Utusan Online - Sukan |
Mendiang Chua Boon Huat terima pingat Posted: 23 Oct 2013 10:20 PM PDT MELAKA 24 Okt. - Bekas penyerang hoki kebangsaan, mendiang Chua Boon Huat dianugerahkan Pingat Bintang Cemerlang Melaka (BCM) pada Istiadat Penganugerahan Darjat, Bintang dan Pingat Kebesaran Sesi Ketiga sempena Hari Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang ke-75 di Seri Negeri di sini hari ini. Mendiang diwakili abang sulungnya, Alif Chua Abdullah menerima pingat tersebut daripada Yang Dipertua Negeri. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 23 Oct 2013 11:22 AM PDT Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN KUALA LUMPUR - Melihat keputusan separuh akhir pertama mungkin sudah cukup menunjukkan yang Kelantan dan Pahang menjadi pilihan ke pentas akhir Piala Malaysia edisi ke-87. Itu pilihan yang dibuat oleh jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria yang mengakui, Kelantan serta Pahang berada dalam kelas tersendiri berbanding dua lawan mereka yang akan ditemui sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sarawak. Bertambah menarik, pasukan Ismail yang pernah bertemu Pahang dan Sarawak pada suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia, secara jujur berasakan peluang skuad Tok Gajah untuk layak lebih tinggi berdasarkan pengamatannya terhadap kekuatan serta kelemahan kedua-dua pasukan. ''Kedua-dua pasukan ini saya telah jumpa di peringkat suku akhir, Pahang semasa di Piala FA manakala Sarawak di Piala Malaysia dan mengikut pengalaman saya, Pahang ada kelebihan untuk mara kerana mereka ada pemain yang lebih baik dan taktikal lebih tersusun ''Bekalan dua gol yang dibawa saya lihat sudah cukup untuk membantu walaupun Sarawak masih mampu mencuri satu gol di tempat lawan dan daripada faktor itu, firasat saya cukup kuat mengatakan Pahang bakal melangkah ke perlawanan akhir," katanya ketika dihubungi, semalam. Lawan Pahang pula tanpa ragu-ragu diramalkan akan menjadi milik Kelantan kerana dia berpandangan skuad The Red Warriors mempunyai keseimbangan berbanding ATM di semua bahagian. ''Kelantan sudah beberapa tahun beraksi di peringkat ini dan kebanyakan pemain mereka cukup berpengalaman malahan beraksi di Kota Bharu, saya tidak fikir ATM mampu mengatasi mereka. ''Selain itu, Kelantan terlalu sukar dijinakkan di tempat sendiri dan skuad mereka tidak terlalu tua seperti mana ATM yang mungkin sedikit berdepan masalah kecergasan pada penghujung babak perlawanan," katanya. Walaupun begitu, seorang lagi jurulatih berpengalaman yang merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan enggan meletakkan sebarang pilihan sambil menyifatkan persaingan antara keempat-pasukan masih terbuka luas dan apa sahaja boleh terjadi. Tidak adil mahu mengatakan peluang buat Sarawak dan ATM sudah tertutup biarpun kalah pada separuh akhir pertama, bakal pengendali PKNS pada musim hadapan itu berasakan kedua-dua pasukan masih ada ruang untuk bangkit. ''Apabila saya menilai balik persembahan ATM dan Kelantan minggu lalu, tiada kepincangan sebenarnya antara mereka cuma peluang lebih banyak memihak kepada Kelantan. ''Cuma keputusan 2-1 itu kalau hendak diambil kira, masih terbuka kepada ATM dan suasana permainan boleh bertukar jika mereka mendapatkan gol awal di Kota Bharu. ''Begitu juga buat Sarawak yang akan beraksi di tempat sendiri, gol awal mampu menaikkan semangat mereka untuk mengatasi Pahang kerana perbezaan dua gol itu masih mampu dikejar, bukan satu perbezaan gol yang terlalu besar," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan