Sabtu, 24 Ogos 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Selesa di kaki 'Sedap' dipandang

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

RASANYA sudah lama tidak menulis mengenai kasut di ruangan Trend ini, kerana merasakan tidak banyak kasut-kasut baru di pasaran yang menjadi ikutan remaja hari ini.

Namun, apabila terlihat rekaan dan warna kasut-kasut getah yang seakan sedap dipandang itu membuatkan ia mesti diselitkan dalam ruangan Trend minggu ini.

Kasut getah ataupun kasut jelly ini dilihat begitu banyak digayakan oleh remaja di luar sana. Bukan sahaja rekaannya menarik bahkan juga warna-warnanya yang seakan gula-gula membuatkan sesiapa sahaja akan memandangnya.

Dari situlah kasut ini mendapat namanya kerana rekaan dan warna yang membuatkan kaki si pemakai boleh dilihat dari bahagian luar kasut.

Tetapi perlu diingat, kasut ini hanya sesuai digayakan oleh gadis-gadis manakala bagi teruna, ia dianggap kurang sesuai dan akan menurunkan markah maskulin jika memakainya.

Kasut ini boleh dikatakan amat selesa kerana dibuat daripada bahan getah yang fleksibel dan tidak membebankan kaki walaupun berjalan seharian di pusat membeli-belah.

Bukan itu sahaja, kasutnya yang ringan dan mudah digayakan dengan apa jua pakaian membolehkannya menjadi pilihan bagi mereka yang ingin bersantai bersama rakan-rakan.

Pelbagai pilihan kasut boleh didapati iaitu daripada yang bertapak rata, selipar, bertumit tinggi mahupun jenis loafer. Pastikan juga pilihan warna yang kamu suka.

Dalam pada itu, jangan pula kasut ini digayakan untuk aktiviti lasak atau bersukan kerana ia tidak sesuai untuk tujuan tersebut.

Setanding dengan namanya, kasut ini sesuai digayakan untuk aktiviti santai bagi membolehkan gadis-gadis nampak lebih manis bergaya bersama kasut jelly mereka. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved