Khamis, 18 April 2013

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Terpedaya ‘perjuangan’ Anwar

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

SIFAT warak dan imej Islam yang ditonjolkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjaya mengaburi mata ramai pengikutnya sehingga mereka sukar untuk mempercayai tuduhan salah laku moral beliau.

Perkara itu diakui oleh bekas Yang Dipertua ABIM Amerika Utara dan juga konsultan, DR. AZMI OMAR (gambar) yang menyatakan kebanyakan pelajar Islam Malaysia ketika itu mengagumi Anwar kerana kononnya berjuang menegakkan Islam.

Perjuangan Anwar turut menjadi aspirasi tokoh ilmuwan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba ketika mereka bersama-sama membangunkan ABIM pada tahun 1986 hingga 1992 tanpa mengetahui perlakuan sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

Namun, sejak pertuduhan liwat pertama beliau, dan timbul banyak lagi keraguan mengenai Anwar dalam mahkamah, media dan maklumat di internet, menyebabkan saya tidak lagi mempercayainya," katanya kepada Utusan Malaysia.

UTUSAN: Dr. pernah terlibat sebagai pemimpin ABIM Amerika Utara. Apakah yang menyebabkan Dr. terlibat dengan pertubuhan dakwah ini dan bagaimana persepsi Dr. tentang Anwar Ibrahim yang pernah suatu ketika memimpin ABIM.

AZMI: Saya menjadi Yang Dipertua ABIM Amerika Utara pada tahun 1990/1992 setelah menyertai ABIM di sana pada tahun 1986. Penglibatan saya dengan ABIM banyak dipengaruhi oleh persekitaran ketika itu.

Paling penting ialah saya sebagai seorang pelajar pengajian agama di Temple University terasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang kepada proses islamisasi yang banyak diperkatakan dengan penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan kerajaan. Kepada saya Anwar ketika itu adalah seorang pemimpin Islam yang mempunyai kebolehan untuk menerapkan dan memartabatkan Islam ke dalam pemerintahan negara.

Dr. Sidek Baba bekas Yang Dipertua ABIM Amerika Utara mengambil pendirian tidak lagi bersama dengan Anwar. Setakad mana Dr. mengenali Dr. Sidek dan apakah sikap Dr. kini terhadap perjuangan Anwar Ibrahim.

Dr. Sidek adalah antara individu yang membawa saya ke dalam ABIM di Amerika Utara. Antara lain, daripada beliaulah saya mengenali ABIM sebagai badan tarbiyah dan dakwah. Dr. Sidek juga saya lihat sebagai seorang yang sederhana dan tetapi gigih dengan perjuangan ABIM pada ketika itu. Kita selalu mengadakan perhimpunan di bandar-bandar utama di Amerika di mana terdapat pelajar-pelajar Malaysia.

Dr. Sidek, seperti juga pemimpin ABIM yang lain melihat Anwar sebagai seorang yang amat berkebolehan dan mampu meyakinkan masyarakat terhadap proses Islamisasi yang diperjuangkan oleh ABIM selama ini. Pendek kata, Anwar mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan ahli ABIM.

Saya juga pernah mengkagumi Anwar Ibrahim. Semasa beliau mengunjungi persidangan ABIM di Terra Haute, Indiana 1986, beliau telah memberi alasan yang meyakinkan mengapa beliau masuk UMNO. Semasa episod pemecatan beliau, saya sanggup menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai apa juga bantahan ketika itu.

Namun setelah segala-galanya berlaku terhadap Anwar, ia telah banyak menimbulkan keraguan dalam diri saya terhadap perjuangannya. Keraguan ini timbul kerana banyak perkara yang diperkatakan dalam ABIM dari segi prinsip Islam dan tarbiyahnya tidak diterjemahkan dalam perbuatan semasa beliau mengalami krisis.

Beliau banyak mempunyai peluang untuk membela diri seperti bersumpah, tetapi ini tidak dilakukan. Jadi, walaupun saya tidak menuduh, tetapi maklumat-maklumat yang ada sudah cukup untuk menimbulkan keraguan dalam diri saya terhadap siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim.

Sewaktu Dr. dalam ABIM dulu, pertubuhan ini mengambil sikap non-partisan dalam politik. Apakah keputusan ABIM partisan kepada politik Anwar Ibrahim itu sebagai suatu langkah bijak bagi ABIM sebagai badan dakwah dan tarbiyyah.

Seingat saya ABIM sebagai sebuah pertubuhan tidak pernah berpihak kepada mana-mana parti. Hatta semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, ABIM tidak berpihak kepada UMNO, walau pun menyokong tindakan yang dilakukan oleh Anwar ketika itu. Untuk menjadi badan dakwah yang berhikmah, adalah tidak bijak bagi ABIM untuk bersikap partisan.

Senario politik umat Melayu agak gawat kini. Bagaimana Dr. membaca senario ini dalam konteks kelangsungan umat supaya orang Melayu tidak terpinggir.

Saya fikir kita orang Melayu tahu bahawa kelangsungan umat Melayu hanya boleh dicapai melalui penyatuan orang Melayu. Malangnya kepentingan politik sempit mengatasi segala-galanya. Sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada orang Melayu ketika ini seolah-olah mahu dikorbankan, asalkan cita-cita politik tercapai. Jika tidak, ada pihak yang mahu bertolak ansur dalam soal ini, maka umat Melayu akan terus menuju ke tahap yang lebih divisive.

Pilihan raya kali ini dihubungkan sebagai peperangan minda dan peperangan persepsi". Bagaimana Dr. melihat peranan media baru dan apakah kecenderungan memfitnah sebagai sesuatu yang membawa kesan pecah-belah yang lebih parah.

Perpecahan sedang berlaku dan diburukkan lagi dengan pengaliran maklumat yang tidak sihat daripada media baru. Paparan yang bersifat fitnah dalam media baru boleh meruntuhkan kredibiliti media ini dalam jangka masa sederhana. Tetapi banyak juga isu yang dibangkitkan memberi kesedaran segera kepada orang yang mahu berfikir. Oleh itu media baru ini perlu digunakan dengan penuh bijaksana supaya ia tidak makan tuan.

Dalam membuat pilihan, harus ada kebijaksanaan supaya pilihan yang dibuat menepati maksud dan tidak merugikan umat Melayu. Apakah rekod pencapaian Barisan Nasional sifatnya menyumbang kepada proses transformasi selanjutnya, atau Pakatan Rakyat yang mempunyai ideologi dan fahaman yang saling bercanggah tidak memberi harapan yang baik kepada umat Melayu.

Pada saya pilihan BN adalah jelas. Tetapi sifat taksub, gila kuasa, dendam dan politik yang keterlaluan telah menutup segala pandangan yang rasional kepada golongan yang menentang. Saya harap orang Melayu perlu membebaskan diri daripada belenggu yang saya sebutkan. Buatlah sebelum ia terlalu lambat. Fikirlah dengan lebih terbuka, buatlah pilihan yang tepat.

BN jadi pilihan, “Selamat tinggal Nurul Izzah"

Posted: 18 Apr 2013 12:07 PM PDT

Oleh Lukman Ismail

BARISAN Nasional (BN) bukanlah parti yang sempurna sehingga dapat memenuhi kehendak setiap hati rakyat dan calon-calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini pun bukanlah maksum.

Akan tetapi jika dibandingkan parti-parti pakatan pembangkang dengan para pemimpinnya yang bergelut isu moral dan sengketa perebutan kerusi yang berlarutan, jelas BN jauh lebih baik. Itu pandangan Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com).

Katanya, pemimpin tertinggi PKR, misalnya adalah calon paling bermasalah dalam kalangan pakatan pembangkang dengan isu moral yang begitu dahsyat, amalan kronisme dan nepotisme yang mengelilingi diri dan parti pimpinannya.

Tambah beliau, Pas juga menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan bebanan bala yang cukup besar apabila video seks yang dikaitkan dengan setiausaha agungnya terdedah dan tersebar dalam bentuk DVD dan laman-laman sosial,

"(Jadi) Jika dibandingkan antara masalah yang dihadapi BN dan yang dihadapi pakatan pembangkang, ternyata BN lebih layak diberi mandat sekali lagi.

Jika dibandingkan aku janji BN dan manifesto bukan aku janji pakatan pembangkang, ternyata rakyat akan lebih terjamin dan selamat masa depannya di bawah pentadbiran BN. Ternyata manifesto pembangkang tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat pasti akan kecewa sepertimana yang telah dialami oleh rakyat Selangor," katanya.

Blog Jokiden (kitopunyo.blogspot.com) pula menyeru ahli-ahli parti pakatan pembangkang yang berhasrat untuk keluar parti dan menganggotai BN segeralah berbuat demikian sebelum tarikh penamaan calon tinggal sehari dan pembuangan undi pada 5 Mei.

Tempoh 15 hari yang tinggal ini adalah masa yang paling sesuai untuk mana-mana ahli pakatan keluar meninggalkan parti mereka yang tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas tersebut.

Marilah segera bersama dengan komuniti BN yang ternyata telah berjaya membangunkan negara ini sebaik mungkin. Jangan percaya kepada apa yang pihak pakatan katakan dalam ceramah mereka kerana semua itu adalah tipu muslihat semata-mata untuk memancing undi," katanya.

Katanya, pengundi perlu melihat nasib rakyat di empat negeri di bawah pentadbiran mereka selama lima tahun apabila negeri masing-masing menjadi tidak terurus manakala rakyat pula terpaksa menanggung kebobrokan mereka.

Dalam masa lima tahun tanah-tanah dan hutan balak di Kedah dan Kelantan habis digondolkan dengan rakus. Dalam masa lima tahun pasir-pasir di Selangor yang bernilai lebih RM500 juta habis disapu. Dalam masa lima tahun habis gerai-gerai peniaga kecil di Pulau Pinang dimusnahkan.

... cukup... cukup dan cukuplah. Kembalikan semula negeri tercinta ini kepada UMNO/BN," katanya.

Bagi blog Keris 7 Lok (keris7lok.blogspot.com), semakin ramainya golongan ulama yang menyatakan sokongan terhadap UMNO dan BN membuktikan bahawa kalangan bijak pandai agama sudah meninggalkan Pas.

Katanya, mereka kini semakin sedar dengan perjuangan Pas yang menyimpang jauh daripada Islam apabila pemimpin mereka gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah dengan menyokong fahaman pluralisme.

Inilah yang sedang berlaku dalam UMNO. Ulama sentiasa diterima tidak mengira umur kerana perjuangan demi agama, bangsa dan negara oleh UMNO lebih telus berbanding Pas," katanya.

Pada masa yang sama Pas semakin dalam bahaya apabila terdapat pemimpin tertentu dalam proses penyingkiran sama ada dengan kasar mahupun secara halus.

SELAMAT TINGGAL NURUL IZZAH"

ITULAH kata-kata yang tertulis pada satu kain rentang besar yang dipasang di kawasan perumahan rakyat Parlimen Lembah Pantai, seperti mana yang disiarkan dalam blog Apa Kecoh-kecoh (apakecoh2.blogspot.com).

Menurut blog ini, kata-kata itu adalah luahan hati para penduduk Lembah Pantai yang sudah muak dengan sikap Nurul Izzah Anwar yang selama lima tahun menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut, amat jarang turun padang dan mengabaikan kebajikan penduduk.

Katanya, para penduduk Lembah Pantai sudah sedar selama ini mereka telah diperbodohkan dengan segala janji Nurul Izzah kerana ternyata anak perempuan Presiden PKR itu lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bertujuan memburuk-burukkan nama negara.

Bila ada di Malaysia pun, merata-rata kau pergi untuk bagi ceramah mengutuk kerajaan dan menghambur fitnah, tapi apa sumbangan positif yang kau beri untuk kami semua? Setakat kutuk kerajaan dan cuba menghalang semua kerja baik kerajaan tak menguntungkan kami langsung, Nurul!

Minta maaf, Nurul. Kami dah insaf. Kami dah bertaubat. Kami tak akan ulangi lagi kesilapan yang lepas. Selamat tinggal Nurul Izzah! Selamat datang Raja Nong Chik!' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved