Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Elak program 'syok sendiri'

Posted:

Elak program 'syok sendiri'

Elak program 'syok sendiri'

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama pimpinan tertinggi komponen BN melafazkan ikrar deklarasi pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA


SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, mereka perlu memastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita syok sendiri...apabila buat program Juara Rakyat, (laporan dibuat) kami ada perhimpunan 300 orang dan kesimpulannya program berjaya. Kemudian laporan dihantar ke ibu pejabat, diproses serta dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Siapa 300 orang itu, saya sudah tahu. Sudah 35 tahun dalam politik, saya tahu permainannya. Anda tahu apa yang saya tahu, saya tidak pakai laporan seumpama itu, tetapi kalau 300 itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar atau yang dahulu menentang kita, itu berbaloi," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan pemimpin-pemimpin parti komponen.

Perdana Menteri mengingatkan pemimpin parti bahawa beliau mengetahui status kebenaran sesuatu laporan yang disediakan dan memberi amaran agar mereka tidak membuat laporan yang menipu diri sendiri atau pemimpin atasan.

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur," katanya.

Najib berkata, laporan terhadap program-program yang dilaksanakan itu bukan dibuat sekadar ingin menyedapkan hati sahaja seperti yang berlaku pada 2008.

"Kita rasa kita cukup kuat tetapi kalau laporan kita betul, kita tidak akan kalah di Selangor kerana jika ada laporan tepat kita boleh buat tindakan pemulihan. (Sebaliknya) Kita tidak buat (laporan tepat) kerana rasa tidak mungkin kalah, itu rangka pemikiran kita bahawa tiada siapa fikir kita akan kalah di Selangor," katanya.

Dalam pada itu di hadapan lebih 3,000 peserta konvensyen, beliau menyeru agar semangat permuafakatan antara kaum yang selama ini dilaksanakan dalam BN terus disemarakkan dengan semua pemimpin menghayati bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan semua kaum.

Justeru, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan BN agar membuka minda terhadap realiti politik semasa yang menuntut mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum dan kelompok masing-masing.

"Dalam konteks negeri Selangor tidak mungkin kalau kita ada pertimbangan kepada mentaliti silo iaitu menjaga (kepentingan) satu-satu kaum sahaja. Realiti politiknya adalah tidak mungkin kita boleh berjaya dan membentuk kerajaan kalau BN berdiri atas sokongan satu kaum sahaja," katanya.

Beliau menegaskan, pemimpin BN yang tulen akan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang susah tanpa mengira kaum dan warna kulit dengan terus 'menerpa' ke hadapan membantu sekiranya golongan itu layak diberi pertolongan.

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon'

Posted:

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon'

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon'

SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini membuat akujanji memastikan tiada lagi sengketa dalaman atau sesama parti komponen sebagai syarat untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus membolehkan kembali memerintah di Selangor.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dalam nada tegas memberi peringatan agar mereka mengambil pengajaran pahit daripada kekalahan di Selangor dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan bangkit semula melakukan tindakan yang dapat mengembalikan semula sokongan rakyat.

Namun, beliau melahirkan kebimbangan kerana tamparan pada 2008 masih tidak diambil pengajaran oleh segelintir pemimpin apabila masih asyik memikirkan kedudukan jawatan dalam parti berbanding memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya.

"Marah...rasa nak marah kerana kita tidak belajar daripada pelajaran pahit, kita dibuai dengan keselesaan kerana ada kerajaan Pusat.

"Nauzubullilah, kalau tidak ada (kerajaan Pusat) maka penghinaan yang kita terima lagi dahsyat, sebaliknya hari ini hendak minta apa sahaja boleh sebab ada 'bapa' (kerajaan Pusat), boleh merayu dan tunjuk muka sedih minta peruntukan.

"Sepatutnya kita tidak semata-mata melaungkan mahu rampas balik Selangor tetapi kita mesti melaungkan bahawa kita sudah insaf dengan pengajaran yang pahit itu, kita nak bangun semula dengan kekuatan baharu," katanya.

Beliau memberi peringatan tersebut di hadapan lebih 3,000 pemimpin BN dari pelbagai peringkat dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, ujian paling besar yang perlu dihadapi wakil-wakil rakyat sedia ada ialah mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi menang dalam pilihan raya.

Beliau juga melontarkan pertanyaan secara terbuka adakah mereka sanggup tidak menjadi calon dan cabarannya itu disambut seluruh kepimpinan BN negeri bahawa mereka bersedia berbuat demikian.

Najib juga mahu semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen tersebut ditunjukkan dalam masyarakat iaitu BN merupakan sebuah parti yang boleh diletakkan harapan bagi menjamin masa depan rakyat negara ini.

"Kalau rangka pemikiran kita sedemikian rupa, kalau yakin dengan prinsip BN, kalau diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon dan kalau tidak kecil hati serta merajuk dan sabotaj (sebaliknya), kita sokong habis-habisan.

"Kalau ada semangat itu, kita akan lahirkan semangat mengangkat BN sebagai pemerintah di negeri ini. Kalau kita jujur dan ikhlas pegang prinsip tadi, Tuhan akan berikan kemenangan apabila sampai waktunya," katanya.

Najib yang mengingatkan bahawa pilihan raya umum sudah semakin dekat mahu semua pemimpin dan ahli BN agar merapatkan barisan, mengetatkan mana yang longgar dan menyelesaikan masalah secara baik.

Ini kerana, beliau tidak mahu BN menerima nasib malang dan sukar kembali memerintah negeri ini sekiranya parti-parti pembangkang terus dapat mencengkam sekali gus menukar landskap politik negara.

"Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah, sejarah akan hukum dia sekali lagi. Kita sudah alami sejarah pahit, jangan hendaknya berulang kembali," katanya.

Mansuh ISA: Jangan cuba raih keuntungan politik

Posted:

Mansuh ISA: Jangan cuba raih keuntungan politik

Mansuh ISA: Jangan cuba raih keuntungan politik

SHAH ALAM 17 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada pihak cuba meraih keuntungan politik daripada pengumuman mengenai pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibuatnya kelmarin.

Beliau menegaskan, hasrat untuk meminda undang-undang pencegahan itu telah diutarakan semasa beliau baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri dua tahun lalu.

"Jadi jangan ada orang yang hendak claim credit kononnya pengumuman saya dua malam lalu adalah kerana hasil perjuangan mereka. Ini bukan hasil perjuangan mereka. Ini adalah keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kita mendengar suara dan isi hati rakyat yang inginkan perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mesra pemimpin-pemimpin BN sempena Program Sirih Pulang ke Gagang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Perdana Menteri berharap perubahan yang dilakukan itu akan meletakkan negara di landasan yang kukuh dalam membentuk demokrasi yang lebih progresif serta terbuka.

Menurutnya, ia juga mencerminkan keinginan kerajaan untuk mewujudkan keseimbangan di antara keterbukaan dan hak asasi manusia di samping menjaga kepentingan awam dan rakyat jelata.

"Inilah gambaran masyarakat kita yang saling menghormati dan membantu antara satu sama lain. Kita juga akan membentuk negara yang menjaga kepentingan umum dan hak asasi manusia kerana masyarakat kita sudah tinggi taraf pendidikannya dan mereka menuntut pembaharuan yang boleh menjamin masa depan," tambah beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


22 motosikal, sebuah kereta disita

Posted:

22 motosikal, sebuah kereta disita

22 motosikal, sebuah kereta disita

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN penunggang motosikal menolak kenderaan mereka ke Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah selepas ditahan dalam operasi bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam. - MINGGUAN/AZLI AHAD


MELAKA 17 Sept. - Sebanyak 22 motosikal dan sebuah kereta disita manakala 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi membanteras mat rempit di persimpangan lampu isyarat Jalan Eye On Malaysia di sini malam tadi.

Dalam operasi tersebut juga seorang penunggang motosikal ditahan selepas didapati positif dadah.

Operasi lebih tiga jam yang bermula pukul 12.30 malam dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi dijalankan oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman, kontinjen polis negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pegawai Operasi Khas Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, dalam operasi tersebut 83 buah motosikal dan 18 kereta diperiksa.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut 22 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan iaitu tiada cukai jalan, enjin diubah suai, tidak memiliki lesen memandu dan sebagainya.

"Sebuah kereta pula disita kerana tidak mempunyai cukai jalan manakala 17 lagi disaman juga atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya selepas operasi itu.

Menurutnya, operasi berkenaan melibatkan 40 anggota dari Unit Khas Trafik Bukit Aman bersama kontinjen polis negeri manakala seorang pegawai serta 10 anggota daripada JPJ.

Khuzir berkata, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, operasi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha polis untuk mencegah kegiatan lumba haram yang semakin menjadi kegilaan remaja masa kini di negeri ini.

Syarikat Hong Kong labur RM500 juta di Melaka

Posted:

Syarikat Hong Kong labur RM500 juta di Melaka

Syarikat Hong Kong labur RM500 juta di Melaka

MELAKA 17 Sept. - Program Malaysia Rumah Keduaku akan menjadi tarikan terbaru di negeri ini apabila kerajaan negeri mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat dari Hong Kong., Far East Consortium International Ltd., untuk membangunkan sebuah bandar baru di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, syarikat terlibat sudah bersetuju untuk melabur kira-kira RM500 juta hingga RM1 bilion bagi tujuan itu.

Menurutnya, projek pembinaan bandar baru di dalam sektor harta tanah itu dicadangkan akan dibangunkan sama ada di Ayer Keroh atau Bemban di Jasin.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dalam program itu dengan matlamat menarik minat kedatangan pelancong dari Rusia, China dan beberapa negara Eropah untuk menjadikan Melaka sebagai rumah kedua mereka.

"Syarikat ini juga sudah bersetuju untuk membina hotel, produk pelancongan baru seperti akuarium dan beberapa infrastruktur lain," katanya kepada pemberita di Seri Bendahara di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Ketua Pegawai Eksekutif Far East Consortium International Ltd., Tan Sri David Chiu.

Sementara itu, Yen Yen berkata, Melaka mampu melaksanakan program Malaysia Rumah Keduaku kerana pembangunan pesat di negeri ini termasuk terdapat pelbagai produk pelancongan yang mampu menarik minat pelancong dari luar untuk datang ke sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Yew Chuan hampir tinggalkan Unisza

Posted:

Yew Chuan hampir tinggalkan Unisza

Yew Chuan hampir tinggalkan Unisza

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my


Tuanku Nur Zahirah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran


KUALA TERENGGANU 17 Sept. – Ketika mendaftar masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini beberapa tahun lalu, Ong Yew Chuan, 23, begitu janggal untuk menyesuaikan diri di kampus tersebut yang hampir kesemuanya adalah pelajar Melayu.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Informatik di universiti itu mengakui, sebahagian besar hidupnya sebelum itu di Butterworth, Pulau Pinang lebih banyak bergaul dengan rakan sebangsa.

''Saya hampir meninggalkan pengajian di Unisza kerana agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan sekampus yang kesemuanya Melayu,'' katanya ketika ditemui selepas istiadat konvokesyen ketiga universiti itu di sini, hari ini.

Namun masa merubah keadaan dan Yew Chuan ternyata gembira dengan suasana kehidupan kampus tersebut sehingga membolehkan dia melakar kejayaan apabila memperoleh Pingat Ibnu Sina kerana kecemerlangan akademiknya.

Malah, beliau mengakui rakan- rakan di kampus banyak membantu sehingga dia dapat mencapai kejayaan hari ini.

Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah selaku Canselor Unisza berkenan menyampaikan anugerah itu sambil disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke istiadat tersebut.

Yew Chuan yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.86 merupakan antara 1,168 graduan yang menerima ijazah sarjana, sarjana muda dan diploma masing-masing pada istiadat berkenaan.

Tiga lagi graduan, Maheran Abdul Rahman (Bioteknologi Pertanian) menerima Pingat Ibnu Al-Awwam, Nur Syamimi Ramlan (Teknologi Makanan) menerima pingat Al- Imam Al-Razi dan Siti Sumayyah Musa (Undang-undang) menerima Pingat Al-Imam Al-Shafii.

Pada sidang pertama istiadat konvokesyen kali ini, seramai 290 graduan menerima sijil mereka dan 499 graduan akan menerimanya pada hari kedua dan 379 pada hari ketiga.

Dalam pada itu, bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim pula dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Sementara itu, turut berkongsi kegembiraan ialah Pegawai Sains Unisza, Zarizan Suhaili, 30, apabila menjadi graduan ijazah sarjana pertama universiti yang berusia lima tahun itu selepas berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Sains Diagnostik Molekul.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia mengakui cabaran berada jauh dengan keluarga serta kekangan kerja menjadi pendorong utama dia berjaya hari ini.

"Keluarga saya berada di Klang, Selangor dan ketika memulakan pengajian dulu saya sering berulang alik antara kedua-dua negeri.

"Namun saya tekad untuk menamatkan pengajian saya sehingga ke peringkat tertinggi walaupun sudah berkahwin dan akhirnya saya berjaya selain turut berbangga apabila menjadi graduan ijazah sarjana pertama Unisza," jelasnya yang berasal dari Kulai, Johor.

Rakyat perlu terus beri sokongan - MB Terengganu

Posted:

Rakyat perlu terus beri sokongan - MB Terengganu

Rakyat perlu terus beri sokongan - MB Terengganu

KEMAMAN 17 Sept. - Rakyat perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri agar transformasi pembangunan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya akan terus berusaha melakukan yang terbaik selaras dengan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

"Kita mengharapkan rakyat sentiasa menghargai apa yang telah dan bakal dilaksanakan demi kemudahan mereka," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri di Pantai Kijal malam tadi.

Lebih 10,000 orang membanjiri kawasan rekreasi tersebut yang turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Hadir sama ahli-ahli Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.

Menteri Besar turut mengingatkan rakyat supaya tidak lupa dengan sejarah kemerdekaan negara dan menyanjung pemimpin yang telah banyak berjasa bagi membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Beliau juga meminta agar mereka tidak dikelirukan dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengagung-agungkan perjuangan komunis untuk menguasai pemerintahan negara.

Lepasan Inspi ke Riau

Posted:

Lepasan Inspi ke Riau

Lepasan Inspi ke Riau

KUALA TERENGGANU 17 Sept. - Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menghantar 10 pelajar lepasan Institut Pengajian Islam Kemaman (Inspi) untuk menyambung pelajaran ke Universiti Sultan Syarif Kassim (Unisuska) di Riau, Indonesia dalam bidang dakwah akhir September ini.

Pengarahnya, Md. Kamaru Al- Amin Ismail berkata, ia adalah sebagai salah satu langkah untuk menambah bilangan pendakwah di negeri ini dan mereka akan mengikuti pengajian selama empat tahun.

Bercakap kepada pemberita di sini baru-baru ini, beliau berkata, pada masa yang sama juga YIT akan memilih lepasan Inspi untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di Jordan, Mesir dan Maghribi Oktober ini.

Inspi yang dibangunkan YIT merupakan institusi pengajian Islam yang berkonsepkan 'pondok moden'.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Letupan bom: 4 rakyat Malaysia maut

Posted:

Letupan bom: 4 rakyat Malaysia maut

Letupan bom: 4 rakyat Malaysia maut

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
Azran.rahim@utusan.com.my

SUNGAI GOLOK, Selatan Thailand 17 Sept. – Empat rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak antara lima yang maut apabila tiga butir bom meletup di kawasan hiburan di Jalan Charoen Khet di sini, lewat petang semalam.

Letupan itu juga menyebabkan 19 rakyat Malaysia cedera yang mana dua daripadanya iaitu Yau Win dan Heng Chin Goa parah serta dirawat di Hospital Yala, Thailand.

Mereka yang maut ialah Foong Foo Keah, 45, dari Kuantan, Pahang; Wong Hong Yep, 64, dan cucunya, Wong Kai Sean berusia tiga tahun dari Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan manakala seorang lagi mangsa ialah sukarelawan Thailand yang berusia 38 tahun. Seorang lagi rakyat Malaysia, Chen Yew Soon, 40, meninggal dunia di Hospital Hadyai pukul 8 malam tadi.

Hong Yep dan cucunya berada di Sungai Golok petang semalam bersama tiga lagi ahli keluarga manakala Foo Keah datang bersama abang dan rakannya ke bandar tersebut sebelum maut dalam letupan itu.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rusdi Che Omar berkata, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 7.30 petang waktu Malaysia, apabila sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan Pusat Kebudayaan Persatuan Teochew yang terletak di tengah sepanjang jalan tersebut meletup menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera.

"Kira-kira lima minit kemudian, sebutir lagi bom yang diletakkan pada motosikal berhampiran sebuah hotel meletup menyebabkan Foo Keah dan seorang lelaki rakyat Thailand maut.

"Ketika keadaan di sepanjang 500 meter di jalan tersebut kelam-kabut, satu lagi letupan yang lebih kuat berlaku di persimpangan masuk jalan itu berhadapan medan selera sehingga menyebabkan Hong Yep dan cucunya meninggal dunia.

"Letupan terakhir berpunca daripada sebutir bom yang diletakkan dalam sebuah kereta di hadapan medan selera tersebut. Ia juga menyebabkan hotel berhampiran turut mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Hospital Sungai Golok di sini, hari ini.

Hong Yep meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Yala manakala Kai Sean yang mengalami kecederaan serius maut di tempat kejadian. Letupan itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang cedera di mana enam daripadanya parah.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia di tempat kejadian mendapati, pihak berkuasa telah menutup jalan tersebut untuk kenderaan dan kerja-kerja membersihkan serta menyambung semula bekalan elektrik giat dijalankan.

Rusdi berkata, pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan kumpulan terlibat dengan dadah selain tidak menolak kemungkinan mereka juga adalah ahli kumpulan pemisah.

Tambahnya, siasatan juga mendapati bom yang digunakan dalam kejadian itu adalah jenis bom jangka dan bom kawalan yang dihalakan ke arah kenderaan terbabit.

Penduduk tangkap ‘orang minyak’

Posted:

Penduduk tangkap 'orang minyak'

Penduduk tangkap 'orang minyak'

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar 'orang minyak'.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit 'mengejutkan' keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.

Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.

"Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

"Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Norlida berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah sebuah belukar tebal di belakang pangsapuri sambil dikejar oleh suaminya dan seorang jiran.

Ahmad yang juga seorang anggota tentera pula berkata, dia bersama jirannya mengejar sejauh 50 meter sebelum dapat menangkap lelaki itu yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.

"Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

"Saya fikir dia mungkin pengamal ilmu hitam kerana berkelakuan pelik dan saya terus menghubungi pihak polis yang menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi," jelasnya.

Sementara itu, jurugambar Mingguan Malaysia, Zakaria Idris, 47, yang berada di tempat kejadian turut merasakan lelaki itu berkelakuan pelik dan tidak menyangkal kemungkinan, dia adalah pengamal ilmu sesat seperti 'orang minyak'.

"Badannya tidak disapu minyak seperti 'orang minyak' tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.

"Selain itu dia tidak banyak bercakap meskipun ditanya pelbagai soalan oleh penduduk," jelasnya.

Difahamkan, kewujudan lelaki yang dipercayai tidak menetap di kawasan itu disedari awal pagi ini. Dia dilihat sedang berbogel di belukar terbabit namun tindakannya ketika itu tidak diambil peduli oleh penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan akan membuat siasatan lanjut.

"Kami masih menyiasat motif suspek dan kami percaya dia adalah pekerja kontrak di kawasan berhampiran," katanya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengakui, wujudnya amalan ilmu hitam dalam masyarakat di negara ini.

"Dalam kes ini, saya tidak menolak lelaki terbabit itu pengamal ilmu hitam kerana jika dia adalah seorang pesakit mental, tentu tidak akan terus melarikan diri jika ternampak suami wanita itu.

"Ketika itu, dia mungkin dipengaruhi 'ilmu' yang dituntut menerusi kerjasama dengan jin atau syaitan, terutama sekali apabila menjadikan wanita sebagai sasaran," ujarnya.

Nampak anak dihempap motosikal - Saksi

Posted:

Nampak anak dihempap motosikal - Saksi

Nampak anak dihempap motosikal - Saksi


Askar Thailand bersama anggota bomba membersihkan serpihan bom di kawasan yang terkena bom di Sungai Golok, semalam. - MINGGUAN/AIZZUL A.MAJID


SUNGAI GOLOK, Selatan Thailand 17 Sept. - "Saya nampak anak saya dihempap motosikal dan berlumuran darah di celah kepulan asap."

Itu cerita sedih seorang lelaki, Wong Wai Siong, 33, yang menyaksikan anaknya, Wong Kai Sean, 3, maut dalam letupan bom di Jalan Charoen Khet di bandar ini lewat petang semalam.

Ketika kejadian, Wai Siong dan isterinya, Ang Ya Rat, 35, bersama anak bongsu mereka yang berusia setahun sedang membeli-belah di kawasan tersebut manakala Kai Sean bersama datuknya, Wong Hong Yep, 64, berada di luar kedai.

Mereka sekeluarga tiba di bandar itu kira-kira pukul 6 petang dan berjalan kaki untuk ke kawasan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan.

"Ketika kejadian, saya berada berhampiran Hotel Merlin dan sedang membayar wang selepas membeli barangan sebelum terdengar bunyi letupan yang sangat kuat.

"Bapa saya, Hong Yep dan anak sulung saya, Kai Sean terus keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku. Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu, saya dengar letupan kedua yang lebih kuat berhampiran dengan medan selera, ketika itu saya mula teringat kedua-dua mereka.

"Saya meredah kepulan asap pada di kawasan letupan kedua itu dan nampak anak saya berada di bawah motosikal dengan darah yang penuh di kepala manakala bapa saya sudah rebah dengan kecederaan di kepala dan leher," katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Golok di sini, hari ini.

Wai Siong yang bekerja sebagai mekanik di Jalan Hamzah, Kota Bharu berkata, dia cedera di kaki kiri akibat terkena serpihan bom manakala isteri dan anak bongsunya berusia setahun tidak mengalami kecederaan kerana berada di dalam kedai ketika kejadian.

Sementara itu, abang kepada seorang lagi mangsa yang maut, Foong Too Meng, 55, berkata, adiknya Foo Keah bersama rakan dan seorang lagi adiknya tiba di Sungai Golok kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka ke bandar tersebut untuk menghabiskan cuti hujung minggu membeli-belah di kawasan tersebut.

"Menurut rakan adik saya, mereka baru mendaftar masuk di sebuah hotel, selepas itu keluar minum di sebuah kedai berhampiran.

"Selepas terdengar bunyi letupan, mereka keluar untuk melihat keadaan tersebut bagaimanapun ketika mahu masuk semula ke dalam kedai itu sebuah motosikal yang berada berdekatan meletup," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Sabtu, 17 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Lagi video Anwar didedah

Posted:

Lagi video Anwar didedah

Lagi video Anwar didedah

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


GAMBAR yang didakwa Anwar Ibrahim bersama Shazryl Eskay Abdullah (belakang) memasuki lif sebuah pangsapuri seperti tersiar dalam blog Papa Gomo, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Blog Papa Gomo hari ini mendedahkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip itu turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di Hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Rakaman itu tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit.

Namun, Anwar kemudian tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Rakaman video seks itu sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.

Berikutan itu, Shazryl Eskay pada 29 April lalu melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Anwar.

Anwar bagaimanapun sehingga kini tidak berbuat demikian, sebaliknya membuat laporan polis mendakwa dia dianiaya. Berhubung penyebaran video itu juga, trio Datuk T didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu dan dikenakan hukuman denda.

Sementara itu, pendedahan yang dibuat Papa Gomo hari ini susulan daripada kenyataan penulis blog itu yang berjanji untuk membuat pembongkaran eksklusif pada pukul 10 pagi ini.

Klip selama 47 saat itu kemudian disambungkan dengan aksi hubungan seks tidak berwarna seperti yang didedahkan di blog-blog sebelum ini.

Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk individu didakwa Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal.

Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu.

Selain kelibat bagi membuktikan individu yang bertanggungjawab melakukan seks di dalam video berkenaan, klip tersebut turut menyatakan, "Di dalam kehidupan ini, pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran."

Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.

Klip video tersebut kemudian turut dipaparkan dalam blog-blog lain.

Manifesto khas buat BN Selangor - Noh Omar

Posted:

Manifesto khas buat BN Selangor - Noh Omar

Manifesto khas buat BN Selangor - Noh Omar

SHAH ALAM 17 Sept. - Barisan Nasional (BN) Selangor akan memastikan manifesto khas negeri itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sesuatu yang boleh diterima dan sesuai dengan persekitaran politik semasa di negeri itu.

Sambil melahirkan rasa terima kasih atas persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangka manifesto khas itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, manifesto khas tersebut penting sebagai tempat bergantung bagi rakyat Selangor selepas pilihan raya umum.

"Selain manifesto di peringkat kebangsaan, BN Selangor memerlukan manifesto khas ini sebagai harapan kepada rakyat Selangor untuk menyaksikan perubahan oleh BN pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis Konvensyen BN Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai reaksi kepada persetujuan Najib yang juga Pengerusi BN Selangor untuk merangka satu manifesto khas bagi Selangor selain manifesto kebangsaan sebagai langkah untuk merampas semula negeri itu daripada pembangkang.

Najib memberi jaminan itu ketika berucap pada sesi penggulungan dalam majlis tertutup sempena Konvensyen BN Selangor yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Noh berkata, BN Selangor perlu menerima hakikat bahawa antara kelemahan utama parti itu adalah masalah persepsi di kalangan rakyat terhadap dasar yang dilaksanakan.

Kata beliau, rakyat Selangor lebih melihat apa yang diberikan BN sebagai hak mereka tetapi menganggap apa yang dihulurkan pembangkang pula merupakan satu bentuk bantuan.

"Sedangkan jika mahu dibandingkan, banyak perkara yang dijanjikan oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan dan banyak pula bantuan yang kita berikan sebenarnya tidak kita janjikan pada pilihan raya lalu," katanya.

Ketika ditanya bagaimana untuk menangani masalah persepsi itu, Noh berkata, setiap parti komponen BN Selangor perlu melihat isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat Selangor mengikut keperluan yang berbeza.

Ini kerana tambah beliau, isu-isu yang dibangkitkan di kawasan bandar atau luar bandar misalnya adalah berbeza dan BN tidak boleh menanganinya menerusi pendekatan yang sama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Perak selangkah ke suku akhir

Posted:

Perak selangkah ke suku akhir

Perak selangkah ke suku akhir


MOHD. Failee Mohd. Ghazali merai kejayaan meledak gol kedua Perak ketika menentang Sabah pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, semalam.


KUALA LUMPUR - Tanpa lima tonggak yang digantung tujuh perlawanan, Perak membuktikan ia bukan penghalang apabila sudah sebelah kaki untuk suku akhir Piala Malaysia selepas mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Perak, semalam.

Perak hanya memerlukan satu mata dalam dua perlawanan terakhir untuk ke pusingan kalah mati hasil gol Fazrul Hazrul Mohd. Kadri (minit keempat) dan penalti Mohd. Failee Mohd. Ghazali (minit ke-46) pada aksi di Stadium Perak semalam.

Gol tunggal Sabah dijaringkan Shahrul Azhar Ture pada minit ketujuh untuk skuad Badak kekal di tangga kedua dengan tujuh mata.

Kedah pula gagal mengambil kesempatan beraksi tempat sendiri di Stadium Darul Aman apabila seri 3-3 dengan pasukan tercorot Kumpulan A, Johor walaupun mendahului menerusi Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-28.

Johor bangkit menerusi gol Mohd. Noraslan Makhtar (minit ke-69) dan gol sendiri Fauzie Nan (minit ke-71).

Walaupun Khyril menyamakan kedudukan pada minit ke-71, Ashadi Mohd. Yusof hampir menjadi wira skuad Johor dengan gol ketiga, tetapi Baddrol Bakhtiar muncul penyelamat Kedah apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-83.

T-Team merampas pendahulu Kumpulan D apabila menang 2-1 ke atas Selangor apabila Kuala Lumpur sekadar seri tanpa jaringan dengan PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Di Stadium Shah Alam, walaupun Selangor mendahului hasil jaringan Amri Yahyah pada minit ke-14, T-Team bangkit menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-81 sebelum Zairo Anuar Zailani muncul pemusnah dengan gol kedua pada minit ke-87.

Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan kalah 0-2 kepada PKNS hasil jaringan Mohd. Fauzan Dzulkfli (minit ke-48) dan Mohd. Norhisham Hassan (minit ke-58).

Terengganu pula menang tipis 1-0 ke atas Sime Darby melalui ledakan Ashari Samsudin pada minit ke-33 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Regu bekas pemain kebangsaan tersungkur mengejut di Paroi

Posted:

Regu bekas pemain kebangsaan tersungkur mengejut di Paroi

Regu bekas pemain kebangsaan tersungkur mengejut di Paroi

Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


AKSI menarik apit kanan pasukan Pemuda UMNO Jalan 666 BBB C, Mohd. Azlan Mudin yang melakukan libasan ketika menentang pasukan Bola Rotan pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, semalam. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


SEREMBAN - Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah (MBMB) A dan B, Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (Gastep) A, UMNO Jalan 6 C, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) C, Dinamis dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) A mencerahkan peluang untuk mewakili empat terbaik Kategori Terbuka Zon Tengah Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011.

Mereka melepasi pusingan keempat yang berlanjutan hingga pukul 10 malam dan mara ke suku akhir demi gelaran juara zon terakhir ini dan ganjaran RM2,500 di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, Seremban yang menemukan 171 regu.

Zon Tengah ini turut menampilkan banyak regu yang menggunakan seorang bekas pemain kebangsaan dari era 90-an hingga alaf baru seperti Ahmad Ezzat Zaki, Ku Halim Ku Musa, Azlan Mubin dan Sulaiman Salleh, terpaksa mengangkat kaki lebih awal selepas kecundang kepada lawan masing-masing.

Jaguh sirkit Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menepati ramalan awal dengan menempah salah satu daripada empat tiket separuh akhir kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam-Swasta (IPTA-S)/Bawah 19 Tahun.

Daripada empat regu yang dipertaruhkan di zon ini, regu 'C' anak buah Zaidi Ismail yang juga bekas penolong jurulatih skuad elit mengetuai kemaraan itu yang aksinya bakal bersambung mulai pagi ini.

UiTM C akan menentang ADTEC Shah Alam sementara Pelapis Kelantan A bakal berentap dengan Port Dickson dalam satu lagi separuh akhir Zon Tengah namun keempat-empatnya sudah memastikan tiket ke separuh akhir peringkat antara zon di Shah Alam, pertengahan bulan depan.

Bagi kategori Bawah 15 Tahun, Sekolah Sukan Negeri Selangor Seksyen 11A Shah Alam yang disebut-sebut sebagai pilihan utama, mara ke separuh akhir Zon Tengah tetapi bakal berentap dengan lawan yang dianggap sepadan mereka, Sekolah Menengah Sri Kota A.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


2 maut ketika larikan diri

Posted:

2 maut ketika larikan diri

2 maut ketika larikan diri

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankb@utusan.com.my

TUMPAT 17 Sept. - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak maut selepas kereta yang mereka naiki dan sarat dengan muatan bahan api tersebut terbabas ke dalam tali air di Kilometer 2.5, Jalan Berangan-Meranti dekat Kampung Kok Seraya di sini, malam tadi.

Pemandu kereta terbabit yang berusia 23 tahun dari Kampung Telaga Bata dan rakannya berusia 32 tahun dari Kampung Geting.

Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian selepas terperangkap dalam kereta jenis Proton Wira Aeroback bersama timbunan tong-tong berisi minyak petrol dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, kereta yang mereka naiki terbalik dengan keempat-empat tayar berada dalam tali air selain terbakar dengan api menjulang tinggi hampir empat meter.

Kedua-dua mereka dipercayai cuba melarikan diri apabila menyedari terdapat sekatan jalan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kampung itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Annuarul Hakim Mohny berkata, dipercayai kereta itu membawa 20 tong diesel yang dipercayai punca kebakaran itu berlaku.

"Kereta itu dikatakan membuat pusingan sebaik sahaja ternampak sekatan. Mungkin mereka menyangka ia adalah sekatan polis.

"Selepas berpatah balik, kereta itu kemudian terbabas dan terjunam ke dalam tali air sebelum terbakar, kira-kira 100 meter dari lokasi sekatan tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Menurut Annuarul Hakim, pihaknya yang dihubungi anggota SRS kira-kira pukul 10.20 malam mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam kebakaran dan menemui dua mayat dalam kereta tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pemandu kereta maut akibat melecur di muka dan hampir seluruh badan, manakala rakannya melecur di badan serta kedua-dua kaki.

Nelayan dikhuatiri maut dibaham buaya

Posted:

Nelayan dikhuatiri maut dibaham buaya

Nelayan dikhuatiri maut dibaham buaya

SARATOK 17 Sept. - Seorang nelayan dikhuatiri maut dibaham buaya sepanjang empat meter ketika memungut hasil tangkapan di Sungai Seblak, Kampung Melayu Roban dekat sini awal pagi ini.

Sulaiman Abdullah, 68, dipercayai dibaham reptilia itu ketika memungut hasil tangkapan bersama seorang anak dan cucunya kira-kira pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Thai Lein berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 5 pagi ini daripada penduduk kampung.

Menurutnya, berikutan itu, polis melancarkan operasi mencari mangsa bermula pukul 9 pagi ini bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung.

"Ketika mencari, seorang sepupu mangsa dikatakan ternampak kelibat reptilia itu bersama mayat mangsa yang berada dalam mulutnya, kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

"Susulan itu, polis mengarahkan operasi mencari mayat mangsa dihentikan seketika kerana khuatir buaya tersebut akan mengganas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Thai Lein memberitahu, pihaknya menghadapi sedikit kesukaran dalam operasi mencari mayat mangsa ekoran air sungai yang kadang kala surut serta cetek.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meneruskan operasi berkenaan sehingga menemui mayat tersebut.

"Memang tidak dinafikan terdapat reptilia berkenaan di sungai ini, malah saya sendiri pernah ternampak empat hingga lima ekor buaya ketika mengetuai operasi membunuh haiwan itu beberapa bulan lalu.

"Ini merupakan kejadian kedua selepas kejadian pertama serangan buaya berlaku di Sungai Empelam di Saratok pada Julai lalu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved