Utusan Online - Luar Negara |
Belanda arah tarik balik 50,000 tan daging lembu Posted: 10 Apr 2013 10:35 AM PDT AMSTERDAM 11 April - Pihak berkuasa keselamatan makanan Belanda mengarahkan penarikan balik kira-kira 50,000 tan daging lembu daripada pasaran selepas dikhuatiri ia mengandungi daging kuda. Pihak Berkuasa Keselamatan Produk Pengguna dan Makanan Belanda (NVWA) dalam satu kenyataan semalam berkata, lebih 130 syarikat pemprosesan daging di Belanda telah diarahkan supaya mengesan daging itu, yang diedarkan dua pemborong dari negara ini. Pemborong itu ialah Wiljo Import en Export B.V. dan Vleesgroothandel Willy Selten B.V. "Ia mungkin mengandungi daging kuda namun kami masih tidak pasti sama ada wujud kes atau tidak," kata jurucakap pihak berkuasa itu. - REUTERS |
Perintis bersama rawatan IVF meninggal dunia Posted: 10 Apr 2013 10:33 AM PDT ROBERT EDWARDS LONDON 11 April - Saintis Britain, Robert Edwards yang menerima Hadiah Nobel atas usahanya merintis pembangunan persenyawaan invitro (IVF) meninggal dunia semalam ketika berusia 87 tahun. "Dengan rasa dukacita bahawa keluarga mendiang mengumumkan Prof. Robert Edwards, pemenang Hadiah Nobel dan perintis bersama IVF telah meninggal dunia secara aman dalam tidurnya pada 10 April 2013 akibat sakit tua. "Mendiang akan terus dirindui oleh keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja," kata Universiti Cambridge dalam satu kenyataan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan