Khamis, 31 Oktober 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tanaman hidroculture dalam rumah

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

SEBAHAGIAN pengunjung tertarik dengan kaedah KAZZ Hidroponik di mana ia boleh menggabungkan tanaman sayuran dengan membela ikan di dalam akuarium di samping menggunakan baja di Kazz Agro Valley Sdn. Bhd. di Blok A, Kompleks Industri Bersepadu Duyung, Melaka baru-baru ini.

MELAKA 30 Okt. - Bayangkan anda boleh bercucuk tanam di dalam ruang tamu rumah sambil membela ikan.

Kaedahnya cukup mudah, pemilik boleh membela ikan air tawar menggunakan sebuah akuarium sementara tanaman tertentu jenis sayuran pula ditanam di dalam bekas khas yang diletakan di atas akuarium itu.

Bukan sahaja akuarium malah pelbagai bekas terbuang seperti bekas minuman plastik, botol dan sebagainya boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Tidak hanya sayur-sayuran boleh ditanam dengan kaedah tersebut malah pelbagai jenis tanaman pokok hiasan boleh ditanam di ruang tamu rumah bagi menghiasi ruan tamu menjadi lebih mesra alam.

Kaedah tersebut kini menjadi kegemaran suri rumah kerana tidak memerlukan tanah untuk menanam pokok hiasan atau sayur-sayuran cukup dengan botol, bekas minuman plastik, balang kaca atau akuarium.

Ia lebih dikenali sebagai revolusi dalam tanaman dengan kaedah yang dikenali sebagai tanaman hidroculture (tanaman air).

Sebuah syarikat bumiputera yang juga pembekal utama bagi produk hidroponik, Kazz Agro Valley Sdn. Bhd. di Blok A, Kompleks Industri Bersepadu Duyung bergiat aktif dalam memperkenalkan kaedah baharu tanaman hidroculture.

Kazz Agro Valley mengubah suai tanaman hidroponik dalam takungan air yang terdapat ikan untuk dibela dengan menggunakan air baja keluaran syarikat itu yang dijamin selamat kepada manusia.

Pengurusnya, Khadijah Surif berkata, cara menggunakan kaedah tanaman hidroculture lebih mudah dan senang untuk dilakukan khususnya bagi suri rumah sepenuh masa.

Menurutnya, dapatkan sebuah balang kaca yang telah diisi dengan air serta dimasukkan bancuhan baja cecair kazponic.

''Dapatkan pokok yang sedang membesar. Bersihkan akarnya daripada tanah dan dicuci. Balang itu perlu ditutup dengan cawan kecik ditebuk lubang bagi membolehkan akar masuk ke air," katanya.

Ujarnya, hanya akar pokok perlu dimasukkan ke dalam air yang sudah disebatikan dengan baja cecair kazponic serta satu atau dua ekor ikan pelaga atau sepat dilepaskan dalam balang tersebut.

Khadijah berkata, kaedah itu dianggap cukup mudah untuk diusahakan dan balang kaca tersebut boleh diletakan di setiap sudut di ruang tamu rumah.

Jelasnya, kaedah itu dianggap lebih selamat untuk tanaman hidroponik sambil membela ikan bagi mengelakkan jentik-jentik hidup di dalam air.

Menurutnya, menggunakan baja cecair kazponic yang dicipta khas itu terbukti berkesan untuk semua jenis tanaman.

''Kaedah ini selamat digunakan selain mempercepatkan hasil tanaman di samping ikan boleh hidup di dalam air bancuhan baja itu," katanya lagi.

Di samping tanaman hidroculture, syarikat Kazz Agro Valley turut menyediakan pakej tanaman hidroponik bagi tanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

Pakej set peralatan hidroponik turut disediakan bagi memudahkan orang ramai yang berminat menceburi bidang tersebut.

Pakej tersebut bernilai RM50 itu dilengkapi satu takungan (mampu bertahan lima tahun), penutup polistrin, cawan penyukat, paket benang, paket baja, lapan biji bakul media dan dua jenis benih.

Di samping itu, pakej rumah Eduponic berharga RM5,000 dan pakej Agropreneur bernilai RM3,000 ditawarkan bagi mereka yang ingin melibatkan sebagai usahawan hidroponik.

Bagi mereka yang berminat ingin mendapat maklumat lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang disediakan Kazz Agro Valley boleh menghubung Khadijah ditalian 017-6640441 atau Ahmad Yahya 017-6640460.

Orang ramai kagum tanaman menghias rumah

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

MELAKA 30 Okt. - Orang ramai menyifatkan tanaman hidroculture dalam sebarang takungan sambil membela ikan dianggap unik dan mudah untuk diusahakan.

Kaedah tersebut dilihat boleh diusahakan golongan suri rumah bagi mengisi masa lapang di samping dapat menghias rumah dengan pelbagai jenis tanaman sayuran ataupun pokok hiasan.

Bagi Muslihi Muhammad, 50, dari Jasin berkata, beliau tertarik dengan kaedah tanaman itu yang disifatkan cukup menarik dan mudah untuk diusahakan.

Menurutnya, ia boleh ditanaman menggunakan sebarang bekas minuman plastik, balang kaca atau akuarium dan boleh diletakan di ruang tamu rumah.

''Saya lihat apa sahaja jenis pokok yang berakar boleh menggunakan kaedah ini dan dalam pada itu ikan boleh dibela di dalamnya.

''Baja cecair kazponic tidak mendatangkan kemudaratan kerana saya lihat ikan boleh hidup," katanya.

Bagi Dr. Zainal Abidin, 55, dari Jawa Timur turut mengkagumi kaedah tanaman hidroculture yang tidak terdapat di daerahnya.

Menurutnya, kaedah itu cukup unik kerana boleh menanam pelbagai jenis tumbuhan tanpa perlu menggunakan tanah sebaliknya sekadar menggunakan bekas takungan atau akuarium.

''Bagi saya tanaman ini cukup mudah dan senang untuk diusahakan dan kaedah ini di Jawa Timur belum diperkenalkan lagi.

''Saya lihat kita boleh tanam apa sahaja jenis pokok tanpa menggunakan tanah sekadar dengan takungan air di samping boleh membela ikan," ujarnya.

Katanya, lebih menarik tanaman itu boleh ditempatkan di mana-mana ruang di dalam rumah sama ada di ruang tamu atau di dapor.

Penduduk cemas rumah dinaiki air

Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
utusanN9@utusan.com.my

RUMAH Azmi Din yang diselaputi lumpur selepas dilanda banjir di Kampung Ulu Senaling, kelmarin. - utusan/ MOHAMAD AIZIM BAHARON

KUALA PILAH 30 Okt. - Beberapa penduduk di Kampung Ulu Senaling dekat sini cemas selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat, sekali gus menyaksikan kejadian pertama berlaku dalam tempoh 60 tahun.

Penduduk malang, Azmi Din, 57, berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan dipercayai terjadi selepas kerja penebangan dan penanaman pokok kelapa sawit di kawasan Selaru dekat sini.

''Saya terjaga selepas tabung duit cucu terjatuh ke dalam lopak air. Apabila bangun, saya lihat rumah sudah dinaiki air pada pukul 1 pagi semalam," katanya di sini hari ini.

Kata Azmi, walaupun sebelum ini berlaku hujan lebat, tidak pernah berlaku banjir seperti ini dan hanya air bertakung di luar kawasan rumah.

''Lihatlah, banyak barangan yang rosak, rumah dipenuhi lumpur. Alhamdulillah, kami bersyukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya sambil menganggarkan kerugian hampir RM10,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kampung berkenaan, Mohd. Radzi Abd. Manap memberitahu, punca berlaku kejadian banjir lumpur disebabkan penebangan dan penanaman kelapa sawit di kawasan Selaru.

''Air lumpur dari kawasan tersebut telah memasuki Sungai Ulu Senaling dan menyebabkan beberapa rumah dinaiki air. Ini perlu diatasi segera kerana keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini," jelasnya.

Kata Mohd. Radzi lagi, bukan rumah Azmi sahaja yang terlibat dalam kejadian banjir ini, tetapi turut melibatkan sebuah lagi rumah penduduk, Zaleha Ismail.

''Hujan lebat dan air deras telah menyebabkan bilik air di rumah Zaleha dihanyutkan kerana hakisan tanah," tegasnya.

Dalam pada masa sama, sebanyak lapan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Pilah diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Adnan Awalluddin telah membantu membersihkan lumpur di rumah Azmi menggunakan kemudahan peralatan bomba.

''Kami bukan sahaja membantu individu yang terlibat dalam kemalangan tetapi menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir. Dengan bantuan ini, kami harap dapat meringankan beban mangsa banjir," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved