Utusan Online - Mahkamah |
Mohon ketepi perintah cerai mahkamah Posted: 01 Jan 2014 11:04 AM PST Dari kanan; Tunku Muna Sultan Iskandar, Tunku Noraini Sultan Iskandar dan Tunku Masera Sultan Iskandar berbincang dengan peguamnya, Kamar Ainiah Kamaruzaman (dua dari kiri) serta Afshah Arifin (kiri) mengenai permohonan mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikan Tunku Zanariah di Mahkamah Syariah, Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU 1 Jan. - Bekas Sultanah Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikannya. Permohonan yang difailkan melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi dan menamakan Sultan Iskandar sebagai responden itu difailkan pada pukul 10 pagi di Pejabat Pendaftar mahkamah berkenaan. Peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Tunku Zanariah ketika ditemui berkata, permohonan tersebut adalah untuk mengetepikan dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman bernombor 01001-054- 2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor telah menceraikan Tunku Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan pada minggu berikutnya adalah tidak sah. Jelasnya, permohonan tersebut dibuat dengan alasan bahawa penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 dalam kes saman berkenaan adalah menyalahi hukum syarak dan undang-undang serta menyalahi tatacara Mahkamah Syariah. "Perintah tersebut telah menamakan Almarhum sebagai plaintif walaupun semasa hayat baginda, Sultan Iskandar tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan dakwaan cerai tersebut. Almarhum dan Tunku Zanariah telah hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dengan aman sehingga kemangkatan baginda pada 22 Januari 2010," katanya. "Walaupun Tunku Zanariah dinamakan sebagai defendan dalam kes saman tersebut, Tunku Zanariah tidak pernah dimaklumkan atau menerima apa jua kertas klausa kes tersebut dan hanya mengetahui penghakiman mahkamah serta dakwaan cerai tersebut pada 22 Ogos lepas menerusi surat yang dihantar Mufti Johor," katanya. Dakwa Kamar Ainiah, daripada surat mufti tersebut, adalah jelas bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menyalah guna kuasa apabila membuat fatwa pada 6 Ogos 2010 iaitu lapan bulan selepas kemangkatan Almarhum bahawa Almarhum dan Tunku Zanariah telah sah bercerai talak tiga pada 23 Januari 2009 dan rujuk Almarhum adalah tidak sah. Beliau berkata, berikutan itu Menteri Besar Johor ketika itu telah mengutuskan surat pada 9 Disember 2010 kepada Tunku Zanariah bahawa gelaran 'Yang Maha Mulia Sultanah' dibatalkan dan Tunku Zanariah langsung tidak mengetahui mengenai keputusan Menteri Besar tersebut sehingga dimaklumkan menerusi surat mufti lebih tiga tahun berikutnya. Mahkamah, katanya, menetapkan 20 Januari ini untuk sebutan permohonan bantahan itu. |
Tunku Zanariah mahu ketepi perintah cerai mahkamah Posted: 01 Jan 2014 12:11 AM PST JOHOR BAHRU 1 Jan. - Bekas Sultanah Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini untuk mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikannya. Permohonan yang difailkan melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi dan menamakan Sultan Iskandar sebagai responden itu difailkan pada pukul 10 pagi di Pejabat Pendaftar mahkamah berkenaan. Kamar Ainiah ketika ditemui berkata, permohonan tersebut adalah untuk mengetepikan dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman bernombor 01001-054-2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor telah menceraikan Tunku Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan pada minggu berikutnya adalah tidak sah. Katanya, permohonan tersebut dibuat dengan alasan bahawa penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 dalam kes saman berkenaan adalah menyalahi hukum syarak dan undang-undang serta menyalahi tatacara Mahkamah Syariah. "Perintah tersebut telah menamakan Almarhum sebagai plaintif walaupun semasa hayat baginda, Sultan Iskandar tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan dakwaan cerai tersebut. Almarhum dan Tunku Zanariah telah hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dengan aman sehingga kemangkatan baginda pada 22 Januari 2010," katanya. "Walaupun Tunku Zanariah dinamakan sebagai defendan di dalam kes saman tersebut, Tunku Zanariah tidak pernah dimaklumkan atau menerima apa jua kertas klausa kes tersebut dan hanya mengetahui penghakiman mahkamah serta dakwaan cerai tersebut pada 22 Ogos lepas menerusi surat yang dihantar Mufti Johor," katanya. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan