Utusan Online - Jenayah |
Rumah ibadat kerugian RM21,000 dipecah masuk Posted: 09 Aug 2013 10:50 PM PDT PETALING JAYA 10 Ogos - Sebuah rumah ibadat Sathya Sai Baba di Taman Universiti di sini, kerugian RM21,000 selepas dipecah masuk malam semalam. Penasihat rumah ibadat itu, Dr R. Vijendran berkata, kejadian disedari kira-kira 7 pagi tadi oleh seorang pekerja. "Beberapa barang berharga telah dilarikan termasuk 'patung sembahyang' yang dianggarkan bernilai RM12,000, peralatan muzik, dan kamera video," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian hari ini. Polis dari Balai Sungai Way mengesahkan menerima laporan kejadian. - BERNAMA |
Empat rumah musnah dalam kebakaran Posted: 09 Aug 2013 09:53 PM PDT Oleh AZRAI MOHAMMAD KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri empat keluarga bertukar tragedi apabila rumah mereka di Lorong 2, Kampung Datuk Keramat di sini musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada bunga api, malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu membabitkan empat buah rumah, sebuah kereta dan dua buah motosikal, namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Ketua Operasi dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hafni Tamin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.23 malam dan jentera pertama tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian. 'Sebanyak enam buah jentera dengan kekuatan 32 pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Wangsa Maju, Jalan Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian. "Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampiran serta memadam api sepenuhnya pada pukul 10.19 malam," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan