Utusan Online - Jenayah |
Polis nafi lewat siasat kehilangan lelaki British Posted: 31 May 2014 10:56 PM PDT KUANTAN 1 Jun - Polis hari ini menolak dakwaan media elektronik kononnya pasukan itu lambat bertindak dan tidak serius dalam mencari seorang lelaki British yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman dekat sini. Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, dakwaan itu adalah tidak benar kerana pihaknya telah memulakan pencarian sebaik sahaja dimaklumkan oleh seorang kakitangan Projek Penyu Juara di Kampung Juara, Pulau Tioman. "Polis dimaklumkan oleh kakitangan projek sehari selepas kejadian, itu pun ketika beberapa anggota polis membuat rondakan biasa di sekitar projek itu. "Operasi mencari dan menyelamat sejurus menerima laporan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Kes tembak pemilik kedai elektrik berkait aktiviti perniagaan Posted: 31 May 2014 09:39 PM PDT KUANTAN 1 Jun - Kejadian seorang lelaki yang parah akibat ditembak di hadapan kedai elektrik miliknya di Jalan Zabidin, Temerloh semalam dipercayai berkaitan dengan aktiviti perniagaan. Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, pihaknya percaya kes tersebut akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan beberapa petunjuk baharu yang diperolehi. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan