Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Gempa di Turki, 1,000 mautOrang ramai mengangkat seorang wanita yang cedera dalam gempa bumi di Kampung Tabanli untuk dihantar ke ambulans, semalam. - REUTERS ANKARA 23 Okt. - Dianggarkan antara 500 hingga 1,000 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan timur Turki, hari ini. Stesen televisyen NTV melaporkan 10 bangunan runtuh dan banyak rumah ranap di wilayah Van di timur Turki akibat gempa itu diikuti dengan gegaran susulan berukuran 5.6 skala Richter selepas itu. Datuk Bandar Van, Bekir Kaya berkata, gempa itu mencetuskan panik dan menyebabkan perkhidmatan telekomunikasi terputus. Beliau berkata, gempa turut dirasai di wilayah-wilayah berdekatan. Sementara itu, agensi bencana di pejabat Perdana Menteri Turki dalam satu kenyataan berkata, gempa tersebut menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak dan kemusnahan harta benda. "Banyak bangunan, hotel dan kediaman runtuh. "Kami boleh mendengar suara orang meminta tolong dari celah-celah runtuhan bangunan," kata seorang pegawai tempatan. - AFP |
Posted: NTC isytihar pembebasan LibyaSeorang pejuang NTC mengacu pistol ke arah Gaddafi semasa bekas pemimpin Libya itu ditahan di bandar Sirte pada 20 Oktober lalu. - REUTERS BENGHAZI 23 Okt. - Pemimpin baru Libya hari ini mengisytiharkan pembebasan negara ini berikutan pembunuhan Muammar Gaddafi, sekali gus membuka laluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan interim disusuli dengan pilihan raya bebas yang pertama dalam tempoh 42 tahun. Namun, perisytiharan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu dibayangi kontroversi berlarutan berhubung pembunuhan Gaddafi selepas beliau ditangkap hidup-hidup dalam satu serangan di bandar kelahirannya, Sirte pada Khamis lalu. Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata, perisytiharan itu dibuat di Benghazi, bandar di timur Libya yang merupakan pusat pemberontakan bermula pada Februari lalu. NTC, sebelum ini berjanji untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini apabila Sirte, benteng sokongan terakhir Gaddafi, jatuh ke tangan pejuang NTC. Mengikut pelan NTC, sebuah kerajaan interim akan dibentuk dalam masa sebulan selepas perisytiharan pembebasan, disusuli dalam tempoh lapan bulan dengan pilihan raya untuk memilih anggota sebuah Dewan Perhimpunan yang akan menggubal Perlembagaan baru. Pilihan raya Parlimen dan Presiden akan diadakan dalam tempoh setahun. Sementara itu, Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil berkata, siasatan akan dijalankan mengenai situasi pembunuhan Gaddafi selepas beberapa kerajaan asing dan pertubuhan hak asasi manusia menyuarakan persoalan. "Kami sedang menangani perkara ini secara telus," kata Abdel Jalil kepada televisyen Al-Jazeera. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan