Utusan Online - Jenayah |
Lelaki Malaysia disyaki terlibat aktiviti MNLF Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT KUALA LUMPUR 30 Okt. - Seorang rakyat Malaysia dari Kota Kinabalu ditahan pihak berkuasa Filipina di Zamboanga City, selepas disyaki terlibat dengan aktiviti Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di selatan negara itu. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mantek memberitahu Bernama, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan pada 4 Oktober lepas dan dibawa ke Manila untuk siasatan lanjut. "Tangkapan itu ekoran daripada tindakan susulan pihak keselamatan Filipina terhadap mereka yang disyaki terlibat dalam insiden serangan oleh anggota MNLF di Zamboanga City pada 9 September lepas," katanya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit memandangkan dia masih dalam siasatan pihak berkuasa Filipina. Ekoran serangan 9 September itu, Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan Sabah kerana khuatir ia menular ke negeri itu. "Sehingga kini tiada ancaman keselamatan dikesan, namun langkah keselamatan dengan mengukuhkan sempadan perairan tetap diteruskan," katanya. Dilaporkan lebih 400 anggota MNLF menyerang Zamboanga City untuk menawan bangunan dewan bandar raya dan menaikkan bendera 'Republik Bangsamoro Merdeka'. Kira-kira 190 pejuang MNLF terbunuh selepas pertempuran lebih tiga minggu dan 292 suspek ditawan atau menyerah diri. - BERNAMA |
Video sindir isu kalimah Allah: Perkasa Perak buat laporan polis Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT IPOH 30 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak hari ini membuat laporan polis terhadap satu klip video bertajuk That Effing Show #95: Allah, Apa lagi? di laman YouTube yang memaparkan unsur sindiran terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah pada 14 Oktober lalu. Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini. Ketika ditemui selepas membuat laporan itu, Mohd. Hafez Mubin berkata, pihaknya menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab terhadap penerbitan dan penyiaran klip video tersebut yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan umat Islam. Katanya, pihaknya menyedari klip video berdurasi selama enam minit 31 saat dimuat naik di laman YouTube pada pukul 11.30 malam tadi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan