Jumaat, 18 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Wanita ditahan seludup dadah untuk anak di mahkamah

Posted: 18 Apr 2014 02:22 AM PDT

BALIK PULAU 18 April - Seorang wanita ditahan kerana cuba menyeludup dadah jenis heroin untuk anak lelakinya di dalam galeri awam Mahkamah Majistret di sini semalam.

Dadah seberat 9.4 gram itu dibalut di dalam gulungan tembakau dan dibungkus di dalam plastik hitam sebelum diserahkan kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhkan hukuman atas pertuduhan memiliki dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Nor Salawati Saad berkata, perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari seorang anggota polis yang mengiringi anaknya turun dari kandang tertuduh ke lokap sementara mahkamah di aras bawah pada pukul 11.15 pagi.

"Wanita itu ditahan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

habis

MH370: Hishammuddin terima kunjungan Gabenor Guangdong

Posted: 18 Apr 2014 02:15 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KUALA LUMPUR 18 April - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima kunjungan delegasi China diketuai Gabenor Wilayah Guangdong, Hu Chunhua di ibu negara petang ini.

Pertemuan yang berlangsung di Hotel Shang Ri-La adalah bagi membincangkan hubungan kedua-dua negara berikutan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Terdahulu, Chunhua bersama rombongan menghadiri Persidangan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia-China (Guangdong) yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - UTUSAN ONLINE

Kerajaan Persekutuan tidak halang hudud Kelantan

Posted: 18 Apr 2014 02:12 AM PDT

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan Persekutuan tidak akan menghalang hasrat Kerajaan Pas Kelantan membawa rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Kerajaan Persekutuan tidak menghalang mana-mana kerajaan negeri yang telah pun membuat persediaan mengangkat kedudukan undang-undang Islam.

"Di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita sedang mempertingkat dan memperkemaskan Mahkamah Syariah, kita tidak halang bagi mereka (kerajaan negeri) yang sudah bersiap sedia," kata kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Peguam Syarie Malaysia kali ketiga di Bangi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved