Utusan Online - Luar Negara |
Penyokong Mursi berarak desak kembalikan kuasa Presiden Posted: 09 Aug 2013 09:41 AM PDT KAHERAH 10 Ogos - Beribu-ribu penyokong Mohammed Mursi mula berarak bagi mendesak pihak tentera mengembalikan jawatan bekas Presiden itu, sewaktu Presiden sementara Mesir memberi amaran akan merobohkan khemah-khemah yang di bina penyokong bekas Presiden itu. Penyokong Mursi membanjiri jalan-jalan raya di tengah Kaherah dan di bandar kedua terbesar di Mesir, Iskandariah, selepas solat Jumaat sambil membawa gambar Presiden yang digulingkan tentera, sambil melaungkan kata-kata mengecam rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu. Di bandar oasis Fayyum di selatan Kaherah, penyokong Mursi bertempur dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka, kata pegawai ke selamatan kepada AFP. - AFP |
Turki seru rakyatnya tinggalkan Lubnan Posted: 09 Aug 2013 09:39 AM PDT ISTANBUL 10 Ogos - Turki menyeru rakyatnya supaya keluar dari Lubnan ekoran kejadian penculikan dua krew pesawat Turkish Airlines oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Beirut. "Melihatkan kepada situasi semasa, ia adalah penting untuk rakyat kita mengelakkan daripada membuat perjalanan ke Lubnan, kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya. "Kami mencadangkan rakyat yang masih (berada) di Lubnan untuk kembali ke Turki jika mereka boleh, atau jika mereka perlu kekal, mereka perlu mengambil segala langkah-langkah untuk memastikan keselamatan mereka terjamin, katanya. Dalam kejadian awal pagi Jumaat itu, sekumpulan lelaki bersenjata menculik juruterbang dalam serangan hendap di dalam bas yang membawa anggota krew Airlines Turkish dari lapangan terbang Beirut untuk sebuah hotel. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan