Utusan Online - Sukan |
Copa del Rey: Benzema bantu Real benam Espanyol 1-0 Posted: 21 Jan 2014 11:04 PM PST BARCELONA 22 Jan. - Jaringan Karim Benzema pada separuh masa pertama membantu Real Madrid meraih kemenangan 1-0 ke atas Espanyol dalam perlawanan suku akhir pertama Copa del Rey, awal pagi tadi. Pada perlawanan tersebut, Real dilihat lebih banyak menguasai babak pertama dengan penyerang, Cristiano Ronaldo cuba mendapatkan jaringan sebelum tandukan Benzema menghasilkan gol tunggal minit ke-25. Perlawanan suku akhir kedua dijadual berlangsung pada minggu depan. - AP |
Terengganu sasar julang Piala FA Posted: 21 Jan 2014 11:03 PM PST KUALA TERENGGANU 22 Jan. - Selepas berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA musim lepas, Terengganu meletakkan sasaran untuk merangkul piala itu musim ini. "Tahun ini kami nak lebih daripada separuh akhir dalam usaha bawa balik piala seperti disasarkan oleh pihak pengurusan," kata pengendali pasukan Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim. Terengganu mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas wakil Pahang, Shahzan Muda dalam perlawanan kalah mati di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Terengganu dijadual bertemu Selangor PKNS pada saingan seterusnya selepas pasukan PKNS membenam cabaran Johor Darul Tazim II dengan keputusan 3-2 di Stadium Lumut, Perak. Abdul Rahman berkata, beliau masih kurang berpuas hati dengan anak didiknya kerana sepatutnya Terengganu mampu mencatat kemenangan lebih besar malam tadi sekiranya pemain lebih fokus. "Fokus pemain kami malam tadi tidak begitu tajam menyebabkan banyak peluang yang diperoleh terbuang begitu sahaja," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan