Rabu, 10 April 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Pilih pereka grafik

Posted: 10 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Jeffri Iran

Nor Nadzirah Mohd. Fauzi

SIFATNYA yang gemar kepada kerja-kerja kreatif yang mencabar minda untuk berfikir, mendorong gadis manja, Nor Nadzirah Mohd. Fauzi, 24, memilih kerjaya sebagai pereka grafik sebaik tamat belajar nanti.

Begitupun dia .

Malah mengambil langkah bijak dengan menjadikan butik atas talian pakaian muslimah milik kakaknya, Noor Nazrah sebagai platform untuk dia berkarya dan menimba pengalaman sebagai pereka grafik blog.

Nor Nadzirah juga beruntung kerana selain berpeluang berkarya di blog tersebut, kakaknya yang juga bekerja sebagai pereka grafik, banyak membantunya mendapatkan idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu rekaan yang sesuai dan menarik.

Gadis yang menggemari masakan ibunya itu mengakui ilmu dan maklumat tentang sesuatu rekaan yang dipelajari dalam dewan kuliah, dipraktikkan dalam setiap rekaan di butik atas talian kakaknya.

Sebagai pereka grafik untuk blog yang menjual pakaian muslimah beberapa aspek penting perlu diteliti dalam setiap reka letak supaya blog mendapat perhatian pelanggan.

Aspek reka letak antara perkara penting yang menjadi gaya penarik untuk pengunjung. Oleh kerana blog ini merupakan blog yang menjual pakaian, maka reka letak perlu memberi fokus kepada pakaian yang hendak dijual dan diketengahkan kepada pelanggan.

Tambahan lagi seni susunan pakaian dan gabungan teks yang sesuai berserta padanan warna baju yang menarik mampu menarik minat pengunjung untuk membeli," katanya.

Tambah anak keempat daripada enam adik beradik ini, bagi memastikan rekaan grafik dalam blog tersebut sentiasa kemas dan menarik, dia sentiasa berbincang dan bertanya pendapat dengan kakaknya.

Kami sentiasa berbincang bersama-sama tentang gambar dan reka letak yang sesuai untuk dimasukkan bagi menarik minat pengunjung dan pembeli.

Gabungan idea kakak dan saya menghasilkan satu blog yang nampak ringkas tetapi menarik. Contohnya, mungkin idea saya lebih kepada tarikan untuk remaja manakala idea kakak pula lebih kepada golongan berkerjaya," kata Nor Nadzirah.

Tambahnya lagi, dalam pada masa yang sama, dia juga membantu menjadi model pakaian sejak dua tahun lalu.

Bagi saya tiada masalah untuk membantu menjadi model pakaian untuk butik kakak kerana saya juga seorang yang gemar bergambar dan memperagakan pakaian yang cantik dan menarik.

Sekurang-kurangnya, dengan cara tersebut dapat menjimatkan kos berbanding jika terpaksa mengupah model untuk memperagakan pakaian," katanya.

Walaupun statusnya sebagai pelajar, kerja sambilan sebagai model dan pereka grafik tidak menghalang Nor Nadzirah untuk berjaya dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti di kampus.

Biasanya saya hanya memperuntukan masa lapang sebulan sekali untuk menjadi model di butik kakak. Sementara untuk kerja rekaan grafik juga tidak menentu. Ia bergantung kepada masa lapang dan cuti hujung minggu.

Jika tidak membuat kerja-kerja tersebut, saya juga seperti remaja lain akan menghabiskan masa dengan belajar dan mengulangkaji bersama-sama rakan sekuliah," katanya.

Nadzirah berkata, blog my beautiful rania yang beroperasi sejak dua tahun lalu menjual pelbagai koleksi pakaian muslimah yang cantik dan memenuhi cita rasa pada masa kini.

Terdapat pelbagai koleksi pakaian muslimah yang sentiasa mengikut perkembangan semasa. Antara koleksi yang terdapat di butik ini adalah palazo, kardigan, dres labuh, selendang, dan jubah dengan pelbagai warna dan material seperti benang kapas, lycra dan syifon.

Satu keistimewaan juga di butik ini kerana harga yang ditawarkan berpatutan serendah RM 20 hingga RM 90. Terdapat pelbagai warna-warna menarik seperti color blog.

Setiap pakaian yang dibeli juga dicadangkan sekali dengan padanan kardigan mahupun palazo yang bersesuaian," kata Nor Nadzirah.

Tambah anak jati Klang ini, kebanyakan pelanggan yang menempah di butik tersebut terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja swasta mahupun kerajaan yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Berdasarkan pemerhatian, saya dapati butik dalam talian ini turut mendapat sambutan di kalangan pelanggan yang tinggal di kawasan luar bandar seperti Sabah dan Sarawak.

Membeli secara online memberi pelanggan banyak pilihan sama seperti jika kita berkunjung ke kedai.

Memandangkan saya masih belajar dan dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa menjaga penampilan dan mengikuti perkembangan fesyen, saya mengambil langkah mempromosi pakaian yang dijual di butik kakak.

Walaupun kebanyakan mereka akan tertarik dengan baju yang dipakai oleh saya, mereka akan bertanya di mana saya membelinya. Dengan cara tersebut dapat membantu memperkenalkan dan mempromosi pakaian terbaru," kata Nor Nadzirah.

Koleksi Prefall 2013

Posted: 10 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar AZLAN HADI

Koleksi musim luruh 2013 untuk wanita.

TINGKAT 25, Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi ruang pameran eksklusif untuk memperkenalkan koleksi terbaru wanita jenama antarabangsa, Louis Vuitton.

Koleksi musim luruh panas 2013 itu membaw tema Lace is More.

Mempertaruhkan renda sebagai fokus utama, jenama yang terkenal dengan singkatan LV ini kali ini turut menjanjikan kelainan dengan koleksi yang dikatakan membawa kembali elemen dalam fesyen tahun 60-an.

Menurut Naib Pengarah Bahagian Komunikasi Loius Vuitton Asia Pasifik, Dinesh Kandiah, koleksi kali ini juga memperingatkan kembali kepada watak Jeanne Moreau dalam filem Truffaut yang bertajuk The Bride Wore Black.

Koleksi Prefall ini juga menawarkan kot bersaiz besar berinspirasikan dari potongan abad ke 19 namun diberikan sentuhan gaya 2013.

Kebanyakan renda dizahirkan ke atas kain satin yang memberikan tekstur yang lebih menawan.

LV memang terkenal dengan gaya mewah dan untuk koleksi kali ini banyak mempertaruhkan warna hitam dan merah sinonim dengan simbol kemewahan itu sendiri.

Terdahulu, pihak LV Asia Pasifik telah memberi penerangan pada wakil media Asia di sebelah pagi. Sesi petang pula adalah eksklusif untuk media Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved