Utusan Online - Luar Negara |
Penentang Syria keluar dari Homs Posted: 07 May 2014 11:42 AM PDT HOMS 8 Mei - Penentang kerajaan mula meninggalkan bandar Homs semalam berikutan satu perjanjian yang di dengan kerajaan beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Presiden Syria diadakan. Perjanjian tersebut membolehkan kerajaan mengawal semula bandar Homs yang dikuasai penentang hampir dua tahun. Sehingga lewat tengahari, Pemerhati Hak Asasi Syria melaporkan, kira-kira 400 orang penduduk dipercayai telah meninggalkan bandar itu. Gabenor Homs, Talal al-Barazi berkata, konvoi ketiga dan keempat dijangka akan meninggalkan Homs sebelum lewat malam dan pemindahan akan bersambung hari ini. - AFP |
Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT Yingluck Shinawatra melambai ke arah penyokongnya ketika beliau meninggalkan bangunan Kementerian Pertahanan di Bangkok, semalam. - AFP BANGKOK 7 Mei - Mahkamah Perlembagaan Thailand, hari ini mendapati Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra bersalah menyalahgunakan kuasa dan diarahkan berundur daripada jawatan itu, keputusan yang dilihat akan memburukkan lagi konflik politik di negara ini. Barisan hakim sebulat suara mendapati Yingluck menyalahgunakan kedudukannya dengan menukar Ketua Majlis Keselamatan Nasional, Thawil Pliensri pada 2011 untuk membolehkan seorang saudaranya menjawat jawatan tersebut. "Justeru, status beliau sebagai Perdana Menteri telah ditamatkan. Yingluck tidak boleh mengekalkan kedudukan sebagai Perdana Menteri sementara," kata ketua hakim, Charoon Intachan ketika membaca keputusan mahkamah yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan. Sebanyak sembilan menteri Kabinet yang menyokong keputusan penukaran Thawil tersebut iaitu Chalerm Yubamrung, Kittiratt Na-Ranong, Santi Prompat, Anudith Nakornthap, Siriwat Kachornprasart, Pracha Promnok, Yutthasak Sasriprapa dan Plodprasop Suraswadi juga diarahkan berundur. Thailand mengalami krisis politik paling buruk ekoran negara ini tidak lagi mempunyai seorang Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen yang dibubarkan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum pada Februari lalu, namun keputusan pilihan raya itu telah dibatalkan. Keputusan mahkamah itu memburukkan lagi krisis politik di Thailand dengan penunjuk perasaan antikerajaan masih melakukan demonstrasi jalanan di Bangkok dan penyokong Yingluck, kumpulan Baju Merah, pula berikrar untuk mempertahankannya, sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya pertempuran berdarah. - AP/Reuters/AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan