Utusan Online - Utara |
Posted: Sukan air bendang meriahOleh AZMAN MD NOOR PESERTA menyelongkar selut untuk menangkap ikan keli pada acara Sukan Air Dalam Bendang, Kampung Baru Bakai, Baling, baru-baru ini. - utusan/Azman Md. Noor BALING 7 Nov. - Lebih 1,000 penduduk menyaksikan Sukan Air Dalam Bendang yang pertama kali diadakan sehingga mampu mengukirkan pengalaman berharga buat peserta dan para penonton. Lebih terhibur apabila air bendang dengan selut menyaluti setiap peserta menjadikan setiap acara yang disertai mereka lebih menarik. Lima acara dipertandingkan dalam sukan air yang diadakan di Kampung Baru Bakai di sini baru-baru ini. Sukan berkenaan dianjurkan oleh UMNO Bahagian Baling, Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil dan Jasa Parlimen Baling. Sukan air yang dirancang sempena Program Juara Rakyat daerah itu diyakini mampu mengembangkan minda dan pengetahuan anak-anak muda dalam mengetengahkan potensi alam iaitu kawasan bendang sebagai lokasi sukan. Acara-acara yang diadakan ialah tangkap ikan keli, tangkap itik, tarik tali, bola baling dan memancing ikan keli dengan menggunakan batang kail buatan sendiri. Pelbagai aksi dan gaya peserta sudah cukup menghiburkan penonton yang berdiri di sekeliling bendang tersebut. Setiausaha penganjur, Suharto Tijo berkata, sukan air dalam bendang yang dianjurkan pihaknya bertujuan untuk mengeratkan hubungan penduduk di samping memanfaatkan bendang sebagai lokasi sukan yang menyihatkan badan serta menyeronokkan. Justeru, katanya, pihaknya berpuas hari apabila sukan itu berjaya menarik ramai peserta serta mencungkil bakat mereka dalam sukan air khususnya dalam bendang. "Bukan mudah untuk beraksi dalam selut dan air lumpur seperti ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Mohd. Khairul Azhar Abdullah yang hadir turut menyertai beberapa acara bagi mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan masyarakat. "Acara begini perlu diteruskan lagi pada masa depan kerana ia cukup menarik dan mendapat perhatian ramai," katanya. Tambahnya, penggunaan bendang sebagai medan menunjuk bakat juga boleh menggalakkan anak-anak muda cintakan bendang yang dulu menjadi tempat utama masyarakat dari segi pulangan ekonomi dan kita boleh pelbagaikan kegiatan itu. Beliau berkata, sambutan menggalakkan diterima bukan sahaja peserta, malah juga daripada penonton, membangkitkan semangat pihaknya untuk mengadakan lagi acara pelik seperti itu pada masa depan. Full content generated by Get Full RSS. |
Uji kesabaran, timbang rasa peserta Posted: Uji kesabaran, timbang rasa pesertaSEBAHAGIAN remaja yang menyertai perlawanan bola baling pada acara Sukan Air Dalam Bendang di Baling, BALING 7 Nov. – Jom kita main selut sambil tangkap ikan dan itik! Begitulah antara kata-kata yang disuarakan oleh seorang anak muda di Kampung Baru Bakai di sini baru-baru ini. Kata-kata itu ternyata menggalakkan beberapa anak muda dan belia lain untuk turut sama pergi ke program Juara Rakyat yang dinamakan Sukan Air Dalam Bendang dan tentunya cabaran pelawaan ini tidak disia-siakan langsung oleh penduduk lain. Program yang pertama kali diadakan itu memberi makna mendalam kepada generasi baharu yang selama ini tidak mengetahui betapa laman bendang yang menjadi sebahagian ekonomi masyarakat luar bandar rupa-rupanya boleh bertukar menjadi pentas menarik untuk disaksikan bersama. Seorang peserta, Badrul Hisham Ahmad, 35, berkata, buat pertama kalinya Sukan Air Dalam Bendang itu mampu menarik ramai peserta dan penonton kerana tertarik dengan acara yang dianjurkan. "Memang sungguh menarik apalagi sukannya mencabar dari segi fizikal dan mental peserta," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Badrul Hisham yang teruja dengan sukan itu berkata, cabaran paling penting sukan air ini iaitu memerlukan semua peserta saling bertimbang rasa untuk mencapai kejayaan. Zainab Ibrahim, 43, berkata, sukan itu benar-benar menguji tahap kesabaran yang perlu ada pada setiap peserta agar tidak mudah mengalah atau gelojoh. Menurutnya, dengan keadaan keseluruhan kaki terbenam di dalam selut, tenaga yang banyak diperlukan dan ini menguji kebolehan dan kesabaran. Seorang peserta, Salwani Abdul Wahab, 19, juga teruja dengan sukan itu kerana boleh mempelajari pengalaman mengerjakan bendang. "Paling tidak saya boleh berada dalam selut bendang merasai pengalaman menarik ini, memang menyeronokkan," ujarnya yang turut berjaya menangkap seekor itik. Bagi Abdul Razak Ahmad, 38, sukan itu mampu mengetengahkan bendang bukan sahaja sebagai medan menanam padi, malah boleh menjadi pentas sukan dalam mendekatkan persaudaraan antara semua peserta. Katanya, sukan sebegini boleh menggalakkan persaudaraan sesama peserta dan meningkatkan kesedaran kepada generasi muda bahawa bendang juga menjadi tempat terbaik menyatukan semua masyarakat. Full content generated by Get Full RSS. |
Kerajaan Pusat tidak janji kosong Posted: Kerajaan Pusat tidak janji kosongOleh AZELI ALI NIBONG TEBAL 7 Nov. - Kerajaan Persekutuan tidak pernah bercakap kosong ketika berjanji untuk membantu rakyat negeri ini malah ia telah dibuktikan melalui Program Bantuan Rumah (PBR) yang dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Penasihat kementerian itu, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya tampil membantu masyarakat yang memerlukan dan bukan hanya bergantung kepada kerajaan Pusat. "Kerajaan Pusat sentiasa ikhlas menolong rakyat negeri ini agar mereka dapat hidup sempurna dan meningkatkan kualiti hidup rakyat agar tidak dipinggirkan. "Melalui PBR yang dilaksanakan RISDA, banyak peruntukan disediakan kepada penerima e-kasih di seluruh negeri," katanya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan enam buah rumah PBR di Kampung Sungai Udang di sini semalam. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria dan Pengarah RISDA negeri, Awiskarni Zulkarnaini. Rumah baru yang dibina melalui PBR itu bernilai RM33,000 seunit dilengkapi tiga bilik tidur, bekalan elektrik dan air manakala sebanyak RM11,000 diperuntukkan bagi membaik pulih rumah yang rosak dan daif. Sementara itu Awiskarni berkata, sebanyak 209 buah rumah telah dibina baru melalui PBR sepanjang tiga tahun lalu manakala 715 lagi dibaik pulih di seluruh negeri Pulau Pinang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan