Utusan Online - Luar Negara |
Peneroka haram Yahudi bunuh penduduk Palestin pada 1997 dipenjara seumur hidup Posted: 09 Apr 2013 09:59 AM PDT BAITULMAQDIS 10 April - Sebuah mahkamah Israel semalam menjatuhi dua hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang peneroka haram Yahudi kerana membunuh dua penduduk Palestin pada 1997. Jack Teitel, 41, pada Januari lalu didapati bersalah membunuh seorang pemandu bas dan seorang penggembala termasuk dua percubaan membunuh berasingan, memiliki senjata haram dan menghasut keganasan. Pelampau agama kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu dijatuhi dua hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Daerah Baitulmaqdis, masing-masing satu bagi setiap mangsanya dan perlu membayar pampasan sebanyak AS$47,000 (RM142,377) kepada setiap keluarga mangsa. Teitel pada masa yang sama dijatuhi hukuman penjara lagi selama 30 tahun atas dua percubaan bunuh dan pelbagai kesalahan lain. - AFP |
Al-Qaeda mengaku ada peranan dalam perang Syria Posted: 09 Apr 2013 09:56 AM PDT DAMSYIK 10 April - Rangkaian kumpulan al-Qaeda di Iraq semalam mengaku memainkan peranan mereka dalam perang di Syria menerusi kumpulan pemberontak, pergerakan Barisan al-Nusra yang menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam pada itu meminta Syria meluluskan misi pemeriksa pertubuhan itu bagi menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia dalam konflik yang berlarutan sehingga dua tahun. "Pergerakan Barisan al-Nusra merupakan satu cabang kumpulan Negara Islam Iraq (ISI)," kata ketua ISI, Abu Bakr al-Baghdadi dalam satu rakaman yang disiarkan secara dalam talian, sambil menambah kumpulan itu berjuang bagi penubuhan negara Islam di Syria. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan