Utusan Online - Sukan |
Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT Oleh FERZALFIE FAUZI Rayzam Shah KUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Zainal Abidin Ahmad tidak berpuas hati dengan prestasi atlet tunggal negara, Rayzam Shah Wan Sofian yang mengambil bahagian dalam acara 110 meter lari berpagar Kejohanan Dunia 2013 Moscow, minggu lalu. Menurutnya, kegagalan Rayzam memperbaiki catatan peribadi terbaik disebabkan kurang kekuatan psikologi. Kenapa dia tidak mampu melakukan catatan peribadi terbaik selepas diberi peluang, perkara ini amat penting. Dia seharusnya memberikan persembahan terbaik dan meraih sesuatu di kejohanan besar," katanya dalam sidang media pada Program Nestle Healthy Kids oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan kerjasama Nestle, semalam. Rayzam menduduki tempat kelapan dalam saringan keempat acara 110 meter lari berpagar 11 Ogos lalu dengan mencatat 14.45 saat. Ia jauh daripada catatan terbaiknya untuk melepasi syarat kelayakan ke Sukan SEA 2013 Myanmar. Catatan terbaiknya musim ini 13.96s dilakarkan pada Grand Prix Asia di Sri Lanka. Saya sudah menemuinya di Moscow dan dia memberitahu sudah memberikan aksi terbaik, tetapi bagi saya aksi terbaik harus dikuatkan lagi dengan keghairahan berlumba, kemampuan dan juga kerja keras," katanya. Ditanya sama ada KOM tersilap memilih atlet untuk menggunakan tiket wildcard ke kejohanan tersebut, Zainal Abidin berkata, dia tidak berpendapat sedemikian cuma KOM sudah memberikannya peluang yang tidak semua atlet mampu memperolehinya dengan mudah. Saya tidak kecewa kerana dia sudah mengaku sudah melakukannya dengan bersungguh-sungguh, cuma dia perlu memberikan aksi terbaik pada kejohanan seperti itu. Dia memang perlu melakukannya. Kita sudah memberikan peluang ini kepadanya. Dia perlu melakukannya untuk negara, tidak boleh melakukannya untuk diri sendiri. Kita mahu melahirkan seorang juara, jadi mereka harus sedar bagaimana untuk merealisasikan impian tersebut. Mereka perlu fikir bagaimana untuk menjadi juara. Itu paling penting," katanya. Bagaimanapun, setidak-tidaknya Rayzam mencatat masa lebih baik berbanding pemenang pingat emas Sukan SEA 2011 Indonesia, Lac Jamras Rittidet, yang berlari dalam saringan yang sama tetapi menduduki tempat terakhir dengan masa 14.71s. |
Hafizh naik podiumaksi di Indianapolis Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT HAFIZH Syahrin Abdullah meraikan kejayaannya menaiki podium dalam perlumbaan sokongan MotoGP di Indianapolis, kelmarin. KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencatat kejayaan podium dalam perlumbaan sokongan sempena MotoGP Grand Prix Indianapolis, Amerika Syarikat, kelmarin. Penyertaan Hafizh pada perlumbaan tersebut pada awalnya cuma bertujuan untuk dia memahami selok belok Litar Indianapolis Motor Speedway namun ia bertukar kepada detik menggembirakan apabila pelumba berusia 19 tahun itu menghadiahkan penamat podium dalam Perlumbaan 1 Siri AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson. Dengan hanya menjalani dua sesi latihan bebas sebelum perlumbaan sebenar, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu yang mencatat masa kelima terpantas, bijak mengendalikan jentera Harley XR1200 dan menduduki tempat ketiga di belakang Jeremy Mc Williams, bekas pelumba GP500 Dunia manakala tempat ketiga milik Tyler O'Hara. "Saya sangat gembira kerana dapat menaiki podium di Indianapolis. Saya tidak terfikir mampu melakukannya kerana saya menunggang motosikal yang begitu asing bagi saya, motosikal yang jauh lebih besar berbanding jentera Moto2, tambahan pula ini adalah penyertaan pertama saya di Amerika Syarikat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan