Utusan Online - Pahang |
- Siswazah disaran sumbang idea
- Lias ditauliahkan jurulatih Pengakap Malaysia
- Spell Master uji penguasaan BI murid
Posted: Siswazah disaran sumbang ideaOleh HARIS FADILAH AHMAD PENUNTUT Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah bersama Lau Lee (barisan tengah, lapan dari kiri) selepas pelancaran Program Kembara Ilmiah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, Jerantut, baru-baru ini. JERANTUT 8 Nov. - Lepasan siswazah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) disaran bersama membantu kerajaan dalam pembangunan negara dengan menyumbangkan tenaga serta fikiran demi kesejahteraan masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, golongan itu merupakan pelapis kepimpinan negara kerana memiliki pengetahuan dan kemahiran yang dikutip semasa menuntut di universiti masing-masing. ''Justeru itu, saya berharap mereka dapat membantu penduduk setempat khususnya menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu merancang pembangunan selain menjelaskan dasar kerajaan mengenai sesuatu perkara. ''Peranan ini sekali gus memacu pembangunan modal insan rakyat daripada pelbagai perspektif dan maklumat dapat disampaikan ke peringkat akar umbi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Ilmiah Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, di sini baru-baru ini. Program disertai oleh 34 penuntut anjuran Persatuan Mahasiswa UUM Sintok itu membabitkan Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Malam bersama keluarga angkat dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) di Taman Pelangi di sini. Menurut Lau, selaku golongan intelek, mereka perlu berperanan secara proaktif dalam mengembangkan maklumat tentang aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. ''Golongan itu sepatutnya bersama-sama membantu kerajaan negeri sebagai pembimbing dan mentor kepada generasi muda di kawasan sasaran, iaitu di luar bandar yang turut terlibat dengan gejala sosial," katanya. Justeru itu, beliau memuji program yang dilakukan oleh penuntut UUM tersebut kerana berjaya menzahirkan kerjasama erat bersama dengan masyarakat setempat. Katanya, penyertaan mereka sebagai penggerak di dalam program modal insan yang menitikberatkan soal amanah, taat kepada pemerintah dan agama dapat membina kekuatan penduduk setempat khususnya generasi muda hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
Lias ditauliahkan jurulatih Pengakap Malaysia Posted: Lias ditauliahkan jurulatih Pengakap MalaysiaLIAS Mohd. Noor (lima dari kanan) bersama penerima tauliah Jurulatih Pengakap Malaysia sempena program JOTA dan JOTI di Kuala Lipis, baru-baru ini. KUALA LIPIS 8 Nov. - Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Datuk Lias Mohd. Noor ditauliahkan sebagai Jurulatih Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan, Lipis di sini baru-baru ini. Anugerah tertinggi 4 Bead (Manikayu) itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Latihan Pengakap Malaysia, Abdul Shukur Mohsin semasa perkhemahan Jamboree On The Air (JOTA) dan Jamboree On The Internet (JOTI) di sini. Lias yang berpengalaman luas dalam bidang pengakap selama hampir 40 tahun itu kini merupakan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang. Hadir sama pada majlis penganugerahan berkenaan ialah Ahli Parlimen Lipis yang juga Bendahari Pengakap Malaysia, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman dan Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan, Lipis, Jaafar Idris. |
Spell Master uji penguasaan BI murid Posted: Spell Master uji penguasaan BI muridKAMISAH Ariffin ( duduk, tiga dari kanan) bersama para juri, guru serta murid yang menyertai pertandingan Spell Master di UiTM cawangan Pahang di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran baru-baru ini. MARAN 8 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang berjaya menjadikan pertandingan Spell Master sebagai medium terbaik mendidik dan melatih generasi muda menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa UiTM Pahang, Dr.Kamisah Ariffin berkata, program itu merupakan strategi untuk menarik minat terhadap bahasa Inggeris melalui aktiviti menyeronokkan dan mencabar minda. ''Misi dan visi UiTM adalah melihat lebih ramai generasi muda menguasai bahasa itu supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain," katanya ketika berucap pada program Spell Master 2011 di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini baru-baru ini. Program anjuran UiTM cawangan Pahang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Maran itu dirasmikan oleh Pegawai Bahasa Inggeris PPD Maran, Saiful Hisham Yaakob. Turut hadir, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Mutalib serta dua guru bahasa Inggeris dari Brighton Education iaitu Monica Kirby dan Robert Shepard. Pengerusi program itu, Fauzi Azmi berkata, seramai 60 murid tahun dua dari 30 sekolah kebangsaan (SK) sekitar daerah ini menyertai pertandingan itu. ''Kualiti peserta semakin meningkat manakala komitmen sekolah sangat baik bagi menonjolkan pengetahuan bahasa Inggeris pelajar mereka adalah terbaik," katanya. Menurut Fauzi, beliau kagum dengan komitmen para guru yang sentiasa bekerja keras dalam mendidik murid menguasai bahasa tersebut. Menurutnya, mereka menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan bahasa dan secara tidak langsung meningkatkan mutu pertandingan. Dalam pada itu beliau memuji usaha Akademi Pengajian Bahasa kerana menganjurkan pertandingan tersebut setiap tahun. Murid SK Maran, Shatirah Sofi Hassanudin diumumkan sebagai juara pertandingan itu manakala sekolah terbaik disandang oleh SK Tanjung Perang. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan