Utusan Online - Luar Negara |
Lebih 900 orang terkorban di Iraq bulan lalu Posted: 01 Jun 2014 01:31 PM PDT BAGHDAD 2 Jun - Lebih 900 orang terkorban dalam kejadian keganasan yang berlaku di negara ini bulan lalu. angka korban tertinggi sejak tahun 2008. Data yang dikumpulkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan Iran itu menunjukkan, sekurang-kurangnya 799 orang terbunuh akibat `tindakan keganasan'. Manakala baki 195 lagi kes kematian disebabkan oleh operasi ketenteraan yang dijalankan oleh kerajaan, dalam menanggani kemelut yang melanda wilayah Anbar, barat negara ini. - AFP |
AS mahu berbincang dengan Taliban Posted: 01 Jun 2014 12:13 PM PDT WASHINGTON 2 Jun - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel berharap pembebasan Sarjan Bowe Bergdahl, yang berada dalam tahanan Taliban hampir lima tahun semalam, akan menjadi batu loncatan kepada perbincangan secara terus antara pihaknya dengan kumpulan tersebut. "Saya yakin dan sangat berharap situasi ini akan membuka ruang kepada perbincangan. Saya percaya ia akan membuahkan hasil," jelas Hagel. Kata Hagel lagi, sebelum ini AS sering mengadakan perbincangan bersama Taliban, sehinggalah hubungan antara mereka menjadi renggang pada tahun 2012. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan