Utusan Online - Luar Negara |
400 pelancong Britain pulang ekoran letupan di Kenya Posted: 17 May 2014 01:11 PM PDT MOMBASA, Kenya 18 Mei - Seramai 400 pelancong Britain yang bercuti di Kenya bertindak pulang ke kampung halaman mereka di Britain selepas 10 orang terkorban apabila dua letupan bom meletus di pusat bandar Nairobi. Kebanyakan pelancong itu terbang pulang ke negara asal dari bandar Mombasa di Afrika Timur, kata pengendali pelancong Thomson & First Choice. Selain itu, seramai 70 mangsa lagi dipercayai cedera. Kedua-dua letupan itu berlaku di kawasan pasar Gikombna Market berdekatan daerah Eastleigh yang dihuni oleh kaum Somalia Nairobi. Salah satu letupan itu berlaku di sebuah bas pelancong 14 tempat duduk. - Agensi |
Pakar serangga guna pijat buat tatu Posted: 17 May 2014 01:10 PM PDT NEW YORK 18 Mei - Seorang pakar serangga mengejutkan penduduk di New York apabila dia mampu membuat tatu sendiri yang berbentuk arnab kecil dengan hanya menggunakan 1,000 pijat. Johnny Fedora, membuat eksperimen itu semata-mata kerana mahu melihat kesan gigitan serangga berkenaan terhadap kulitnya. Dengan menggunakan penutup botol kecil yang diisi pijat dengan kertas yang diukir stensil berbentuk arnab sebelum membalikkan serta menekap permukaan botol ke lengannya. Akibatnya, pijat berkenaan menggigitnya dan meninggalkan tatu berbentuk arnab yang kekal di lengannya sehingga dua minggu. Bagaimanapun, eksperimen itu turut mengakibatkan kulitnya melepuh dan bernanah hasil kesan gigitan berkenaan sepanjang tempoh tersebut. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan