Utusan Online - Hiburan |
Fizo-Mawar nikah dua minggu lagi Posted: 27 Oct 2013 12:38 AM PDT KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kurang dua minggu dari sekarang pelakon Fizo Omar, 28, bakal bergelar suami kepada model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23. Menurut Fizo, buat masa ini keluarga kedua-dua belah pihak sedang sibuk membuat persiapan untuk hari pentingnya itu. "Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar," katanya yang akan mengadakan sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahannya di The Curve, Damansara esok. Fizo memberitahu majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya. "Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan," kata pemilik rangkaian francais Hot Burger ini. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 27 Oct 2013 05:43 AM PDT Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI ADA kalanya dia keliru dengan hari-hari yang dilalui. Dia risau apabila sesetengah pihak begitu berminat mengambil tahu kisah peribadinya terutama soal hati dan perasaan yang sepatutnya disimpan rapi untuk diri sendiri. Sedang melalui fasa percintaan bersama aktor Pekin Ibrahim, dia tahu banyak mata yang memerhati. Cuma yang membuatkan Uqasha Senrose pelik tatkala melihat orang terlalu obses ingin tahu mengenai perkembangan cintanya itu. Lebih senang bersikap jujur, Uqasha berkongsi rasa bersama Pancaindera mengenai kisah panas tentang status terkini dirinya yang dikatakan sudah putus kasih dengan buah hatinya itu. Tidak kisah berkongsi cerita tentang apa yang sedang dilalui, Uqasha mengakui kontroversi tersebut hanya salah faham antara dirinya dan Pekin. Saya masih kekasihnya. Dan tak berhajat nak pulangkan cincin tanda yang diberikan oleh Pekin," tegas Uqasha menyangah perihal gosip panas yang melanda hubungannya dengan Pekin sepanjang minggu ini apabila dikatakan curang yang mengaitkan nama Sharnaaz Ahmad sebagai orang ketiga. Namun dalam kejujuran itu, ada rasa kurang enak yang melanda dirinya. Saya selalu rasa serba salah. Bila orang bertanya tentang hal cinta, saya akan bercakap jujur apa yang kami lalui. Tapi bila terlalu banyak disogokkan dengan kisah cinta saya risau. Saya tak mahu dikatakan menjaja kisah cinta berbanding hal kerjaya," jelas Uqasha. Sedar dirinya masih baru sebagai anak seni, masih banyak yang perlu dipelajarinya. Paling tidak apa sahaja yang cerita buruk yang berlaku selama ini dijadikan sempadan dan pedoman untuk melalui hari-hari mendatang. Fokusnya kini bukan sahaja pada kisah-kisah cinta. Dia memasang niat mahu mengejar cita-cita sebagai pelakon berbakat besar yang pada akhirnya akan diangkat ke tempat tertinggi. Jika anda tanya apa yang saya mahu sudah tentu saya mahukan kejayaan dalam mengharungi hidup sebagai anak seni. Saya hanya mahu jujur pada diri," tegas gadis yang berusia 20 tahun ini. Kejujuran Sudah termaktub dalam perjanjian ketika bersetuju bernaung sebagai artis residen Metrowealth International Group (MIG) untuk tidak bercinta sesama sendiri, Uqasha sedar risiko yang diambil apabila jatuh cinta dengan Pekin yang sebumbung dengannya ketika itu. Malah pengakuan jujur tentang cintanya kepada Pekin telah menimbulkan perselisihan pendapat antara mereka dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo seperti yang dilaporkan sebelum ini. David ketika itu menempelak mereka kerana buta dalam bercinta. Rentetan daripada perang dingin antara Pekin dan David juga menyebabkan pelakon filem Bunohan itu mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri. Untungnya kisah Uqasha tidak terlalu besar dan berjaya diselesaikan dengan baik. Tidak menyangka apa yang berlaku pada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal lebih dahsyat daripada kisahnya, dia bersimpati pada pasangan berkenaan. Tegas pelakon filem Paku Pontianak itu, tiada apa yang mampu dilakukannya memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang tahu perit dan pedih menghadapi situasi berkenaan. Saya simpati pada kisah mereka tapi dalam masa yang sama gembira kerana mereka sudahpun ada cahaya mata sendiri. Untuk bercakap lebih pasal mereka mungkin tidak meskipun ada yang menganggap kisah antara kami lebih kurang sama. Sebagai artis MIG saya masih menghormati permintaan syarikat yang melarang percintaan sesama artis residen. Saya faham apa yang David Teo mahukan selepas melalui perkara berkenaan sebelum ini. Dia tak mahu kisah cinta dan kontroversi menjadi cerita utama yang akan dijaja. Kalau boleh dia mahu kami fokus pada kerjaya dan tidak langsung terheret dalam kancah percintaan mungkin melalaikan. Tapi hati manusia tak mungkin boleh tunduk bila sudah terpaut pada orang yang betul. Bila kisah cinta saya dan Pekin diketahui ramai, saya berjaya menyelesaikannya dengan baik. Apa yang saya lakukan hanya berbincang elok-elok dengan dia. Dia faham soal hati memang tak boleh dibuang begitu sahaja," cerita Uqasha. Bagi kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini, dia menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran besar dalam hidupnya. Kejujuran menjadi perkara utama yang dipegang olehnya tanpa menyorokkan apa-apa. Jika sekali kita menipu, akhirnya penipuan itu akan jadi berkali-kali. Percayalah," tegasnya. Cinta Pekin Saat terkenang akan kisah cintanya bersama Pekin dia sendiri tidak menyangka fasa cinta yang mereka lalu begitu cepat yang tak pernah dibayangkan selama ini. Menganggap lelaki berkenaan cukup matang menghadapi dirinya yang masih muda, perjalanan cinta mereka berjalan baik meskipun baru sahaja bermula tak sampai setahun. Memang kalau nak ikutkan kami kenal tak lama mana pun. Bila sudah kenal, Pekin terus ambil keputusan untuk berjumpa dengan keluarga saya. Ini perkara serius dah bukan main-main. Kalau dia nak seronok-seronok tak mungkin dia terus jumpa ibu saya untuk menyampaikan hasratnya. Tak semua lelaki seperti dia dan tak ada sebab untuk saya menolaknya," cerita Uqasha lagi. Pekin bukan omong kosong Rentetan daripada pertemuan pertama bersama ibu pelakon berkenaan yang akhirnya membawa kepada majlis merisik yang diadakan pada 6 Julai yang lalu. Tidak menganggap apa yang berlaku terlalu pantas, pelakon drama Plan B ini menganggap semua ini merupakan satu perjalanan hidup yang akan dilalui oleh semua orang. Hal cinta ini bukan hal main-main. Kalau sudah ada orang yang betul-betul baik kenapa saya harus tolak. Sejak dulu lagi saya dah beritahu ibu yang saya nak berkahwin pada usia yang muda. Kalau jodoh saya dah sampai bila-bila dari sekarang pun tak ada masalah. Kalau lambat pun tak mengapa. Saya tak kisah sangat dengan hal tersebut. Apa-apa pun semuanya saya serahkan pada Allah," jelasnya. Meskipun majlis merisik sudah diadakan, Uqasha dan Pekin masih belum memikirkan tarikh sesuai namun merancang untuk berumahtangga tahun hadapan. Ini fasa untuk saya mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat lagi dan dalam masa yang sama masa untuk mengumpul duit sebelum ke jenjang pelamin," katanya. Masih belajar Belum mencecah usia setahun bergelumang dalam bidang lakonan, tidak dinafikan Uqasha sudah diberi peranan besar dalam beberapa buah filem dan juga drama. Tidak mendabik dada dengan apa yang telah dikecapi selama ini, dia bersyukur kerana berpeluang bergandingan dengan nama-nama besar yang lain dalam setiap produk karyanya. Saya masih baru dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Kalau nak ikutkan masih banyak ilmu lakonan yang saya kena cari untuk menempatkan diri sebagai pelakon berbakat. Sebab itu bila berada di lokasi saya lebih gemar bercampur dengan rakan-rakan artis yang lebih senior. Saya hormat kerana pengalaman mereka tidak ternilai dan sangat berguna," tambahnya lagi. Bagi Uqasha sebagai orang baru dia juga tak mahu dikatakan sebagai pelakon yang hanya menjual cerita peribadi tetapi tidak boleh berlakon. Bukan sekali dua dia mendengar rungutan orang lama terhadap pelakon baru yang dituduh sebagai berlagak diva dan sombong di lokasi penggambaran. Setakat ini saya belum lagi pernah dikata sebegitu. Saya masih hormat pada mereka yang lebih senior dah kru-kru di lokasi. Mereka semua orang penting yang harus dihormati. Jika pelakon lain saya tak tahu. Cukuplah saya menjaga tingkah laku sendiri," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan