Utusan Online - Johor |
Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT Beginilah keadaan iklan haram yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar Taman Delima, Johor Bahru. SEBAGAI penduduk Taman Delima, Bandar Dato' Onn, saya terpanggil untuk membuat aduan tentang iklan haram pinjaman wang tidak berdaftar yang semakin banyak dipasang di kawasan ini. Perbuatan yang menyalahi undang-undang itu semakin menjadi-jadi apabila tiada rungutan yang dibuat oleh penduduk Taman Delima kepada pihak berkuasa. Boleh dikatakan hampir di setiap lorong di dalam kawasan ini dipasangkan iklan haram tersebut. Malah ada juga iklan yang dipasang tidak jauh dari surau di taman ini. Saya tidak kisah sekiranya iklan yang ditampal bertujuan menwar-warkan perkhidmatan yang membawa kebaikan seperti iklan sewa lori atau menyediakan kelas tuisyen. Apa yang saya risaukan bahawa iklan ini mampu menyebabkan penduduk setempat terjebak dalam membuat pinjaman wang secara haram yang akhirnya akan menjerat diri mereka. Saya tidak mahu ada dalam kalangan penduduk di Taman Delima menjadi mangsa peminjam wang tidak berlesen seperti yang biasa disiarkan di dada akhbar. Saya mohon pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan menurunkan iklan haram itu dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan ini. Jika tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa, pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan semakin berani meletakkan lebih banyak iklan haram seperti itu di sekitar kawasan taman perumahan ini. Haji Ismail Johor Bahru |
Papan tanda di Taman Daya perlu diperbaiki segera Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT Beginilah keadaan papan tanda berlubang di jalan utama Taman Daya, Johor Bahru yang menyukarkan orang ramai terutama mereka yang pertama kali berkunjung ke kawasan tersebut. PAPAN tanda berlubang di jalan utama Taman Daya, Johor Bahru bukan isu baharu untuk dihebahkan sebaliknya cerita lama yang nampaknya tiada kesudahan. Bagi pengguna setia laluan tersebut, pastinya perkara ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka kerana sudah mengetahui selok-belok jalan yang menghubungkan laluan berkenaan. Kita seharusnya memikirkan tentang pengguna jalan raya lain yang belum pernah melalui kawasan itu dan masih terkial-kial mencari hala tuju bergantung dengan papan tanda sebagai penunjuk arah sepanjang melalui jalan tersebut. Papan tanda itu bukan sahaja tidak membantu dalam memberi tunjuk arah menuju ke Sekolah Kebangsaan Taman Daya malah mencacatkan pemandangan di kawasan itu. Mungkin kecacatan ini nampak kecil bagi pihak berwajib, tetapi perlu diperbaiki semula untuk memudahkan pengguna jalan raya memilih laluan yang tepat untuk menuju ke destinasi. Isu ini pernah dipaparkan oleh media arus perdana beberapa bulan lalu namun belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkaitan. Tidak perlulah pihak berkuasa menunggu sehingga papan tanda itu lusuh dan berkarat barulah hendak ditukar dengan yang baharu. Saya berharap perkara ini tidak dipandang remeh dan kerja membaik pulih dapat dilakukan dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih. Cikgu Ayu |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan