Utusan Online - Sukan |
Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT Oleh ZAZALI JAMIAN TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) bersama sebahagian daripada penaja Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR KUALA LUMPUR - Jika diperlukan maka saya akan bantu." Itu kata Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan 25 Mei ini. Tengku Abdullah merupakan calon paling popular dalam kalangan tiga pencalonan yang diterima oleh badan bola sepak kebangsaan itu untuk merebut kerusi panas No. 1 FAM. Selain beliau, ayahandanya yang juga penyandang jawatan, Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ismail turut dicalonkan. Tetapi kalau tak perlukan saya..(untuk jadi Presiden), saya tetap akan bantu juga (sebagai Timbalan Presiden)," katanya lagi. Kenyataan Tengku Abdullah itu seakan memberi bayangan awal bahawa beliau bersedia untuk bertanding andai mendapat sokongan untuk memegang jawatan kerusi panas Presiden dan dalam masa sama, beliau turut senada dengan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang mahu semua pihak bersabar sehingga pengumuman calon bertanding dilakukan pada Sabtu ini. Ini soalan cepu emas, saya susah sikit nak jawab dan kita lihat sahaja keputusan pada hari tersebut (Sabtu ini) nanti. Yang boleh jawab soalan itu hanya ahli gabungan kerana ia melibatkan beberapa personaliti lain, Sultan (Sultan Ahmad Shah), Tunku Mahkota (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail) dan masanya akan tiba serta nama-nama akan diumumkan juga," katanya lagi dalam sidang akhbar tajaan kejohanan hoki Cabaran Juara-juara 1, di sini, semalam. Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mencalonkan Tengku Abdullah sebagai Presiden. Sultan Ahmad Shah pula belum menyatakan pendirian sama ada akan mempertahankan jawatan bagi penggal 2014-2018. Difahamkan Tengku Abdullah menerima 12 pencalonan untuk jawatan Presiden dan salah satu ahli gabungan yang mencalonkan beliau ialah PBNP malah mereka antara yang terakhir menghantar borang pencalonan. Pada sidang akhbar di Istana Pahang, Khamis lalu, Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak bersabar dan tunggu sehingga 19 April ini iaitu pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif terakhir bagi menyatakan jawapan sama ada bertanding atau sebaliknya. Sultan Ahmad Shah dilaporkan menerima lima pencalonan, sementara Tunku Ismail yang dikhabarkan akan menarik diri meraih tiga pencalonan. |
Mampukah Tok Gajah terus bertahan? Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT Matias Conti (depan) bakal menjadi sandaran Tok Gajah apabila bertandang ke Singapura untuk menentang LionsXII malam ini. KUALA LUMPUR - Perlawanan Liga Super buat kali ke-13 malam ini bakal menguji pendahulu liga, Pahang apabila mereka berkunjung ke Stadium Jalan Besar untuk menentang LionsXII yang masih lagi terluka dengan kekalahan kepada Sime Darby Sabtu lalu di gelanggang yang sama. Stadium tersebut yang dahulunya menjadi gelanggang paling digeruni dilihat mudah dikuasai pasukan lawan seperti Sime Darby, Kelantan dan juga Pahang sendiri yang pernah mencatat kemenangan di pusingan kedua Piala FA Februari lalu. Bagaimanapun, timbul persoalan sekarang ini mampukah Tok Gajah mengulangi pencapaian cemerlang itu hari ini bagi mengukuhkan kedudukan mereka di takhta liga selepas beraksi tujuh perlawanan tanpa kalah sejak mereka membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 8 Mac lalu di Stadium Darul Makmur. Pasukan bimbingan Fandi Ahmad pula ibarat Singa Selatan yang terluka dan mereka perlu segera bangkit untuk kembali berada di kelompok teratas liga selepas cemerlang musim lalu muncul juara buat kali pertama. Matias Conti dan Fauzi Roslan sekali lagi dijangka menjadi tonggak harapan buat pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan untuk memburu gol seterusnya membawa pulang tiga mata penuh. Pahang mungkin berasa sedikit lega kerana mereka akan terus kekal di tangga teratas apabila pasukan di tangga kedua, Selangor yang dibezakan satu mata tidak beraksi pertengahan minggu ini kerana menentang Arema dalam saingan Piala AFC esok. Dua pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu yang berkongsi 20 mata di tempat ketiga dan keempat juga perlu segera mencatat kemenangan untuk terus merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga. Kelantan akan menentang Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, manakala Terengganu berkunjung ke Stadium Shah Alam bertemu PKNS. Anak buah Steve Darby perlu berhati-hati dalam pertemuan dengan Sime Darby yang masih segar dengan kemenangan ke atas LionsXII namun setakat ini mereka cemerlang dua kemenangan berturut-turut, di mana kedua-duanya ketika menentang ATM di tempat lawan dan gelanggang sendiri. Terengganu pula perlu bangkit dan melupakan kekalahan memilukan kepada Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan di atas kertas mereka tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan PKNS yang belum pernah menang sejak lima perlawanan berturut-turut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan