Utusan Online - Hiburan |
Kassim Masdor meninggal dunia akibat asma Posted: 21 Jan 2014 08:43 AM PST KUALA LUMPUR 21 Jan. - Komposer veteran yang berkecimpung dalam industri muzik Singapura dan filem Melayu era Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Kassim Masdor meninggal dunia di Hospital Singapura akibat sakit asma malam ini. Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 9.25 malam ini dan berita pemergian artis veteran itu disahkan rakan baiknya, Datuk Ahmad Nawab. Menurut Ahmad, 81, Allahyarham Kassim dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu akibat menghidap asma. Sepatutnya Allahyarham datang ke Malaysia pada 10 Januari lalu untuk menonton konsert Salamiah Hassan, namun dia tiba-tiba sakit sehingga perlu dimasukkan ke hospital. Hari ini, hati saya terdetik untuk menghubunginya untuk mengetahui keadaan kesihatannya tetapi tidak berjawab. Mujurlah saya ada seorang rakan di Singapura dan kira-kira pukul 10.15 malam ini dia menghubungi saya sambil menangis memberitahu Kassim sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Blok 512 Choa Chu Kang St. 15 #04-258, Yew Tee North 5 dan akan dikebumikan sebelum solat Zuhur, esok. - UTUSAN ONLINE |
'Gerak Khas' musim baharu tarik 1.5 juta penonton Posted: 21 Jan 2014 04:03 AM PST KUALA LUMPUR 21 Jan. - Drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas' musim baharu yang akan mula ditayangkan bulan depan dijangka mampu menarik 1.5 juta penonton. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, dengan idea dan jalan cerita yang menarik serta barisan pelakon berbakat, drama itu dijangka dapat mengatasi kadar tontonan yang dicatat sejak siri itu mula diperkenalkan pada 1999. "Sebelum ini, drama ini berjaya mengekalkan kadar tontonan tertinggi melebihi 1.2 juta penonton untuk tempoh 12 tahun sejak ia mula disiarkan di RTM pada 4 Mei 1999," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Gerak Khas musim baharu itu di Ibu pejabat polis Bukit Aman di sini hari ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan majlis pelancaran drama bersiri itu yang turut disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam. Drama 'Gerak Khas' musim baharu terbitan Skop Production itu akan mula ditayangkan pada 14 Februari setiap Jumaat, pukul 9 malam di TV2, RTM. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan