Utusan Online - Hiburan |
Izreen, suami sudah sebulan tidak tinggal bersama Posted: 25 May 2014 12:50 PM PDT Oleh GARRET DAWUM dan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN PUTRAJAYA 25 Mei - Pelakon Izreen Azminda, 29, mengakui dia dan suami, Muhamad Riza Baharuddin, 31, sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu. Bagaimanapun ketika ditanya status dirinya, Izreen lebih selesa untuk berdiam diri. Saya tidak mahu komen. Saya hanya menunggu keputusan mahkamah. Proses perceraian itu juga sedang berjalan. Kalau boleh, saya tidak mahu berbalas kenyataan dengan dia (suami) dan kami juga masih berhubung berkaitan soal anak sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia. Izreen dan Muhamad Riza dikatakan bergaduh di sebuah lokasi penggambaran di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu sehingga suaminya itu melafazkan cerai. Namun demikian, Muhamad Riza yang bekerja sebagai jurukamera bebas menafikan laporan tersebut dan mengakui mereka belum bercerai serta tiada lafaz cerai dikeluarkan. Dalam pada itu, Izreen turut mendedahkan mereka sebenarnya tidak bergaduh di lokasi tetapi hanya berbincang berkenaan masalah rumah tangga mereka. Sekarang, saya mahu menyiapkan semua kerja yang tertunggak dan selepas itu baharu menumpukan kepada permasalahan rumah tangga kami. Pada masa ini, anak kami masih tinggal bersama saya," katanya. Izreen dan Muhamad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar yang kini sudah berusia 10 bulan. |
Posted: 25 May 2014 08:20 AM PDT Oleh RASDAN AHMAD TANPA sokongan peminat, seseorang penyampai radio mungkin tidak menempa nama dalam bidangnya. Sokongan padu peminat mampu membuatkan nama seseorang pemyampai radio itu semakin kukuh dalam mencipta nama dalam kerjayanya. Dengan peminat juga seseorang penyampai radio atau selebriti itu mampu pergi jauh. Namun akan ada juga segelintir daripadanya yang kecundang kerana tidak mampu untuk melayan kerenah sekelumit peminat yang tidak beretika. Ada yang mengeji dan ada juga yang memuji, semua itu lumrah yang terpaksa ditempuhi oleh mereka yang merasakan dirinya selebriti. Penyampai radio Sinar FM , Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan mengakui tanpa peminat dia juga tidak akan berada di tahap ini. Jelasnya yang turut menggunakan nama panggilan Cik Piah menerusi segmen Santai Sinar ini, peminat merupakan kumpulan pertama yang membuatkan dirinya semakin kuat untuk mengharugi cabaran dalam mengejar cita-citanya sejak dahulu lagi. Katanya, peminat-peminatnya sendiri akan menegur dan memperbetulkan apa yang tidak sepatutnya dia lakukan selama berada dalam industri penyiaran ini. Menegur "Peminat saya secara terus akan menegur saya sekiranya saya sedikit terlampau, sebagai contoh baru-baru ini saya ditegur apabila saya tampil sedikit seksi ketika mengacarakan salah satu progaram televisyen. Saya tidak pernah marah dengan teguran itu, bagi saya peminat-peminat mahukan yang terbaik daripada saya, saya akan terus hormati cara mereka," kata Feeya. Sebelum ini Feeya pernah menerima surat berbau lucah daripada peminat misterinya, namun jelasnya, mujurlah ketika ini perkara itu sudah tidak lagi berlaku. Lega dengan keadaan tersebut, menurut Feeya ia membuatkan dirinya kembali aman tanpa gangguan daripada orang yang tidak bertanggungjawab itu. Baginya, hal tersebut mungkin dilakukan oleh orang yang berakal pendek dan mentah. Namun bagi Feeya, ia hanyalah kes terpencil yang perlu ditempuhi Feeya sepanjang berada dalam kerjaya ini. "Sepanjang bertugas di konti radio, saya juga pernah diajak peminat untuk berbual panjang. Saya layan sahaja kerenah mereka selagi ia tidak menjejaskan kerjaya saya," ujarnya. Katanya, ada juga peminat yang selalu memaklumkan di mana dia berada atau kemana dia mahu pergi. Boleh dikatakan setiap waktu dia akan kemaskini status di laman sosialnya. Yang peliknya peminat itu adalah wanita, sesekali Feeya merasa kelakar juga. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan