Utusan Online - Pahang |
- Rakyat bertanggungjawab pelihara kemajuan negara
- RM2.3j dividen Felcra belum dituntut
- 5,000 umat Islam Jengka hadir Malam Cinta Rasul
Rakyat bertanggungjawab pelihara kemajuan negara Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT LIOW Tiong Lai (empat dari kiri) melancarkan Karnival Rio To Malaysia anjuran Persatuan Belia Felda Mempaga di Dataran Feldajaya Wilayah Mempaga di Bentong, Pahang, semalam. BENTONG 25 Mei - Kecekapan kerajaan dalam menguruskan negara merupakan satu keistimewaan pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, selain pemimpin, rakyat juga perlu mempunyai rasa bertanggungjawab untuk memelihara kemajuan yang dicapai supaya negara kekal mesra perniagaan dalam menarik pelabur asing. Rakyat Malaysia perlu bersyukur dan sentiasa bersama kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang maju, berdaya saing dan makmur," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Karnival Rio To Malaysia di Dataran Feldajaya Wilayah Mempaga di sini kelmarin. Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membawa transformasi pentadbiran dan ekonomi hasil daripada sokongan rakyat. Pengiktirafan terhadap Malaysia sebagai lokasi pelaburan domestik terbaik dan luar negara sangat penting bagi menjana pendapatan rakyat dalam tempoh jangka panjang," katanya. Tambah beliau, sasaran untuk merealisasikan Wawasan 2020 iaitu muncul sebagai sebuah negara maju memerlukan semua pihak menggembleng tenaga untuk merealisasikan matlamat tersebut. Walau bagaimanapun matlamat negara maju ini boleh dicapai awal tahun 2018 berdasarkan kepada petanda kemajuan transformasi kerajaan yang mendapat sokongan padu rakyat," ujarnya. |
RM2.3j dividen Felcra belum dituntut Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN TEMERLOH 25 Mei - Sebanyak RM2.3 juta dividen Felcra melibatkan 120 peserta di negeri ini yang meninggal dunia masih belum dituntut akibat kegagalan mengesan waris yang sah. Pengurus Besar Felcra Berhad negeri, Datuk Hazrinor Hisham berkata, sehubungan itu pihaknya akan menyimpan sementara dividen tersebut sebelum diserahkan kepada pemegang Amanah Raya setelah sampai tempoh ditetapkan. Tanpa dokumen yang lengkap kita tidak dapat menyerahkan dividen berkenaan kepada waris peserta dan wang dividen berkenaan kemudiannya akan diserahkan kepada Amanah Raya," katanya di sini kelmarin. Menurut Hazrinor, setakat ini sebanyak RM21.5 juta dividen telah diserahkan kepada waris yang sah dan proses penyerahan baki yang ada masih terus dijalankan. Beliau turut meminta waris terbabit membuat permohonan segera supaya tunggakan dividen berkenaan dapat diserahkan dengan lancar. Untuk mempercepatkan proses pembahagian dividen ini, pewaris perlu mendaftar dengan Pejabat Tanah dan Daerah serta menjalani perbicaraan serta pembahagian kuasa terlebih dahulu," katanya. Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini, Felcra telah membuka lebih 56,000 hektar tanah di seluruh negeri dengan tanaman kelapa sawit dan getah melibatkan 21,000 peserta. Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 peratus adalah tanah terbiar milik persendirian yang dimajukan oleh Felcra. |
5,000 umat Islam Jengka hadir Malam Cinta Rasul Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT KUALA KRAU 25 Mei - Lebih 5,000 umat Islam daripada pelbagai peringkat umur membanjiri Dataran Bandar Tun Abdul Razak Jengka dekat sini untuk menyertai program Malam Cinta Rasul Jengka Berselawat, baru-baru ini. Program berkenaan merupakan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krau dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka serta Pejabat ADUN Kerdau. Selain itu, program tersebut juga turut mendapat kerjasama daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) Maran, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Jengka (SKMJ) dan masyarakat peneroka di situ. Program yang bermula pukul 9.30 malam dan berakhir dua jam kemudian itu dipimpin oleh Ustaz Uwais Al-Qarni dari Kumpulan al-Mawlid dengan mendapat sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad. ADUN Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, aktiviti itu disifatkan sebagai satu bentuk dakwah yang sangat relevan bagi menunjukkan kasih kasih terhadap Rasulullah SAW. Rasa kasih umat Islam terhadap Rasulullah SAW terbukti apabila pengunjung tidak berganjak dari tempat duduk untuk berselawat bersama walaupun hujan pada malam itu. Lebih mengharukan mereka sanggup berpayung malah ada yang tidak menggunakan sebarang pelindung pun tetap setia berselawat sehingga tamat program tersebut," katanya ketika ditemui selepas program tersebut di sini. Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata, program berkenaan merupakan satu anjakan baharu dalam menyemai budaya selawat di kalangan masyarakat Islam terutama belia dan kanak-kanak di negeri ini. Ini kerana katanya, penyertaan daripada pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak yang begitu ceria dan bersemangat untuk berselawat bersama golongan dewasa. Saya menyarankan supaya program ini dijadikan satu aktiviti tahunan komuniti dengan menganjurkan program mini Cinta Rasul di peringkat kampung, komuniti atau taman perumahan. Ini kerana budaya berselawat dapat mengeratkan hubungan silaturahim sekali gus mengukuhkan budaya kejiranan dalam masyarakat," ujarnya. Katanya, pembabitan generasi muda dalam aktiviti seperti ini secara langsung menerapkan kebudayaan Islam yang kesannya mampu membentuk nilai jati dan mengurangkan gejala sosial di tanah rancangan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan