Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bazaria Pantai mulakan operasi

Posted:

Bazaria Pantai mulakan operasi

Bazaria Pantai mulakan operasi

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


SEBAHAGIAN suasana selesa Bazaria Pantai di Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang memulakan operasi perniagaan, baru-baru ini. - UTUSAN/NORAZILA MOHD. REBIN


KUALA LUMPUR 14 Julai - Bazaria Pantai di Pantai Permai, Pantai Dalam di sini yang mula beroperasi sejak beberapa minggu lalu adalah bukti kejayaan kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan suasana perniagaan di ibu negara selesa kepada semua pihak.

Selain memberikan peniaga ruang terbaik untuk memajukan diri, bazar itu juga berjaya mengatasi masalah kesesakan di kawasan itu berikutan kewujudan gerai di tepi jalan sebelum ini sehingga menjadi rungutan banyak pihak.

Kini, semua peniaga gerai itu akan berpindah ke situ dan orang ramai boleh menjamu selera dalam suasana yang lebih selesa dan selamat.

Peniaga yang ditemui mengakui mereka sangat teruja menjalankan perniagaan di situ kerana kemudahan dan keselesaan yang terdapat di situ ternyata jauh lebih baik daripada gerai lama mereka.

Seorang pengusaha butik pakaian, Nur Hafizah Alias, 29, berkata, dahulu dia hanya berniaga di tepi- tepi jalan sahaja, namun setelah mula berniaga di bazar itu, perniagaannya kini lebih teratur.

Katanya, selain lokasi yang sangat strategik yang memudahkan orang ramai untuk mengunjungi bazar itu, pelbagai kemudahan turut disediakan, di samping mempunyai landskap yang menarik.

"Bazar ini dilihat jauh lebih selesa berbanding kawasan perniagaan yang dulu, yang rata-ratanya terletak di tepi jalan. Apa yang lebih penting ialah para peniaga di sini kini mempunyai lesen. Dahulu kami tidak mempunyai lesen," katanya.

Seorang peniaga yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pantai, Puchong, Abdul Latiff Dawi berkata, bazar itu telah merubah landskap perniagaan Pantai Permai kepada yang lebih baik.

"Gerai-gerai di sini lebih tersusun dan sangat selesa berbanding gerai pada masa lalu. Perkembangan ini merupakan satu transformasi kepada peniaga setelah sekian lama menjalankan perniagaan di tepi jalan," katanya.

Abu Budin, 75, yang mengusahakan perniagaan runcit pula merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan Amona kerana mewujudkan bazar tersebut.

Katanya, dia kini berniaga dengan lebih selesa di kawasan perniagaan yang sangat cantik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan DBKL, Azlan Abdullah berkata, proses pemindahan peniaga ke bazar tersebut sedang giat dijalankan.

Katanya, dalam dua minggu lagi, para peniaga dijangka akan memenuhi bazar tersebut dan bazar itu akan beroperasi sepenuhnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Operasi besar-besaran potong bil air tertunggak

Posted:

Operasi besar-besaran potong bil air tertunggak

Operasi besar-besaran potong bil air tertunggak

KUALA LUMPUR 14 Julai - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap akaun tertunggak secara besar-besaran di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama seminggu bermula Isnin depan.

Dalam operasi itu, Syabas menyasarkan semua akaun tertunggak yang telah diberikan notis peringatan berbentuk 'cop merah' tetapi masih gagal untuk menjelaskan bil tertunggak mereka dalam masa 14 hari selepas notis diterima.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini memaklumkan, tindakan itu adalah selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006) yang diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan para pengguna yang mempunyai bil air tertunggak supaya membuat bayaran dengan kadar segera bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan pemotongan.

"Sekiranya tindakan pemotongan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan dan penyambungan semula sebanyak RM50 seperti yang termaktub di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006," katanya.

Selaras dengan operasi besar-besaran itu, pihak Syabas akan melanjutkan waktu perkhidmatan kaunter bayaran di 11 Pejabat Wilayah Syabas dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada 23 Julai dan sehingga 12 tengah hari pada 24 Julai bagi memudahkan orang ramai berurusan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas di talian bebas tol 1-800-88- 5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke laman web Twitter dan Facebook Syabas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zakat untuk 8,880 pelajar

Posted:

Zakat untuk 8,880 pelajar

Zakat untuk 8,880 pelajar

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
ainuddin.salehuden@utusan.com.my


Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyerahkan cek replika zakat Bank Rakyat kepada Mahmud Karim (kanan) sambil diperhatikan oleh Kamaruzaman Che Mat di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 14 Julai - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM888,000 kepada golongan asnaf yang layak di negeri ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, zakat berkenaan diagihkan kepada 8,880 pelajar sekolah di sekitar Selangor.

"Sebanyak 174 sekolah terlibat dalam pengagihan ini dengan 145 daripadanya merupakan sekolah rendah manakala 29 lagi sekolah menengah," katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Zakat Perdana Wilayah Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim.

Ismail Sabri berkata, pemberian zakat itu diharap dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak di samping meningkatkan motivasi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Ia juga dapat mendekatkan badan korporat dengan masyarakat bagi mewujudkan komuniti prihatin dan penyayang," katanya.

Dalam pada itu, Kamaruzaman memberitahu, pihaknya mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.72 bilion dalam pencapaian prestasi kewangan bank tahun lalu.

"Bagi tahun ini pula, Bank Rakyat terus mengekalkan kecemerlangan dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat pada suku pertama 2011 sebanyak RM444.5 juta iaitu peningkatan RM37.2 juta atau 9.1 peratus berbanding suku pertama tahun lalu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


681 mangsa banjir dibantu

Posted:

681 mangsa banjir dibantu

681 mangsa banjir dibantu

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN mangsa banjir Januari lalu beratur untuk menerima bantuan di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 14 Julai – Sebanyak 681 keluarga dari lima kawasan Parlimen di Johor yang menjadi mangsa banjir Januari lalu hari ini menerima bantuan berupa wang tunai sebanyak RM500 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumbangan kepada semua penerima disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk. Turut hadir ADUN Permas, Datuk M. Munusamy.

Menurut Penolong Setiausaha Keselamatan Negeri, Siti Zubaidah Abu Bakar, penerima sumbangan itu terdiri daripada mangsa banjir di lima kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulaijaya, Pasir Gudang, Gelang Patah dan Tebrau.

"Keseluruhan sumbangan yang diberikan sebanyak RM340,500. Pemberian sumbangan kali ini adalah fasa kedua dengan melibatkan mereka yang namanya tercicir dan tidak hadir pada penyerahan kali pertama Mei lalu.

"Kami harap sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka yang terlibat dalam banjir yang melanda sebahagian negeri ini awal Januari lalu," katanya semasa ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan itu di Dewan Johor Jaya, di sini.

Siti Zubaidah berkata, keseluruhan penerima sumbangan pada fasa pertama dan kedua di lima kawasan Parlimen tersebut berjumlah 3,000 orang.

Sementara itu, Cher Puk memberitahu, daripada jumlah penerima hari ini, kawasan Parlimen Pasir Gudang mencatatkan bilangan mangsa yang paling ramai iaitu 489 orang.

Bagaimanapun, angka tersebut berkurangan jika dibandingkan dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini pada 2006 yang melibatkan lebih 2,000 mangsa.

"Penurunan ini salah satunya disebabkan projek mendalamkan Sungai Tebrau dan Plentong yang telah dilaksanakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua warga emas ditinggal keluarga

Posted:

Dua warga emas ditinggal keluarga

Dua warga emas ditinggal keluarga


JASON Teoh (kiri) mengadakan sidang media bersama Ng Kok Ting (tengah) dan Woon Sang Chew di Kelab Media Cina, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Julai - Sudahlah tua dan nyanyuk, ditinggalkan pula ahli keluarga sendiri.

Itu yang berlaku kepada sepasang warga emas yang tiada pertalian saudara. Mereka ditinggalkan keluarga masing-masing di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah perhentian bas dan kedai kopi di Taman Ungku Tun Aminah di sini, baru-baru ini.

Ekoran itu, kedua-duanya, Ng Kok Ting, 72, dan Woon Sang Chew, 56, yang sihat tubuh badan tanpa sebarang tanda-tanda cacat, kini ditempatkan di Pusat Jagaan Orang Tua Ceria.

Kok Ting dipercayai dihantar sendiri oleh ahli keluarganya dengan menaiki teksi sebelum ditinggalkan seharian di sebuah kedai kopi sebelum pemilik premis menghubungi pusat jagaan itu bagi tindakan lanjut.

Sang Chew pula ditinggalkan di sebuah perhentian bas di taman perumahan berkenaan sebelum orang awam yang melihatnya mundar-mandir di situ menghubungi pusat jagaan terbabit.

Salah seorang pekerja pusat jagaan itu, Ng Chee Lim berkata, pihaknya telah berusaha untuk mengesan ahli keluarga kedua-dua warga emas itu berpandukan maklumat yang diperoleh daripada Kok Ting dan Sang Chew.

"Ingatan mereka pun tidak baik dan sebab itu jawapan diterima berbeza-beza dan itu menyukarkan kami mengesan ahli keluarga mereka," katanya pada sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh di sini, semalam.

Menurut Sang Chew yang kematian dua anak dan suami, dia mahu mencari ibunya, Chong Chin You yang kini berusia dalam lingkungan 70-an dan dipercayai berada sama ada di Kota Tinggi, Kulaijaya atau Mersing.

"Saya diserahkan kepada keluarga angkat sejak berumur tiga tahun kerana keluarga saya orang susah dan adik-beradik pun ramai. Saya masih ingat semasa umur belasan tahun ada bertemu dengan emak sekali sahaja dan kemudian hubungan terputus.

"Saya berharap dapat bertemu emak kerana saya ingin meminta maaf kepadanya, begitu juga adik-adik saya yang lain," ujarnya yang merupakan anak sulung daripada 13 beradik.

Sehubungan itu, Jason meminta ahli keluarga kedua-dua warga emas itu atau orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat supaya menghubunginya di talian 019-7111516 atau pusat jagaan tersebut di talian 012-7079191.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lucut kerakyatan pencetus revolusi di negara ini - Sivamurugan

Posted:

Lucut kerakyatan pencetus revolusi di negara ini - Sivamurugan

Lucut kerakyatan pencetus revolusi di negara ini - Sivamurugan

SHAH ALAM 14 Julai – Kerajaan dicadangkan agar mempertimbangkan tindakan melucutkan kerakyatan mana-mana individu atau pihak yang cuba mencetuskan revolusi dengan memburuk-burukkan negara ini.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P.Sivamurugan berkata, ia antara langkah bagi memastikan asas perpaduan, keharmonian dan kesejah teraan antara kaum di negara ini dapat dikekalkan pada masa depan.

Beliau berpendapat, pihak yang mahu mencetuskan revolusi atau sebagainya sehingga merosakkan negara dan rakyat sudah tidak lagi mempunyai semangat serta nilai nasionalisme.

"Maka saya fikir adalah lebih baik kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang terlibat kerana golo ngan ini sebenarnya tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada negara ter masuklah tidak lagi mendokong Perlembagaan dan melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan ucapan selaku salah seorang ahli panel dalam Program Rapat 1Malaysia bersama para pesara dan warga emas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IN MIND, Abdul Shukor Idrus dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Pengarah Jasa negeri, Muzammir Bakron.

Pada masa sama, Sivamurugan turut menyarankan kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan negara ini dan cuba mencetuskan situasi tidak aman agar memohon sahaja kewarganegaraan negara lain.

Sementara itu, Ramlah ketika di temui mengingatkan rakyat negara ini supaya bijak menilai tindak-tanduk pihak-pihak yang mahu mencetuskan revolusi di negara ini ke rana sejak merdeka sehingga kini, negara aman dengan rakyat pula hidup dalam perpaduan.

Ujar beliau, jika ada pihak yang mahu mencetuskan revolusi, ia satu perkara yang tidak masuk akal kerana sejarah revolusi yang berlaku baik di Amerika Syarikat, Perancis dan sebagainya adalah disebabkan tekanan, tiada kebebasan serta jurang kemiskinan yang terlampau tinggi dalam kalangan rakyat.

"Namun di Malaysia, perkara sedemikian tidak berlaku. Rakyat bebas melakukan apa yang mereka suka selagi tidak melanggar undang-undang. Mungkin revolusi yang mahu dicetuskan pihak tertentu di negara ini mempunyai kepentingan politik peribadi," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 pelajar pertama mula sesi SDH

Posted:

50 pelajar pertama mula sesi SDH

50 pelajar pertama mula sesi SDH

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.conm.my


NOORAINEE Abdul Rahman (dua dari kiri) beramah mesra bersama guru-guru pada majlis perasmian penutup kursus guru SDH di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.


KUALA LUMPUR 14 Julai - Seramai 50 pelajar akan memulakan sesi pertama pembelajaran Sekolah Dalam Hospital (SDH) mulai esok di tiga hospital kerajaan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga Penaung Projek Hati Nurani: SDH berkata, tiga hospital yang dipilih sebagai perintis fasa pertama projek itu ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Menurut beliau, SDH merupakan program khas pembelajaran bagi pelajar yang menjalani rawatan di hospital untuk tempoh yang lama.

"Program ini bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar dalam sesi persekolahan akibat berada di wad untuk tempoh yang lama semasa menjalani rawatan.

"Sukatan pembelajaran yang digunakan juga adalah sama seperti sekolah biasa malah ia turut dilengkapi terapi kaunseling dan psikologi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus guru SDH di Institut Pediatrik HKL di sini hari ini.

Noorainee memberitahu, seramai 16 guru telah dipilih untuk membantu para pelajar dengan memberi penekanan terhadap empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

"Guru-guru yang dipilih di bawah Kementerian Pelajaran ini telah menjalani latihan pengajaran selama dua minggu dan mereka akan sentiasa bersedia membantu anak-anak yang kurang berupaya ini," katanya.

Ujarnya, kelas dan bilik darjah khas juga telah disediakan.

Beliau memberitahu, selain mengelakkan keciciran pelajaran, manfaat lain SDH ialah ia dilihat sebagai proses terapeutik atau proses penyembuhan kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadang jamuan negara di istana baru

Posted:

Cadang jamuan negara di istana baru

Cadang jamuan negara di istana baru


DR. Rais Yatim bersama rombongan ketika melawat Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Liow Tiong Lai dan Kamaruddin Siaraf. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 14 Julai – Jamuan negara sempena tamat tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Disember ini dicadangkan diadakan di Kompleks Istana Negara baru, yang terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta di sini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jika kompleks itu siap sepenuhnya bulan depan, beliau akan memohon kepada Kabinet agar jamuan negara diadakan di situ.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santai Makan Tengah Hari bersama menteri anjuran Media Prima Berhad di sini hari ini.

Rais turut menyatakan rasa puas hatinya melihat hiasan dalaman kompleks itu mempunyai ciri-ciri warisan yang boleh menjadi khazanah kepada negara.

Pagi tadi, Rais meluangkan masa kira-kira sejam melawat lokasi pembinaan Kompleks Istana Negara baru bernilai RM800 juta itu. Lawatan itu turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Rais, yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta pegawai Jabatan Kerja Raya, kemudian meninjau ke bangunan utama kompleks itu.

Pembinaan kompleks itu, yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta), bagi menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1928.

Pelantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Disember 2006 bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya.

Mesyuarat itu turut mengisytiharkan pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa pada tarikh sama. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Menerokai zaman ais purba

Posted:

Menerokai zaman ais purba

Menerokai zaman ais purba

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Kanak-kanak Tabika Kemas terpegun melihat replika makhluk yang telah pupus pada pameran Pengalaman Zaman Ais di Pusat Sains Negara, Gunung Keriang, Kedah. – UTUSAN/Halim Khalid


ALOR SETAR 14 Julai – Pameran yang ditunggu-tunggu ramai. Barangkali itu boleh digambarkan tentang pameran Pengalaman Zaman Ais yang berlangsung di Pusat Sains Negara cawangan Wilayah Utara di sini sejak 5 Jun lalu dan dijangka berakhir 30 November ini.

Lebih menarik apabila pameran yang julung kali diadakan itu membolehkan pengunjung terutama di kalangan pelajar dan kanak-kanak mengembara jauh sehingga ke alam sejuta tahun dahulu.

Pameran ini turut memukau pengunjung apabila mereka berpeluang bertemu haiwan purba termasuk dinosaur, gajah mamot dan hidupan marin zaman purba yang 'dihidupkan' kembali melalui penggunaan teknologi animatronik.

Demikian kelebihan sains yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menambah pengetahuan berkaitan zaman tersebut dan wajar diambil kesempatan oleh orang ramai terutama para pelajar untuk menerokai zaman silam.

Menurut Pengurus Cawangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Mohamad Nazrin Yahaya, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan pameran tersebut dalam usaha menyalurkan maklumat berhubung zaman ais yang penuh keunikan itu.

"Orang ramai pasti terpesona dengan pameran yang memberikan pandangan yang mengujakan berkisar tentang zaman ais sekitar 1,000,000 tahun dahulu.

"Ia secara tidak langsung menambah pengetahuan mereka tentang zaman Pleistosene itu," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, apa yang lebih istimewa adalah penduduk di negeri ini dan di utara tanah air tidak perlu lagi berjalan jauh sehingga ke ibu kota untuk menyaksikan sendiri pameran seperti itu.

"Pameran ini diharapkan dapat memanfaatkan penduduk. Jadi janganlah ketinggalan untuk menyaksikan sendiri makhluk mega fauna ini," katanya lagi.

Selain dinosaur yang cukup sinonim dengan zaman ais, katanya, turut dipamerkan ialah makhluk mega fauna lain yang telah pupus seperti kucing purba, 'giant ground sloth' dan 'mastodon'.

Dalam pada itu, katanya, pameran itu turut mengujakan 80 kanak-kanak dua buah pusat bimbingan kanak-kanak (Tabika) iaitu Tabika Kemas Kubur Panjang dan Tabika Kemas Padang Terap yang hadir ke pameran itu, baru-baru ini.

Lawatan tersebut adalah inisiatif daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, Suraya Yaacob, demi memberi peluang kepada kumpulan itu menimba pengalaman baru.

Menurut Suraya, lawatan tersebut mendedahkan kanak-kanak terbabit dengan pelbagai maklumat mengenai zaman air.

"Sebelum ini mereka hanya melihat dalam filem dan televisyen serta membacanya dalam buku sahaja tetapi kali ini mereka boleh melihat di depan mata sendiri.

"Suasana pameran juga sangat kondusif. Memberi gambaran tentang zaman tersebut melalui penggunaan teknologi memang cukup berkesan. Jika saya sebagai orang dewasa juga teruja, apatah lagi kanak-kanak," katanya yang turut serta dalam lawatan tersebut.

Kata beliau, pihaknya akan memperbanyakkan lagi aktiviti seumpama itu dalam memastikan kanak-kanak terutama di kawasan luar bandar berpeluang menimba pelbagai bidang ilmu.

Pameran tersebut beroperasi setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Bayaran masuk dikenakan adalah RM2 untuk dewasa, kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas) RM1, manakala kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun dan orang kurang upaya (OKU) pula percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elak institut memandu naik kos

Posted:

Elak institut memandu naik kos

Elak institut memandu naik kos

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


AHMED Ismail Amin (dua dari kanan) beramah mesra bersama pemenang-pemenang pertandingan penulisan esei keselamatan jalan raya di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN


KEPALA BATAS 14 Julai - Kurikulum baru latihan memandu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi perlu mengambil kira isu kos atau yuran tambahan yang mungkin dikenakan oleh institut atau sekolah memandu.

Bendahari Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Ahmed Ismail Amin berkata, isu itu penting dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan agar pengguna atau mereka yang akan mengikuti kursus pemanduan tidak terbeban.

Menurut Ahmed, sekiranya modul kurikulum memandu itu ditambah pastinya institut memandu juga akan menaikkan kadar bayaran bagi menyerap kos yang terpaksa ditanggung mereka.

"MKJR menyambut baik hasrat kerajaan itu seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan tentang kurikulum baru itu yang telah dirombak sejak 2007 namun masih belum dilaskanakan sepenuhnya.

"Namun kita berharap agar perbincangan lanjut dapat dibuat antara JPJ dan pihak industri latihan agar satu jalan penyelesaian dicapai tanpa membebankan pihak institut memandu serta pemandu kereta dan motosikal sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Menulis Esei Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ara Rendang, Pokok Sena di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Roziah Aziz dan Guru Besar SK Ara Rendang, Abdul Rahman Yahaya.

Tempat pertama pertandingan itu diraih pelajar tahun enam sekolah tersebut, Siti Nur Afiqah Ahmad Sabri, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dirangkul Tan Soon Haw dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kim Seng dan P. Gankesh dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Mertajam.

Dalam pada itu, Ahmed merayu setiap negeri supaya membina litar kekal untuk permainan trafik keselamatan jalan raya agar program pendidikan keselamatan jalan raya itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Jelasnya, pertandingan itu mampu dijalankan dengan lebih menyeluruh melalui kerjasama semua pihak agar aspek keselamatan di jalan raya dan arahan lalu lintas diajar sejak usia kanak-kanak lagi.

"Pada masa ini kita ada silibus yang diajar di dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah namun ia tidak berkesan tanpa pelajaran secara praktikal jadi pertandingan itu adalah satu cara terbaik membentuk sikap pelajar.

"Kami amat berterima kasih kepada pihak Shell dan Petronas yang berterusan memberi sokongan dan menaja pertandingan ini yang dianjurkan bersama Jabatan Pelajaran Negeri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program pulihara alam sekitar perlu dilaksana bersungguh-sungguh - Raja Dr. Nazrin Shah

Posted:

Program pulihara alam sekitar perlu dilaksana bersungguh-sungguh - Raja Dr. Nazrin Shah

Program pulihara alam sekitar perlu dilaksana bersungguh-sungguh - Raja Dr. Nazrin Shah


RAJA Dr. Nazrin Shah menerima zakat perniagaan LAP sebanyak RM4,798,927 dan zakat perniagaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak berjumlah RM2,347,205 daripada Dr. Zambry Abd. Kadir di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.


IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah setiap program pemuliharaan alam sekitar mesti dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan bukan sekadar retorik semata-mata.

Baginda bertitah, program seumpama itu tidak boleh lagi ditangguh tetapi dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta komitmen tinggi.

''Setiap rancangan pembangunan yang diluluskan dan setiap pembangunan yang dilaksanakan wajib memberi keutamaan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

''Segala langkah yang dapat membantu mengatasi pencemaran wajib diperkenalkan dan dilaksanakan secara serius dan bersungguh-sungguh.

''Selain perlu dipertingkatkan, program kesedaran mengenai alam sekitar perlu dilakukan bukan bermusim malah hendaklah ditegaskan sepanjang masa," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Persidangan Ke-176 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIAMPk, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

Raja Nazrin bertitah, para pemimpin negara dan penjawat awam mempunyai tanggungjawab besar memastikan kuasa yang telah diamanahkan digunakan secara saksama supaya tidak mendatangkan penderitaan kepada alam dan kehidupan.

Titah baginda lagi, barisan pemimpin agama juga perlu berperanan aktif mengingatkan manusia akan pentingnya dipelihara alam sekitar dan memperkenalkan pelbagai langkah yang dapat membantu memelihara alam sekitar.

Baginda bertitah, setiap warga sebenarnya mempunyai peranan dalam menjamin kelestarian alam sekitar, tidak kira sekecil mana peranan itu.

''Hari ini terdapat 623 masjid dan 2003 surau serta 244 sekolah menengah dan 850 sekolah rendah di negeri Perak.

''Jika setiap masjid, surau dan sekolah mula mengambil langkah pertama menanam sebatang pokok di kawasan masing-masing, pada minggu hadapan negeri Perak akan mempunyai 3,720 pokok tambahan, yang akan membantu memberikan teduhan, membantu mengurangkan suhu kepanasan, juga membantu menambahkan bekalan oksigen," titah baginda.

Terdahulu, Raja Nazrin turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan tanaman bagi 2010 daripada Lembaga Air Perak berjumlah RM4.798 juta, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM2.347 juta dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak, bernilai RM913,000.

Turut menyerahkan zakat adalah Felcra Berhad Wilayah Perak sebanyak RM798,678, Maybank Islamic Berhad sebanyak RM400,000 dan Tabung Haji Travel bernilai RM150,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Anwar semakin terdesak

Posted:

Anwar semakin terdesak

Anwar semakin terdesak

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

REMBAU 14 Julai - Agama, bangsa dan negara terus diperjudikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga terdesak menghasut rakyat mengatakan negara ini sudah menghampiri revolusi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, gimik yang dilakukan oleh Anwar itu semuanya bertujuan 'melepaskan tengkuk' beliau sendiri apatah lagi rakyat semakin tahu perangai sebenarnya ketika ini.

"Revolusi apa yang cuba hendak dibuat oleh Anwar kalau cuma 60,000 orang yang bersamanya.

"Kita perlu ingat di negara ini ada lebih 27 juta penduduk dan majoriti rakyat tidak bersama Anwar. Tidak mungkin negara ini akan wujud revolusi kerana kerajaan sentiasa memikirkan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan, Kota, dekat sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, revolusi rakyat hanya boleh berlaku jika negara itu berada di bawah pemerintahan 'kuku besi' yang kerajaan tidak mempedulikan perihal dan kebajikan rakyat.

"Saya harap orang tidak keliru dengan gimik Anwar ini. Semuanya hendak melepaskan tengkuk dan sebab itulah dia pakai pendakap di lehernya.

"Apakah perkara tidak adil yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ini? Kalau kita tidak adil, lihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lima penggal pegang jawatan itu. Ada satu penggal, kerajaan Pas cuma menang majoriti satu kerusi.

"Jika kerajaan BN tidak adil, kita boleh 'campak' lima kertas undi di situ dan kita boleh ambil Kelantan. Tengok juga beberapa lagi negeri yang kini dikuasai oleh pembangkang. Apakah itu bukan dinamakan keadilan dalam pilihan raya?" katanya.

Tambah Mohamad, pembangkang sering mengatakan mereka tidak boleh bersuara dan media tidak bebas, tetapi sebenarnya akhbar milik merekalah yang terlalu kerap mengganyang kerajaan BN.

"Blog dan portal berita milik mereka. Ini tidak dipantau dan mereka juga ganyang kerajaan BN," ujarnya.

Justeru, kata Mohamad, beliau mengulangi kata-kata Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh di Parlimen beberapa tahun lau yang meminta Anwar bertaubat.

"Ini saya tidak cakap, tetapi Karpal yang cakap, dia minta supaya Anwar bertaubatlah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melaka sasar zakat RM38j

Posted:

Melaka sasar zakat RM38j

Melaka sasar zakat RM38j

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


YAAKUB Md. Amin (kanan) merima cenderamata daripada Abd. Aziz Abu Bakar pada majlis perasmian Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan ke-5 di Melaka MITC, semalam.


MELAKA 14 Julai - Pusat Zakat Melaka menyasarkan memperoleh kutipan zakat RM38 juta tahun ini berdasarkan kempen proaktif yang dijalankan pusat itu dan kerajaan negeri yang telah memperlihatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, tahun lalu RM33.8 juta berjaya dikutip dan pada tahun ini hasil kutipan dijangka meningkat ekoran sambutan yang ditunjukkan oleh masyarakat Islam di negeri ini kian menggalakkan.

"Masyarakat kini telah mula sedar akan kewajiban mengeluarkan zakat, bukan hanya zakat fitrah malah, meliputi zakat perniagaan, wang simpanan, hasil pertanian dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan ke-5 di sini, hari ini.

Yaakub berkata, seramai 24,000 orang golongan kurang berkemampuan dan memenuhi syarat menerima zakat diberi bantuan berupa wang bulanan dan bantuan barangan dapur melalui beberapa agensi terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Katanya, bagi merealisasikan matlamat untuk mencapai jumlah kutipan zakat berkenaan, pelbagai langkah dilakukan antaranya melalui kempen kesedaran secara berterusan, melantik amil di setiap kawasan perumahan dan kampung serta menggalakkan pembayaran zakat melalui potongan gaji.

"Kita (kerajaan negeri) sentiasa mencari kaedah terbaik dan berkesan serta tidak menyusahkan masyarakat untuk melakukan ibadah zakat antaranya dengan menggalakkan potongan zakat melalui gaji dan turut menyediakan hampir 800 amil di setiap kawasan perumahan di seluruh negeri," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di hadapan lebih 400 peserta persidangan itu yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan sektor kerajaan dan swasta, wakil syarikat dan badan korporat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Waqaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Anan Mat dan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Abd. Aziz Abu Bakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gandingan tiga serangkai perlu pacu pendidikan

Posted:

Gandingan tiga serangkai perlu pacu pendidikan

Gandingan tiga serangkai perlu pacu pendidikan


Mohamad Hasan (tengah) beramah mesra dengan pelajar yang menerima anugerah cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan, Kota Rembau, semalam.


REMBAU 14 Julai - Memacu kejayaan pendidikan dan kecemerlangan sekolah ke tahap maksimum memerlukan gandingan mantap tiga serangkai iaitu ibu bapa, guru dan pelajar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jika salah satu daripada tiga watak ini tiada, agak mustahil kecemerlangan dapat dicipta di setiap sekolah.

"Apa yang penting hubungan akrab tiga watak dalam kecemerlangan pendidikan ini perlu disegarkan sentiasa supaya wujud elemen mengambil tahu setiap perkembangan yang berlaku," katanya selepas menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan, Kota dekat sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamad mahu sekolah dijadikan sebagai sebahagian dalam kehidupan masyarakat.

"Guru-guru perlu mengambil tahu apa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling dan ibu bapa pula perlu mengambil tahu apa yang berlaku dalam sekolah.

"Apabila adanya persefahaman sebegini, maka luahan hati guru dan ibu bapa itu dapat digarap dalam menghasilkan satu penyelesaian yang baik, sekali gus menjana kemuncak pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak kita.

"Dengan adanya cara ini, disiplin anak-anak juga dapat dibaiki dan dipantau," katanya.

Mohamad juga berkata, mulai saat ini semua guru besar dan pengetua perlu menghadirkan diri pada majlis yang diadakan dalam kepimpinan masyarakat.

"Contohnya, di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri, jika diadakan mesyuarat melibatkan ketua kampung, JKKK, pegawai peringkat daerah maka guru besar dan pengetua juga perlu dipanggil bersama.

"Ini secara tidak langsung, dasar kerajaan dapat disampaikan kepada guru besar dan pengetua, pada masa yang sama kita juga boleh mendengar permasalahan mereka di sekolah, yang memerlukan penyelesaian segera," kata Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


G-Orange tawar harga istimewa

Posted:

G-Orange tawar harga istimewa

G-Orange tawar harga istimewa

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


Raymond Ng (kanan) dan Mohd. Derepi Mahmood memeriksa kualiti barangan yang dijual di G-Orange Homemart, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 14 Julai – Dalam kalangan yang berkerjaya, tuntutan tugas luar yang memenatkan ditambah pula dengan kesesakan jalan raya yang hingar-bingar, mendorong mereka mengimpikan suasana kediaman yang mendamaikan, redup, tenang dan senang mata memandang setiap kali pulang ke rumah.

Bagaimanapun, kemampuan untuk memiliki susun atur perabot impian dengan dekorasi menarik mengikut cita rasa, sering terbatas kerana ia bergantung kepada pendapatan seisi keluarga.

Alangkah baiknya jika terdapat sebuah premis yang menawarkan kelengkapan rumah di bawah satu bumbung dengan harga mampu milik.

G-Orange Homemart SB (G-Orange) mungkin jawapan yang dicari-cari. Bangunan empat tingkat itu menawarkan bilik pameran pelbagai jenis produk kelengkapan rumah dalam suasana membeli-belah yang santai serta mementingkan keselesaan.

Di bahagian dua tingkat pertamanya yang berkeluasan kira-kira 21,600 meter persegi persegi, sedia dikunjungi tujuh hari seminggu bermula pukul 9 pagi hingga 10.30 malam.

Walaupun ruangnya luas dan dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut produk yang ditawarkan, konsepnya bebas tanpa penghadang.

Suasana ini memberi peluang kepada pelanggan 'menjamu mata' dalam suasana tenang sambil membandingkan harga yang mampu dimiliki sebelum membuat keputusan.

Menurut Pengarah Urusan G-Orange, Raymond Ng, bangunan yang terletak di pinggir jalan besar, Batu 4 1/2, Tunjung, Jalan Kuala Krai itu merupakan lokasi pilihan seisi keluarga, terutama bagi mereka yang baru berpindah ke rumah baru atau ingin mengganti perabot lama kepada reka bentuk terkini.

"Pelanggan yang mahu mendirikan rumah tangga juga sesuai membeli-belah di sini kerana selain perabot bilik tidur, G-Orange turut menawarkan langsir yang beraneka fabrik, corak dan warna.

"Sempena promosi sepanjang Julai ini, setiap pembelian akan mendapat 50 peratus potongan harga dan istimewanya perkhidmatan menjahit langsir tersebut adalah percuma," ujarnya ketika ditemui di G-Orange di sini baru-baru ini.

Berkongsi perniagaan dengan Mohd. Derepi Mahmood, selaku Pengarah, ikatan persahabatan yang terjalin lebih 20 tahun lalu itu dieratkan lagi dengan pembukaan G-Orange lebih kurang lima tahun lalu dengan tumpuan utama perniagaan ketika itu daun pintu dan aksesori kunci rumah.

"Asalnya, hanya beberapa produk keperluan rumah seperti daun pintu, kunci dan pemegangnya, kemudian ditambah singki, mangkuk tandas, perabot ruang tamu, dapur, bilik tidur sehinggalah kini beralih kepada barangan hiasan dalaman dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.


G-Orange yang terletak di Batu 4 1/2 Tunjung, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu sering dikunjungi oleh orang ramai. – UTUSAN/Aizzul A.Majid


"G-Orange turut menawarkan, kertas dinding, lantai kayu, kabinet dapur dan almari pakaian sehinggalah kepada barangan keperluan elektrik bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang semakin memberi sambutan baik terhadap perniagaan ini," katanya.

Raymond yang berasal dari Lenggong, Perak dan berkahwin dengan wanita Kelantan, mengaku nama G-Orange unik dan sering mengundang pertanyaan pelanggan kerana ia lebih sinonim dengan nama makanan atau restoran.

"Huruf 'G' itu adalah singkatan nama anak perempuan kedua saya, Angie yang mesra dengan panggilan G dalam kalangan teman-teman dan dia menambah Orange untuk sedap didengar dan mudah disebut," katanya.

Kelainan itu katanya, sengaja dicipta untuk mengukuhkan jenamanya di pasaran, terutama sepanjang Julai ini yang menawarkan promosi hebat khas menghargai pelanggan baharu dan lama.

"Bulan ini lebih istimewa kerana bermula 1 sehingga 31 Julai, setiap hari G-Orange mengadakan jualan istimewa pelbagai pilihan barangan elektrik dan keperluan dapur dengan harga promosi RM9.90 sebuah.

"Setiap hari hanya 50 unit akan dijual dan pelanggan berpeluang memilikinya dengan cara memutar roda impian yang disediakan di hadapan pintu masuk ke bangunan G-Orange untuk mengelak kesesakan. Melalui cara tersebut, ia memberi peluang sama rata kepada semua pengunjung," katanya.

Menurut Mohd. Derepi pula, sejak promosi dimulakan, sambutan yang diterima daripada para pelanggan tempatan amat menggalakkan, malah pihaknya terkejut kerana G-Orange turut dikunjungi oleh pelanggan dari Pahang, Trengganu, selain anak tempatan yang tinggal di Kuala Lumpur yang pulang bercuti ke kampung.

"Pada hari biasa, barangan yang berharga di bawah RM100 seperti mesin pembuat kopi, sterika, dapur gas, alat pengisar, pembakar sandwich ditawarkan dengan harga RM9.90 setiap satu.

"Istimewa pada hari pembukaan esok, (16 Julai) G-Orange menawarkan 50 unit Oven Microvawe yang harganya pada hari-hari biasa RM305 sebuah, tetapi orang ramai berpeluang memilikinya dengan harga RM9.90 sahaja," katanya.

Mohd. Derepi menambah, tawaran menarik itu hanya terdapat di G-Orange dan terbuka kepada setiap pengunjung mulai pukul 3 petang setiap hari sehingga semua produk promosi habis dijual.

"Jika terlepas peluang, pelanggan masih mempunyai peluang menikmati potongan harga pelbagai jenis produk di sini sehingga separuh harga. Sekiranya pelanggan mempunyai keinginan untuk mencantikkan kediaman dan mahu mendapatkan khidmat rundingan juga dialu-alukan.

"Misalnya, ruang tamu merupakan keutamaan di rumah dan keselesaan tempat duduk amat dititikberatkan. Pilihan kerusi dan sofa bergantung kepada keinginan dan keperluan tuan rumah dan pelbagai bentuk dengan rekaan moden ada di G-Orange," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menu Rakyat 1Malaysia dapat sambutan

Posted:

Menu Rakyat 1Malaysia dapat sambutan

Menu Rakyat 1Malaysia dapat sambutan

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 14 Julai – Menu Rakyat 1Malaysia mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha makanan di negeri ini dengan 124 premis bersama menjayakan program bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian masyarakat.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhamad berharap lebih ramai pengusaha menyertai program itu yang menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum atau di bawah harga RM2 bagi sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

''Setakat ini, di Kuala Terengganu mencatatkan 40 premis, Hulu Terengganu (26), Marang (20), Dungun (17) Kemaman (8), Setiu (7), Besut (6). Kejayaaan program ini amat bergantung kepada komitmen dan sokongan para pengusaha restoran, kedai atau gerai makan.

''Bilangan ini adalah daripada 611 premis di seluruh negara yang turut serta," katanya ketika berucap melancarkan Menu Rakyat

1Malaysia peringkat negeri di Warung Siang Malam di Gong Badak dekat sini, malam tadi.

Premis yang beroperasi 24 jam itu popular di kalangan masyarakat setempat dan sebagai simbol pelancaran, beliau menyerahkan pemidang menu kepada pemilik warung, Zamri Ali.

Turut hadir, timbalan beliau, Abdul Ghani Harun dan Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Terengganu, Mohd. Zukee Mohd. Ragam.

Program itu telah dilancarkan oleh pada 7 Julai lalu dan pakej diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu langkah menawarkan harga makanan yang berpatutan untuk dinikmati oleh rakyat.

''Program ini bukanlah satu bentuk kawalan harga tetapi ia lebih kepada mengajak para peniaga bersama menjalankan tanggungjawab sosial kepada pelanggan," katanya.

Katanya, ia terbuka kepada semua pengusaha makanan untuk turut serta dan pada masa yang sama diharapkan mereka turut menitikberatkan keenakan sajian dan kebersihan agar perniagaan bertambah laris.

''Kepada para pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut lokasi premis serta menu yang ditawarkan oleh restoran, kedai atau gerai makan di seluruh negara, mereka boleh melayari laman web kementerian di ww.kpdnkk.gov.my," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ghazali memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan senarai harga 18 barangan kawalan musim perayaan di negeri ini kepada pihak kementerian untuk mendapatkan kelulusan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa kebakaran terima bantuan

Posted:

Mangsa kebakaran terima bantuan

Mangsa kebakaran terima bantuan


Zainuddin Ibrahim (kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Sultan Kelantan kepada Ramli Ibrahim di Machang, Kelantan, baru-baru ini.


MACHANG 14 Julai – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang kehilangan tempat berteduh selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kebakaran pada 5 Julai lalu.

Baginda memberikan sumbangan peribadi RM5,000 kepada setiap keluarga itu bagi meringankan beban mereka selain membantu menampung perbelanjaan harian.

Sumbangan melalui Yayasan Sultan Kelantan (YSK) itu disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim.

Zainuddin berkata, penyampaian bantuan kewangan itu merupakan aktiviti pertama YSK dalam usaha meringankan beban rakyat yang kurang bernasib baik di negeri ini.

"Mulai sekarang, yayasan akan bergerak aktif menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan selaras dengan titah Sultan Kelantan yang mahu kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

"Mengikut prosedur, mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, hendaklah memaklumkan perkara itu kepada saya atau juga lebih baik melalui pemimpin di kawasan masing-masing," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan itu di sini, kelmarin.

Sementara itu, dua penerima sumbangan tersebut, Ramli Ibrahim, 57, dan Bidah Yusof, 76, melahirkan rasa kesyukuran di atas keprihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi.

"Saya sangat gembira apabila diberitahu oleh ketua jajahan bahawa pihak pertama yang memaklumkan hasrat memberikan sumbangan kepada kami setelah berita tragedi menimpa kami tersiar dalam media adalah YSK.

"Setelah rumah terbakar, kami tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang dan hanya mengharapkan belas ihsan saudara-mara serta orang ramai untuk memulakan kehidupan baru," kata Ramli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Najib, Cameron mulakan era baru di Downing Street

Posted:

Najib, Cameron mulakan era baru di Downing Street

Najib, Cameron mulakan era baru di Downing Street


Najib Tun Razak diiringi Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond (dua dari kanan) ketika melawat Stesen Kereta Api Antarabangsa St. Prancas di London, semalam. Turut sama, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan). - BERNAMA


LONDON 14 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, David Cameron di No. 10, Downing Street di sini, tanda bermulanya hubungan era baru yang lebih akrab antara kedua-dua negara yang mempunyai pertalian sejarah yang panjang.

Najib tiba di pekarangan Pejabat Luar Negara dan Komanwel dan disambut oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel, William Hague dan diberi penghormatan oleh perbarisan kehormatan yang lazimnya hanya diberikan kepada ketua negara.

Najib yang turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Hague kemudian ke No. 10 yang bersebelahan dan disambut oleh Cameron. Kedua-dua Perdana Menteri selepas itu mengadakan perbincangan dua hala.

Kerajaan pimpinan parti Buruh yang memerintah selama 13 tahun sebelum ini lebih mengutamakan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan ekonomi-ekonomi besar sahaja, sehinggalah kerajaan campuran pimpinan Cameron mengambil alih pentadbiran Mei tahun lepas mengubah dasar itu dengan melihat juga kepentingan ekonomi-ekonomi kecil.

Oleh itu jambatan baru yang dibina hari ini, ekoran lawatan rasmi Najib atas jemputan Cameron sendiri, diharap melonjakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan yang sebelum ini agak perlahan.

Kemajuan terbaru dalam hubungan dua hala dicatat di No. 10, Downing Street hari ini apabila kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

Ia ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Dalam Negeri UK,Theresa May.

MoU itu membolehkan kedua-dua negara memperluas kerjasama strategik memerangi aktiviti keganasan antarabangsa, pemerdagangan manusia, penyeludupan pendatang haram, penculikan, jenayah siber, pengedaran dadah dan bahan psikotripik serta pengubahan wang haram.

Semalam, enam MoU di antara pihak berkepentingan Malaysia dan UK telah dimeterai.

Sebelum ke Downing Street, Perdana Menteri dengan diiringi Datin Seri Rosmah Mansor menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Hari ini juga Najib mengambil peluang meninjau kemudahan Stesen Kereta Api Antarabangsa St. Prancas, stesen yang disambung dengan rangkaian kereta api laju bawah laut ke Perancis. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Langkah jayakan negara maju

Posted:

Langkah jayakan negara maju

Langkah jayakan negara maju

Oleh Othman Mohamad


Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor sempat meluangkan masa menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London, semalam. – AFP


LONDON 14 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak peneraju institusi-institusi kewangan terkemuka di London untuk bersama-sama menyertai pembangunan pasaran modal di Malaysia yang turut penting ke arah menjayakan status negara maju hujung dekad ini.

Malah, jelas beliau, pertumbuhan dalam pasaran modal Islam Malaysia - yang menyaksikan Malaysia terkemuka dalam bidang itu, merupakan keutamaan di bawah Pelan Induk Pasaran Modal kedua yang diperkenalkan baru-baru ini.

"Kami mahu memperkukuhkan infrastruktur perkhidmatan bagi memberi ruang kepada lebih banyak barangan dan perkhidmatan berteraskan Islam dapat merentasi sempadan, menggalakkan pertumbuhan aktiviti bernilai tinggi dengan berusaha menarik mereka yang pakar dan cukup berkemahiran bagi membantu membina industri pengurusan dana Islam.

"Jadi selaku pengurus-pengurus dana global, anda semua memiliki kepakaran yang kami perlukan itu dan anda pasti dapat memainkan peranan bermakna dalam membantu kami mencapai kejayaan tersebut.

"Peningkatan dalam pasaran modal dapat memainkan peranan berkesan ketika Malaysia dalam proses menjadi negara maju pada 2020," katanya ketika berucap pada pertemuan meja bulat mengenai pasaran modal di sini hari ini - aktiviti pertama pada hari ketiga lawatan rasmi beliau ke United Kingdom.

Syarikat dari Eropah dan Amerika Syarikat, katanya, perlu melihat Malaysia sebagai lokasi yang kosnya kompetitif dengan hab negara Asia yang lain, malah boleh dijadikan batu loncatan bagi perluasan aktiviti ke rantau tersebut dan global.

Beliau memberitahu Malaysia muncul sebagai tempat bagi pasaran modal dan perbankan Islam terbesar di dunia dengan merekodkan sebanyak 66 peratus daripada pengeluaran sukuk global tahun lepas serta memiliki 184 dana dengan pengurusan aset AS$8 bilion.

"Kami menawarkan pelbagai produk seperti Dana Pelaburan Hartanah Islam dan dalam tempoh 10 tahun lagi, pasaran modal Islam kami yang kini sudahpun bernilai AS$370 bilion, dijangka meningkat tiga kali ganda nilainya menjadi AS$970 bilion."

Najib menjelaskan ekonomi Malaysia yang pelbagai dan terus berkembang perlu mewujudkan pasaran modalnya dan syarikat-syarikat kecil dan saiz sederhana melibatkan pertanian, sumber asli, pembuatan dan perkhidmatan menawarkan peluang menarik kepada pelabur jangka panjang.

Sejak lebih 10 tahun lepas, 241 syarikat senarai awam atau suku daripada syarikat tersenarai mampu mencatat pertumbuhan pasaran permodalan lebih 10 peratus setiap tahun.

Semasa berucap pada majlis pertemuan dengan Datuk Bandar London, Alderman Michael Bear di Manson House di sini pula, Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dengan sasaran pertumbuhan 6 peratus setahun sehingga 2020 dan keadaan itu sewajarnya diambil kesempatan oleh para pelabur UK.

"Di bawah model ekonomi baru, peranan sektor swasta dipertingkatkan serta menjadikan Malaysia lebih tertarik kepada pelabur antarabangsa. Kami ketepikan halangan malah meningkatkan insentif... Dalam dunia moden peranan kerajaan perlu menyokong perniagaan.

"Jadi, jemput ke negara kami. Lihat sendiri bagaimana dasar dan program kerajaan melakukan transformasi setiap hari. Rasai pembangunan infrastruktur yang pantas dan ekonomi yang rancak," kata Najib.

Kota London mencatatkan pertumbuhan perkhidmatan kewangan tertinggi di dunia sejak sedekad lepas dengan kota ini menempatkan lebih 500 bank serta pasaran modal terbesar di dunia. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin selamat tiba di Surabaya

Posted:

Muhyiddin selamat tiba di Surabaya

Muhyiddin selamat tiba di Surabaya

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

SURABAYA 14 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bandar raya ini malam ini untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadualkan mengadakan pertemuan dengan usahawan muda serta tokoh-tokoh korporat di Surabaya esok dalam usaha menarik mereka melabur di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Timur, Soekarwo untuk membincangkan hal-hal yang boleh membawa kepada kemakmuran ekonomi kedua-dua pihak.

Selepas itu, Muhyiddin dijadual bertemu dengan 20 editor akhbar terbitan organisasi media Kumpulan Jawa Pos di ibu pejabat syarikat tersebut di sini.

Kumpulan Jawa Pos atau Jawa Pos National Network (JPNN) yang merupakan syarikat media terbesar di Indonesia menerbitkan lebih 151 penerbitan akhbar edisi wilayah dan nasional termasuk akhbar Jawa Pos.

Akhbar Jawa Pos pada masa ini merupakan akhbar paling besar jualannya di Indonesia dengan sebanyak 1.4 juta naskhah setiap hari selain pembaca paling tinggi berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nielsen Media Research pada 2009.

Selain akhbar arus perdana itu, Kumpulan Jawa Pos Group turut menerbitkan pelbagai majalah, akhbar tabloid serta stesen televisyen di wilayah tertentu.

Surabaya merupakan wilayah kedua terbesar selepas Jakarta dan merupakan pusat perkembangan sektor industri di Jawa Timur dengan jumlah pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan pada tahun lalu mencapai lapan peratus iaitu dua peratus lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Kepesatan pembangunan di Surabaya sangat memberangsangkan dan kota itu kini dalam usaha membangunkan bangunan pencakar langit seperti kondominium mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Pada hari terakhir kunjungan beliau, Muhyiddin akan bertemu dengan pemimpin pelajar Malaysia serta menghadiri makan malam dengan pelajar serta rakyat Malaysia yang menetap di sini. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved