Rabu, 30 April 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


50 cedera dalam kejadian letupan di China

Posted: 30 Apr 2014 10:47 AM PDT

BEIJING 1 Mei - Sekurang-kurangnya 50 orang cedera selepas berlaku kejadian letupan di stesen kereta api Urumqi semalam, kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia).

Seorang pegawai berkata, kebanyakkan mereka yang cedera berada berhampiran beberapa buah bagasi yang ditinggalkan di antara pintu keluar stesen dan stesen bas.

Anggota polis yang dikerahkan ke tempat kejadian bertindak mengosong dan mengepung stesen kereta api berkenaan. Kejadian tersebut turut menyebabkan beberapa perjalanan kereta api yang di jadual turut ditunda. - DPA

10 kanak-kanak antara korban serangan udara tentera Syria

Posted: 30 Apr 2014 10:45 AM PDT

ALEPPO 1 Mei - Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dengan 10 daripadanya adalah kanak-kanak, selepas tentera rejim Bashar al-Assad melancarkan serangan udara di kawasan penempatan penentang kerajaan di daerah Ansari, utara Aleppo. semalam.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, seorang guru terbunuh dalam kejadian itu, dengan kebanyakan kanak-kanak yang terbunuh berusia dalam lingkungan umur 12 ke 13 tahun.

Kawasan tersebut sering menjadi sasaran tentera kerajaan untuk melakukan serangan udara dengan mengugurkan tong yang dipenuhi bahan peledak sejak Disember tahun lalu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved