Selasa, 8 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kementerian Pelancongan buat penjelasan

Posted:

Kementerian Pelancongan buat penjelasan

Kementerian Pelancongan buat penjelasan

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ia berkaitan dengan aktiviti pengiklan 2009 dan 2010, pengiklanan melalui billboard (papan iklan), rak risalah dan cenderahati.

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Ong Hong Peng dalam isu berkaitan aktiviti pengiklan 2009 dan 2010 terdapat dua kaedah perolehan pengiklanan dilaksanakan oleh LPPM iaitu melalui agensi pengiklanan yang dilantik sama ada tender terbuka atau secara tempahan terus.

''Pembelian secara tempahan terus telah menjimatkan kos komisen agensi iaitu sebanyak 15 peratus berbanding penggunaan khidmat agensi pengiklanan yang dilantik melalui tender terbuka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hong Peng berkata, melalui kaedah pembelian secara tempahan terus, pihak kementerian juga berjaya membuat penjimatan kos sebanyak RM19.93 juta pada tahun 2009 dan RM9.20 juta (2010).

''Langkah ini telah dapat membantu LPPM membuat rancangan perbelanjaan bagi tahun 2009 dan 2010 dengan pengurusan kewangan yang lebih baik serta mengurangkan semua defisit yang tertunggak.

''Keberkesanan strategi ini dapat dilihat dengan kejayaan Malaysia menarik 23.6 juta pelancong dengan pendapatan sebanyak RM53.4 bilion pada 2009 dan 24.6 juta pelancong dengan pendapatan RM56.5 bilion pada 2010,'' ujarnya.

Untuk rekod, katanya, kaedah pembelian secara tempahan terus telah dilaksanakan oleh LPPM sejak tahun 1998 mengikut Pekeliling Pengurusan LPPM Bil. 10 Tahun 1998.

Full content generated by Get Full RSS.

Cadangan belum muktamad

Posted:

Cadangan belum muktamad

Cadangan belum muktamad

TEMERLOH 7 Nov. – Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, ia adalah satu cadangan yang akan dikemukakan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

"Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan peminjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Ismail berkata, keputusan mutlak mengenai cadangan itu hanya akan diputuskan kerajaan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

"Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya, malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga ini, sebanyak 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion.

Pada tahun depan, katanya, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Benarkan PTPTN melabur - Gagasan

Posted:

Benarkan PTPTN melabur - Gagasan

Benarkan PTPTN melabur - Gagasan

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kerajaan dicadang membenarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat pelaburan bagi memastikan perbadanan tersebut dapat menjana ekonomi sendiri.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, dengan cara itu PTPTN dapat mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman bank untuk mendapatkan bantuan kewangan.

"Gagasan yakin PTPTN mampu mengatasi masalah kewangannya dengan mendapatkan sumber lain melalui pelaburan dalam bidang hartanah, perumahan dan perladangan.

"Malah kerajaan perlu memberi sedikit 'layanan istimewa' kepada mereka kerana asas pelaburannya adalah untuk memberi pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan PTPTN yang mahu menghentikan pemberian pinjaman 'perbelanjaan' kepada penuntut IPT sebagai langkah mengurangkan beban akibat jumlah peminjam yang bertambah setiap tahun.

Terbaharu, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said dipetik berkata, perkara itu bukan keputusan muktamad tetapi hanya cadangan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Sambil menyifatkan cadangan itu bukan langkah terbaik, ujar Syed Anuar, pihaknya tidak mahu pelajar-pelajar IPT yang tidak berkemampuan menjadi mangsa akibat masalah tanggungan PTPTN yang semakin bertambah.

"Ramai pelajar tidak akan dapat meneruskan pengajian akibat kos sara hidup dan kos sampingan meningkat jika cadangan itu diteruskan. Jadi, kaji semula keputusan tersebut," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Idzuan Jamalludin yang tidak bersetuju mengenai cadangan menghentikan bantuan perbelanjaan itu bagaimanapun mengingatkan pelajar mencari inisiatif lain bagi menampung kos sara hidup.

"Memang tidak dinafikan PTPTN sangat membantu pelajar kurang berkemampuan meneruskan pengajian dan akan menyukarkan mereka jika bantuan perbelanjaan dihentikan.

"Namun, sebagai mahasiswa kita digalakkan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan yang mampu menjana pendapatan tanpa hanya menunggu bantuan daripada pihak lain," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Idzuan, PTPTN patut menimbang semula cadangan mereka kerana pihaknya khuatir akan ramai pelajar yang tidak mampu meneruskan pengajian ekoran kekangan kewangan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved