat agensi penguat kuasa pelaksanaan program 6P anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

"Mesyuarat turut membincangkan pendekatan serta kaedah penguatkuasaan yang akan digunakan ketika arahan operasi dikeluarkan sebaik sahaja tarikhnya diputuskan oleh kerajaan.

"Ia selaras dengan pelaksanaan fasa kedua Program 6P iaitu Proses Pemutihan yang bermula sejak Isnin lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mesyuarat turut dihadiri wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Majlis Keselamatan Negara (MKN); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia); Unit Pencegah Penyeludupan (UPP); Jabatan Tenaga Kerja (JTK); Jabatan Depot; ATM; PDRM; Jabatan Imigresen dan Rela.

Selain kementerian-kementerian berkenaan, agensi lain yang turut akan bertindak sebagai sokongan pada program tersebut adalah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM); Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Bagi lokasi darat, operasinya akan membabitkan PDRM, Rela, ATM, JTK, Jabatan Depot, PBT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, JPAM, AADK dan JKKK.

Operasi di laut pula diletakkan di bawah tanggungjawab JKDM, TLDM, Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan sementara di sempadan darat pula akan membabitkan MKN, PDRM, Jabatan Imigresen, UPP, JKDM, JTK, Rela, Jabatan Depot serta Polis Sempadan di bawah KDN.

"Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan ini hanya akan dilaksanakan oleh agensi yang mempunyai kuasa di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, ATIP (Pindaan) 2010 manakala agensi yang tidak tertakluk di bawah akta tersebut hanya boleh menjalankan operasi penguatkuasaan dengan disertai anggota Jabatan Imigresen sebagai peneraju," katanya.

Sebagai agensi peneraju, Jabatan Imigresen bertanggungjawab merancang dan menyediakan pelan strategik operasi penguatkuasaan, menyelaras tindakan di peringkat negeri dan melaporkan statistik harian penguatkuasaan kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P di KDN.

Berdasarkan prosedur operasi kerja yang dicadangkan KDN, majikan serta PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P akan diberi satu tempoh khusus bagi tampil menyerah diri di mana-mana pejabat Jabatan Imigresen seluruh negara.

"Tindakan menyerah diri ini akan mengecualikan mereka daripada hukuman undang-undang, tetapi pada masa yang sama majikan dan PATI terikat dengan peraturan untuk menghantar pulang PATI ke negara asal mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan," tegas beliau.

Menurutnya, kerajaan akan mengumumkan tarikh akhir bagi proses menyerah diri dan selepas tamat tempoh tersebut, operasi besar-besaran akan dilaksanakan bagi menahan majikan serta PATI yang ingkar terhadap pelaksanaan Program 6P iaitu mendaftar bagi tujuan rekod biometrik atau menyerah diri selepas gagal melaksanakan pendaftaran.

Full content generated by Get Full RSS.

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14

Posted:

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga, kanan) bergambar bersama (dari kiri) Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-226 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR, 14 Okt. — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved