Ahad, 23 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Terengganu umum bonus

Posted:

Terengganu umum bonus

Terengganu umum bonus

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Ahmad Said (lima dari kiri) bersama guru-guru sekolah rendah yang menerima komputer riba sumbangan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 22 Okt. - Khabar gembira menjelma untuk kira-kira 16,000 kakitangan kerajaan negeri apabila mereka bakal menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 pada Disember ini.

Selain bonus, kesemua mereka termasuk kakitangan agensi di bawah kerajaan negeri serta badan-badan berkanun akan turut menerima kenaikan gaji seperti mana yang diputuskan oleh kerajaan Pusat dalam pembentangan Bajet 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata, bayaran bonus untuk seluruh penjawat awam di Terengganu itu melibatkan peruntukan kira-kira RM18 juta.

Beliau memberitahu, insentif itu sebagai mengikut langkah kerajaan Pusat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan, baru-baru ini.

"Kita (kerajaan Terengganu) akan ikut langkah kerajaan Pusat dalam Bajet 2012 baru-baru ini untuk beri bonus kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri.

"Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 itu akan mula dibayar ketika gaji Disember ini kepada kira-kira 16,000 kakitangan," katanya selepas menyempurnakan majlis penyampaian komputer riba kepada guru-guru yang mengajar calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ahmad berkata, pemberian bonus serta kenaikan gaji itu diharap mampu menyuntik semangat semua kakitangan awam di negeri ini untuk lebih komited dalam meningkatkan prestasi serta produktiviti.

Full content generated by Get Full RSS.

Kaji punca cerai dahulu sebelum hukum pasangan

Posted:

Kaji punca cerai dahulu sebelum hukum pasangan

Kaji punca cerai dahulu sebelum hukum pasangan

KOTA BHARU 22 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan diminta menjalankan kajian secara lebih terperinci bagi mengenal pasti punca perceraian di negeri itu sebelum melaksanakan hukuman lebih berat seperti penjara atau sebat ke atas mereka yang bercerai tanpa alasan munasabah.

Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, mengenakan hukuman penjara atau sebat kepada pasangan bercerai belum tentu dapat menyelesaikan kes-kes perceraian secara berkesan.

"Jarang atau mungkin belum pernah kedengaran kes perceraian berlaku tanpa sebab yang munasabah. Dalam hal ini, lebih baik kerajaan negeri memikirkan pokok persoalan perceraian itu dengan terperinci.

"Kaji secara menyeluruh punca perceraian. Pindaan undang-undang belum tentu dapat mencegah peningkatan kes tersebut," katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Mohd. Fared berkata, kajian itu merangkumi kaedah atau pendekatan yang mampu membentuk masyarakat bahagia dalam berumah tangga terutama generasi muda yang lebih banyak terdedah dengan pelbagai rupa bentuk cabaran sosial sekarang.

"Contohnya kita ada kursus perkahwinan untuk bakal pengantin. Jadi, mungkin kita boleh kaji untuk memperkasakan lagi kurikulum kursus itu bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa," katanya.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini, Kerajaan Pas Kelantan dilaporkan bersedia menimbangkan pelaksanaan hukuman lebih berat termasuk penjara atau sebat ke atas pasangan yang bercerai tanpa sebab munasabah.

Untuk rekod, kes perceraian di Kelantan berada di tangga keempat pada 2008 berbanding negeri lain dengan purata kadar perceraian sebanyak 14.67 peratus bagi tempoh antara 2005 dan 2010.

Pada 2005 kadar perceraian di Kelantan adalah 13.5 peratus sementara pada 2006 (14.4 peratus), 2007 (13 peratus), 2008 (15.5 peratus), 2009 (16 peratus) dan 2010 (15.8 peratus).

Full content generated by Get Full RSS.

Guru UPSR terima komputer riba

Posted:

Guru UPSR terima komputer riba

Guru UPSR terima komputer riba

KUALA TERENGGANU 22 Okt. - Seramai 2,542 guru yang mengajar murid tahun enam di seluruh negeri ini menerima komputer riba setiap seorang yang disumbangkan oleh kerajaan negeri, hari ini.

Agihan kesemua komputer riba berkenaan membabitkan peruntukan kira-kira RM3.5 juta dalam usaha mengubah landskap pendidikan Terengganu selain mewujudkan kelas maya di negeri itu pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, buat masa ini sebanyak 32 sekolah rendah sudah dilengkapi kelas maya dan pada tahun depan, tambahan 32 lagi kelas maya akan diwujudkan.

"Tahun lalu seramai 800 guru Bahasa Malaysia yang mengajar murid tahun enam menerima komputer riba masing-masing.

"Sementara itu, seramai 2,542 guru menerima komputer riba berharga kira-kira RM1,800 seunit pada tahun ini," katanya selepas menyampaikan kemudahan itu di Wisma Darul Iman hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud.

Dalam pada itu, Ahmad menarik perhatian bahawa kerajaan negeri sedang dalam proses membekalkan 5,000 unit buku elektronik, e-Book ke Sarawak bagi keperluan murid di negeri itu.

"Buat permulaan kita akan bekalkan 5,000 e-Book ke Sarawak, kemungkinan pada awal atau pertengahan bulan depan," jelasnya.

Selain Sarawak, tambah Ahmad, beberapa negeri lain termasuk Melaka dan Pulau Pinang turut berminat menempah buku elektronik dari Terengganu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved