Jumaat, 18 April 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Feri Karam di Korea: Naib pengetua sekolah yang terselamat bunuh diri

Posted: 18 Apr 2014 11:21 AM PDT

JINDO 19 April - Naib pengetua sekolah yang terselamat daripada kejadian feri karam di perairan selatan Korea dengan beratus pelajarnya masih hilang, ditemui mati dipercayai membunuh diri.

Polis tempatan di Pulau Jindo berkata, mayat Kang Min-Kyu, 52, ditemui berdekatan gymnasium di mana ahli dan waris keluarga 268 orang yang masih belum ditemui berada sejak tragedi itu, Rabu lalu.

Punca sebenar kematiannya masih disiasat," kata seorang pegawai polis.

Agensi berita Yonhap memetik polis sebagai berkata, mangsa ditemui tergantung di sebatang pokok dipercayai membunuh diri. - AFP

Bouteflika menang pilihan raya presiden Algeria

Posted: 18 Apr 2014 11:19 AM PDT

ALGIERS 19 April - Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika, yang terpaksa berkerusi roda, menang pada pilihan raya Presiden Algeria buat penggal ke empat dengan memperoleh sebanyak 81.53 peratus undi, demikian menurut Menteri Dalam Negeri semalam.

Sementara itu, saingan utama penyandang berusia 77 tahun itu, Ali Benflis, hanya memperoleh undi sebanyak 12.18 peratus.

Pilihan raya kali ini menyaksikan 51.78 peratus daripada rakyat Algeria menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. - Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved