Utusan Online - Feminin |
Posted: 19 Jan 2014 06:27 AM PST Kasut tumit tinggi serlah gaya pemakai. SIAPAKAH yang paling popular dan sentiasa kelihatan melangkah ke majlis karpet merah bertaraf antarabangsa dengan memakai jenama kasut ini? Selebriti tempatan hingga antarabangsa seperti Teri Hatcher, Jennifer Lopez dan Jodie Foster, Penelope Cruz, Zhang Ziyi, antara selebriti yang gemar menyarung kasut ini. Siapa lagi kalau bukan jenama Jimmy Choo yang menjadi kegilaan ramai penggemar kasut. Jenama ini menghasilkan rekaan kasut yang chic, elegan, atau yang sofistikated tanpa mengorbankan kualiti dan keselesaan. Jimmy Choo menyajikan aneka koleksi daripada kasut tumit tinggi, platform sehingga ke kasut but dengan warna dan perincian yang kelihatan mewah. Begitu juga ada karakter tersendiri dan acuan trend tertentu yang dibanggakan oleh pereka seperti yang tergambar dalam koleksi tersebut. Contohnya, kasut atau beg tangan bukan sekadar aksesori tetapi berperanan sebagai daya penarik dan syarat mutlak dalam setiap penampilan. Apa yang pasti koleksi tersebut mempertontonkan keindahan kaki wanita. |
Koleksi seimbang maskulin, feminin Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST KOLEKSI ini disempurnakan dengan beg tangan tote dan kasut yang menarik. MENCARI keseimbangan antara maskulin dan feminin bukanlah sesuatu yang mudah. Elemen ini dapat dilihat dalam koleksi musim bunga Charles & Keith 2014 yang menggabungkan elemen lelaki dan wanita kontemporari dalam potongan serta coraknya. Keberanian ini diserlahkan lagi dalam koleksi ini yang disempurnakan dalam pakaian yang ringkas, namun mempunyai unsur dramatik. Ia disesuaikan dengan pelbagai unsur alam lain menggunakan warna-warna cerah dan warna tanah. Koleksi ini juga disempurnakan dengan beg tangan tote dan kasut yang menarik. Lambang kesempurnaan Charles & Keith diterjemahkan koleksi kasut Charles & Keith yang kebanyakkannya menggunakan warna hitam dan putih ditambah dengan warna perak berkilat. Bagi menyerlahkan elemen kewanitaan, renda ditambah dan kilauan perak menjadikan kasut anda satu gaya yang tidak boleh dilupakan. Boleh dikatakan koleksi kali ini sungguh semula jadi dengan stail yang dikatakan ringkas, namun dapat memberi sepenuh keyakinan kepada si pemakai. Bukan sekadar itu, Charles & Keith turut menzahirkan beberapa aksesori pelbagai fungsi dalam warna yang berbeza seperti merah jambu, fuchsia, biru dan merah. Ia umpama tarikan kepada si peminat koleksi ini yang nyata boleh digayakan oleh mereka yang mempunyai jiwa yang bebas dan sukakan sesuatu yang ringkas. Untuk mendapatkan koleksi terbaru ini, bolehlah berkunjung ke butik Charles & Keith yang terdapat di seluruh Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan