Utusan Online - Luar Negara |
15,000 tentera asing bakal ditempatkan di Afghanistan Posted: 21 Nov 2013 10:34 AM PST KABUL 22 Nov. - Presiden Afghanistan Hamid Karzai memberikan sokongan kepada pakatan keselamatan bersama Amerika Syarikat (AS), yang bakal menyaksikan kira-kira 15,000 tentera asing akan berada di negara tersebut. Bagaimanapun, Hamid menjelaskan perkara itu hanya akan dimuktamadkan selepas berlangsungnya pilihan raya tahun depan. Sebelum ini, Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata, kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk mengadakan satu pakatan keselamatan bersama selepas berbulan-bulan mengadakan perbincangan. - AFP |
Pengebom berani mati bunuh 30 orang di Iraq Posted: 21 Nov 2013 10:33 AM PST BAQUBA, Iraq 22 Nov. - Sebuah kereta yang membawa bahan peledak meletup di sebuah pasar makanan di utara Baghdad semalam, mengakibatkan 30 orang terkorban. Kejadian itu berlaku sehari selepas peristiwa keganasan di seluruh negara termasuk serangan pengebom berani mati di ibu negara yang membunuh 59 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain. Serangan terbaharu itu berlaku pada pukul 0900 GMT (5 petang waktu Malaysia) berhampiran sebuah kedai minuman di pasar makanan di bandar Saadiyah, wilayah bergolak Diyala yang didiami oleh penduduk etnik campuran. Menurut polis dan doktor, sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan 40 lagi mengalami kecederaan dalam letupan itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan