Utusan Online - Jenayah |
Kastam gagalkan penyeludupan dadah RM20.3 juta Posted: 29 Apr 2014 09:59 PM PDT SEPANG 30 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan tiga cubaan penyeludupan dadah terbesar jenis methamphetamine seberat 107.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM20.3 juta. Pengarahnya, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, kejayaan ketiga-tiga kes itu adalah berdasarkan maklumat risikan dan pemantauan terhadap barangan kargo yang tiba di gudang MAS Kargo KLIA dari Lagos, Nigeria. ``Kkesemua dadah itu disorokkan dalam bungkusan makanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,'' katanya dalam sidang akhbar di pejabat JKDM KLIA di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
SPRM tahan pemilik bot karam di Belaga Posted: 29 Apr 2014 07:36 PM PDT KUCHING 30 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat bot ekspres penumpang yang karam menyebabkan tiga mati di Sungai Rajang, Belaga, Sibu pada 28 Mei tahun lalu kerana disyaki menjalankan aktiviti penyelewangan diesel bersubsidi. Pengarah SPRM negeri, Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, lelaki berusia 44 tahun itu mempunyai enam bot untuk membawa penumpang tetapi hanya dua digunakan bagi membolehkan diesel subsidi diperoleh dijual kepada syarikat industri termasuk kem pembalakan di sekitar Sibu, Kapit dan Belaga. "Disebabkan mahu mengaut keuntungan, syarikat bot ekspres milik lelaki terbabit hanya beroperasi menggunakan dua bot dan sanggup membawa penumpang melebihi muatan mengakibatkan berlaku tragedi pada tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar di pejabat SPRM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan