Rabu, 30 April 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rashid cadangkan Soon Huat, BAM tentukan

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ramai yang mencadangkan Misbun Ramdan Misbun disenaraikan sebagai pemain perseorangan keempat ke Piala Thomas, termasuk pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei namun jurulatih perseorangan, Rashid Sidek menegaskan keputusan muktamad hanya akan ditentukan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut Rashid, sekarang ini Goh Soon Huat telah membuktikan kehebatannya dan mencatat kemenangan ke atas Misbun Ramdan dalam ujian pemilihan ke kejohanan tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 18 hingga 25 Mei ini.

Jika dia (Soon Huat) tidak dapat masuk (pasukan Piala Thomas) tidak guna kita adakan ujian pemilihan. Apa tujuan pemilihan...sudah tentu untuk pilih pemain terbaik berada dalam pasukan negara," katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Kelmarin, Chong Wei menyatakan dia lebih gemar Misbun Ramdan disenaraikan sebagai pemain keempat walaupun anak kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek tewas 21-19, 21-15 dalam perlawanan ujian yang diadakan di Stadium Juara kelmarin.

Ujar Rashid, Soon Huat telah menang dan dia akan mencadangkan nama pemain berusia 24 tahun itu kepada pihak pengurusan BAM untuk melengkapkan senarai empat pemain perseorangan ke Piala Thomas selepas Chong Wei, Chong Wei Feng dan Liew Daren.

Saya rasa tidak adil kepada Soon Huat jika kita tidak mencadangkan namanya, dia telah mencuba sedaya upaya, membuat persiapan bersungguh-sungguh.

Jadi kita kena fikirkan dari sudut itu, namun keputusan muktamad akan dibuat oleh pihak pengurusan dalam Mesyuarat Majlis Sabtu ini. Selepas itu kita akan tahu senarai nama yang akan ke Piala Thomas," kata Rashid yang pernah membantu negara menjulang trofi tersebut pada 1992 di Stadium Negara.

Malaysia optimis tewaskan New Zealand

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

Pemain-pemain skuad negara menjalani latihan ringan dengan bermain bola di hotel penginapan mereka di Kuantan semalam sebagai persediaan menentang New Zealand dalam perlawanan suku akhir kejohanan hoki Cabaran Juara-juara 1 hari ini. - BERNAMA

KUANTAN - Walaupun berada dalam status underdog, skuad hoki kebangsaan optimis mampu melangkah ke peringkat seterusnya walaupun akan bertemu pasukan New Zealand pada perlawanan suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini hari ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, namun apa yang penting pada peringkat kalah mati ini adalah semangat pemain berada di tahap yang terbaik.

Saya menghormati New Zealand kerana pasukan itu berada pada kedudukan tertinggi dalam kejohanan ini namun kita juga akan buat yang terbaik untuk mengalahkan mereka.

Para pemain perlu percaya kepada diri masing-masing. Mungkin ada hikmah kita berjumpa dengan New Zealand walaupun sebelum ini kita mengelak untuk bertemu pasukan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengenai perlawanan yang akan diadakan pada pukul 2.45 petang itu, beliau berkata, ini merupakan satu kelebihan kepada pasukan Malaysia kerana sudah biasa dengan cuaca panas.

Berbanding New Zealand, negara mereka bercuaca sejuk, justeru itu akan memberi kelebihan kepada kita untuk menang," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Azlan Misron berkata, semangat para pemain kini berada di peringkat terbaik dan berharap mereka fokus untuk memperoleh kemenangan.

Yang paling penting adalah semangat berpasukan kami tidak luntur, malah bertemu dengan New Zealand menguatkan lagi semangat untuk menang.

Saya harapkan semua pemain dapat fokus dan buat apa yang jurulatih telah rancangkan supaya kita meraih kejayaan esok. Kalau kita kurangkan kesilapan mungkin kita akan menang," katanya.

Pasukan negara tewas 2-3 kepada Perancis dalam perlawanan pertama Sabtu lalu sebelum tewas lagi 1-3 menentang Korea Selatan pada Ahad.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved