Utusan Online - Keluarga |
Tanda ingatan buat seorang teman Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST SETIAP orang mempunyai alasan tersendiri untuk membina blog. Begitu juga dengan Mahadir Mohamed Arifin, 29, yang membina laman web Maha Mahu .Com semenjak 2010. Menurut anak kelahiran Temerloh, Pahang itu, laman web tersebut dibina sebagai tanda ingatan buat seorang teman sebilik ketika menuntut di Universiti Kuala Lumpur yang telah pulang ke pangkuan Ilahi. Biarpun saban hari temannya itu sering bercerita mengenai blog yang dibina, katanya, dia selalu membuat endah tidak endah sahaja. Setelah mengetahui temannya itu menghidap penyakit barah, akui Mahadir, barulah dia mula menunjukkan minat terhadap dunia blog. Dengan tunjuk ajar daripada temannya itu, maka wujudlah laman web, www.mahamahu.com yang kini telah mempunyai lebih daripada 3,000 pengikut. - LYNN/WAHIDIN SALIM |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan