Utusan Online - Timur |
- Remaja disaran perkukuh jati diri
- JKM kemas kini pendaftaran OKU
- 100 pelajar SMK jayakan Program Kayuhan Hijau
Remaja disaran perkukuh jati diri Posted: Remaja disaran perkukuh jati diriOleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra ketika merasmikan penutup Program Karnival Remaja 2011 di Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU 2 Nov. - Golongan remaja disaran supaya sentiasa memperkukuhkan jati diri bagi membentuk tahap disiplin tinggi dalam semua aspek kehidupan. Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah, ini penting dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu serta bermaklumat terutama ketika menghadapi arus globalisasi yang penuh dengan cabaran serta dugaan mutakhir ini. "Melalui maklumat dan ilmu, masyarakat mampu menghadapi segala bentuk cabaran. Bahkan, selain menjadi aset kepada negara, peranan remaja itu sendiri amat penting dalam membentuk masyarakat yang lebih bertamadun," titah baginda. Baginda bertitah ketika merasmikan penutup Program Karnival Remaja 2011 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di Dewan Besar Kompleks Islam di Lundang, dekat sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Mohamad Mustafa dan Pengarah JHEAIK, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh. Tengku Muhammad Fa-iz bertitah, karnival yang lebih menjurus ke arah motivasi, dakwah dan hiburan itu wajar dijadikan pemangkin demi mencapai matlamat tersebut. Malah titah baginda lagi, karnival seumpama itu bukan sahaja mampu memberi hiburan yang tidak melalaikan tetapi juga pendedahan ilmu kepada golongan berkenaan. Justeru, baginda menyeru golongan remaja supaya tidak melepaskan peluang untuk menjadi rakan dalam setiap program seumpama itu yang diperkenalkan oleh JHEAIK pada masa-masa akan datang. "Program seumpama ini mampu dijadikan platform kepada golongan remaja membentuk sahsiah diri bagi melahirkan generasi cemerlang dalam negeri dan negara. Generasi cemerlang, masyarakat bertamadun merupakan satu faktor berkesan menjadikan sesebuah negara sentiasa berkeadaan aman dan damai," titah baginda. Full content generated by Get Full RSS. |
JKM kemas kini pendaftaran OKU Posted: JKM kemas kini pendaftaran OKUAdnan Abu Bakar (tiga dari kanan) menyampaikan kad OKU sempena program Cakna OKU di PDK Peringat, Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU 2 Nov. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengemaskini pendaftaran orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan golongan itu mendapat akses terbaik bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Pengarah Pembangunan OKU JKM, Adnan Abu Bakar berkata, di bawah pengurusan sistem maklumat orang kurang upaya (SMOKU) pendaftaran golongan berkenaan boleh dilakukan secara dalam talian bagi mempercepatkan mereka mendapat kad OKU. Beliau berkata, hanya dengan mempunyai kad berkenaan, golongan OKU layak memohon pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mereka. "Bantuan yang disediakan termasuk tambahan elaun untuk pekerja kurang upaya, elaun penjaga pesakit kronik dan insurans sebagaimana disebut dalam Bajet 2012 baru-baru ini," katanya. Beliau berucap merasmikan Majlis Penutup Program Cakna Daftar OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringat di sini, hari ini. Hadir sama, Pengarah JKM negeri, Md. Noor Chik, Sebanyak lima PDK menyertai program berkenaan dan berjaya mendaftarkan 300 permohonan. Pada majlis itu juga sebanyak 50 kad OKU telah diproses serta diserahkan kepada pemiliknya. Adnan berkata, pelaksanaan SMOKU bertujuan meningkatkan kecekapan pendaftaran golongan OKU di kaunter, selain mempercepatkan kelulusan di peringkat negeri. Beliau berkata, statistik pendaftaran golongan OKU di seluruh negara sehingga Jun lalu berjumlah 331,606 orang. Menurutnya, OKU yang mempunyai masalah pembelajaran merupakan bilangan tertinggi didaftarkan iaitu seramai 126,000 orang, diikuti cacat fizikal (115,000), pendengaran (40,915), penglihatan (28,732), pelbagai (14,462), mental (5,873 ) dan pertuturan (505). Di peringkat negeri pula katanya, Selangor mencatat bilangan OKU tertinggi didaftarkan iaitu seramai 48,924 orang, diikuti Johor (37,411), Perak (32,738), Kelantan (28,927) dan Kuala Lumpur (24,535). "Mereka yang berkenaan perlu mendaftar semula di pejabat kebajikan berhampiran supaya dapat dikenal pasti bantuan lain yang boleh diberikan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
100 pelajar SMK jayakan Program Kayuhan Hijau Posted: 100 pelajar SMK jayakan Program Kayuhan HijauSebahagian pelajar SMK Cherang Ruku di Pasir Puteh menjayakan program kayuhan hijau ke Bachok, kelmarin. PASIR PUTEH 2 Nov. - Seramai 100 pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku dekat sini, berbasikal sejauh 40 kilometer sempena Program Kayuhan Hijau yang memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam komuniti dan alam sekitar. Setiausaha program berkenaan, Roslan Yaziz berkata, Kayuhan Hijau adalah aktiviti pendidikan luar bilik darjah yang dilaksanakan secara santai dan terancang berkonsepkan usaha menghargai dan menghayati alam sekitar selain melaksanakan aktiviti amal di perkampungan nelayan berdekatan. Beliau berkata, program itu juga menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar yang bukan sahaja terpaksa melakukan kayuhan dalam jarak yang jauh tetapi juga terpaksa meredah hujan dan cuaca kurang baik. "Semua peserta dan guru yang terlibat bermalam di Sri Nipah Resort, akan turut mengadakan gotong-royong membersih Masjid Mukim Nipah dan pesisir Pantai Melawi di Bachok," katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan peserta oleh Pengetua sekolah berkenaan Wan Zakaria Wan Ismail di sini semalam. Roslan berkata, program amal membersihkan masjid dan pantai adalah sebahagian usaha sekolah memupuk sikap cintakan kebersihan, alam sekitar dan masyarakat dalam kalangan pelajar terlibat. Menurutnya, program turut mendapat kerjasama polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir Puteh yang memberi pendedahan mengenai undang-undang dan keselamatan jalan raya kepada peserta. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan