Utusan Online - Luar Negara |
Gudang FedEx diserang lelaki tidak dikenali Posted: 29 Apr 2014 10:52 AM PDT ATLANTA 30 April - Seramai enam orang dilaporkan cedera, selepas seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan di gudang FedEx, Georgia pagi semalam. Menurut stesen televisyen CBS4 Atlanta, pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan ( 6 petang waktu Malaysia), sebelum mereka menemui mayat suspek yang dipercayai menembak dirinya sendiri. "Mangsa yang tercedera sudah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan dan menurut doktor tiga daripada mereka cedera parah,"kata seorang pegawai polis, Mike Bowman. - AFP |
Posted: 29 Apr 2014 10:05 AM PDT TRIPOLI 30 April - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan Parlimen Libya semalam serta melepaskan tembakan bagi memaksa ahli-ahli Parlimen membuang undi untuk memilih Perdana Menteri baharu. Jurucakap Parlimen, Omar Hmeidan berkata, beberapa orang mengalami kecederaan dalam kejadian itu, selepas kumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan calon yang tewas dalam pemilihan jawatan Perdana Menteri negara berkenaan melepaskan tembakan. Menurut saksi, ahli-ahli Parlimen berlari meninggalkan bangunan tersebut, sejurus sahaja kejadian itu berlaku. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan