Utusan Online - Luar Negara |
Israel tegas mahu sekat flotila Posted: Israel tegas mahu sekat flotilaBAITULMAQDIS 3 Nov. - Tentera laut Israel akan menghalang dua bot layar yang meninggalkan Turki semalam, yang membawa aktivis pro-Palestin daripada melanggar sekatan rejim Zionis dan memasuki perairan Genting Gaza. Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Avital Leibovich yang dihubungi menerusi telefon tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil untuk menyekat flotila tersebut, sekadar berkata 'kami perlu menilai dan melihat sama ada kami menghadapi penumpang yang akan bertindak ganas'. Israel menyedari dua bot itu sudah memulakan pelayaran dengan membawa aktivis dari Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat (AS), kata Leibovich yang menggambarkan perjalanan mereka sebagai satu 'provokasi'. Katanya, mereka masih jauh dari pantai Israel dan Gaza. Israel bersedia untuk memunggah sebarang bekalan bantuan di dalam bot layar itu dan menghantarnya ke Gaza, kata jurucakap itu. Tentera laut Israel bersiap sedia untuk menghubungi flotila itu dan 'sudah mengambil segala persiapan perlu bagi menghalang mereka daripada memasuki perairan Genting Gaza'. Sebelum itu seorang pegawai kerajaan Zionis itu berkata, Israel akan mengambil apa jua langkah yang perlu untuk mempertahankan sekatannya. Komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki di dalam sebuah kapal yang menyertai flotila bantuan ke Gaza pada tahun lepas apabila mereka cuba mengambil alih kapal itu bagi menguatkuasakan sekatan maritim. Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada 2007, selepas menumpaskan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - Reuters |
20 peratus kota Bangkok kini ditenggelami banjir Posted: 20 peratus kota Bangkok kini ditenggelami banjirBudak lelaki dan perempuan mencari duit tambahan dengan menyediakan perkhidmatan rakit berbayar bagi mengangkut orang di kawasan banjir di Bangkok, kelmarin. - REUTERS BANGKOK 3 Nov. - Satu per lima daripada Bangkok kini ditenggelami air ketika banjir terburuk di negara ini semakin merebak ke seluruh kawasan di ibu negara Thailand, menyebabkan amaran dikeluarkan meminta penduduk di kawasan terbabit berpindah dengan segera, kata pegawai hari ini. Bagaimanapun, ramai penduduk tidak mengendahkan amaran tersebut dan memilih untuk terus berada di rumah mereka walaupun menghadapi risiko renjatan elektrik, jangkitan penyakit dan mengalami kekurangan bekalan makanan serta minuman. ''Kira-kira 20 peratus Bangkok ditenggelami air tetapi tiada siapa tahu berapa ramai penduduk terlibat ekoran keadaan ini. ''Ketika ini, kira-kira 11,000 orang tinggal di tempat perlindungan sementara di bandar raya ini,'' kata jurucakap Pentadbiran Metropolitan Bangkok, Jate Sopitpongstorn. Ketika pusat bandar raya tidak terjejas, beberapa kawasan utara dan barat ditenggelami air sehingga atau melebihi paras pinggang. Seramai 437 orang maut di seluruh negara ekoran bencana alam itu tetapi setakat ini tiada jumlah rasmi kematian di Bangkok. Pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada lapan daripada 50 daerah di ibu negara Thailand itu. Penduduk di kawasan paling teruk dilanda banjir mengadu rumah mereka dikorbankan bagi menyelamatkan pasar raya, hotel mewah dan rumah milik golongan elit di Bangkok. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan