Utusan Online - Luar Negara |
Pakistan bebas 337 tahanan India Posted: 24 Aug 2013 11:34 AM PDT ISLAMABAD 25 Ogos - Kerajaan baharu Pakistan semalam membebaskan 337 tahanan India, kebanyakannya nelayan, sebagai langkah memperbaiki hubungan dengan negara jirannya itu. Kesemua tahanan berkenaan, termasuk nelayan yang ditangkap kerana memasuk perairan Pakistan lebih dua tahun lalu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing melalui laluan di sempadan Wagah yang terletak antara bandar Lahore dan Amritsar, India. Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berkata, hubungan yang baik dengan India merupakan kunci utama untuk memulihkan ekonomi negara ini berbanding polisi luar dan keselamatan yang digunapakai oleh pihak tentera sebelum ini. - REUTERS |
Mesir buka semula sempadan Rafah Posted: 24 Aug 2013 11:34 AM PDT GAZA 25 Ogos - Kerajaan sementara Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza selepas laluan itu ditutup selama empat hari. Keputusan tersebut sekali gus membolehkan beribu-ribu orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin yang dikuasai pergerakan Hamas. Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan