Utusan Online - Luar Negara |
Penculik Duta Jordan mahu seorang rakyat Libya dibebaskan. Posted: 15 Apr 2014 05:45 PM PDT TRIPOLI 16 April - Penculik Duta Jordan ke Libya menuntut kepada pembebasan seorang rakyat Libya yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Jordan. Anggota penyiasat Libya, Essam Baitelmel berkata semalam, penculik menuntut supaya Mohamed Dersi dibebaskan, sambil menambah duta yang ditahan berada dalam keadaan baik. Jelas Essam, setakat ini, pihaknya masih tidak mengetahui identiti sebenar penculik, yang membuat panggilan dengan menggunakan telefon bimbit duta berkenaan. - REUTERS |
Nigeria perketat keselamatan menjelang Forum Ekonomi Dunia bulan depan Posted: 15 Apr 2014 05:43 PM PDT ABUJA 16 April - Nigeria merancang untuk mengerahkan lebih daripada 6,000 anggota polis dan tentera pada Forum Ekonomi Dunia yang akan berlangsung di sini pada bulan depan. Ketua-ketua negara Afrika dan ahli-ahli perniagaan dijangka akan menghadiri fokum yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Mei itu. "Pelan rancangan keselamatan kami sudah dibentuk dan bakal menjadi operasi keselamatan paling besar pernah dijalankan di negara ini untuk satu sidang kemuncak antarabangsa," kata Menteri Kewangan Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala semalam. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan