Sabtu, 18 Jun 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Karnival Kepak 2011 di Persada

Posted:

Karnival Kepak 2011 di Persada

Karnival Kepak 2011 di Persada

JOHOR BAHRU 17 Jun - Kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) di sini selama empat hari bermula Khamis ini.

Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan akhbar di sini hari ini memberitahu, karnival tersebut memberi pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan kemahiran kepada orang ramai.

Menurutnya, karnival itu merupakan program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang membabitkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Sasaran utama program tersebut ialah isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 atau kumpulan pendapatan di bawah 40 peratus mengikut perangkaan sedia ada.

Kepak juga menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan atau peluang perniagaan.

Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Selepas ini, Kepak akan digerakkan ke seluruh negeri dan sasarannya adalah peluang-peluang pekerjaan di sekitar Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian.

Akhbar Utusan Malaysia dilantik sebagai media rasmi program berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga sayur, ikan, ayam di Mersing naik

Posted:

Harga sayur, ikan, ayam di Mersing naik

Harga sayur, ikan, ayam di Mersing naik


Azlina Tuganal menyusun sayur-sayuran di kedainya di dalam Pasar Awam Endau, Mersing, kelmarin.


MERSING 17 Jun - Kenaikan harga beberapa barang keperluan seperti sayur, ikan dan ayam di Pasar Awam Endau sejak kebelakangan ini bukan sahaja 'memeningkan' pengguna namun turut merisaukan peniaga.

Ini kerana kenaikan harga itu turut memberi kesan kepada jumlah pelanggan dan pendapatan harian mereka.

Seorang peniaga sayur, Azlina Tuganal, 41, memberitahu, harga sayur kailan sekilogram (kg) sebelum ini adalah RM5.50, namun kini naik kepada RM6 manakala cili turut meningkat dari RM5 kg kepada RM7.

"Kenaikan harga ini menyebabkan jumlah pelanggan kurang dan jumlah peniaga sayur yang ramai di pasar ini juga memberi saingan sengit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi peniaga sayur, Fu Mooi, 24, pula memberitahu, dia akan mengambil sayur daripada pembekal di Johor Bahru tiga kali seminggu turut mendapati bekalan semakin berkurangan dan harga meningkat.

"Sebelum ini tidak pernah terjadi seperti ini, tetapi kebelakangan ini ia bertambah teruk," katanya yang kini cuba mendapatkan bekalan sayur dari Kuantan, Pahang.

Pekerja pasar, Awang Salleh, 58, turut risau dengan kehilangan pelanggan yang mungkin akan beralih ke tempat lain untuk mendapatkan barangan keperluan harian ekoran harga yang semakin meningkat.

"Saya risau jika pelanggan beralih ke luar Mersing kerana di pasar Mersing juga mengalami situasi yang sama seperti di Endau," katanya.

Peniaga kedai makan, Zaiton Osman, 47, juga kecewa kerana harga ayam melambung daripada RM7 kepada RM8.50 kg.

Dia bimbang pelanggan tersalah tafsir dengan harga makanan yang berubah disebabkan harga ayam semakin mahal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Abu Dhabi labur lebih banyak projek di Malaysia

Posted:

Abu Dhabi labur lebih banyak projek di Malaysia

Abu Dhabi labur lebih banyak projek di Malaysia


Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuanku Nur Zahirah, Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan sebelum istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.


PUTRAJAYA 17 Jun - Abu Dhabi hari ini menyatakan komitmen penyertaan berterusan pengeluar minyak mentah terbesar dunia itu dalam bidang ekonomi Malaysia.

Komitmen tinggi itu dimaklumkan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Tun Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan dalam mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini petang ini.

Sheikh Mohammed yang tiba pagi ini dalam lawatan kerja sehari ke negara ini merupakan Pengerusi Mubadala Development Company (Mubadala) - jentera pelaburan kerajaan Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Perdana Menteri memberitahu, terbaru Kuala Lumpur telah meluluskan permohonan Abu Dhabi menerusi Mubadala untuk membangunkan sebuah kompleks aluminium di Sarawak bernilai RM12.7 bilion (AS$4.2 bilion).

Ia, kata beliau, ditambah dengan pelaburan Abu Dhabi dalam industri hiliran di Bumi Kenyalang sebanyak RM5.4 bilion (AS$1.8 bilion) lagi yang antaranya termasuk industri dawai kabel.

Ia sekali gus dijangka menjana 40,000 peluang pekerjaan berdaya tinggi, mencernakan AS$3 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta AS$2.6 bilion imbangan dagangan.

"Mereka (Abu Dhabi) yakin dengan dasar-dasar serta langkah yang sedang diambil kerajaan bahawa Malaysia merupakan negara di mana kerjasama kedua-dua negara boleh diperluaskan ke tahap yang jauh lebih tinggi dari sekarang.

"Untuk projek kompleks aluminium itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) akan menyelaraskan dengan kerajaan Sarawak berhubung pembelian tenaga elektrik dari kerajaan negeri," kata beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan majlis penjualan saham RHB Capital Berhad (RHB) yang dimiliki Abu Dhabi Commercial Bank PJSC (ADCB) kepada Aabar Investments PJS (Kumpulan Aabar) di pejabat Perdana Menteri.

Najib berkata, Abu Dhabi turut menyatakan persetujuan untuk bersama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membangunkan KL International Finance Centre.

"Sheikh Mohammed mengesahkan minat dan komitmen mereka masih jelas untuk membangunkan pusat kewangan yang baru itu," katanya.

Najib berkata, Abu Dhabi juga sedang bekerjasama dengan Petronas untuk membangunkan blok minyak SK320 di Sarawak.

Selain itu, kata beliau, Sheikh Mohammed juga menyatakan minat untuk meningkatkan jumlah pelancong dari UAE ke negara ini terutama dalam bidang pelancongan kesihatan.

"Mereka melihat kemungkinan warga UAE datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan," katanya.

Perdana Menteri berkata, langkah Abu Dhabi sebelum ini untuk melabur di Iskandar Malaysia sebanyak AS$1.2 bilion merupakan titik permulaan kerjasama antara kedua-dua negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amirahman, Suraya johan

Posted:

Amirahman, Suraya johan

Amirahman, Suraya johan


Amirahman Abas, Suraya Abu Hassan


KUCHING 17 Jun – Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak malam ini.

Mereka masing- masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.

Tempat kedua dimenangi qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Sarawak, Roziah Ayup yang membawa pulang wang tunai RM7,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Pemenang tempat ketiga ialah qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Nor Azrah Ayub (johan menunggu) yang membawa pulang RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,000, hadiah iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah.

Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan '1Malaysia, 1Ummah' dan bermula 13 Jun lepas. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hidupkan budaya al-Quran - Daud

Posted:

Hidupkan budaya al-Quran - Daud

Hidupkan budaya al-Quran - Daud

KUCHING 17 Jun - Umat Islam perlu menghidup dan menyuburkan budaya al-Quran bagi menangani pelbagai masalah yang membelenggu ummah sehingga ketinggalan dan semakin lemah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Ir. Daud Abdul Rahman berkata, walaupun pelbagai kajian dan pandangan diberikan mengenai masalah itu, secara realitinya ia berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri.

Katanya, ia disebabkan oleh sikap ambil mudah dan malas untuk menghayati al-Quran apatah lagi di kalangan generasi muda yang semakin canggung dengan kitab suci itu.

"Oleh demikian marilah kita sama-sama mengeratkan kerjasama yang sedia terjalin untuk mendekatkan diri, anak-anak dan masyarakat kita dengan al-Quran melalui pelbagai program serta aktiviti yang boleh kita rancang bersama dengan menghidupkan semula budaya al-Quran," katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah Abdullah.

Sementara itu, Daud yang merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah itu mengingatkan semua pihak bahawa cabaran umat Islam pada masa ini amat getir dengan segala ancaman yang merangkumi pelbagai aspek.

Katanya, daripada aspek keselamatan, umat Islam diuji dengan keangkuhan musuh untuk melemahkan kekuatan ummah di seluruh dunia, manakala prestasi ekonomi pula semakin jauh ketinggalan walaupun kaya dengan hasil bumi yang dianugerahkan Allah SWT.

"Daripada aspek sosial pula, kita diancam hakisan nilai-nilai murni dan mulia dalam masyarakat serta generasi baru umat Islam dan menyebabkan pelbagai budaya luar yang dipengaruhi kesesatan telah meresapi generasi muda pada masa ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penduduk Taman Mahsuri kecewa

Posted:

Penduduk Taman Mahsuri kecewa

Penduduk Taman Mahsuri kecewa

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


K. ARUMUGAM menunjukkan lokasi tong sampah yang tidak diuruskan dengan baik di Taman Mahsuri, Padang Serai, baru-baru ini.


PADANG SERAI 17 Jun - Lebih 1,000 penduduk di Taman Mahsuri di sini mendesak pihak berkuasa memantau urusan pungutan sampah di kawasan itu yang dikatakan tidak terurus sehingga mencacatkan pemandangan kawasan persekitaran.

Mereka mendakwa, tempat pembuangan sampah dibiarkan bertaburan dan mengundang kehadiran haiwan liar serta pembawa penyakit.

Keadaan itu turut menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk apabila mereka terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan pada setiap hari terutamanya ketika musim hujan.

Seorang penduduk, K. Arumugam, 49, berkata, pihak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) perlu memantau kerja-kerja memungut sampah yang dilaksanakan syarikat pemegang konsesi Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman) memandangkan ia tidak dijalankan dengan sempurna.

"Sampah dibiarkan bertaburan dan melimpah sehingga ke atas jalan. Kami sudah tidak tahan lagi hidu bau sampah setiap hari," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Menurut Arumugam, keadaan tersebut dibiarkan berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

"Saya dan beberapa penduduk sudah maklum serta hantar gambar kepada MPKK tetapi belum dapat maklum balas," katanya.

Seorang lagi penduduk, Hashim Abdul Ghani, 52, berkata, tong-tong sampah terbabit tidak diuruskan dengan baik dan mengundang kehadiran anjing liar.

"Keadaan ditambah buruk lagi dengan sikap sambil lewa penduduk yang tidak membuang sampah ke dalam tong," katanya.

Pandangan itu disokong Lee Tion Sun, 42, yang meminta MPKK supaya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi penduduk di kawasan tersebut kerana ia turut melibatkan soal kesihatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PIBG rayu sedia padang sukan

Posted:

PIBG rayu sedia padang sukan

PIBG rayu sedia padang sukan


Mansor Zakaria (berkopiah) bersama Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Changkat Jong yang lain menggesa Kementerian Pelajaran membina padang bagi kemudahan murid sekolah berkenaan di Teluk Intan, semalam.


TELUK INTAN 17 Jun - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Changkat Jong menggesa Kementerian Pelajaran segera membina padang bagi kemudahan murid sekolah berkenaan melakukan riadah.

Pengerusinya, Mansor Zakaria berkata, kini, semua aktiviti riadah dan sukan murid dilaksanakan di kawasan simen tempat meletakkan kenderaan.

Katanya, selain tidak sesuai, keadaan itu membahayakan murid yang terdedah kepada luka dan cedera jika terjatuh di atas simen berkenaan.

"Permintaan kami, jika tidak boleh padang besar, padang kecil pun kami bersyukur kerana ia sangat diperlukan oleh murid di sini.

"Golongan ibu bapa pasti tidak senang melihat anak-anak mereka melakukan aktiviti di atas simen yang jelas tidak sesuai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mansor berkata, masalah tiada padang sukan itu sudah berlarutan sejak sekolah tersebut dibina sekitar tahun 1980-an.

Katanya, pelbagai surat permohonan untuk mendapatkan kemudahan padang permainan telah dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hilir Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tetapi semuanya ditolak.

Malah, jelasnya, aduan juga sudah dikemukakan ke pejabat Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Julai tahun lalu di Putrajaya tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan.

"Permintaan kami tidak besar, harap dapat ditunaikan," ujarnya.

Sementara itu, Hamidon Mat Rasul, 59, pelbagai pihak sebelum ini pernah berjanji untuk membina padang di sekolah itu tetapi sehingga hari ini janji tersebut tidak ditunaikan.

"Kalau tidak percaya juga, sila datang pagi dan lihat sendiri bagaimana murid-murid terdedah kepada bahaya ketika menjalankan aktiviti sukan di atas simen tempat letak kereta," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes seludup petrol, diesel meningkat

Posted:

Kes seludup petrol, diesel meningkat

Kes seludup petrol, diesel meningkat

KANGAR 17 Jun - Kes penyeludupan petrol dan diesel di negeri ini meningkat secara mendadak sepanjang tempoh tujuh hari lalu dengan lima bot dipercayai dari negara jiran berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di perairan Kuala Perlis.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Wilayah 1 Langkawi, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata, selain dua bot yang ditahan masing-masing pada Jumaat dan Isnin lalu kerana cuba menyeludup diesel, Maritim turut menahan tiga bot lain yang cuba menyeludup petrol ke negara jiran semalam.

Menurut beliau, walaupun kejadian berlaku secara berasingan, kesemua bot berkenaan berjaya ditahan di kawasan yang sama iaitu kira-kira 0.1 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

Beliau berkata, dalam kejadian 4 petang semalam, Maritim menahan tiga bot tanpa nombor pendaftaran di 0.1 batu nautika dari pantai Kuala Perlis kerana cuba menyeludup petrol ke negara jiran.

"Dalam pemeriksaan tersebut, Maritim menemui 48 tong berisi 1,200 liter petrol dalam ketiga-tiga bot dipercayai cuba dibawa masuk ke arah paya bakau berhampiran," katanya kepada para pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, kesemua lima awak-awak yang dipercayai dari negara jiran berjaya melarikan diri melalui pantai yang berselut menuju ke hutan paya bakau setelah menyedari kehadiran bot laju Maritim.

Katanya, Maritim berjaya merampas bot dan petrol bernilai kira-kira RM17,280 dan kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Sementara itu, dalam kejadian Jumaat dan Isnin lalu, Maritim berjaya merampas 600 liter diesel dalam setiap bot yang bernilai RM2,160 namun begitu empat awak-awak dari negara jiran berjaya melarikan diri.

Sehubungan itu Abdul Rahim menegaskan, Maritim Wilayah Utara akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

"Dalam masa yang sama, Maritim meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan segera sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sains perhebat banteras curi air

Posted:

Sains perhebat banteras curi air

Sains perhebat banteras curi air

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 17 Jun – Usaha membanteras 'pencuri air' di negeri ini terus diperhebatkan lagi apabila sebuah rumah kedai di Jalan Tun Dr. Ismail dekat sini yang sedang diubah suai diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan haram itu semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11.40 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan SPAN, Mohadir Hid berkata, operasi itu dilakukan setelah pihak Sains menerima maklumat daripada orang awam sebelum melakukan risikan seminggu lalu berhubung aktiviti haram itu.

''Hasil serbuan, kita mendapati pengusaha premis berkenaan telah melakukan penyambungan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm) secara tidak sah, menggunakan paip utama milik Sains.

''Penyambungan haram itu dilakukan melalui paip dari bangunan yang merupakan bekas hotel bersebelahan premis terbabit," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini, semalam.

Jelasnya, satu notis telah dikeluarkan bagi memaklumkan kesalahan berkenaan kepada pemilik premis dan pengusaha rumah kedai yang sedang dibaik pulih itu.

''Kita juga telah bertindak menyita paip getah 16 mm itu untuk dijadikan sebagai bahan bukti," ujarnya.

Mohadir berkata, pemilik premis berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (AIPA 2006).

''Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas jurulatih minta Mafa jelaskan gaji tertunggak

Posted:

Bekas jurulatih minta Mafa jelaskan gaji tertunggak

Bekas jurulatih minta Mafa jelaskan gaji tertunggak


ANSARI Mustafa yang terlantar selama sebulan kerana jangkitan kuman pada kaki menyatakan sesuatu kepada isterinya, Rohayu Hassan di Hospital Melaka, kelmarin.


MELAKA 17 Jun - Bekas jurulatih penjaga gol Melaka, Ansari Mustafa yang menderita akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya sejak sebulan lalu meluahkan rasa kecewanya terhadap Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) kerana masih berhutang dengannya sebanyak RM24,500.

Ansari, 52, yang kini terlantar di Wad D1 Hospital Melaka di sini mendakwa, jumlah tersebut merangkumi sebahagian gajinya yang belum dibayar bermula 2006 sehingga 2009.

Tambahnya, Mafa sepatutnya memahami situasi beliau yang amat memerlukan wang bagi kos merawat penyakitnya itu.

''Tambah mengecewakan apabila tidak ada seorang pun wakil daripada Mafa yang melawat saya sejak dimasukkan ke hospital 12 Mei lalu,'' katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini semalam.

Jurulatih penjaga gol pasukan Melaka dari 2005 sehingga 2009 itu berkata, dia dimasukkan ke hospital setelah kaki kanannya mengalami bengkak dan doktor mengesahkan ia akibat jangkitan kuman atau dikenali celulitis.

"Seminggu selepas berada di hospital, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang pegawai kanan Mafa memberitahu memerlukan wang sebanyak RM1,560 bagi kos pembedahan.

"Apabila SMS tidak dibalas, dua hari selepas itu saya sekali lagi menghubungi Mafa, namun wang yang diharapkan langsung tidak diterima sehingga ke hari ini, malah seorang wakil Mafa pun tidak melawat saya untuk bertanya khabar," jelasnya

Menurut Ansari, akibatnya beliau terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga bagi membeli mata pisau khas untuk digunakan ketika pembedahan membuang kulit mati pada kaki kanannya itu.

Tambahnya, dia kini juga terpaksa bergantung kepada pendapatan isteri, Rahayu Hassan, 47, yang bekerja sebagai pembantu klinik.

"Wang yang diharapkan itu pula bukanlah untuk digunakan suka-suka, tetapi untuk menampung kos ubat-ubatan anak kedua yang menghidapi penyakit ketumbuhan dalam otak," katanya.

Ansari sebelum ini pernah mewakili Melaka pada 1978 dan 1979 sebelum menabur bakti di Kedah pada 1980 dan 1981. Beliau kemudian mewakili Perak pada 1982.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melaka negeri kedua bilangan pesakit kencing manis

Posted:

Melaka negeri kedua bilangan pesakit kencing manis

Melaka negeri kedua bilangan pesakit kencing manis

MELAKA 17 Jun _ Melaka menjadi negeri kedua mempunyai pesakit paling ramai mengidap penyakit kencing manis selepas Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Muhamad berkata, pada masa ini, kira-kira 788,000 penduduk di negeri ini didapati telah mengambil sebanyak 1,572 tan gula.

Daripada jumlah itu, katanya, setiap pengguna mengambil kira-kira dua kilogram sebulan dengan 67 gram dalam masa sehari.

''Ini menunjukkan tahap kesedaran pengguna di negeri ini masih kurang dan jika ia terus berlanjutan pastinya peningkatan bilangan pesakit kencing manis akan bertambah dari hari ke hari," katanya ketika merasmikan Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja di Wisma Persekutuan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya, penduduk negeri ini wajar mengurangkan kadar penggunaan gula harian bagi mengelakkan mereka dilanda penyakit kencing manis.

''Kita bimbang masih ramai penduduk Melaka gemar mengambil gula berlebihan kerana tidak mengetahui kesan pengambilannya menyumbang kepada penyakit kencing manis," katanya.

Ghazale berkata, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi menangani masalah itu seperti mengadakan kempen meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan gula yang mana mampu membantu mengurangkan peningkatan pesakit bagi penyakit merbahaya berkenaan.

Malah, katanya, kenaikan harga gula pada 10 Mei lalu dilihat tidak memberi sebarang bebanan atau masalah yang besar kepada pengguna.

''Walaupun harga dinaikkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram namun harganya masih berada pada tahap terendah.

''Jika dibandingkan dengan negara lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, harga gula di Malaysia masih lagi berada pada tahap terendah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pilihan raya masjid ditangguh

Posted:

Pilihan raya masjid ditangguh

Pilihan raya masjid ditangguh

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusan-group.com.my




  • Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguh bagi mengelak institusi agama itu dicemari dengan unsur politik yang boleh memecah belah umat Islam.
  • Proses pilihan raya yang dijadual berlangsung hari ini dibatalkan dengan tempoh pelantikan semua jawatankuasa kariah sedia ada dilanjut sehingga 31 Disember 2012.
  • Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria berkata, titah Tuanku Mizan disampaikan kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ketika mereka menghadap Tuanku Mizan di Istana Negara kira-kira pukul 9 pagi semalam.
  • Kerajaan DAP Pulau Pinang akur dengan keputusan supaya pilihan raya masjid itu ditangguhkan.
  • Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menyifatkan keputusan itu sebagai tepat bagi memelihara perpaduan dan kesejahteraan umat Islam.
  • PULAU PINANG 17 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menitahkan pilihan raya masjid di negeri ini ditangguhkan bagi mengelak institusi agama itu dicemari dengan unsur politik yang boleh memecah belah umat Islam.

    Sehubungan itu, proses pilihan raya yang dijadualkan bermula esok dibatalkan dengan tempoh pelantikan semua jawatankuasa kariah masjid sedia ada yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini dilanjutkan setahun lagi iaitu hingga 31 Disember 2012.

    Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria (gambar) berkata, titah itu disampaikan kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan beliau ketika mereka menghadap Tuanku Mizan di Istana Negara kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

    Menurut Ellias, dalam pertemuan selama setengah jam itu, Seri Paduka bertitah supaya semua pihak sentiasa memelihara dan melindungi kehormatan serta kesucian institusi masjid dan tidak tercemar dengan unsur-unsur yang boleh mencemar imej Islam dan perpaduan ummah.

    "Sehubungan itu, Seri Paduka memperkenankan proses pemilihan jawatankuasa kariah bagi seluruh masjid di Pulau Pinang ditangguhkan.

    "Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Pulau Pinang mahu kaedah atau tatacara pemilihan jawatan kuasa kariah masjid mestilah bersandarkan atas semangat sukarela, harmoni dan berkasih-sayang," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur hari ini.

    Sehubungan itu, Ellias menjelaskan, Tuanku Mizan menitahkan MAIPP supaya membentuk satu jawatankuasa bebas yang pelantikan ahlinya mesti mendapat perkenan Seri Paduka bagi merangka kaedah sesuai untuk menjalankan proses pemilihan jawatankuasa kariah masjid pada masa depan.

    "Apa-apa kaedah atau tatacara yang dibentuk oleh jawatankuasa bebas ini nanti perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu," ujarnya.

    Beliau menambah, disebabkan proses pembentukan jawatankuasa bebas itu akan memakan masa, Tuanku Mizan berkenan supaya tempoh pelantikan semua jawatankuasa kariah masjid sedia ada yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini dilanjutkan setahun lagi iaitu hingga 31 Disember 2012.

    Utusan Malaysia pada 6 Jun lalu mendedahkan keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatankuasa masjid mulai tahun ini dan perkembangan itu dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

    Keputusan itu mencetuskan bantahan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang menyifatkan ia sebagai agenda untuk melemahkan institusi masjid sebagai wadah perpaduan umat Islam.

    Kontroversi juga timbul memandangkan pelaksanaan proses pemilihan berkenaan didakwa tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang.

    Kerajaan negeri bagaimanapun mempertahankan pelaksanaan kaedah pemilihan tersebut dengan alasan ia mengikut Seksyen 104(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 dan Seksyen 22(4) Enakmen MAIPP.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kerajaan DAP Pulau Pinang akur titah Agong

    Posted:

    Kerajaan DAP Pulau Pinang akur titah Agong

    Kerajaan DAP Pulau Pinang akur titah Agong

    PULAU PINANG 17 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang akur dengan keputusan supaya 'pilihan raya masjid' yang sepatutnya diadakan buat pertama kali di negeri ini esok ditangguhkan.

    Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, berikutan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perkara itu, maka proses pemilihan tersebut ditangguhkan.

    "Saya selaku Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diberitahu melalui telefon oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria bahawa hasil daripada satu pertemuan yang diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ditangguhkan buat sementara waktu.

    "Oleh yang demikian, pemilihan yang dijadualkan pada 18 dan 19 Jun ini ditangguhkan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menitahkan kaedah pilihan raya masjid ditangguhkan.

    Titah tersebut disampaikan kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP ketika kedua-duanya menghadap baginda di Istana Negara hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    TAPIR SESAT

    Posted:

    TAPIR SESAT

    TAPIR SESAT



    PASUKAN penyelamat dan penduduk cuba menarik keluar tapir jantan berumur 15 tahun yang terjatuh ke dalam parit bersimen di kawasan perumahan Kempadang Perdana, Kuantan setelah disedari oleh penduduk pada kira-kira pukul 12 malam semalam.

    Usaha menarik haiwan seberat 350kg itu dengan menggunakan tali dan tangga gagal kerana keadaan yang terlalu gelap. Tugas menyelamatkan haiwan itu melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk setempat.

    Haiwan itu hanya berjaya dilepaskan kira-kira 8.30 pagi semalam dengan menggunakan umpan daun senduduk menyusuri parit sepanjang 500 meter terus ke kawasan paya berdekatan.

    KUANTAN 17 Jun – Penduduk di Kempadang Perdana, Jalan Pantai Sepat di sini, hari ini gempar apabila menemui seekor tapir sesat yang terjatuh ke dalam longkang konkrit di kawasan perumahan itu.

    Tapir seberat 350 kilogram itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang tersebut kira-kira pukul 12 tengah malam sebelum ditemui oleh penduduk di kawasan itu.

    Bagaimanapun, tapir jantan itu berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

    Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd. Shariff berkata, lima kakitangan jabatan itu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan penduduk.

    "Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk setempat turut bersama-sama menyelamatkan tapir tersebut.

    "Haiwan itu gagal dikeluarkan kerana keadaan gelap. Di samping itu, saiz parit simen yang dalam dan lebar serta kelakuan haiwan tersebut yang lebih agresif pada waktu malam menyukarkan usaha memindahkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Menurut Khairiah, pihaknya berjaya mengeluarkan haiwan terbabit dari longkang itu selepas usaha memujuk menggunakan umpan daun senduduk berjaya dilakukan kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

    Selepas berjaya dikeluarkan, kata beliau, pihaknya mendapati haiwan berkenaan mengalami kecederaan ringan pada beberapa bahagian badan akibat terkena dinding longkang itu.

    Ujarnya, tapir tersebut kemudian dihalau masuk ke kawasan hutan berhampiran yang dipercayai menjadi habitatnya sebelum ini.

    "Saya memuji sikap prihatin penduduk yang segera menghubungi kami sebaik sahaja melihat tapir itu jatuh ke dalam parit.

    "Tindakan itu secara tidak langsung menyelamatkan nyawa haiwan liar berkenaan yang kini semakin berkurangan," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.utusan.com.my

    Utusan Online - Rekreasi

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    sumber :-

    Utusan Online - Rekreasi


    Bila mula menyelam

    Posted:

    Bila mula menyelam

    Bila mula menyelam

    Oleh AMIR SARIFUDIN
    amir.mansor@utusan.com.my


    SYED Nasir (tiga dari kiri) bersama kumpulan Wings menunjukkan plak ditandatangani oleh Perdana Menteri.


    MENGENALI dunia skuba, pasti sesuatu yang baru dalam kehidupan seseorang. Pelbagai perasaan akan dirasai apabila seseorang itu mahu mengenali dunia skuba.

    Seronok, bimbang, takut dan sebagainya, pasti bermain di fikiran para penyelam.

    Dari mula menjejakkan kaki ke dasar laut hinggalah kepada beberapa selaman seterusnya, pasti banyak perkara baru akan dipelajari.

    Bagi para penyelam baru, apa yang dilalui seboleh mungkin hendak dikongsi bersama. Ini kerana pengalaman tersebut dianggap amat berharga.

    Pengalaman dunia skuba yang dirasai itu memang sukar diceritakan melalui kata-kata, sebaliknya perlu dilalui sendiri.

    Baru-baru ini, sekumpulan penyelam baharu bersama beberapa wartawan dan kakitangan agensi kerajaan berkaitan pelancongan, menyertai aktiviti mendapatkan lesen menyelam di Kampung Genting, Pulau Tioman, anjuran Tourism Pahang dan kerajaan negeri Pahang.

    Melalui aktiviti itu, diharap dapat mengetengahkan industri pelancongan Pahang kepada orang ramai selain membantu agensi-agensi berkaitan meningkatkan pencapaian ekonomi.

    Harapan mereka, pengalaman mengambil lesen menyelam itu dapat memberi pendedahan lebih meluas kepada orang lain dan ini secara langsung mampu meningkatkan industri berkaitan.

    Aktiviti mengambil lesen menyelam itu merupakan sebahagian daripada program Start In Tioman (SIT) sebagai usaha menggalakkan pelancongan ke Pahang selain mempromosikan destinasi-destinasi menarik.

    Untuk itu, seramai 24 orang mendaftarkan diri untuk mengambil lesen menyelam di bawah SIT.

    Bermula hari pertama, kalangan peserta diberikan pendedahan secara teori mengenai disiplin-disiplin yang terdapat dalam kemahiran skuba.

    Sebelum mencecahkan kaki ke dalam laut, mereka perlu menyertai kelas teori selama lebih tiga jam.

    Ia meliputi disiplin-disiplin keselamatan sebelum menyelam, nama serta jenis-jenis peralatan dan banyak lagi.

    Ini termasuk langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kecemasan dalam air selain teknik-teknik menyelam.

    Para peserta juga diberi penerangan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu menyelam.

    Antara perkara penting diajar ialah cara-cara bernafas ketika menyelam.

    Kelas teori itu merupakan pendedahan pertama bagi memberi gambaran sebenar mengenai dunia skuba.

    Semasa di tepi pantai iaitu kawasan air cetek, keadaan berjalan lancar hasil kesungguhan setiap peserta.

    Masuk hari kedua, kalangan peserta memulakan latihan selam di kawasan agak dalam sekitar 5 hingga 8 meter.

    Ketika ini pelbagai ragam dapat dilihat apabila peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan dilatih oleh tiga orang penyelam mahir.

    Para peserta terlebih dahulu diminta terapung dan berenang dari tepi pantai hingga ke kawasan dalam.

    Pada waktu ini, beberapa peserta bertanyakan 'kenapa mereka tak boleh bergerak', ada yang kata tak boleh berenang, tak boleh terapung dan sebagainya.

    Ada juga yang memberitahu 'air masuk ke dalam mulut ketika terapung'.

    Banyak lagi ragam para peserta, maklumlah mereka kini berada di kawasan air dalam yang secara tidak langsung mempengaruhi minda masing-masing.

    Kini tiba pula ragam seterusnya apabila para peserta tadi diminta membuang udara dalam 'BCD' bagi membolehkan mereka tenggelam dan memulakan selaman.

    Beberapa peserta dilihat tidak dapat tenggelam ke dasar laut walaupun udara dalam BCD sudah dibuang sepenuhnya.

    Namun tunjuk ajar para tenaga pengajar akhirnya membolehkan kesemua peserta memulakan selaman di kawasan dalam.

    Memang sesuatu yang menarik dan menakjubkan bagi para peserta tersebut yang pertama kali menjejakkan kaki di dasar laut.

    Ia bagaikan berada di sebuah dunia baru kerana sebelum ini mereka hanya mengetahui keindahan di daratan.

    Pengurus Urusan Damai Tioman Resort, tempat penginapan para peserta terbabit, Syed Nassir Syed A. Bakar memberitahu, kehadiran peserta itu secara tidak langsung dapat memperkenalkan pelancongan Tioman melalui dunia skuba.

    Menurutnya, selain peserta mengambil lesen skuba, program SIT itu turut disertai kira-kira 100 penyelam mahir.

    ''Antara pengisian program ialah pemasangan plak di tukun tiruan di kawasan perairan berhadapan Damai Tioman Resort.

    ''Plak istimewa ini ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,'' katanya.

    Semasa selaman keempat, pada mulanya para penyelam begitu gembira melihat kecantikan dasar laut.

    Setelah kira-kira 30 minit menyelam, mereka kemudian naik ke permukaan air.

    Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut apabila berlaku ribut dan hujan dengan ombak besar.

    Sebaik sahaja naik ke permukaan air, ombak besar telah menyebabkan para peserta tadi sukar untuk bergerak.

    Bagaimanapun, para peserta itu tidak panik dan mereka berada dalam satu kumpulan bagi memastikan keselamatan.

    Pengalaman baru dan pertama kali dilambung ombak itu tidak mematahkan semangat mereka yang akhirnya berjaya memperoleh lesen menyelam.

    Program SIT kali ini, turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan rock, Wings.

    Kumpulan Wings bersama para penyelam diberi penghormatan meletakkan plak yang ditandatangani Perdana Menteri pada hari keempat program.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.utusan.com.my

    Utusan Online - Timur

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    sumber :-

    Utusan Online - Timur


    Tanah tinggi Lojing semakin gondol

    Posted:

    Tanah tinggi Lojing semakin gondol

    Tanah tinggi Lojing semakin gondol

    Oleh YULPISMAN ASLI
    utusankelantan@utusan.com.my


    PEMANDANGAN sekitar tanah tinggi Lojing yang semakin diancam hakisan dan tanah runtuh akibat penerokaan tanah tidak terkawal.


    GUA MUSANG 17 Jun - Tanah tinggi Lojing terletak di wilayah barat daya Kelantan, merupakan sebahagian daripada banjaran Titiwangsa dengan keluasan lebih 25,000 kilometer persegi dan ketinggian antara 610 hingga 1,500 meter dari aras laut.

    Terletak bersempadan dengan tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang dengan suhu sekitar 18 hingga 25 darjah celsius, tanah tinggi Lojing menjadi pusat pengeluaran sayur-sayuran di negeri ini.

    Begitupun, kerakusan pihak tertentu menjalankan penerokaan secara tidak terkawal di kawasan tersebut, menyaksikan tanah tinggi Lojing semakin 'gondol' dan terdedah kepada ancaman hakisan serta tanah runtuh.

    Malah, kewujudan begitu banyak kawasan pertanian fertigasi turut menyaksikan kawasan sekitar tanah tinggi Lojing berdepan dengan ancaman alam sekitar yang semakin serius apabila bahan buangan serta sampah-sarap daripada projek tersebut tidak diurus dengan baik dan dibuang sesuka hati.

    Menurut sumber di Internet, nama Lojing sendiri dipercayai berasal daripada perkataan logging bermaksud pembalakan, aktiviti yang dikatakan paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi berkenaan.

    Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang lebuh raya Cameron Highlands-Lojing-Gua Musang, Sabtu lalu pula menyaksikan kerakusan pihak tertentu meneroka tanah khususnya untuk pertanian hatta sehingga ke puncak bukit habis ditarah.

    Malah, terdapat dengan jelas beberapa kejadian tanah runtuh akibat pembukaan secara tidak terkawal tanah tersebut, tetapi tiada tindakan konkrit diambil oleh pihak berkenaan bagi mengelak kejadian lebih buruk.

    Perkembangan itu sekali gus menggambarkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam menyelia pembangunan di tanah tinggi Lojing supaya pembukaan tanah-tanah dijalankan secara terkawal dan bersistematik bagi mengelak kemusnahan kepada alam sekitar dalam jangka masa panjang.

    Pembukaan tanah dalam skala besar dan terbuka itu juga menyaksikan berlaku pencemaran kepada sungai-sungai sekitar Lojing yang airnya bertukar menjadi warna 'teh susu', sama seperti warna air keruh yang mengalir sepanjang Sungai Kelantan. Antara aliran sungai yang terdapat di Lojing adalah Sungai Brooke, Belatop dan Jelai.

    Sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerajaan negeri mengawal segala aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing agar selari dengan garis panduan kawasan pembangunan khas supaya kawasan tanah tinggi itu terus terpelihara keasliannya.

    Titah baginda, aktiviti di tanah tinggi itu perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh serta hakisan yang boleh merosakkan ekosistem tanah tinggi itu.

    "Kawalan dan pemantauan aktiviti pembangunan di Tanah Tinggi Lojing hendaklah mengikut garis panduan kawasan pembangunan khas yang telah diwujudkan bagi memastikan pembangunan di situ tidak menyebabkan berlakunya masalah tanah runtuh dan hakisan," titah baginda.

    Mengulas aktiviti penerokaan tidak terkawal di kawasan tanah tinggi tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff berkata, masalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang tidak memikirkan kesan penerokaan terbabit kepada alam sekitar dan penempatan Orang Asli.

    Beliau berkata, pembukaan tanah secara tidak terkawal turut menyebabkan masalah rumah penduduk di Kampung Sendrop diancam hakisan dan tanah runtuh akibat sikap rakus pemaju menukar aliran sungai semata-mata untuk meluaskan kawasannya.

    "Kita terpaksa belanja kira-kira RM200,000 untuk membina benteng bagi menyelamatkan rumah penduduk daripada diancam tanah runtuh," katanya.

    Menurut Abdul Aziz, sikap tidak prihatin kerajaan negeri dalam memantau aktiviti pembukaan tanah di Lojing juga telah menyebabkan air di beberapa batang sungai 'tiada masa untuk jernih.'

    "Masalah ini sudah lama dan kita juga telah bangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tiada tindakan konkrit sehingga kini.

    "Akibat tidak ada kawalan dalam pengagihan tanah menyebabkan punca air kepada penduduk tercemar selain ancaman kepada alam sekitar. Selain itu, air terjun di Kampung Dakoh, Balar turut terancam disebabkan pembukaan tanah untuk pertanian.

    "Kerajaan negeri kena kawal kegiatan di tanah tinggi Lojing bagi mengelak kemusnahan alam sekitar lebih teruk, selain tanah runtuh yang akhirnya menjejaskan penduduk setempat," katanya.

    Sementara itu, Ketua Jajahan Lojing, Nik Ab. Rahman Nik Yusoff ketika dihubungi memberitahu, masalah yang berlaku di kawasan tanah tinggi itu kebanyakannya melibatkan tanah milik (tanah yang dipajakkan kepada syarikat) dan pemantauan serta penguatkuasaan terletak di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Daerah Gua Musang.

    "Kita tidak ada kuasa untuk mengawal kerana ia tanah milik, kecuali berlaku salah guna tanah," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    MAIDAM bantu penoreh hidup lebih selesa

    Posted:

    MAIDAM bantu penoreh hidup lebih selesa

    MAIDAM bantu penoreh hidup lebih selesa

    KUALA TERENGGANU 17 Jun - Seorang penoreh getah, Mohamad Hassan, 48, dan keluarganya yang dibelenggu kemiskinan kini mampu menarik nafas lega apabila masalah itu mula mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.

    Bapa kepada tiga orang anak itu bakal menerima bantuan RM15,000 daripada MAIDAM dan berita baik itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Mohammad Ramli Nuh sewaktu mengunjungi rumah Mohamad di Kampung Gemuruh di sini semalam.

    Bantuan itu adalah untuk membantu keluarga berkenaan membaik pulih rumah mereka selain penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air yang lebih sempurna.

    Menurut Mohammad, buat masa sekarang, dia bersama isteri, Siti Zaharah Hussin, 34, dan tiga anak, Mohd. Hafizuddin, 14, Siti Nurjanah, 13, dan Mohd. Muaz, 8, tinggal di rumah lama pemberian orang tuanya.

    Katanya, rumah yang menjadi tempat berteduh sekarang tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik, selain dinding serta lantai rumah semakin reput manakala atap zinknya pula sudah banyak bocor.

    "Bekalan air diambil dari rumah orang tua saya yang terletak bersebelahan rumah baru. Rumah tiada bilik tidur mahupun dapur yang sempurna, ia sekadar tempat untuk berteduh daripada panas dan hujan.

    "Apapun, saya bersyukur dengan pemberian ibu bapa yang membolehkan saya mengurus kehidupan dan mampu memberi belanja sekolah anak-anak walaupun dalam keadaan serba kemiskinan," katanya.

    Mohammad berkata, dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang tidak menentu, amat sukar baginya untuk membina rumah baru bagi keselesaan buat keluarga.

    Ini kerana, jelasnya, dengan wang itu juga, dia membeli makanan asas selain menampung perbelanjaan sekolah tiga anaknya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Guntung dan Sekolah Kebangsaan (SK) Gemuruh.

    Lagipun, katanya, dia bersama bersama isteri cuma mengambil upah menoreh getah milik orang lain, bukan milik sendiri.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    YT jalin kerjasama dengan Arkib Negara

    Posted:

    YT jalin kerjasama dengan Arkib Negara

    YT jalin kerjasama dengan Arkib Negara

    KUALA TERENGGANU 17 Jun - Yayasan Terengganu (YT) menjadi agensi pertama di negara ini mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara bagi menghasilkan Buku Jadual Pelupusan Rekod Fungsian YT.

    Buku jadual tersebut dihasilkan sebagai pelengkap kepada jadual pelupusan rekod lama serta jadual pelupusan rekod kewangan dan perakaunan yang dikeluarkan Arkib Negara.

    Ia juga sebagai panduan bagi membolehkan YT melaksanakan pelupusan rekod-rekod fungsian, rekod am dan rekod kewangan serta perakaunan secara lebih teratur dan cekap.

    Majlis menandatangani Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod Fungsian YT antara Arkib Negara dengan YT itu berlangsung di Bangunan YT di sini, baru-baru ini.

    Arkib Negara diwakili Ketua Pengarahnya, Dr. Samsiah Muhamad manakala YT oleh Pengarahnya, Aziz Mamat sambil disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

    Serentak dengan itu, majlis pelancaran Pelan Strategik YT 2011 - 2015 dan majlis penyampaian Sijil 5S YT turut berlangsung.

    Dalam pada itu, Mazlan berkata, perjanjian itu meletakkan YT sebagai agensi di negara ini yang merintis kerjasama dengan Arkib Negara mengenai pelupusan rekod.

    Mengenai pelan strategik YT, beliau menjelaskan, ia menjadi garis panduan serta penanda aras bagi mencapai objektif yang ditetapkan dalam membantu YT bergerak mengikut landasan dalam tempoh 2011 hingga 2015.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.utusan.com.my
     

    Akhbar Utusan Malaysia

    Copyright 2010 All Rights Reserved