Utusan Online - Sukan |
Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT Oleh AIZAWATI AHMAD Khairy Jamaluddin menurunkan tandatangan ke atas plak sebagai gimik pelancaran kejohanan badminton Malaysia Purple League dan perasmian gelanggang badminton Datuk Lee Chong Wei (tengah) sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria di Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR - Jika kompleks renang untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis gagal disiapkan mengikut jadual, acara akuatik berkemungkinan dipindahkan ke Pusat Akuatik Negeri Kedah. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kementeriannya telah pun menyediakan pelan alternatif dengan menaik taraf pusat akuatik tersebut yang melibatkan kos sebanyak RM300,000 sebagai venue gantian sekiranya kompleks renang di Kangar masih gagal disiapkan. Kami dah baik pulih pusat akuatik di Kedah, sebenarnya saya tak nak sebut nanti orang Perlis marah, tetapi kami telah belanjakan sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf kolam renang di Kedah. Saya dah melawat Perlis, ada kemungkinan kolam renang tak siap, jadi saya pergi naik taraf kolam renang di Kedah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League di sini, semalam. Berdasarkan laporan media, kompleks renang yang merupakan sebahagian daripada kemudahan terdapat di dalam Kompleks Sukan Negeri di Kangar kini hanya 70 peratus siap walaupun mengikut jadual asal sepatutnya disiapkan sebelum 31 Mei. Menurut Khairy, beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perlis, Azlan Man baru-baru ini dan diberi jaminan bahawa kompleks renang tersebut akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Beliau telah bagi jaminan semua venue akan siap seperti yang diharapkan jadi saya anggap itu sebagai jaminan daripada Menteri Besar. Masalah venue yang tak siap ini bukan sahaja membabitkan kompleks renang, tetapi turut melibatkan pembinaan gelanggang badminton," ujarnya. Bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya tetap yakin Kerajaan Negeri Perlis mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan berharap kedua-dua venue itu dapat digunakan oleh peserta Sukma yang berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun ini. |
Fritz Schmid pengarah teknikal baharu FAM Posted: 29 Apr 2014 11:51 AM PDT PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik bekas pembantu jurulatih Austria, Fritz Markus Schmid sebagai pengarah teknikal baharu untuk tempoh tiga tahun. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, Schmid akan tiba di Malaysia Jumaat ini bagi memulakan tugasnya. Selaku pengarah teknikal, dia bertanggungjawab memantau persembahan kesemua jurulatih termasuk jurulatih kebangsaan, Harimau Muda A, B dan C selain akan melihat prestasi para pemain serta pembangunan bola sepak remaja. "Dia juga akan turut terlibat dalam memberikan pandangan dalam pemilihan jurulatih kebangsaan," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM di sini semalam. Schmid, 54, dari Switzerland pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih Tottenham Hotspur, FC Basel 1893 dan FC Aarau selain pernah menjadi pengurus untuk beberapa pasukan termasuk SC Kriens, Team Aargau U21, Grasshopper Club Zurich II dan Racing Club Zurich. Hamidin turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai pengurus skuad ASEAN All-Star untuk aksi perlawanan amal menentang pasukan Indonesia di Stadium Bung Karno pada 11 Mei ini. Bersama Hamidin adalah lima wakil negara yang berada dalam skuad ASEAN All-Star iaitu Mahali Jasuli, Mohd. Amri Yahyah, Safee Sali, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd. Radzak. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) kini dalam fasa terakhir untuk melaksanakan kejohanan Liga Super ASEAN (ASL). Saya difahamkan AFF dalam fasa terakhir untuk memberikan tawaran rasmi kepada semua pasukan dalam ASEAN dan mereka juga sedang menunggu persetujuan daripada FIFA," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan