Utusan Online - Luar Negara |
Mursi berhadapan pertuduhan terbaharu Posted: 21 Jan 2014 10:21 AM PST KAHERAH 22 Jan. - Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi bersama 35 yang lain akan dibicarakan pada 16 Februari depan atas kesalahan mengadakan kerjasama dengan pergerakan Hamas untuk mengintip, pertuduhan terbaharu yang dikenakan keatasnya selepas sebelum ini didapati bersalah kerana menghina badan kehakiman negara. Menurut sumber, Mursi termasuk beberapa orang bekas pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin dituduh melakukan kerjasama dengan Hamas dan pergerakan Islam melancarkan kempen `keganasan di dalam Mesir. Agensi berita MENA melaporkan, mereka dituduh melakukan pengintipan bersama pergerakan Hamas dan sayap tentera untuk menentang kerajaan, Perlembagaan dan cuba menghasut para pekerja bagi menimbulkan huru-hara. - AFP |
Susilo berjanji bantu mangsa dera di Hong Kong Posted: 21 Jan 2014 10:20 AM PST JAKARTA 22 Jan. - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melahirkan rasa bimbang dan marah terhadap penderaan yang dilakukan ke atas pembantu rumah Indonesia oleh majikan di Hong Kong baru-baru ini. Dalam satu perbualan telefon bersama mangsa penderaan tersebut iaitu Erwiana Sulistyaningsih dan bapanya Rohmad Saputra, Susilo berjanji akan membantu mereka menghadapi masalah ini. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan